Masih Meninta

Story Opie Dan Auqie (SODA)



Siapa kau sebenarnya? Apa kaitan kau dengan aku? -Sophia Aisya

Aku sanggup buat apa sahaja asalkan boleh jumpa kau yang dulu -Shauqie Alexender

SODA21 SODA22 SODA23 SODA24 SODA25 SODA26 ~Hold~

P/S: Sebenarnya novel nah siap tahun 2015 lagi, dah cuba hantar ke publisher tapi alhamdulillah ditolak :D Sebab memang banyak kesalahan bahasa yang perlu dibetulkan dan fakta yang mesti dikaji dengan lebih perhatian.

Berita buruknya, SODA masih begitu, belum terusik lagi setelah dipulangkan softcopy nya dari publisher. Bukan tak nak edit, tapi perlu baca semula dari awal sampai habis, dan kena ubah plot sikit supaya tak nampak macam tulisan budak hingusan sangat (maklumlah, mula tulis cerita ni waktu form three) dan ianya mengambil masa yang lama sikit sebab mood ketika SODA ditulis telah berlalu pergi. Sekarang ni saya diulit mood MLF, DLI, PC, dan segala idea dan cerita baru membuatkan semangat untuk edit SODA tidak kunjung tiba. Sobs

Tapi tak apa, azam diri nak habiskan hujung tahun ni juga ataupun selewat-lewatnya tahun depan. Allahua'lam. Doakan saya. Dan tak lupa juga, terima kasih masih ada yang sudi baca SODA dan ada yang masih menunggu I am truely sorry.

Dia Lelaki Itu (DLI)


Mei Xi hanya mahu menjalani hidup normal seperti manusia biasa. Apalah ertinya kemewahan yang mengulit dirinya sejak dilahirkan, sedangkan kemewahan itu tak mampu membeli kasih sayang mommynya mahupun daddynya. Dia dibesarkan untuk meneruskan legasi perniagaan keluarga yang sudah berabad lamanya biarpun dengan cara kotor dipaksa keatas Mei Xi. 

Menemui Abang Syazwan mengenalkan Mei Xi pada dunia baru. Memberitahu Mei Xi bahawa setiap manusia itu berhak membuat pilihan dalam hidupnya. Diri sendiri adalah miliknya, jadi perjalanan hidup merupakan pilihan sendiri bukan ditentutkan oleh yang lain.

Lebih luas lagi Mei Xi terdedah pada ajaran Islam yang sering dikongsikan Abang Syazwan kepadanya. Dunia yang sentiasa diberi amaran keras oleh mommynya untuk dijauhi. Tapi takdir Tuhan mengubah seorang Mei Xi kepada Ainul Humaira. Pilihan yang bukan sedikit taruhannya, Mei Xi perlu menggadaikan segala-galanya termasuk insan yang paling dia cintai.

Kehadiran seseorang mengingatkan dia pada yang dicintai. Berkali-kali dinafikan tapi semakin kuat rasa hatinya membenarkan lelaki itu merupakan insan kesayangannya yang sudah dijemput Ilahi. Bagaimana mungkin yang mati itu boleh lagi bernafas? Seseorang itu, apa hubungan dia dengan mommy? Mengapa mirip sekali kau dengan lelaki itu.

DLI1 DLI2 DLI3 DLI4 DLI5 DLI6 DLI7 DLI8 DLI9 DLI10 DLI11 DLI12 DLI13 DLI14 DLI15 DLI16 DLI17 DLI18 DLI19 DLI20 ~Hold~

P/S: Kalau korang baca cerita ni, percayalah. Korang akan menemui terlalu banyak kesalahan grammer. Serius, acah nak menulis dalam Bahasa Inggeris sikit-sikit, tapi tak menjadi. Bila den baca balik. *tutup muka* Malu nak mengaku Ainul tulis dengan bahasa teruk macam tu. Haha, padahal baru lepas SPM waktu mula tulis cerita ni. Jadi, Saya minta maaf untuk itu. Untuk editan akan dilakukan semula nanti insyaAllah. Apapun, jangan berhenti membaca. Keep waiting for the next chapter. (^^,)

Maroc Love Footprint (MLF)


Suri hati yang jauh merentas benua, dicari demi menyatukan hati yang tidak pernah bertemu.  Sharqawi!  
Arh, lelaki misteri. Mengaku suami.  
Hilda!

MLF1 MLF2 MLF3 MLF4 MLF5 MLF6 MLF7 MLF8 MLF9 MLF10 MLF11 MLF12 MLF13 MLF14 MLF15 MLF16 MLF17 MLF18 MLF19 MLF20 ~Ongoing~

Persiapan Seorang Wife-to-be (PSW)


Nur Husna dia bukanlah gadis sempurna. Kerana peristiwa ngeri yang hampir meragut nyawanya, hidupnya terbatas untuk menjadi seorang sempurna. Di kala bumi kini dibanjiri dengan wanita berpendidikan, Nur Husna tidak. Kekurangannya tidak hanya pada pendidikan, malah menguruskan segala yang seharusnya seorang wanita itu tahu dia tidak tahu. Seperti memasak misalnya.

Tapi, ketika mana keluarganya sibuk mencari calon buatnya dia buntu. Mahu menolak, desakan demi desakan diterima. Mahu menerima, Nur Husna sedar diri dia tidak sempurna. Saat keluarga calonnya sendiri datang merisik, Nur Husna tekad. Sebelum ketidaksempurnaan menjadi santapan pertama calon suaminya, dia mahu berubah. 

Ya, dia mahu sempurna. Selayaknya seorang isteri untuk bergandingan dengan seorang suami.

PSW1 PSW2 PSW3 PSW4 PSW5 ~Ongoing~

0 Budak Comel Komen :D:

Catat Ulasan

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo