Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 10 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 10~ |
S
|
ophia mengeluarkan sekeping chocolate masak
dari peti sejuk lalu dimasak menggunakan double boiler. Sophia keluarkan
pula sekotak susu segar lalu dituang separuh ke dalam periuk kecil. Dia
mengambil pula gula perang di dalam kabinet lalu dimasukkan 2 sudu teh bersama
susu segar tadi. Setelah susu sudah panas dan coklat pun sudah cair, Sophia
tutup api. Dia mengambil mug lalu dimasukkan 3 sudu besar vico ke
dalamnya. Kemudian, susu tadi dituangkan ke dalam ke dalam mug bersama coklat
tadi. Susu yang lebih dimasukkan ke dalam termos. Coklat pula disimpan di dalam
peti sejuk. Dia mengacaunya dan siap! Senang saja nak buat ni.
“Weyh! Air kau dah siap. Aku hantar ke
bilik kau ye.” Sophia menjerit dari bawah.
Dia berpusing untuk ke bilik kerja Shauqie
di tingkat bawah. Biasalah, orang ada kerja dalam masa yang sama tengah
belajar. Mestilah sibuk kan. Hampir terlepas mug yang dipegang Sophia apabila
melihat Shauqie sedang bersandar pada dinding. Kus! Semangat. Macam hantu
betul. Terkejut aku. Sophia menghampiri Shauqie yang sedang menunduk ke lantai.
Tangan kanannya mengurut-ngurut dahinya. Berkerut dahi Sophia melihat perbuatan
Shauqie. Dia ni sakit ke?
“Kau okey?” Sophia bertanya. Risau jugalah.
Kalau tak risau kena risau juga sebab aku kena bagi laporan 24 jam dekat Along.
Semenjak Along balik Perlis macam ni lah. Kalau tak lapor mesti Along telefon.
Memenatkan betul. Kalau sayang sangat dengan mamat ni bawa dia ke Perlis. Aman
juga hidup aku.
“Owh, sorry. I’m okey. Just pening
sikit.” Shauqie berkata sambil tersenyum. Tapi senyuman dia hambar. Macam orang
tahan sakit. Macam sakit betul je mamat ni.
“Kalau pening tak payah minum air coklat
ni. Panas dalam nanti, kalau pengsan lagi susah.” Sophia berkata lalu berpusing
arah untuk ke peti sejuk untuk menyimpan air itu. Tapi dihalang Shauqie.
“Eh tak apa. Aku okey. Sini air tu.”
Shauqie menarik Sophia menghadapnya. Mug yang dipegang Sophia diambil.
Sophia hanya membiarkannya. Degil betul dia ni. Pengsan baru padan muka. Kalau
aku report Along mesti kena bebel sebakul. Hihihi, tahulah. Aku selalu
kena marah sebab minum air coklat waktu pening. Kalau pengsan ke pitam ke bukan
Along tolong, bebel adalah.
Tapi Shauqie langsung tidak minum coklat
panas buatan Sophia. Malahan mug itu diletakkan di atas meja. Semakin
pelik Sophia melihat Shauqie. Mamat ni betul-betul tak sihat ke? Teragak-agak
dia untuk memegang dahi Shauqie. Nak tahu panas ke tak? Tapi belum sempat
Sophia bertindak, Shauqie menghampirinya. Eh, apa mamat ni nak buat dekat aku.
“Sorry.” Shauqie
berbisik.
Sorry? Apa sorry-sorry?
Semakin lama semakin hampir. Dan Sophia pun, setapak Shauqie menghampirinya. Setapak
juga dia mengundur ke belakang. Tapi kalau dah tersekat dekat dinding nak lari
mana lagi. Tersentak Sophia apabila tubuhnya tiba-tiba dirangkul perlahan dan
dipeluk Shauqie. Walaupun kejap tapi kemas pelukan itu. Sophia terkelu, seluruh
tubuhnya bagaikan menjadi kejang dan kaku apabila diperlakukan begitu.
“I’m sorry for everything. Sorry
sebagai Shauqie Alexender bukan Mohd. Aizat.”
“Sorry Sya. Aku tak bermaksud waktu
tu. Bukan aku. Bukan aku Sya. Maafkan aku.” Shauqie berkata berlahan. Tapi
jelas kedengaran oleh Sophia. Apa yang mamat ni merepek ni? Sophia masih tak
dapat gerakkan tubuhnya.
“Sorry Sya. Sorry. Itu bukan aku.
Bukan aku Sya.” Sekali lagi Shauqie berkata. Hik! Cuba cakap apa yang sorrynya.
Nak nyanyi lagu sorry sorry super junior ke apa? Dah la sesuka hati
panggil aku Sya. Lepang kang baru tahu. Badan aku pun dah kena renjat elektrik
ke tak boleh nak gerak. Kenapa dengan aku ni? Dan kenapa dengan kau Auqie?
“Forgive me, please!”
Sayu rayuan Shauqie meruntun hati Sophia. Rasa marah di hati berubah rasa
simpati. Kenapa dengan kau Auqie?
“Aku minta maaf sangat-sangat. Sorry hot
chocolate!” Pelukan semakin dikejapkan. Sophia hanya terkaku.
“Sorry!” Shauqie berkata
sebelum melepaskan pelukannya. Lelaki itu pandang sekejap wajah Sophia dan
terus pergi meninggalkan Sophia. Tangan Sophia mula menggigil kesejukanSophia
terkelu. Memang itulah tindakan tubuhnya apabila disentuh orang bernama lelaki
inikan pula dipeluk. Menggigil hingga ke tulang hitam. Kerana ini membuatkannya
teringat akan seseorang.. Shah! Sophia memegang bahunya yang terasa basah. Air
mata? Dia menangis! Impossible! Tapi pelukan tadi. Kehangatan tadi. Kesayuan
suaranya tadi. Yang dia tahu pelukan dan gelaran itu! Sama!
*******
Shauqie bersandar pada pintu kereta.
Tangannya menekup wajahnya. Sungguh hatinya sangat takut saat itu. Entah
mengapa! Tiba-tiba sahaja sakit sangat mencengkam hatinya. Dalam masa yang sama
kepalanya juga tiba-tiba sakit. Ya Allah... bukan aku. Bukan aku.
Shauqie menurunkan telapak tangannya.
Wajahnya yang basah dengan air mata dikesat dengan t-shirtnya. Pandangannya
tertumpu sekeliling. Dia berada di puncak bukit yang berada agak jauh dari
banglonya. Lagipun tempat ini tersembunyi, jarang orang jogging sampai
sini. Di sini sudah menjadi tempat wajibnya setiap petang untuk mencari
ketenangan. Kedengaran waterfall yang mengalir, bunyi unggas dan
cengkerik, angin yang nyaman sejuk, tambahan pandangan kota raya yang luas dari
atas, lampu-lampu yang berkilau di setiap bangunan sudah mampu menghilangkan
sekejap rasa gundah hatinya.
Shauqie beristighfar sambil memejamkan
matanya. Menyesal dengan tindakannya yang terlalu mengikut rasa hatinya.
Sepatutnya dia bersyukur sekarang. Tanpa sedar kian lama ingatannya sudah
semakin pulih. Walaupun bukan sepenuhnya namun dia tetap bersyukur.
Sekurang-kurangnya dia mengenali Sophia. Walaupun tak sepenuhnya, tapi itu
sudah penting baginya. Sekarang dia tahu mengapa Allah tetapkan dia berada di
dalam keluarga yang penuh limpahan kasih sayang ini. Walaupun bergaduh, tapi
masih lagi boleh bersenda gurau. Itulah membuatkannya bersyukur ditempatkan
bersama mereka.
Entah bagaimana untuk diungkapkan dengan
kata-kata. Ketika dia memanggil Sophia tetapi tidak disahut gadis itu seperti
biasa membuatkannya dia mengatur langkah untuk naik ke atas. Baru sahaja untuk
marah seperti selalu mulutnya terkunci apabila melihat Sophia sedang
mengalirkan air mata tanpa sendu. Terkedu kerana baru pertama kali melihat air
mata gadis itu. Jadi dia membuat keputusan untuk menyorok di belakang pasu
bunga yang agak besar di situ.
Semakin lama melihat Sophia, semakin sakit
di kepalanya. Serentak itu di teringat appointment beberapa minggu lepas
dengan Doktor Suhail. Lelaki yang menjadi doktor peribadinya sekarang ini.
~~~~~
“Alhamdulillah,
a miracle for me. First time, saya dapat pesakit yang cepat ada perubahan macam
encik.” Doktor Suhail tersenyum manis kepada Shauqie. Shauqie membuat muka
blur. Apa yang miraclenya? Ada permata dalam kepala otak aku ke?
“Semenjak
pertama kali encik buat rawatan dengan saya sehingga hari ini. Saya mengaku
perubahan ingatan encik semakin lama semakin baik.” Doktor Suhail berkata lagi
sambil tersenyum.
“Maksud
doktor?”
“Perkembangan
ingatan encik semakin baik. Setiap kali encik datang sini pasti ada perubahan
yang diluar pemikiran saya. Maksud saya, encik boleh rasa sendiri tentang
perubahan ingatan encik kan?”
Shauqie
terdiam mendengarkan kata-kata doktor dihadapannya. Ya! Dia turut mengaku
tentang itu. Alhamdulillah semakin lama, ingatannya semakin pulih. Perkara
pertama yang dia ingat adalah mommynya Nurvanissa Angelina. Entah bagaimana
untuk digambarkan. Betapa gembiranya tika itu. Insan yang membantunya adalah
Rafique. Lelaki itulah yang mengisahkan siapa mommynya. Tambahan kehadiran
Sophia di sisinya yang turut menemani mereka berdua minum petang seolah-olah
memberi semangat kepadanya tanpa sedar. Senyuman kecil terukir di bibirnya.
Hatinya kembali mengingati kurniaan Ilahi. Tanpa bantuan-Nya, dia tak mungkin
dapat mengingati masa silamnya.
“Alhamdulillah.”
Terbit kalimah itu di bibirnya. Sekali lagi Doktor Suhail tersenyum. Seronok
melihat kecerian yang terselit di sebalik wajah yang penuh duka itu. Berbeza
sekali ketika pertemuan pertama mereka. Lelaki dihapannya begitu sukar untuk
mengukirkan senyuman seolah-olah dirinya tidak pernah kenal apa ertinya
gembira.
“But
how it happen to you. Encik ada gunakan teknik perubatan lain?” Pantas sahaja
Shauqie menggeleng. Fiq tak ada pulak bawa aku pergi berubat dekat mana-mana.
Dan tak adalah pulak bawa mana-mana doktor jumpa aku. Melainkan doktor perasan
tak jadi dekat rumah tu adalah. Nak tak nak je tolong aku. Shauqie mengalihkan
pandangannya ke arah Sophia yang sedang melihat entah apa entah dekat dinding
tu.
“Doktor, kalau kita sakit ni teruk tak kalau tak diubat.” Sophia
tiba-tiba bertanya. Tangannya ditunjukkan ke arah kertas yang ditampal di
dinding mengenai amnesia.
“Kenapa? Sophia ada amnesia ke?” Doktor Suhail bertanya agak pelik.
Sophia buat muka sepuluh sen macam dia cakap ‘orang tanya dia, dia tanya orang
balik’.
“Tak ada apalah. Abaikan.” Sophia berkata sebelum kembali meneliti
segala tampalan yang berada si bilik itu. Begitulah Sophia setiap kali mereka
ke situ. Gadis itu sepertinya tidak bosan dan jemu membaca benda yang sama.
Rafique ralit memerhatikan Sophia yang leka dengan dunianya sendiri. Entah apa
yang difikirkan Sophia. Ingin sekali dia menyelami segala isi hati gadis itu.
Sophia sepertinya menyembunyikan seribu satu perkara di sebalik wajah
tenangnya. Tiada siapa tahu.
Doktor Suhail yang memerhatikan Shauqie yang begitu pegun melihat
figura Sophia tersenyum segaris. Senyumannya semakin lebar seperti mendapat
jawapan tentang persoalan yang bermain di benaknya.
“Do you fall in love with your wife?” Doktor Suhail buat senyum
jahat sambil menjungkit-jungkit keningnya. Shauqie menjulingkan matanya
menyampah. Tak boleh terima aku statement yang tak munasabah puncanya itu.
“Apalah kau ni Suhail. Tak ada maknanya. Kenal dia pun tak.” Bilik
itu tiba-tiba menjadi sunyi. Shauqie terkelu. Jarinya memegang bibirnya. Apa
aku cakap tadi? Gaya aku cakap macam aku dah lama kenal Doktor Suhail. Doktor
Suhail yang pada mulanya turut terkelu kembali tersenyum.
“See, kau dah ingat siapa aku.” Doktor Suhail berkata penuh teruja.
Shauqie tenggelam kembali dengan memori lalu. Doktor Suhail merupakan
kenalannya dan Rafique. Mereka pernah satu universiti dulu. Dan kali terakhir
mereka bertemu ketika hari konvokesyen. Patutlah Fiq macam kenal dengan Suhail.
Shauqie ketawa kecil sambil menggeleng kepalanya. Pertemuan yang tidak
disangka.
“Tak sangka. Kau rupanya orang aku selalu buli dulu.” Ketawa mereka
pecah. Sophia yang melihat itu mengjungkit bahunya. Apa-apa sajalah.
“Sebab inilah aku cakap it’s a miracle. Melalui dia kau dah dapat
ingat kembali masa silam kau tanpa sedar kan?” Bicara mereka sudah bertukar
rentak.
“Aku masih tak faham.”
“Okey look! Mengikut pandangan aku. Kau dah hilang ingatan hampir 5
tahun. Hidup dengan orang yang kau tak kenal dalam keadaan terseksa. Terlalu
banyak tekanan. Mungkin menyebabkan kau semakin tertekan menyebabkan ingatan
kau untuk pulih sangat tipis. Tapi semenjak kau mula hidup dengan keluarga Fiq.
Kau banyak berubah. Terutamanya bila kau jumpa dengan dia. Mungkin Sophia
pernah menjadi orang penting dalam hidup kau dulu. Orang yang sentiasa sokong
kau, bantu kau, bersama kau dan tak mustahil dia orang yang kau cintai dulu.”
Doktor Suhail tersengih menyebut ayat di hujungnya. Kata-katanya sedikit
perlahan takut didengar oleh Sophia. Kenal sangat adik Rafique seorang itu.
Sekali lagi Shauqie terdiam. Mungkin benar kata-kata Doktor Suhail. Tapi untuk
mengiakan semuanya dia tak yakin.
“Apa-apa sajalah kau ni. Aku dengan minah ni bercinta. Agak-agak
merana tak hidup aku waktu tu?” Sekali lagi tawa mereka pecah.
“Apalah kau ni. Kalau dengar dek Rafique mampus kau. Oh, kalau kau
ada rasa sakit-sakit dekat kepala. Macam nak pitam ke apa. Kau jangan risau.
Ianya perkara biasa untuk orang yang mengalami masalah ingatan. Kalau
berlarutan baru datang jumpa aku.” Doktor Suhail mengkhabarkan info baru buat
Shauqie. Shauqie mengangguk faham. Kini dia tahu kenapa di kepalanya selalu
sakit-sakit.
“Thanks doctor. Cukuplah untuk hari ini.” Shauqie berdiri dari
duduknya diikuti Doktor Suhail.
“Weh! Dahlah tengok benda tu. Tak jemu ke?” Shauqie berkata kepada
Sophia yang sedang termenung di hadapan dinding. Macam orang tak cukup akal je
tengok. Sophia mencebik dan bergerak ke arah Shauqie dan Doktor Suhail. Doktor
Suhail tersenyum melihat gelagat Sophia dan Shauqie. Pertama kali dia turut
terkejut dengan bahasa yang digunakan mereka berdua sedangkan dia dimaklumkan
mereka suami isteri. Tapi semakin lama, dia sudah terbiasa dengan gelagat
mereka.
“Aku chow dulu. Thanks for today.” Shauqie berjabat tangan dengan
Doktor Suhail.
“Okey. Jangan lupa makan ubat. Sophia, make sure husband you ambil
ubat dengan sebaiknya.” Sophia hanya mengangguk sambil tersenyum.
“Kami pergi dulu. Assalamualaikum.”
~~~~~
Mengingatkan kata-kata Doktor Suhail
membuatkannya tertarik untuk sentiasa mendekati Sophia. Ternyata usahanya tiada
yang sia-sia. Ada sahaja perkara baru yang dia ingat walaupun sekecil-kecil
perkara. Sophia masih dalam dunia tangisannya membuatkan Shauqie bertekat untuk
memanggil Sophia.
Gadis itu kelihatan tersentak apabila dia
memanggil Sophia. Melihat tangan mulus Sophia mula mengesat air matanya dengan
penuh perasaan. Sophia sepertinya sedang takutkan sesuatu. Betul ke?
Pandai-pandai je aku ni buat spekulasi sendiri.
Kenapa Sophia bencikan kaum yang digelar
adam. Adakah sesuatu yang buruk terjadi padanya. Tapi apa? Siapa Sophia sebenarnya
padanya. Kadangkala dia berasa bahagia. Seronok mengusik Sophia. Suka melihat
Sophia selalu mengepam pipinya tanda tidak suka atau protes. Kenapa?
Sophia melayannya dengan baik. Walaupun
kadang-kala membawa kepada pentengkaran besar. Namun sedikit pun tidak terkesan
pada hatinya. Malahan kadang-kadang itu terasa seronok. Sophia seorang gadis
yang sangat baik dan patuh. Cuma wataknya itu terselindung di sebalik dirinya
yang kelihatan brutal. Lihat sahaja, walaupun gaduh tapi Sophia tetap
membuat hot chocolate kesukaannya.
Shauqie tersenyum. Adakah benar Sophia
orang yang pernah aku cintai dulu. Itu tidak pasti. Apa yang aku ingat. Mereka
berkenalan ketika di Rumah Mutiara Syurga di Kuala Lumpur. Sophia orang pertama
menegurnya ketika dia menangis teresak-esak ditinggalkan daddy. Sophia
dan Rafique yang memujuknya. Alhamdulillah, dia tinggal di sana dengan selesa.
Umi Raudhah menyayangi dengan penuh kasih sayang. Rafique dan Sophia sentiasa
datang ke Rumah Mutiara Syurga untuk bermain dengannya. Mereka disekolahkan di
sekolah yang sama. Sedari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah.
Ditanggung oleh keluarga Rafique dan Sophia sehingga ke universiti bersama
Rafique.
Dan juga peristiwa malam itu. Saat dia
difitnah dan dicaci. Bukan aku! Bukan aku ya Allah. Aku cuma berniat untuk
membantu malam itu. Tapi kenapa tiada yang mempercayai aku Ya Allah. Kenapa?
Sekali lagi Shauqie meraup wajahnya. Sebelum ini dirinya dibayangi Sophia
berada di lorong itu. Dan kali ini, ternyata dia baru tahu bahawa dia yang
menyebabkan Sophia berada di lorong yang sangat gelap itu. Sehingga membawa
fitnah kepada mereka. Bayangan itu tiba-tiba berlaku tadi membuatkan tubuhnya
menggeletar dan akhirnya terduduk. Hatinya gemuruh hebat. Terasa bersalah yang
menggunung membuatkannya beria-ria memohon maaf daripada Sophia dan bertindak
untuk ke sini sendirian.
Tapi kenapa Sophia tak ingat siapa aku?
Arhh, mana mungkin gadis sebaik dia mengingati orang sudah menghancurkan
hidupnya. Ya Rabb, macam mana aku nak mohon maaf daripada Sophia. Entah
bagaimana riaksi Sophia apabila gadis itu tahu siapa aku. Apapun aku harap
segalanya boleh diselesaikan sebelum Sophia tahu siapa aku? Aku perlu tahu
kenapa aku diculik Robert? Kenapa aku berada di tempat seperti itu? Dan segala
persoalan yang bermain di mindanya harus diselesaikan. Semoga Allah perkenankan
doaku untuk memulihkan ingatan aku semula amin.
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan