Jumaat, 7 Mac 2014

SODA 19

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 19 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 19~


S


ophia yang usai melipat telekong dan sejadahnya bergerak ke katil mendapatkan TSMnya yang berbunyi menandakan satu mesej masuk. Melihatkan nama bdx psiko segera dibuka mesej tersebut. Lebar senyumannya menunjukkan kegembiraannya mendapat mesej dari orang yang ditunggu-tunggu. Aku tunggu sebulan jugak kot nak dapat mesej dia ni. Ingatkan dah lupa aku mamat ni. Asyik kirim salam dari Along je. Cakap sendiri tak nak. Aku? Nak mesej sendiri malu pulak. Hehe..

- Assalamualaikum.. morning hot chocolate. Rindu aku tak?

- Waalaikumussalam.. morning! Tak pun. Entah-entah kau yang rindu aku.

- Of course la. Miss you so much. Siapa tak rindu bini sendiri. Hope you beside me. Aku nak peluk kau ketat-ketat.


Hai! Mimpi apa mamat ni. Kan tak fasal-fasal dah blushing muka aku. Anis tengok karang masak aku kena sakat.

- Kau mimpi apa tiba-tiba jiwang bagai pagi-pagi ni? Demam erk?

- Sob.. sob.. sampai hati kau kata aku. Jiwang aku dengan bini sendiri jugak.


Sophia buat juling mata. Dia mula dah touching bagai. Teruk betul orang lelaki kalau merajuk. Nampak immature tapi aku tahu kalau aku depan dia sekarang, jangan haraplah nak buat manja bagai. Senyuman Sophia masih lagi menghiasi bibirnya.

- Ye lah.. merajuk pulak. So, how’re you? Sihat? Sibuk nampak sampai lupa aku.


- I’m fine sweety.. thanks. Tapi kalau kau ada dengan aku insya-Allah I better than now. Sayang juga kau dekat aku. Ni yang buat aku makin sayang kau ni. My Allah! Rasa nak terbang balik Penang peluk kau tak nak lepas. Hehe.. just a joke. Siapa cakap aku lupa kau? Kau sentiasa di fikiran aku 24 jam, setiap saat dan setiap masa. Aku tak pernah lupa kau. Kau saja yang lupa aku.

Gulp! Sah memang demam dia ni. But.. aku kurang setuju apa yang dia cakap. Aku tak pernah lupa kau Auqie. Macam mana aku nak lupakan orang yang telah menyedarkan aku tentang berharganya sebuah kehidupan. Ya Rabb.. apakah yang sedang kau tunjukkan kepada kami? Adakah Kau cuba sedarkan kenyataan aku adalah isteri sebenar Auqie dulu? Seandainya benar. Bantulah aku untuk mencarinya. Ameen.

- Auqie.. can I ask you something? It’s about us. Can I?

- Sure sweety. Shoot!

- Sorry if my question make you lost your comfort. Hurmm.. may I know. Siapa kau sebenarnya? Apa kaitan antara kau dengan aku? Aku tahu walaupun hampir setahun kita bersama tapi serius aku tak mampu ingat siapa kau. Kalau aku cuba ingat kau.. it’s hurt. Aku dah cuba but I can’t. Aku dah try tanya Along but he always dodge to answer my question. Hope you can answer me. Please!

Sophia teragak-agak untuk menekan icon send. Setelah berkali-kali cuba ditenangkan diri, icon send ditekan. Sophia baringkan tubuhnya di atas katil sambil jarinya diketuk-ketuk pada TSMnya menanti balasan mesej. Hampir 10 minit menunggu mesej belum dibalas. Sophia mengeluh perlahan. Adakah soalan aku menyinggung perasaannya. Aku bukan sengaja. Kalau aku diam sampai bila aku akan tahu kebenarannya. Sophia hampir terlelap kerana menunggu. Tetapi, mendengarkan sahaja bunyi mesej masuk terbuka luas mata Sophia saat itu.

- Sorry late. If I can give you the explaination. But sorry sweety. Aku pun macam kau it’s hurt to say. Aku takut Opie. Aku takut kau akan pergi jauh dari hidup aku seandainya kau tahu siapa aku. Aku harap kau boleh bagi aku masa. Just a little time. Kalau aku beritahu kau sekarang mungkin tak sempurna penjelasan aku dekat kau. Aku masih mencari Opie. Kau tahu, rindu aku nak jumpa Aisya aku sangat tinggi. Sakit bila tahu kau tak ingat aku. Tapi It’s okey. Aku sanggup buat apa asal boleh jumpa kau yang dulu. Harap kau sabar dan berusaha untuk cari diri kau. Kalau kau tak ingat aku, aku tak kisah. Asal kau boleh jumpa balik diri kau, boleh hidup tanpa trauma dan ceria itu sudah bagus. Please smile when you read this.

Sophia menghela nafas. Bukan ini jawapan yang dia harapkan. Apa yang telah berlaku sebenarnya. Kenapa aku sakit sangat untuk ingat masa lalu aku? Bukankah ianya indah seandainya ianya melibatkan hubungan sebenar aku dengan Auqie? Tapi untuk tidak menghampakan permintaan Shauqie, Sophia tetap mengukirkan senyuman seolah-olah Shauqie sedang melihatnya. Jarinya mula bermain membalas mesej Shauqie.

- If that your answer what can I do more. Semoga Allah bantu aku untuk pulihkan ingatan aku. Ameen..

- Ameen. Thanks sweety. Call kejap nak dengar suara.

Melihat sahaja permintaan Shauqie segera nombor Shauqie ditelefon. Hanya beberapa saat panggilannya sudah diangkat. Senyuman Sophia semakin lebar.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Finally. I can hear the voice that I miss. Sorry tak boleh sembang lama kena gerak ke port sekarang. Apapun just nak cakap love you so much. Take care. Muahh.. leave you with a kiss. Bye sweety. Assalamualaikum.”

Klik! Talian dimatikan. Tapi senyuman masih tetap terukir di bibirnya. Aku pun ada jawapan yang sama Auqie. I can hear the voice that I miss. Miss you Auqie. Walaupun ayat bunga-bunga Shauqie yang tetiba berjiwang bagai terasa janggal di telinganya. Tapi dia suka dan suka sangat. Rasa ini tak seperti apa yang di rasa bila Mike cuba mengayatnya.

Bagaimana pula layanan mesra Shauqie? Bahasa manis yang digunakan? Gelaran yang dipanggilnya terhadap aku? Arhh.. sukar nak percaya semuanya dari bibir Shauqie. Hari itu kitaorang gaduh bagai nak rak tup-tup hari ini boleh bersayang sweety bagai pulak. Siap ber’I love you’ pulak. Agaknya mimpi apa mamat tu ya? Entah-entah dia ingat aku ni macam fans dia sekeliling pinggang tu. Huh! Memang tak la.

Tidak tahu apa yang difikirkan otak ting tongnya. Sophia mengetuk-ngetuk kepalanya dengan TSM di tangan. Husnuzon Opie. Ingat kepercayaan penting asas teguhnya hubungan. Kau baru saja nak berbaik dengan dia. Nak mulakan hubungan baru dengan dia. Jadi mungkin Allah juga mengetuk hati dia untuk turut sama memulakan apa yang sepatutnya dilakukan semenjak awal pertemuan kau dengan dia beberapa bulan lalu. Entah mengapa, walaupun masih ragu-ragu tentang letak duduk status sebenar mereka. Sophia yakin dia sudah bergelar ISTERI kepada lelaki itu. Moga telahnya adalah tepat. Teringat dia pesanan Alongnya.

‘Mungkin Along sembunyikan sesuatu dari Opie. Mungkin Along semakin kelirukan fikiran Opie. Tapi percayalah Along lakukan semua ini supaya Opie boleh cari kejujuran sebenar dalam diri Auqie. Jangan judge dia membuta tuli seperti mana telah Opie lakukan terhadap Auqie dulu. Kesilapan pertama mungkin boleh dimaafkan tapi untuk kali kedua mungkin sukar.

Along tak pernah ajar Opie bersikap biadab dengan orang lain. Jangan dahulukan orang lain disekeliling melainkan Auqie terlebih dahulu diutamakan. Percayalah! Auqie lebih penting dalam kehidupan Opie berbanding Along, ibu mahupun papa sekalipun. Melalui Auqie, Sophia akan ditentukan oleh Allah untuk layak ke syurga mahupun sebaliknya.

Along harap Opie faham dan fikir kata-kata Auqie. Jangan biarkan kesakitan yang ditanggung Opie menghalang Opie untuk bersikap baik dengan orang lain. Even Opie tak ingat siapa Auqie, berusaha untuk jadi yang terbaik buat dia. Dia bukan abang, dia bukan adik tapi darjatnya lebih tinggi dari seorang ayah.’

Kata-kata itulah membuatkannya terus bersangka baik terhadap Auqie sehingga berani membuka ruang di hati untuk menerima seorang lelaki dalam hidup. Walaupun ragu-ragu dan takut peristiwa 5 tahun lalu yang menyakitkannya kembali berulang, tapi dia tetap cuba. Mungkin ini langkah pertama untuk perbaiki hubungan mereka. Apa yang dia tahu sekarang tiada lagi Shah yang ditunggu untuk membalas dendam mahupun cinta, melainkan Shauqie yang mula berputik di hatinya. Semoga ianya kekal sebagai perasaan yang diredhai Allah. Ameen.

*******

Shauqie tersenyum senang usai habis berbual dengan Sophia sebentar tadi. Kan bagus mereka mesra macam ini sedari mula mereka bertemu. Mengingatkan laporan yang disampaikan Anis 24 jam kepadanya tanpa bolos membuatkannya tersenyum. Tambahan lagi laporan mengenai pertemuan Sophia dan Mike. Ingat lagi dia betapa Anis membantah apabila dia memaksa Anis untuk menemani Sophia menemui Mike seandainya Sophia ingin keluar dengan Mike. Bagaimana caranya terserah Anis. Macam mana Anis boleh ikut cakap aku sebab Epon. Hehe.. thanks Opie sebab pernah pecahkan tembelang Anis.

Alhamdulillah.. gembira rasanya apabila Sophia memahami apa yang cuba dia sampaikan. Walaupun sekarang dia tahu Sophia masih tetap berhubung dengan Mike tapi tak macam dulu. Perubahan yang agak baik. Gembira rasanya bila Sophia pertahankan hubungan mereka di hadapan Mike. Kurang sedikit tugasnya untuk menyedarkan Mike tentang hubungan mereka. Selepas ini dia tidak risau lagi seandainya Sophia berhubung dengan Mike. Kerana dia tahu Sophia sudah mula menerima hakikat hubungan mereka cuma masih mencari.

Namun begitu, walaupun Mike ditolak lembut oleh Sophia. Masih ada beribu cara lagi yang boleh Mike lakukan untuk dapatkan Sophia. Tak mustahil peristiwa dulu mungkin berulang. Menggunakan cara lembut tidak dapat, mungkin cara kasar pula digunakan Mike. Dan mungkin kali ini akan melibatkan Robert. Segalanya tak mustahil.

Oleh kerana itu, Shauqie sentiasa tidak senang duduk berada di KL. Setiap hari dia berurusan secara profesional dengan Mike, sebagai rakan kerja tetapi secara peribadi lain kisahnya. Dan pelbagai dugaan itulah dia harus berhadapan dengan Mike sekarang. Hakikatnya Mike masih berusaha untuk memisahkan mereka. Sehingga melibatkan Robert. Konco-konco Robert yang sudah lama tak kelihatan kembali muncul. Adakah disebabkan Inspektor Zakaria tiada di sini untuk mengawasi aku? Tapi dia tidak kesal tentang itu. Dia rela asalkan keselamatan Sophia terjamin.

“Hai, nak termenung sampai esok ke? Nak tunggu matahari terpacak atas kepala baru nak gerak ke?”

Shauqie mengalihkan pandangannya ke pintu bilik. Rafique sedang bersandar pada pintu sambil tersenyum sumbing. Tahu niat Rafique yang lebih kepada untuk mengusiknya, Shauqie segera bangun dari duduknya menuju ke almari. Pakaian kerja dipilih lalu terus disarungkan ke tubuhnya. Kaki mula diorak ke arah Rafique yang masih setia menantinya di tepi pintu. Tangan lelaki itu sibuk dengan Samsungnya. Facebook la tu, tak Facebook twitter, tak twitter adalah benda yang dibuatnya.

“Hai, sibuk nampak. Layan fans dalam facebook ke? Nak tunggu matahari tenggelam baru nak gerak ke?”

Shauqie memulangkan paku buah keras. Rafique hanya mampu tersenyum mendengar sindiran Shauqie. Tanpa menghiraukannya, mereka bergerak seiring untuk pergi ke office yang setia menanti mereka. Bilalah kerja ni nak habis. Aku rindu Opie ni!


 

0 Budak Comel Komen :D:

Catat Ulasan

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo