Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 4 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 4~ |
U
|
sai solat subuh dan membersihkan dirinya, Sophia turun ke bawah
untuk menyediakan sarapan. Sebelum ke bawah, Sophia terus menuju ke bilik
Alongnya. Pintu diketuk berkali-kali.Terdengar sahutan malas dari dalam bilik.
Tidak lama kemudian tersembul kepala Rafique di sebalik pintu.
“Nak apa?” Sophia menahan tawa
melihat keadaan Rafique. Along.. Along.. macam budak-budak tidur. Dengan rambut
memang serabut la. Muka memang nampak sangat baru bangun tidur, sampai mata pun
dah tak larat nak buka. Dan paling penting. Teruk betul la Along aku ni, air
liur basi pun ada lagi.
“Bangunlah Along. Mandi and
subuh dulu. Nanti terlepas, subuh gajah pulak. Berani tanggung ke?” Rafique
menggosok-gosok rambutnya.
“Buatkan untuk Along boleh?”
Hai lain macam je bunyi. Sejak bila pensyarah agama ni tetiba je jadi pemalas
sangat ni. Kang ada juga orang kena ketuk dengan belanga dekat dapur tu.
“Along! That’s not funny
la. 6.30 dah ni. Dah sana! Sana!. Istinjak lepas tu solat. Orang turun dulu. Prepare
breakfirst. Oh! Before that. Along tolong kejut mamat serebeh tu ye.”
“Kiss me
first.” Rafique meletakkan jari telunjuknya di pipi minta
dicium. Ni macam betul-betul minta cap mohor 5 jari pagi-pagi ni. Sophia
menunjukkan penumbuknya. Rafique hanya tersenyum senget lalu berlalu menuju ke
bilik sebelah. Sophia menggeleng lalu mengatur langkah ke bawah.
Tiba sahaja di dapur Sophia
menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk sarapan pagi. Nak buat apa ye?
Sophia mengusap-ngusap dagunya sambil berdiri di depan peti sejuk. Sambil
memikirkan menu pagi itu, tangannya ligat melihat-lihat bahan-bahan di dalam
peti sejuk. Udang ada, sayur pun ada. Mee pun baru je beli kelmarin. Maggi pun
ada juga. Okey choice! Aku suka magi goreng. Along suka mee goreng. And
mamat tu suka? Whatever. Buat je lah
mee. Kesian Along dah lama kempunan. Set! Mee goreng. Aku akan jadikan
kau sebagai marvelous dish. Chef Opie dah datang!
*******
Shauqie menyisir rambutnya yang
panjang mencecah bahu. Dia belum rasa ingin memotongnya. Buat masa sekarang
biarlah dulu penampilannya begini. Bau aroma mee goreng membuatkan perutnya
berkeroncang. Sudah 3 hari Shauqie tidak menjamah sebarang makanan. Hanya air
sahaja yang mengisi perutnya. Semalam pun roti planta sahaja yang menjadi alas
perutnya. Bila terbau aroma mee goreng ini betul-betul membuatkannya terasa
lapar. Bagaimana keenakan mee goreng pun dia sudah lupa. Shauqie mula melangkah
keluar dari biliknya. Kelibat Rafique mahupun Sophia tidak kelihatan di situ.
Di ruang menonton di tingkat itu juga tidak kelihatan sesiapa.
Dalam pada berjalan ke bawah.
Shauqie meninjau keadaan rumah banglo 2 tingkat itu. Semalam dia langsung tidak
dapat menangkap suasana keliling. Mungkin disebabkan terlalu letih barangkali.
Kagum rasa hatinya melihat keunikan rekaan rumah itu yang serba moden.
Sememangnya menunjukkan penghuni di dalamnya merupakan seorang yang peka dengan
perubahan dunia. Bukan sepertinya, 5 tahun hidupnya hanya di dalam bilik yang
gelap. Langsung tidak mengetahui dunia luar. Tapi kenapa aku rasa macam kenal
sahaja suasana keliling sini. Sejak semalam lagi aku rasa macam tempat ini tak
pernah asing bagi aku. Serentak itu, kepalanya diserang rasa sakit. Kelihatan
beberapa gambaran yang kurang jelas terlayar di ruang mindanya. Arghh! Kenapa
dengan aku ni?
Tanpa menghiraukan sakitnya
yang padanya kelihatan remeh sahaja, Shauqie berjalan menuju ke ruang dapur.
Kelihatan susuk tubuh Sophia sedang sibuk membersihkan pinggan mangkuk. Sekali
lagi kepalanya diserang rasa sakit. Aduh kenapa dengan kepala aku ni. Shauqie
memejamkan matanya cuba menghilangkan sakit kepalanya. Tiba-tiba muncul wajah
Sophia yang sedang tersenyum manis di ruang mindanya. Cepat-cepat Shauqie membuka
matanya.
Opie ke tadi? Tapi kenapa
tiba-tiba sahaja? Sebelum ini tak pernah dia mengalami bayangan seperti itu.
Dia pernah mengenali Sophia ke sebelum ini? Arhh.. kenapa dengan aku ni? Tapi
dia turut mengakui melihat Sophia seolah-olah melihat seseorang yang dia rindu?
Terasa ingin sahaja dia peluk tubuh genit Sophia untuk melepaskan rindunya.
Tanpa sedar perlahan kaki Shauqie diatur menuju ke arah Sophia.
Sophia yang sibuk membersihkan
pinggan mangkuk berasa tidak enak di hati. Jam di dinding di kerling sekilas.
Baru pukul 7.30 pagi. Along pun mesti tengah sambung tidur.Namun dia biarkan
pada mulanya. Tapi semakin dibiar semakin tak sedap pula hatinya. Hai,
kenapalah jantung hati aku ni berdetak laju mengalahkan orang lari maraton ni.
Tak kan sebab basuh pinggan pun dah menggigil macam ni. Mungkin sebab geram
dengan Along kot. Semalam janji nak cuci pinggan dengan cawan. Tapi tengok,
masih still comel lagi elok bersila pinggan cawan ni dalam sinki. Siap
ada lagi air teh semalam. Tapi logik ke? Tak kan sebab Along je kot.
Tapi kan, kenapa aku rasa
membahang je dekat belakang aku ni. Seram sejuk pun ada jugak. Siapa la pulak
yang buat usyar padat dekat belakang aku ni? Encik Pocong ke? Ke Cik Ponti?
Atau Si kecil Toyol? Huish! Jangan. Luruh jantung aku nanti. Fuh sana! Fuh
sini! Jauh. Jauh. Astaghfirullah. Ayat kursi Opie. Biar dia lari. Dek terlampau
takut, sepantas mungkin Sophia berpusing ke belakang dan..
PANG!!
Terkejut dia melihat Shauqie
yang berada dalam kedudukan yang sangat rapat dengannya. Tanpa sempat dikawal.
Tangannya pantas sahaja dilayangkan ke wajah Shauqie. Melekat sisa-sisa sabun
di tangannya di pipi lelaki itu. Shauqie yang bagai tersedar dari khayalannya
terkejut dengan perbuatan di luar kawalannya. Tambahan lagi perit di pipinya
membuatkannya mula berasa bersalah. Menyesal dengan tindakan bodohnya. Merah
padam wajah Sophia menahan marah.
“Kau nak ambil kesempatan
dengan aku ke hah!?”
Lantang suara Sophia dilaungkan
ke udara. Terasa aura menggegarnya sehingga menyebabkan Rafique yang sedang
enak dibual mimpi terkocoh-kocoh bangun dari tidurnya. Now what?
“Sorry Opie, aku.. aku
tak sengaja. Aku tak sedar apa yang aku buat. Sorry?”Tergagap Shauqie
menjawab. Serius tak tipu takut gila tengok singa betina ni mengamuk. Macam
manalah aku boleh terikut sangat nafsu hati ni. Astaghfirullah.
“Weh! Kau tak ada alasan lain
lagi ke hah! Kau nak ambil kesempatan kan? Kalau aku tak pusing belakang tadi
entah lebih daripada tu apa kau buat.”
“Sungguh! Aku tak sengaja. Sorry
sangat.”
“Sorry, sorry, kau ingat
aku ni hadap sangat ke dengan kau punya sorry tu?”
“Dah tu kau nak suruh aku buat
apa? Melutut dekat kaki kau?”Shauqie membalas. Geram sebenarnya, dia ingat aku
ni penyabar sangat ke. Hina aku tadi boleh sabar lagi. Ni tuduh-tuduh orang
pulak. Kot aku buat sungguh karang melalak kau. Sophia yang dijerkah Shauqie
tersenyum sinis.
“Aku nak kau blah dari
rumah aku. Aku tak nak penghuni yang suka ambil kesempatan macam kau ni tinggal
dalam rumah aku. Lebih-lebih lagi yang muka penyamun macam kau. Baru sehari
menumpang dah berani nak ambil kesempatan. Kalau lebih lama entah apa lagi kau
buat.”
Tersirap darah Shauqie
mendengar tuduhan Sophia. Shauqie menggenggam penumbuknya. Dek terlalu geram.
Meja makan yang berhampiran ditumbuk kuat. Bum! Wah! Wah! Ini sudah lebih. Hina-hina
aku, nilai diri aku masih tinggi. Aku tak suka orang pijak-pijak aku. Cukup 5
tahun aku jadi kuli. Sekarang minah ni pulak nak pijak-pijak. Sorry la.
Shauqie lemah dah tak ada.
“Kau nak aku keluar kan. Fine!
I’m leave now! Puas hati kau. Aku tahulah ini rumah kau. Mulut kau jaga
sikit. Kau ingat kau tu baik sangat ke? Hey sedarlah! Lagipun aku pun tak hadap
nak tengok muka kau yang cantik sikit daripada momok ni. Plus mulut laser
mengalahkan cili api buat apa? Harap pakai baju tudung labuh tutup semua. Tapi
perangai tak sesuai langsung. Bajet tong sampah lagi elok lah.”
Sophia mula membahang. Terasa
bagai ada sahaja asap keluar dari hidungnya macam lembu mengamuk tu. Lepas tu
bunyi pulak macam kereta api warn nak gerak tu. Hina nampak. Amboi!
Semalam baik sangat. Tapi Ya Rabbi, mulut. Ish, ish, memang sesuai dengan rupa
dia. Tapi dia siapa nak kritik aku punya dress. Atleast aku tutup
semua daripada dedah sana dedah sini.
“Hoi! Kau apahal? Kalau dah
menumpang tu buat cara menumpang. Sekarang get out from my house. Kalau
kau tak hadap tengok muka aku. Aku 10x ganda lah tak kebulur nak tengok muka
kau. Blah lah. Berambus cepat-cepat sikit.”
“Enough!”
Shauqie yang baru sahaja hendak
bersuara, terdiam. Menggegar rumah itu dengan suara Rafique. Elok sahaja
Rafique berdiri di hadapan mereka entah bila sampainya mereka tidak tahu. Sibuk
sangat bertikam lidah. Shauqie kunci mulut, Sophia mencebik bibir. Tak takut pun
Along mengamuk. Along bukan pandai bab-bab nak mengamuk ni. Dia tahu cari fasal
je. Malas menghiraukan amarah Rafique, mata Shauqie dan Sophia saling bertikam.
Bertambah-tambah geram Si Rafique. Dah lah bagi aku bangun tidur. Nak beradu
pun tak senang la. Letih la, atleast bagilah aku rehat kejap.
“Please
explain to me. What’s going on here? Anybody please?” Lembut
Rafique bertanya. Kita nak lawan dengan api, kita kena jadi air. Kalau jadi api
juga, jawabnya terbakar la rumah ni.
“Untuk pengetahuan Along, bestfriend
yang Along sayang sangat ni nak ambil kesempatan dekat orang. Sipi-sipi je nak
peluk orang tadi. So, please bawa dia keluar dari sini.” Penuh
angkuh Sophia berkata sambil jarinya ditudingkan dengan bangganya ke Shauqie.
Cepat sahaja tangan gagah Shauqie menepis jari runcing Sophia.
“Weh! Engkau ni ada masalah
pendengaran ke? Aku tak sengaja lah. Aku tak sedar. Lagipun, tak lalu aku nak
peluk kau. Si cantik momok mulut laser!”
Terbuntang mata Sophia. Apa dia
panggil aku ‘Si cantik momok mulut laser’. Weh! Tak ada gelaran cantik
sikit ke? Rafique menahan tawanya mendengar gelaran Shauqie terhadap Sophia.
Sekarang baru kau rasa Opie bila buku bertemu dengan ruas. Aku pun lupa yang
Auqie ni bukan jenis penyabar. Tapi bukan ke dengan Sophia ni penyabar bukan
main? Lupa kot.
“Kau ni memang ada gangguan
jiwa agaknya. Ke masalah penglihatan? Aku ni yang cantik ni kau kata momok? Good!
Sekarang tambah lagi satu alasan kau perlu keluar dari rumah ni. Aku tak dibayar
untuk menjaga orang yang mengalami gangguan jiwa yang cacat
penglihatannya. Kesian sangat, tapi aku
bukan baik sangat So, my sweetheart Along. Please tolong tunjukkan jalan
keluar untuk mamat serebeh ni. Dia tak nampak.”
“Tak payah la kau nak reka ayat
panjang berjela. Kalau aku sakit jiwa pun. Makin teruk sakit jiwa aku sebab
duduk serumah dengan orang gila yang tak waras macam kau. Tak hadap aku nak
tengok muka kau yang macam tertelan garam 10 guni. Telinga aku pun tak sakit
dengar mulut puaka kau hina aku. Silly girl!”
Laju Shauqie membalas umpama
bertih jagung. Sophia pun terkelu untuk membalas. Tak sangka lelaki di
hadapannya lebih teruk daripada apa yang dia jangkakan. Ingatkan stok orang sami’na
wa ato’na kami taat dan kami patuh! Tapi sekali dia buka machine gun
dia. Aku yang terkunci mulut. Sakit sampai berdarah hati kena tembak.
“Dan Rafique, cakap dekat adik
kesayangan kau ni. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong caring dekat
aku. So, disebabkan rasa simpati aku. Aku tak naklah susahkan dia. I’m
leave now. Thanks tolong carikan tempat untuk aku bermalam. Aku akan hidup
sendiri selepas ni.”
Shauqie mula melangkah pergi
dari situ. Sophia yang terkelu dengan kata-kata Shauqie tadi mula mengukir
senyum mengejek sambil memeluk tubuhnya. Akhirnya berjaya dia halau mamat
serebek di depannya itu. Rafique menjulingkan matanya ke atas. Yes! This is
a long explaination. Complete betul.
“Berambus la. Aman dunia aku
daripada orang yang ambil kesempatan macam kau.”
Shauqie meneruskan langkahnya tanpa
menghiraukan kata-kata Sophia. Kalau aku balas aku pulak yang sakit hati, aku
berambus lagi bagus. Abang baik bukan main. Tapi adik, hurmm… hampeh! Rafique
memukul kepala Sophia. Hampir tersembam Sophia dek penangan Rafique. Sophia
menggosok kepalanya sambil memuncungkan mulutnya. Suka main kepala orang, stor
ilmu lah ni
“You, stop
at there and don’t move. Kalau kau tak nak mati dekat tangan aku jangan berani
jejak kaki kau keluar dari rumah ni.”
Membulat mata Sophia mendengar
arahan Rafique. Rafique dipandangnya mintakan penjelasan. Hish! Along berat
sebelah la. Dah terang tang tang dia nak ambil kesempatan dekat aku. Ni siapa
adik Along ni? Orang ke dia? Rafique langsung tidak mengendahkan Sophia.
“I said stop
at there, Shauqie Alexender!” Shauqie menghentikan langkahnya.
“Apa ni Along. Along still
nak bela orang yang nak buat benda tak senonoh dekat adik Along ni. Selfish!”
“Baik kau bagi aku blah
dari rumah ni. Patutlah wanita dikatakan pembawa fitnah memang betul pun. Buktinya calon paling dekat. Si cantik momok mulut laser.” Fuyoo!
Berdarah hati kau Opie.
“Kau jangan sampai aku jadi
pembunuh pula mamat serebeh.” Sekali lagi, Rafique menolak kepala Sophia. Mulut
tu Ya Rabbi. Betul-betul minta aku simbah asid betul. Ya Allah kau
kembalikanlah adik aku yang dulu.
“Along!”
“Dah la Rafique. Aku chow
dulu. Sakit hati je menghadap muka Si
cantik momok mulut laser ni.” Shauqie membuat muka bosan lalu melangkah
pergi.
“Please Fiq, kau
masih lagi orang buruan Robert. Tak mustahil belum sempat kau keluar, nyawa kau
dah melayang.” Terhenti langkah Shauqie. Hatinya mula berbelah bahagi.
Bagaimana dia boleh terlupa tentang Robert. Tapi untuk menjilat balik ludahnya
tidak mungkin. Macam mana ni? Sophia yang memeluk tubuh tanda protes turut
musykil. Siapa Robert? Along sembunyikan sesuatu dari aku ke? Tapi Along tak inform
apa-apa pun sesiapa yang namanya Robert dekat aku semalam.
“Opie, macam Along dah cakap
semalam. Auqie stay sini lama. Mungkin sampai Along cakap yang Auqie
boleh pergi baru dia boleh pergi. Jadi Along kena kotakan kata-kata Along ni. Understand?”
“Along! Tak kan Along nak
biarkan orang macam dia ni tinggal dalam rumah ni. Along tak dengar ke orang
cakap tadi. Dia nak ambil kesempatan dekat orang tadi.”
“Dah la Rafique, baik aku blah
jelah dari sini. Kau pujuk Si cantik momok mulut laser ni pun bukan dia
percaya. Fasal Robert pandai-pandai la aku jaga diri.”
“Kalau kau blah memang
kau minta aku hantar kau balik tempat Robert. Robert tak jumpa kau tapi aku
yang bagi kau jumpa Robert.”Tegas arahan Rafique membuatkan Shauqie tidak lagi
berani bersuara.
“Along!”Aisya mula menunjukkan
protesnya.
“Enough!
Now, korang berdua pergi ke ruang tamu. We need to
discuss.”
“But Rafique..”
“But
Along..” Serentak Sophia dan Shauqie berkata.
“I said
now!”
Dan akhirnya Rafique
menggunakan skillnya sebagai jeneral tentera. Terkemut-kemut Sophia dan
Shauqie berlari menuju ke ruang tamu. Rafique tersengih. Tak sangka kecut juga
bila kena jerkah dengan aku. Tambah-tambah ‘Si cantik momok mulut laser’
tu. Terbaik la kau Auqie. Cantik gelaran kau bagi. Acah je pun, takut juga
rupanya Rafique hanya memerhati langkah Shauqie dan Sophia. Terbit keluhan
kecil dari bibirnya. Lain yang aku rancang lain pula jadinya. Rafique menguap
menunjukkan keletihannya.
Sorry la
duhai tubuhku. Aku tak boleh bagi kau berehat lagi. Kena settle problem
ni dulu. Sya tu, lagi tak kasi explain. Macam tu lah. Susah nak
percayakan orang. Tapi janji malam ni tidur awal. Letih kot semalam on the
way dari Perlis. Lepas tu jumpa Auqie dekat station minyak. Then
lari pulak dari Robert. Letih kot. Whatever! Past is past. Sekarang nak settle
masalah dua ekor tu. Dari dulu sampai sekarang pantang jumpa gaduh. Apa sajalah
budak-budak ni. Auqie pun apasal tetiba jadi macam tu. Nak lepas gian ke hape.
Mujur aku ada sebab kenapa aku tak marah Auqie buat macam tu. Tapi kalau orang
lain memang lebam dah biji mata. Sebab apa nanti kita tahu.
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan