Rafique mengetuk-ngetuk permukaan meja. Matanya tajam memandang Sophia yang lebih sibuk dengan ladtopnya. Sibuk la sangat. Tahulah dia tengah main game Zuma. Along kenal la Opie, kalau orang menyemak dengan dia tak jadilah kerja jawabnya. Hilang idea katanya. Jadi, please leave me alone. Tak percaya jom test.
“Opie nak main sampai final ke?” Rafique bertanya berpura-pura menarik perhatian Sophia.
“Final dah pun. Repeat balik.” Sophia menjawab tanpa riak.
“Daripada main benda tu baik buat assignment. Ada juga faedahnya.”
“Kalau nak suruh orang siapkan assignment. Please leave me alone. Will you?” Sophia menghentikan jarinya yang sedang sibuk menekan mouse sedari tadi. Matanya dialihkan dari screen ladtop ke arah Rafique. Lelaki itu sedang bersandar pada kerusi sambil menyilangkan kedua belah kakinya di atas meja. See, kan betul tu. Rafique tersenyum senget.
“Please drop your foot down Along. No manners at all.” Sophia mengetap giginya geram. Suaranya diperlahankan semampu mungkin. Hik! Pensyarah tua ni. Aku hempuk dengan ladtop ni baru tahu. Aku cakap dia buat don’t know je. Entah apa mimpi pak cik ni tetiba menyemak datang sini. Semenjak aku cakap yang mamat psiko dah tak balik hampir seminggu, esok jugak Along dah terpacak depan rumah siap buat muka macam orang tak makan sebulan.
Itu satu hal, tak lagi fikir fasal universiti. Maklumlah, mamat tu kan tengah hot sekarang. Yang menjadi mangsanya aku la. Opie! E-jat tak datang erk? Opie, E-jat ada kirim apa-apa dekat aku? Opie, tolong sampaikan cinta aku dekat E-jat okey? Hey, hey, hey! Menyampah okey. Minah-minah yang tak pernah tegur aku selama 4 tahun aku dekat USM tu tetiba datang berbaik dengan aku mengalahkan Along aku yang dah lama kenal aku. Manusia-manusia. Ini semua mamat psiko tu punya fasal la. Kalau tak disebabkan dia selalu mengekor aku 24 jam tak ada maknanya aku nak layan stok minah-minah sotong tu. Along pun sama! Tiap-tiap hari paksa aku datang dengan mamat psiko tu. Haila! Kan dah cakap hancur hidup aku.
“Opie, did you hiding something from me?” Rafique menongkat wajahnya dengan kedua-dua tangannya. Kakinya sudah diturunkan sebab kena perli dengan minah laser depan dia.
“Hiding apanya?” Sophia bertanya malas.
“Auqie pernah balik sini tak?”
“Tak tahu.”
“Dah berapa hari Auqie pergi?”
“Tak tahu.”
“Auqie ada pesankan apa-apa?”
“Tak tahu.”
“Kenapa Auqie pergi?”
“Tak tahu. Tak tahu dan tak tahu. Nak tahu sangat tanya la dia sendiri.” Sophia memberi keputusan muktamad. Matanya mencerlung tajam ke arah Rafique. Sekali lagi tanya, memang aku halau terus abang aku ni. Tak habis-habis menyusahkan aku.
"Kenapa Along tengok Opie sekarang ni selalu sangat tak tentu arah. Buat kerja pun tak tersusun. Along dapat laporan daripada Anis dan Epon yang Opie selalu sangat datang lambat ke kelas sekarang ni. Dah tu, dalam kelas tak fokus. Kenapa?" Rafique beralih soalan daripada terus-terusan bertanya mengenai Shauqie. Kang tak fasal-fasal minah ni bertukar jadi The Hulk tak ke naya. Kena pandai main psiko la.
Sophia yang ingin mendebik Rafique terkaku. Hekeleh, suka bantutkan aku nak beraksi. Sophia membetulkan duduknya agar lebih selesa. Game Zuma yang dipause ditutup. Kemudian ladtop Acernya ditutup perlahan. Tak tentu arah jadinya apabila disoal begitu oleh Rafique.
"Yeke? Kenapa orang tak tahu pun? Orang rasa study orang okey je. Tak ada kurang tak ada lebih." Sophia masih berdalih.
Tak guna korang Epon, Anis. Memandai jadi spy tak berdaftar dengan Along kenapa? Tapi teruk sangat ke aku sampai kena report. Agak-agak la. Ingat aku anak raja ke apa.
"Tak payah nak berdalih. Kalau study okey kenapa Anis cakap setiap subjek Opie terlepas nota. Hurm..?" Rafique perangkap. Perit rasa anak tekak Sophia menelan liur. Sampai terlepas nota pun kena report. Terbaik betul kau Anis.
Sophia mencari-cari kata yang sesuai untuk diperkatakan. Tak kan nak cakap aku tak boleh nak fokus teringatkan mamat psiko tu kot. Tak fasal-fasal gelak mengalahkan orang gila Along aku ni. Okey jujur aku cakap. Walaupun rasa aman sebab tak ada anasir gangguan daripada palesit tak guna tu. Tapi aku mengaku risau jugak. Bukan sebab aku sayang dia separuh mati okey. No! No! No! It's impossible. Tapi bila difikir-fikir balik. Mamat tu bukannya dijamin selamat. Kot aku dengar Robert dah kena tangkap tak ada maknanya aku nak risau bagai. Disebabkan mamat tu sedang jadi buruan Robert la aku risau.
Takut kot. Memandangkan mamat tak guna tu dah jadi sebahagian daripada keluarga aku. Tipu kalau cakap tak ada rasa sayang kan? Sayang sebagai family je okey. Tak lebih. Tambah-tambah mamat tu dah sememangnya menjadi kesayangan ramai. Along aku yang sayang dia mengalahkan aku adik kandungnya. Best friend la sangat. Anak kesayangan umi sampai aku dipinggirkan. Sob! Sob! Sob! Sedih tau! Epon pun dah buat mamat tu macam abang kandung dia gamaknya. Datang sini je. Abang Alex mana? Penting sekali, Along selalu cakap papa dengan ibu minta mamat tu balik KL selalu. Tak ke sayang namanya? Itu tak termasuk lagi senarai peminat dia yang ada dekat USM sana. Untung ko ada orang sayang.
Apa kaitannya? Yelah, tak fasal-fasal dikhabarkan mamat tu hilang ke? Masuk gaung ke? Mati kena bunuh ke? Nauzubillah! Tak ke semua buat muka sedih. Lepas tu nangis sampai keluar air mata darah. Buat silent. Daripada ceria jadi pendiam. Nanti aku nak happy dengan siapa? Dinding? Meja? Kerusi? Masuk Tanjung Rambutan terus la jawabnya.
Tapi sebenarnya semua tu tak adalah kena mengena sangat dengan aku. Hanya tambahan cerita buat alasan sahaja semua tu. Anywhere, tak kisah pun siapa sayang mamat tu. Aku sendiri yang risaukan dia. Siang malam pagi petang. Dia, dia, dia sahaja dalam fikiran aku. Entahlah, aku pun sebenarnya tak faham. Macam ada sesuatu yang suruh aku selalu fikirkan mamat psiko tu. Dan hati aku pun sejuk je nak doakan keselamatan mamat tu. Minta dijauhkan daripada ancaman Robert atau apa sahaja. Jujur aku mengaku. Walaupun, aku benci dia tak payah cakap. Macam aku sendiri nak bunuh dia. Tapi ada sesuatu buat aku teringatkan dia. Sophia mengeluh kecil. Tak suka keadaan hidupnya berubah mendadak semenjak kehadiran Shauqie. Rafique yang masih menanti jawapan daripadanya dipandang sayu. Jujur sahaja Sophia.
"Sebenarnya, orang selalu sangat fikir bukan-bukan fasal Auqie semenjak dia pergi hari itu." Sophia beritahu rasa hatinya. Dia menundukkan wajahnya. Rafique masih mendiamkan diri. Jawapan yang diberikan Sophia luar daripada jangkaannya.
“Orang tahu mesti Along tak percaya kan? Tapi itulah rialitinya. Orang takut kalau jadi apa-apa dekat dia. That’s first. Second, mesti ada yang akan cakap bukan-bukan fasal Opie. Or, tak ada nobody nak percayakan Opie. Macam Along? Along percayakan Opie suruh jaga dia. Tapi sekarang ni ke mana dia pergi pun Opie tak tahu kan? Sudah tu Auqie sekarang ni orang buruan pulak. Jadi apa-apa macam mana? Sedangkan Along sentiasa percayakan Opie. Then bila jadi sesuatu dekat dia, mesti orang dituduh kan. Bukan Along sahaja.”
“Boleh tak Opie hentikan sampah tak guna macam tu? Rubbish!" Rafique segera mencelah dengan suara yang tinggi. Mata dia tak payah cakap, dah tahu tengok orang macam nak telan.
"What? I'm telling the truth." Sophia turut meninggikan suaranya. Mood tengah tak stabil. Main tengking-tengking pulak. Dahsyat betul la penangan mamat psiko ni. Tunggang-terbalik hidup aku. Rafique memejamkan matanya geram. Bercakap dengan minah keras kepala macam budak ni. Menguji kesabaran betul. Sejak bila minah ni layan stok pasrah bagai ni? Menyampah la pulak aku rasa.
"Opie, please. Cara Opie cakap macam orang tak betul you know. I'm your brother okey. Tak payah Opie nak buat ayat teruk macam entah apa-apa. You should be yourself. Kawal diri Opie. Tak guna nak meratap bagai. Buang masa. Tak try nak call Auqie ke?" Rafique berbicara dengan tutur yang lembut.
Hok aloh betul juga cakap Along. Kenapa aku tak call je mamat tu? Apa ke buduh sangat kau ni Opie? Meratap macam mati laki. Sophia menggeleng. Rafique tepuk dahi. Lurus bendul punya adik. Pantas sahaja Sophia ingin mencapai TSM miliknya di atas meja.
"Tak payah Along dah try. Dia tak angkat."
Sekali lagi terpancar riak kecewa di wajah Sophia. Potong mood betul la Along ni. Cakap la awal-awal. Tak ke bagi harapan palsu dekat aku. Rafique memandang Sophia dalam-dalam. Sophia sekarang tak ubah macam Sophia 5 tahun lalu. Rafique mendekati wajahnya dengan Sophia. Tangannya mengangkat dagu runcing Sophia supaya gadis itu pandang ke arahnya.
"I think I know you. Opie pernah jadi orang tak betul macam ni. Tak tentu arah. Kelam-kabut. Berkhayal. Opie tak ubah macam lima tahun dulu. Cuma tak nangis saja. Waktu Shah pergi tinggalkan kita. Yeah! That’s you. My sister, Aisya."
Sophia panggung kepala. Terkejut dengan kenyataan yang dikatakan Rafique. Mendengarkan itu pantas sahaja Sophia mengetuk kepala Rafique. Terdengar suara kecil Rafique mengaduh perlahan. Tak guna punya Along bunuh karang. Saja nak kasi aku naik angin.
"Aisya, Aisya. Kenapa Sophia bukan your sister ke?"
"Tak cakap pun. Orang beritahu dia benda betul tak nak percaya. Tahulah malu nak ngaku. Muka tu dah blushing habis."
Pantas sahaja tangan Sophia menutup pipinya. Siot punya pensyarah tua. Rafique ketawa perlahan. Suka dapat mengusik Sophia. Sungguh! Opie dah berubah sedikit menjadi Aisya. Gadis hati batu macam Opie dah menjadi Aisya yang mudah risaukan keselamatan orang lain. Terutamanya lelaki yang bernama Shah. Adakah ini disebabkan kehadiran Auqie. Tapi pelik. Auqie kan.....
"Along..." Sophia panggil sedikit perlahan.
"Hurmm.."
"Tell me the truth about Auqie."
"Suprise! Along tengah mimpi indah ke sekarang?” Rafique tersengih lebar.
"Tak payah nak buat muka bahagia sangat." Rafique tersengih melihat wajah Sophia yang tiada secalit senyuman itu. Sambil buat kembung pipi. Tarik pipi tu kang merah seminggu.
"But why?" Sophia buat muka macam nak bunuh orang. Banyak tanya betul pensyarah tua ni. Orang tanya jawab je lah. Setiap persoalan mesti dibalas dengan jawapan. Bukan setiap persoalan dibalas dengan persoalan. Macam mana agak-agaknya pensyarah ni ajar dia punya student. Tak tersiksa jiwa dan raga ke?
Sophia memikirkan kembali mengapa dia begitu beria-ria jadi begini. Semenjak kejadian dia dipeluk oleh Shauqie tempoh hari. Seharian jugaklah dia berteleku sendirian membandingkan apa yang cuba diingati. Hampir pitam dia sebab terlalu memaksa otak untuk ingat semula memori lalu. Entah kenapa? Macam tempah tiket hospital gamaknya.
Tapi usahanya sia-sia. Tiada yang dia ingati masa lalunya. Cuma pelukan Shauqie betul-betul sama dengan Shah. Bila dia tidak tahu. Pelukan Shah buat kali terakhir. Mungkin! Pelukan yang sarat dengan kesedihan. Lirihan suara yang penuh kedukaan. Rangkulan yang penuh dengan luahan yang terkunci dalam dirinya. Dan kini, Shauqie. Mengapa? Mengapa mesti ada persamaan antara mereka?
Disebabkan itu juga menimbulkan pelbagai persoalan. Persoalan yang mengganggu aturan kehidupan hariannya. Persoalan yang perlukan jawapan siapa dua orang lelaki itu. Shah masa lalu dan Shauqie sekarang dan masa depan. Mungkin! Disebabkan persoalan ini juga membuatkan hatinya sudah kenal apa itu bimbang. Semenjak 5 tahun lalu dia tidak pernah cuba menyayangi orang lain melainkan Rafique Along tercinta, Umi Raudhah tulang belakangnya, Papa dan Ibu walaupun masih marahkan diorang, Saiful yang berjaya menjadi salah seorang daripada pembakar semangatnya, Anis satu-satunya sahabat yang dia temui dan dipercayai di USM dan Prof. Eja, pendorongnya tanpa henti. Hanya kepada mereka dia limpahkan kebimbangan dan kerisauan apabila kejadian yang tidak sepatutnya menimpa mereka.
Tapi kemunculan Shauqie telah membuatkan aku terpaksa mencari dan membuka kembali lembaran kisah lalu. Kehilangan Shauqie membuatkan aku mula percaya ada sesuatu yang perlu aku cari di masa lalu. Shah! Lelaki yang dibenci sepenuh hati semenjak kejadian 5 tahun lalu. Ada sesuatu yang aku ketinggalan daripada layar cerita masa lalu. Siapa Shauqie? Apa kaitannya dengan Shah? Kenapa kehadiran dia buatkan aku sudah mula merindui Shah. Kenapa Shauqie membuatkan segala dendam dan benci yang dikunci rapat dalam hati dilebur dengan begitu mudah. Dan semua persoalan ini telah menjeratnya untuk menjadi Aisya. Kelembutan dan kelemahan dalam diri Aisya dulu telah menyebabkan kehidupan Sophia Aisya menjadi gelap sehingga sekarang. Aku seperti merelakan Aisya mula menguasai diri aku. Lemah dengan kerisauan hanya kerana seorang lelaki. Kini, persoalan itu perlu diluahkan.
"Yohooo! Opie. Tengok termenung lagi. Parah betul la Opie ni."
"Sorry! Tak sengaja. Cepatlah Along I need the answer. Siapa Auqie sebenarnya? Kenapa Along tak nak cerita dekat orang?"
"Eh bukan dia sendiri yang tak nak tahu ke?"
"Along!?"
"Ye lah, ye lah. Bukan Along tak nak cerita tapi Opie sendiri yang minta Along janji jangan ingatkan Opie apa-apa yang berkaitan dengan Shah. Walaupun suatu hari nanti Opie paksa Along cerita, just like now. Tak kan nak mungkir janji kot." Bertambah-tambah kerutan di wajah Sophia. Sebijik macam nenek kebayan dah. Apa kaitannya dengan Shah pulak? Aku tanya fasal Shauqie Alexender okey.
"Maksud Along?" Itulah kau Opie. Papa suruh aku ambil Sains Tahfiz sama macam Along sekolah menengah dulu tak nak. Tengok! Allah tarik nikmat ingatan kau. Tak macam Along masih segar agaknya ingatan dia sampai sekarang. Tanya je apa pun. Insya-Allah boleh jawab. Cerita waktu dia 4 tahun pun rasanya dia still ingat.
“Semenjak kejadian tu, Opie minta Along janji jangan ungkit apa-apa pun kisah yang berkaitan dengan Shah. Even satu hari nanti Opie paksa Along suruh beritahu siapa sebenarnya Shah. Macam sekarang ni. So, Along pegang la janji Opie tu." Tengok janji yang entah sejak bila aku buat pun aku tak tahu Along still ingat. Caiyok la Along!
"That's why, Along selalu cakap mungkin orang akan ingat sendiri. Selalu mengelak bila orang try tanya fasal Shah and fasal Auqie."
"Yeah your right."
"Tapi apa kaitannya Auqie dengan Shah?" Sophia buat muka blur. Terdesak sangat dah sampai buat muka simpati macam tu.
"Really want to know?"
"Yeah! please."
"Sebenarnya Auqie tu your real hu........"
"WAIT!" |
|
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan