Jumaat, 7 Mac 2014

SODA 20

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 20 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 20~
S
hauqie memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. Pandangannya dihalakan ke arah tasik yang terbentang luas hihadapannya. Shauqie menghirup tenang suasana di situ. Sengaja dia datang ke tasik ini demi menggamit memorinya yang lalu. Hampir dua bulan dia di Kuala Lumpur atas urusan kerja sehingga tiada masa untuk merehatkan dirinya.

Jadi hujung minggu ini sengaja dia datang ke tasik yang penuh dengan memori indahnya. Usai berjogging sebentar tadi, Shauqie menghampiri tepi tasik. Dulu, di sinilah dia dan Sophia sering meluangkan masa bersama setiap hujung minggu. Kalau merajuk luahkan di sini. Kalau marah luahkan di sini. Kalau memujuk pun luahkan di sini. Inikan pula gelak tawa mereka turut diluahkan di sini. Tasik ini menjadi saksi mereka berdua. Alangkah indahnya jika waktu dapat diputar. Deringan pada telefon bimbitnya menandakan mesej masuk. Segera poketnya diseluk.

- Salam.. kau lepak tasik sorang-sorang tak ajak aku. Sudah-sudah la melayan perasaan kau yang entah apa-apa tu. Jom gerak sekarang. Dah lambat ni. Aku janji dengan orang pukul 9.

- Waalaikummussalam.. layan perasaan mana boleh ajak orang. Tak ada feel la. Okey! Kau kat mana sekarang ni?

- Luar tasik. Tempat parking. Tadi aku tengok kau khusyuk betul dengan feeling kau malas nak tegur. Ni dah setengah jam aku tunggu. Naik lemak. Cepat! Aku tinggal karang.

- Hik ustaz ni! Sabarlah lah. Kau pun tak cakap awal-awal. Mana la aku tahu. Dah tak payah membebel entah apa-apa. Aku gerak ni.

Shauqie bergerak ke tempat parking. Setelah mencari-cari, Gen2 Rafique akhirnya ditemui. Segera dia cepatkan langkahnya.

*******

“Hospital? Apasal kau bawa aku datang sini? Kau sakit ke? Teruk ke? Jom cepat turun.”

Pantas tangan gagah Shauqie menjelajahi wajah Rafique. Takut benar jadi apa-apa dekat Rafique. Mereka ada misi lain selain tugas kerja. Semuanya fasal Sophia. Kalau jadi apa-apa terbatal misi tu macam mana? Dah la Rafique satu-satunya orang yang tahu dengan siapa untuk berurusan.

Rafique yang sedang elok memandu, mula naik rimas dan bengang. Tambahan lagi, Shauqie yang steady dan cool selama ini bertugar gelabah sedang menarik-narik tangannya keluar dari kereta. Eee.. ada jugak yang masuk hospital hari ini. Eloklah, hospital dah ada depan mata. Agak-agak la nak tarik aku keluar pun. Tengah jalan ni. Orang langgar karang!

“Ish.. apa kes kau ni? Eee… lepaslah. Rimas kau tahu tak? Tak payah kau tunjuk sangat sifat tak gentleman kau tu. Karang aku hantar masuk hospital bahagia. Baru tahu!”

Terhenti perbuatan Shauqie apabila disindir cukup-cukup oleh Rafique. Tersedar dengan sikap dia yang tetiba berubah angin cepat-cepat dia lepaskan tangan Rafique. Terasa geli pulak riaksinya tadi. Aduh! Buat malu kaum je. Over sangat tak gaya aku tadi. Apabila difikir-fikir balik ada jugak kegedikan terserlah. Padahal bukannya apa pun tadi. Aku pun tak tahu akan bertindak macam tu. Tindakan refleks you! Apa punya obses dengan hormone homorseksual luar alam ni. Eee… yucks! Minta simpang luar tabiie ni..

“Dah tu kita buat apa dekat sini?” Shauqie bertanya setelah Rafique menemui tempat parking. Rafique membuka tali pinggangnya lalu menarik nafas perlahan. Apa hal otak dia ni lembab sangat! Dah kena sampuk angin tasik ke?

“Tadi aku cakap nak buat apa?”

“Jumpa orang.”

“Kita datang KL atas sebab apa?”

“Nak cari doktor yang rawat Sophia 5 tahun dulu.”

“Dah tu kau boleh tanya lagi sebab apa aku datang menyemak dekat hospital ni. Aku kan dah cakap dekat kau semalam. Itulah angau sangat dengan adik aku. Sampai dunia pun kau dah tak pijak. Dah cepat! Nanti lambat pula jumpa Doktor Asyraf.”

Shauqie dan Rafique menghampiri kaunter pertanyaan. Seorang jururawat yang sedang berdiri di situ tersenyum menanti kedatangan mereka berdua.

“Ye encik, boleh saya bantu?”

“Saya Rafique Amsyar Nordin Iman. Saya ada buat appointment dengan Doktor Asyraf pukul 9. Boleh saya jumpa dia?”

Tanpa bermadah panjang, Rafique terus bertanyakan tujuan asal mereka ke sini. Jururawat itu kelihatan menyemak buku yang berada di tangannya. Shauqie di samping hanya mendiamkan diri. Bau ubat-ubatan yang mula mencucuk rongga nafasnya membuatkan tekaknya berasa mual. Adeh! Ni yang aku lemah ni. Lupa aku ada alahan bau ubat.

“Ye, encik ada buat appointment dengan doktor. Sekarang doktor sedang membuat check up pesakitnya di wad. Encik boleh tunggu sebentar di bilik doktor. Saya akan maklumkan kehadiran encik kepada doktor.”

Rafique hanya menangguk mendengarkan kata-kata jururawat itu. jururawat itu sedang bercakap sebentar dengan rakannya sebelum mengatur langkahnya. Mengikut arah tuju jururawat itu, Rafique dan Shauqie berjalan di belakang sehingga mereka tiba di depan pintu yang dilekatkan nama Dr. Asyraf dan dua orang nama doktor lain yang mungkin berkongsi bilik dengan Doktor Asyraf di pintu. Jururawat tadi membukakan pintu untuk membenarkan mereka masuk.

“Silakan encik duduk dulu. Sekejap lagi doktor sampai.”

“Terima kasih.”

Hanya anggukan menghantar pemergian jururawat itu keluar. Matanya melilau memandang sekeliling. Bilik menunggu itu kosong. Ruang kecil itu agak selesa untuk menunggu. Terdapat 3 pintu berlainan. Mungkin bilik doktor 3 orang tadi. Rafique menuju ke arah sofa yang disediakan di ruangan itu. Shauqie yang kelihatan seperti pening-pening lalat ketika itu dipandang. Kelat wajahnya menunjukkan dia kurang suka dengan suasana hospital. Bukan dia tidak tahu, Shauqie sememangnya anti dengan tempat bau ubat.

“What’s up bro? okey tak?”

“Aku lupa aku sensetif bau ubat. Mulalah rasa loya bagai.”

“Nah kemam asam ni. Mujur aku ni jenis kawan yang caring. Dah tahu sensetif bukan nak prepare awal-awal.”

“Thank you.”

Shauqie menyambut asam yang sudah siap dibuka Rafique kemudian dimasukkan dalam mulut. Beberapa minit menunggu di situ. Bunyi kuakan pintu menarik perhatian mereka. Mereka disambut dengan senyuman oleh seorang lelaki berkaca mata yang agak tinggi bersutkan kot putihnya dengan stetoskop bergantung di lehernya. Setelah berjabat salam mereka kemudiannya mengikut Doktor Asyraf masuk ke bilik yang terletak di hujung ruang. mereka dipersilakan duduk.

“So, you Rafique Amsyar yang buat appointment dengan saya semalam?”

“Ye saya.”

“Sorry saya lambat tadi. Ada check up patient.”

“It’s okey. Kami menganggu waktu Doktor ke?”

“Eh tak, saya pun baru masuk shift terus buat check up tadi. Ada apa-apa yang boleh saya bantu encik berdua?”

“Saya ingin bertanyakan mengenai seorang yang mungkin pernah menjadi pesakit doktor yang mengalami amnesia. Mungkin dalam 5 tahun lepas. Ini salinan rekod pesakit.”

Rafique menghulurkan sampul surat yang dipegangnya kepada Doktor Asyraf. Shauqie hanya memandang membiarkan Rafique melakukan segala-galanya. Alahan yang tiba-tiba menyerangnya membuatkannya berasa tidak selesa. Melihatkan surat itu membuatkan Shauqie teringat peristiwa hampir beberapa bulan yang lalu. Melalui surat ini dia tahu apa yang dialami Sophia.

Rafique turut mengadu kepadanya Sophia sering mengaduh sakit-sakit di kepala. Tapi bila ditanya mengapa dia hanya menjawab pening-pening biasa sahaja. Tanda tanya yang berlarutan akhirnya terjawab melalui surat pemberian Anis kepada mereka. Berbantukan Anis dan Saiful bersepakat untuk mencari surat ini di dalam bilik Sophia ketika Sophia mengajak mereka makan tengahari di banglo itu, hanya dia tidak terlibat kerana sibuk uruskan syarikat. Semuanya disebabkan Anis yang terbuka rahsia terhadap Rafique. Setelah berjaya mendapatkan surat ini, barulah masalah Sophia dikhabarkan kepadanya. Kerana ini juga dia tidak pelik apabila Anis tersasul kepadanya pada pertemuan petang itu sebelum bertolak ke KL hari itu.

“Sophia Aisya, pesakit yang mengalami amnesia. Hurmm, kalau tak silap saya rekod pesakit masih lagi dalam simpanan saya. Boleh saya tahu apa hubungan encik dengan pesakit? Maaf saya perlu tahu untuk mengelak dari melanggar hak pesakit.”

“Oh, saya abangnya. Saya pun baru tahu keadaan adik saya. Selama ini dia rahsiakan daripada kami. Melihat perubahan Aisya yang agak ketara membuatkan saya siasat lebih lanjut. Then, kawan saya jumpa ini dalam bilik dia. Itupun tanpa pengetahuan dia.”

“Owh, baiklah kalau begitu. Sekejap ye, encik.” Rafique dan Shauqie mengangguk. Doktor Asyraf berdiri dari duduknya lalu bergerak ke almari yang berada di belakang. Teliti Doktor Asyraf mencari-cari satu fail yang mungkin menyimpan rekod Sophia di dalam almari yang penuh dengan pelbagai fail. Setelah agak lama, Doktor Asyraf kembali bersama sebuah fail bewarna biru.

“Are you alright sir?” Doktor Asyraf bertanya apabila melihat Shauqie yang hanya mendiamkan diri. Lagak lelaki itu seperti menahan dirinya daripada muntah. Tangannya ligat memicit dahinya.

“Kau okey tak ni Auqie? Kalau tak okey kau rehat dalam kereta. Biar aku handle. Nanti aku maklumkan kau.”

“Aku okey. don’t worry. Aku boleh tahan lagi. Sorry doktor.”

“Maaf doktor. Kawan saya ni alah sikit bau ubat. Macam inilah jadinya bila datang tempat-tempat yang buat hidungnya sensitif.”

Doktor Anuar tersenyum lalu tangannya mengambil sesuatu dari laci mejanya. 2 biji pil ubat diberikan kepada Shauqie.

“You need it. Boleh kurangkan rasa loya. Normal bagi sesetengah orang yang sensitif pada bau dan alah pada ubat. Bukan encik seorang malah ramai lagi. Tapi selalunya pada peringkat awal sahaja. Kalau encik sering ke tempat macam ni, lama-lama encik akan terbiasa.”

“Thank you doctor. So, may I know about my sister?”

“Seingat saya, pesakit dihantar oleh keluarganya kerana pengsan di dalam bilik. Pesakit pada awalnya hanya disyaki tertekan dan keletihan. Setelah dua hari mendapatkan rawatan, pesakit sudah dibenarkan pulang sementara menunggu keputusan makmal. Hanya beberapa hari selepas itu, saya ada menelefon keluarganya untuk datang menemui saya bagi memaklumkan keadaan pesakit. Tapi, pesakit sendiri yang datang menemui saya.”

Rafique dan Shauqie hanya mendiamkan diri mendengarkan keterangan Doktor Asyraf. Rafique mengimbau kenangan 5 tahun lalu. Setelah kejadian malam itu, malam itu juga bersatunya Shauqie dan Sophia kerana fitnah dan cacian masyarakat. Esoknya gempar rumah mereka apabila Shauqie hilang. Dan Sophia hanya menangis. Sophia berlarutan keadaan begitu hampir seminggu. Tidak mahu makan, bercakap, keluar dari bilik. Dia hanya menangis dan menangis sehingga kami menemuinya pengsan tidak sedarkan diri.

Rafique juga tahu Sophia hanya dikatakan letih dan tertekan seperti yang dimaklumkan doktor sebelum mendapat maklumat sebenar daripada makmal. Dan Sophia diberikan rehat yang cukup walaupun tidak bercakap dengan sesiapa pun. Beberapa hari selepas itu, pihak hospital mengubungi nombor telefon rumah mereka menyuruh wakil untuk menjumpai doktor bagi mengetahui keputusan sebenar keadaan Sophia. Mendengarkan itu, Sophia yang selama ini membisu bersuara tegas untuk pergi sendiri tanpa diekori sesiapa. Ibu dan papanya tidak berani untuk bertegas kerana takut Sophia kembali mogok.

Jadi, Sophia dibenarkan pergi sendirian tanpa diawasi sesiapa. Rafique yang sememangnya tak pernah kurang rasa risau di hati senyap-senyap mengekori Sophia. Setelah agak lama menunggu. Kelibat Sophia bergegas keluar dari hospital kembali ke kereta. Rafique hanya mengekor ke mana Sophia pergi. Melihatkan arah tuju Sophia yang jauh keluar daripada kawasan KL membuatkannya bertindak mengejar Sophia. Akhirnya Sophia berhenti di R&R memudahkan Rafique untuk menghampiri Sophia. Pertengkaran besar berlaku di atara mereka berdua. Rasa syak bahawa Sophia ingin lari dari rumah membuatkan Rafique mendesak supaya Sophia beritahu apa rancangannya.

Dan akhirnya dalam keesakan Sophia minta untuk menyendiri. Minta untuk pergi jauh daripda Kuala Lumpur. Untuk melupakan segala yang berlaku. Dia ingin mulakan hidup baru. Dia takut berdepan dengan papa yang selalu dingin dengannya sementelah kejadian malam itu. Dia tak mahu ibu kecewa lagi. Dan biarlah dia pergi jauh mencari semula dirinya. Apabila tiada jawapan ke mana arah tuju Sophia, Rafique menghulurkan kunci banglo milik Sophia dan Shauqie sebagai hadiah hari perkahwinan yang sepatutnya gilang-gemilang berlangsungnya sebagai tempat tinggal Sophia di Sungai Petani, Kedah. Rumah yang Sophia diami sekarang. Tetapi untuk mengelakkan kesedihan menguasai Sophia, Rafique hanya memberitahu itu rumah peninggalan keluarga mereka dulu. Sudah lama tidak tinggal di sana. Sophia hanya akur dengan janji Rafique tidak akan beritahu ke mana Sophia pergi cukup mengkhabarkan Sophia sentiasa selamat kepada keluarga asalkan Sophia mengikut arahan Rafique supaya membawa Umi Raudhah bersama Sophia. Sophia hanya akur. Selepas itulah bermulalah hidup Sophia di Kedah selama 5 tahun sehingga sekarang.

“Encik Rafique?”

“Woih! Kau ni kenapa? Tak alert langsung.”

Tersedar Rafique apabila terasa bahunya disentuh oleh Shauqie. Terpinga-pinga sekejap dia melihat Doktor Asyraf dan Shauqie yang seperti pelik melihat dia tidak tumpukan perhatian. Perlahan dia mengukir senyuman bersalah kerana dirinya yang melayang dengan masa silamnya.

“Maaf doktor. So, how about her?”

“Seperti yang encik maklum, pesakit memang mengalami amnesia. Seperti saya cakap tadi. First check pesakit, kami hanya mendapati tubuh pesakit hanya terlalu letih, lemah dan tertekan. Tambahan lagi, keluarganya turut beritahu pesakit mengalami murung dan tidak mahu bercakap dan makan menyebabkan tubuhnya tidak bermaya. Tapi..”

“Tapi apa doktor?”

Pantas pertanyaan Shauqie memotong percakapan Doktor. Rafique memberi jelingan tajam buat Shauqie. Hish! Sabarlah. Tak padan dengan diri tu tengah tahan loya. Main potong pula. Kacau line betul. Doktor Asyraf hanya tersenyum melihat riaksi Shauqie dan Rafique.

“Sorry doctor. Please shoot.”

“Tapi, setelah pesakit sedar dari pengsan selama sehari. Saya ada tanyakan beberapa soalan kepada pesakit. Tetapi pesakit hanya menggeleng tanda dia tidak tahu apa-apa. Apabila saya cuba menyuruhnya mengingati kembali, pesakit hanya mengaduh sakit. Jadi, saya membuat pemeriksaan sebelum membenarkan pesakit pulang. Saya hanya mengesyaki mungkin pesakit mengalami amnesia. Tapi, saya tak boleh membuat tanggapan sendiri sebelum tahu keputusannya. Setelah mendapat keputusan daripada makmal, saya menghubungi pihak keluarga untuk berikan keterangan lanjut. Tapi, yang hadir tika itu adalah pesakit sendiri. Dia ada mohon kepada saya agar tidak memberitahu kepada keluarganya tentang keadaan pesakit. Seperti keputusan yang telah encik tengok dalam surat tadi, itu menunjukkan keputusan bahawa pesakit mengalami hilang memori. Ingatannya tak dapat menjangkau sesuatu yang sudah berlalu. Apa yang pesakit ingat hanya orang-orang penting dan hidupnya dan ingatannya ketika dia masih kecil. Tetapi, kejadian atau sesuatu yang berlaku padanya membuatkannya trauma dan memberi kesan kepada ingatannya. Oleh sebab itu, pesakit mengalami amnesia iaitu lupa memori. Tapi apa yang pasti bukan disebabkan faktor pemakanan, cuaca persekitaran atau usia yang mungkin menjadi penyebab pesakit mengalami amnesia. Tetapi, kisah lampaunya atau suatu tragedi yang dialami pesakit membuatkan trauma menjadi penyebab utamanya.”

Satu persatu penerangan yang diterangkan doktor sudah mampu membuatkan Rafique dan Shauqie mengagak apa puncanya. Shauqie hanya menunduk mendengar butir bicara Doktor Asyraf. Rafique hanya membuang pandang ke arah Shauqie yang bisu daripada bersuara. Dia faham apa yang bermain di fikiran Shauqie. Malahan tragedi dan trauma yang dinyatakan oleh Doktor Asyraf dia tahu apa kisah disebalik kenyataan tersebut. Kisah itu dialami Shauqie di depan matanya sendiri. Jadi, tidak pelik andainya Shauqie sentiasa menyalahkan dirinya disebabkan Sophia derita dengan trauma dan sakitnya selama 5 tahun.

Alhamdulillah, mujur Allah mudahkan urusan Shauqie. Ingatan Shauqie sudah pulih sepenuhnya. Umpama mendapat semangat baru. Ingatannya kembali seperti air mengalir satu persatu. Dan penguat semangatnya adalah Sophia. Sekarang janji lelaki itu di hadapan Rafique akan buatkan Sophia kembali mendapatkan ingatannya dan ceria seperti dulu. Mungkin benar apa yang dikatakan Doktor Suhail merangkap doktor peribadi Shauqie, hanya orang yang paling Shauqie sayang dapat menjadi inspirasi untuk mengembalikan ingatan Shauqie. Rafique menghela nafas. Ternyata ada ujian yang menanti Shauqie, mengapa nikmat ingatannya dikembalikan. Besar yang harus dibayar Shauqie disebalik kurniaan ini. Rafique hanya mampu membantu dari belakang. Selebihnya mereka berdua yang usahakan. Doktor Asyraf yang masih setia menanti dipandangnya.

“Adik saya ada peluang untuk sembuh ke, doktor?”

“Peluang sememangnya ada. Tapi semuanya bergantung kepada pesakit sendiri. Sama ada pesakit bersedia untuk mengembalikan ingatannya ataupun tidak. Walaupun perkara ini tidak boleh dipaksa. Paksaan untuk mendapatkan memorinya akan menyebabkan ingatannya akan hilang buat selamanya. Tapi pihak hospital sentiasa ada doktor berkelayakan yang dapat membantu mengembalikan keadaan pesakit kepada normal. Saya ada menyarankan kepada pesakit agar sentiasa meneruskan pemeriksaan di hospital sehingga betul-betul sembuh mengikut appointment yang ditetapkan. Tapi apa yang saya tahu, pesakit sendiri bertindak untuk mengendahkan nasihat pihak hospital. Malahan appointment yang kami atur buat pesakit tidak pernah sekalipun pesakit datang. Jadi, semuanya bergantung kepada pesakit sendiri.”

“Boleh saya bantu adik saya?”

“Sudah tentu. Semangat dan dorongan orang yang hampir dengan pesakit amat digalakkan. Hal ini dapat membantu mengembalikan ingatan pesakit. Caranya perlu mengikut prosuder yang membantu. Tapi, elakkan menggunakan paksaan. Risikonya tinggi seperti saya katakan tadi. Encik boleh dapatkan nasihat daripada doktor yang berkelayakan dalam bidang ini bagi mendapatkan cara yang membantu. Seperti membawa pesakit ke tempat pesakit suka atau pesakit pernah pergi. Tunujukkaan gambar-gambar kenangan yang lepas.”

“Ada kesan sampingan tak penyakit amnesia ini?”

“Kemungkinan ada. Pesakit akan mengalami mimpi yang sama berulang kali. Kerap sakit kepala, ketakutan seolah-olah kembali kepada traumanya dan mudah tertekan. Sebab itu, jangan biarkan pesakit sentiasa bersendirian. Takut pesakit akan ditimpa kemurungan atau sebaliknya.”

“Maksud doktor?”

“Amnesia merupakan lupa memori ataupun pesakit mudah lupa dengan kejadian sekelilingnya. Ada kesan jangka panjang dan jangka pendek. Setengah pesakit yang mengalami amnesia jangka pendek memerlukan jangka masa yang singkat untuk kembali ingat seperti lupa dan ingat semula apabila diingatkan. Amnesia juga disebabkan beberapa faktor seperti yang telah saya katakana tadi. Faktor pemakanan, cuaca persekitaran, faktor usia atau trauma yang mungkin menjadi penyebab pesakit mengalami amnesia. Dalam kes adik encik, faktor trauma menjadi suspeknya. Dan adik encik mengalami kesan jangka panjang. Pesakit akan mudah lupa dengan apa yang berlaku disekelilingnya tapi mudah ingat semula apabila diingatkan. Tetapi, trauma pesakit menghilangkan memorinya. Kesannya, traumanya itu akan datang melalui mimpi yang berulang. Oleh itu, pesakit tak dibenarkan bersendirian sepanjang masa. Kalau dibiarkan pesakit akan sering berfikir dan akan memberi kesan negatif kepada pesakit. Dan ini akan menyebabkan pesakit sering pening kepala dan mudah tertekan. Kalau perkara ini berlanjutan pesakit berkemungkinan mengalami gangguan jiwa. Tapi, jangan risau. Semuanya bergantung pada kekuatan dan iltizam pesakit sendiri. Pesakit yang kental tak akan mudah ikut emosi diri dan pandai mengawal perasaannya.”

“Apa perlu kami buat doktor? Saya pun perasaan adik saya sering mengaduh sakit kepala. Apabila saya tanya perkara tentang masa lalunya. 80% dia tak ingat dan tak tahu. Mula-mula saya fikir adik saya hanya lupa tetapi apabila selalu jawapan tak tahu dan tak ingat membuatkan saya syak sesuatu. Tapi apa yang saya tahu, adik saya jarang menunjukkan kesakitan dia. Dia bijak mengawal perasaannya terutama apabila bersama orang sekeliling. Apa yang sentiasa diberitahu kawan adik saya, profesor atau kaunslor mereka di universiti selalu membantu keadaan adik saya. Dia pernah cuba untuk bunuh diri dengan mengelar dirinya. Semenjak bantuan profesornya itulah. Dia kembali bersemangat dan selalu berkongsi masalah kepada kaunslor. Mungkinkah faktor ini membuatkan adik saya mampu bertahan sehingga sekarang?”

“Boleh saya tahu, adik encik masih tinggal bersama keluarga encik?”

“Tak, dia berpindah ke Kedah semenjak beberapa hari selepas dia pengsan.”

“Baguslah macam itu. Suasana baru kepada pesakit membantu menerapkan tenaga positif dalam diri pesakit. Kenapa saya berkata begini kerana, mungkin tindakan pesakit pergi dari KL kerana saya pernah katakan. Jauhi tempat yang mampu membuatkan trauma yang kembali memberi tekanan kepada pesakit. Maaf itu hanya tanggapan saya. Mungkin sebab lain menjadi puncanya pesakit pindah ke Kedah. Tapi, tindakannya baik untuk dirinya. Lagipun mendapatkan khidmat kaunslor sangat baik buat pesakit. Boleh kurangkan tekanan buat pesakit. Lihat kesan kepada pesakit apabila dia tertekan dengan dirinya membuatkan pesakit bertindak mengelar dirinya. Khidmat kaunslor membantunya daripada terus menghadapi tekanan. Tapi memandangkan encik berkata pesakit belum mampu mengingati apa-apa tentang masa lalunya, itu bergantung kepada pesakit sendiri. Traumanya menyebabkannya tidak mahu tahu apa yang pernah terjadi kepadanya dulu. Apa yang perlu encik buat, hanya laksanakan apa yang saya katakan. Peluang sentiasa ada. Ada penawar bagi setiap penyakit kecuali mati. Selagi kita usaha, berdoa dan tawakal kepada yang maha kuasa selagi itulah peluang sentiasa ada. Tapi kalau boleh, encik bawa pesakit berjumpa saya atau mana-mana doktor yang berkelayakan. Mungkin lebih mudah bagi doktor mengetahui sendiri keadaan pesakit.”

“Baiklah doktor. Terima kasih kerana sudi luangkan masa doktor bersama kami.”

“Sama-sama. Sudah menjadi tugas saya menghulurkan khidmat. Kalau ada apa-apa boleh datang jumpa saya atau kalau nak cepat boleh terus hubungi saya. Ini kad saya.”

Dua keping kad diambil dalam bekas kecil yang tebal dengan kad, lalu dihulurkan kepada Shauqie dan Rafique. Mereka sama-sama berdiri lalu masing-masing berjabat tangan sebelum mngundur diri.

“Terima kasih doktor. Kami pergi dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Mereka berdua melangkah keluar dari bilik besar itu. Rafique memandang Shauqie yang masih mendiamkan diri sedari tadi. Dia menghela nafas lagi. Faham benar dengan tingkah laku Shauqie yang lebih betah mendiamkan diri jika berfikir atau sebaliknya.

“Rafique… kau tak marahkan aku. Aisya jadi macam ni sebab aku.” Setelah agak lama membisu, Shauqie bersuara. Bertanyakan rasa bersalahnya kepada Rafique.

“Apa kau cakap ni Auqie? Jangan letak batu di atas kepala kau seandainya batu itu bukan milik kau.”

Kias Rafique menjawab pertanyaan Shauqie. Mereka melalui kaunter pertanyaan tadi. Perlahan anggukan Rafique kepada nurse yang ditemui tadi sebelum memandang ke depan bergerak keluar dari hospital menuju ke tempat parking.

“Tapi benda ini tak akan terjadi kalau aku tak ajak Sya jumpa waktu itu.”

“Dan nyawa Sya tak akan selamat kalau kau tak ada dekat situ.”

Terdiam Shauqie mendengar balasan tegas daripada Rafique. Rafique menekan butang remote Gen2 dari jauh. Mereka kembali membisu sambil melangkah ke arah Gen2. Shauqie mengimbau kembali apa yang dikatakan doktor tadi. Hampir 70% segala penyebab amnesia Sophia berpunca daripadanya.

“Dah la Auqie. Apa lagi yang kau fikir. Aku tahu semua kejadian itu bukan salah kau. Mike perangkap kau. Sya pulak tak dengar cakap kau. Kau sendiri cerita dekat aku kan. Kau hanya kambing hitam. Kalau Sya yakin dia pun tak akan salahkan kau.”

“Tapi kenyataannya aku buat Aisya pergi, Rafique.”

Langkah Rafique terhenti di hadapan Gen2. Nafasnya ditarik cuba menenangkan dirinya. Wajah suram Shauqie dipandangnya. Eee.. degil betul mamat ni. Nak sangat tanggung kesalahan yang kau tak buat kenapa? Bahu Shauqie ditepuk perlahan.

“Listen here! Aku tahu apa yang berlaku hari itu. Aku pun sampai waktu yang sama dengan kau untuk cari adik aku. Tak kan kau yang buat benda tak senonoh macam tu dekat Sya. Kau yang jumpa Sya dalam keadaan macam itu. Dah fitnah tu nak kena dekat kau. Auqie.. redha dengan apa yang terjadi. Benda dah lepas. Tak guna salahkan diri sendiri. Jangan kau putar belit cerita asal. Kebenaran akan menyerlah juga suatu hari nanti. Sekarang tugas kau lindungi Sya selayaknya. Laksanakan janji kau kepada pihak polis untuk perangkap Robert. Cukup sekali Sya hampir jadi mangsa Robert dengan Mike. Kita akan sama-sama kembalikan Aisya dalam diri Sophia. Aku tahu kau boleh Auqie. Aisya masih wujud dalam Sophia, hanya masa mengubah dia. Akupun tahu kau masih wujud dalam hati Sya. Jangan sia-siakan masa yang ada dengan sesalan yang kau tak buat. Cukup sekadar berfikir dan muhasabah, berdoa agar perkara yang sama tidak berulang. Aku nak kau jaga adik aku seperti yang kau janjikan setelah kau angkat akad di bibir. Aku sentiasa ada untuk bantu kau. Dah jom balik.”

Shauqie hanya mengangguk mendengar kata-kata Rafique yang tidak pernah putus memberi nasihat kepadanya. Mereka berdua seiring masuk ke dalam Gen2 sebelum pergi meninggalkan perkarangan hospital.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Information untuk semua..
Untuk en3 Story Opie Dan Auqie ini adalah yang terakhir..
Kalau ada rezeki insya-Allah.. Sya akan try hantar skrip kepada KN..
Kalau Allah bagi.. mana tahu kan impian nak terbitkan novel yang tak berapa nak jadi ni tercapai..
Jadi, mohon doa semua.. doakan diterima novel ini.
andainya manuskrip Sya tak diterima.. Sya akan teruskan post dalam blog Sya sahaja.. itu lebih baik kan..
Terfikir pula nak selit, korang tak pelik ke watak Shauqie dalam ni kacuk spanyol, tapi gambar yang Sya buat orang korea.. kan? Oleh sebab tu sorry lah ye, dulu idea nak buat kacuk Korea tapi ter'corner' kacuk Spanyol.. apa boleh buat. harap maaf ye!
sekian ini sahaja makluman yang Sya pot pet pot pet dari tadi..
mohon ada yang baca.. sekian dulu..
kalau ada masa lagi.. Sya post kan en3 terbaru dari novel 'Mencari Pelangi' pula.. insya-Allah..


 

0 Budak Comel Komen :D:

Catat Ulasan

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo