Jumaat, 7 Mac 2014

SODA 17

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 17 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 17~
S
ophia mengeliat kecil setelah terjaga dari tidurnya. Tangannya menekan butang jam loceng yang belum berhenti berbunyi. Angka jam menunjukkan angka 5 pagi. Adab-adab bangun dari tidur dilaksanakan seperti biasa. Seketika kemudian dia bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Usai mandi Sophia dirikan solat tahajjud, mengaji dan berzikir sehingga masuk waktu subuh lalu dikerjakannya segera.

Sujud terakhir pada solatnya didoakan dengan penuh kekhusyukkan. Dia memohon agar apa yang kekeliruan dan persoalan yang dialaminya akan terungkai dengan mudah. Alongnya pesan pada sujud terakhir merupakan salah satu tempat mustajab doa. Jadi peluang seperti ini tidak akan pernah dilepaskan.
Sophia melipat telekung dan sejadahnya lalu diletakkan di dalam almari. Dia kemudiannya menuju ke meja belajarnya untuk menyiapkan keperluan kuliahnya pagi ini. Berkerut dahinya terpandangkan sekeping kertas yang berada di atas mejanya. Pantas sahaja Sophia mengalihkan diarinya yang diletakkan di atas kertas tersebut. Punggungnya didudukkan di atas kerusi mencari keselesaan kerana debaran yang tiba-tiba berdetak.

Bismillah..

Assalamualaikum w.b.t

Buat sahabatku dunia dan Insya-Allah akhirat juga,

Semoga pagi ini dihiasi dengan keindahan cahaya suria yang mampu membuat bibirmu tersenyum riang. Sorry because I make you hurt yesterday. Sorry I make you cry yesterday. Sorry I make you sad yesterday.  Sorry I make you lose shining smile at you face yesterday. Sorry I never make you smile and happy since our meet. I know you never stop hating me. You never like me. So, what can I say just sorry. Sorry friend ! Sorry love ! Sorry hot chocolate !

Aku tahu hidup kau menderita semenjak aku pergi dan bertambah buruk setelah aku kembali. What could I do then? How I wish I will never live you alone. Since our meet. You know I just realize my heart is still alive. Hati aku hidup bila first time dengar Fiq panggil kau Sya. Nama yang menghidupkan kembali jiwa aku yang sudah lama kosong. Nama yang membuatkan aku terus-terusan dihimpit rasa bersalah. Nama yang membuatkan aku sanggup tinggalkan dia hanya kerana untuk pertahankan maruah seorang gadis suci yang tercemar kerana fitnah. Tapi..

Aku bukan tuhan untuk menentukan perkara baik berterusan  menjadi jalan cerita di dunia ini. Tapi aku yakin Allah sedang mengatur sesuatu yang baik untuk menghabisi jalan cerita ini. Aku kemalangan dan bertambah malang hilang ingatan. Suatu kenyataan yang amat sukar dilalui tanpa mengetahui identiti diri. Menderita dengan siksaan demi siksaan tanpa tahu apa salah aku? Apa salah aku?

Fiq jumpa aku then I meet you, budak polos and sengal. Statement betulnya gadis yang anti-lelaki. But she’s cute. Nak senyum ya ampun susah bebenor nak nengok nyer.  Mentang-mentang kita ni lelaki. Dah jumpa suka hati dia nak menghukum aku ni penyamun la apa la. Memanaskan hati betul. Baru je stay dah cari gaduh dengan orang.  Kalau tak buat orang panas hati bukan Sophia la tu. But.. walaupun seteruk dan sesengal manapun kau, aku mula boleh serasi dengan kau. Sebab aku rasa bahagia, rasa tenang, rasa hidup dan rasa indah setelah bertemu dengan  gadis bernama Sophia Aisya. 

Siapa Sophia Aisya? Persoalan yang berterusan tanpa jawapan.  Persoalan ini yang menarik aku untuk terus bangun mencari siapa sebenarnya lelaki yang bernama Shauqie Alexender Hanafiah. Apa sejarah lelaki ini? Asal usul? Siapa dia dalam keluarga Nordin Iman? Dan siapa dia pada Sophia Aisya?  Aku berusaha dengan mencari sebanyak-banyak maklumat yang diberikan Fiq.  Pergi sebanyak-banyak tempat yang diberitahu Fiq, ummi, Doktor Suhail, ibu  dan papa.  Sanggup untuk mencari Robert semata-mata nak tahu apa salah aku kepada dia? Kenapa dia buru aku? Mujur Inspektor Zakaria yang sememangnya sedang menjalankan tugas waktu tu selamatkan aku. Kalau tak mungkin aku tak akan kembali lagi ke banglo ini. That why aku balik dalam kadaan tak terurus. Kami hampir-hampir nak kena tangkap dengan  orang-orang Robert. Jenuh juga dengar Inspektor marah aku. Tadah je telinga.

Sesuatu yang menakjubkan buat aku, buat Fiq, buat Doktor Suhail dan semua orang yang rapat dengan aku. Hanya 5 bulan hampir 2/3 ingatan aku pulih. Entah macam mana aku nak cakap gembira tak terkata. Jadi sebab itulah kenapa aku tiba-tiba peluk kau dekat Centre Square. Waktu aku temankan kau shopping, fikiran aku yang ligat berfikir soalan terakhir aku tentang keluaga Nordin Iman berjaya aku ingat buatkan aku peluk kau. Walaupun kau kutuk aku kaw-kaw tapi aku senyum je. Sampai kena cop sewel dengan kau. Mungkin berkat solat malam yang sentiasa Rafique ajar. Tambah-tambah kau di sisi aku. Orang yang selama ini menjadi mendokong, sumber kekuatan, pemberi semangat dan tulang belakang aku. Alhamdulillah.

Namun, aku tertanya-tanya. Kenapa aku dilayan seperti orang asing oleh kau? Kenapa cara kau cakap dengan aku tak seperti dulu? Kenapa kau tak kenal siapa aku? Kenapa? Semuanya persoalan kenapa? Kenapa? Dan kenapa itu terus bermain. Tapi aku tak akan berputus asa. Aku positif. Mungkin kau perlu masa untuk sesuaikan diri kau dengan aku setelah sekian lama aku menghilang dan kini muncul. Aku akan cari terus mencari jawapannya. Now, aku tahu kau sembunyikan penderitaan kau sendirian. Kau berlakon kau ceria, kau cuba jadi kuat depan semua orang tapi lakonan kau tak mampu tutup mata aku. Ada sesuatu yang kau sembunyikan jauh dalam hati kau. Ada derita disebalik keceriaan yang kau curahkan. Aku tak buta Sophia Aisya. Dan aku akan hilangkan penderitaan kau sedikit demi sedikit. Gantikannya dengan senyuman dan kelembuatan, sikap sebenar Sophia Aisya yang aku kenal. Aku janji dan aku nak kau tuntut janji ini sampai kau tidak boleh berhenti daripada tersenyum ! Pegang janji aku Sophia !

Mike ! Lelaki yang baru hadir dalam hidup kau. Pada tekaan aku, aku tahu kau tak kenal siapa dia. Dan harapan kau untuk bertemu dengan Shah berakhir kepada Mike. Seluruh pemikiran kau meletakkan Mike sebagai Shah. Kau langsung tak pandang aku. Kau langsung tak faham aku. Kau langsung tak beri peluang untuk jelaskan siapa Mike. Bila aku tengok kau mesej, call, berborak dengan Mike. Hati aku sakit. Begitu mudah kau percayakan orang yang baru kau kenal. Sangat mudah! Kenapa? Sebab kau anggap Mike itu Shah ! Shah lelaki yang kau cintai separuh mati. Lelaki yang buatkan kau tak boleh duduk diam kalau tiada di depan mata. Itu Shah kau ! Tapi tanya hati kau, betul ke Mike adalah Shah yang kau cipta. Hanya sebab nama dia Syahril Mikey kau letakkan dia Shah. Mana Sophia yang begitu teliti dalam memulakan sesuatu perkenalan. Mana? Mana Sophia? Pernah kau tanya aku siapa Mike? Pernah kau tanya Fiq siapa Mike?

Kau tahu hati aku ni risau bila dengan mudah kau keluar dengan Mike. Dengan mudah kau terima perlawaan Mike untuk ambil dan hantar kau balik dari universiti. Aku macam tak wujud. So, kau jangan tanya kenapa aku selalu marah-marah kau. Selalu bengang dengan kau. Selalu layan kau macam musuh. Sebab aku geram dengan sikap sambil lewa kau membuat penilaian. Buka mata Sophia. Bezakan baik dan buruk. Kemunculan Shah yang kau harapkan dapat hilangkan penderitaan kau selama ini? Kurangkah derita kau?

Sophia.. Aisya.. Sya.. Sya.. dengar aku. Aku tahu, aku bukan siapa-siapa dalam hidup kau. Tapi dengar aku. Aku tak mampu menentukan mana baik mana buruk untuk kau. Gunakan akal kau, gunakan mata kau, gunakan hati kau, gunakan semua itu untuk menilai seseorang. Selidik Sophia, cari Sophia. Jangan mudah percayakan seseorang yang baru muncul dalam hidup kita. Perkenalan bukan sekadar menyambut salam perkenalan. Tapi ia perlu kepercayaan yang utuh untuk mengelakkan kita diperangkap, dikhianati. Tenangkan fikiran, tenangkan hatimu, bangun malam. Di situ ada untuk segala penyelesaian derita kau. Cari sebanyak cara untuk selesaikan sakit kau. Kita tak boleh serah pada takdir sahaja. Pegang pada apa yang kau pegang dulu. Penyelesaian tak akan ditemui tanpa usaha, doa dan tawakal. Sakit yang kau tanggung tak akan pulih dengan menemui Shah yang kau tunggu. Mengadu pada DIA Sophia.  Sakit kau akan hilang. Cari sumber inspirasi kau kukuhkan pegangan kau dan teruskan langkah kau, kau akan berjaya.  Hadapi kenyataan yang kau takut selama ini. Cuba buat apa aku buat untuk pulihkan ingatan aku. Aku tak mampu tolong kau melainkan kau sendiri yang tolong diri sendiri. Bergantung hanya pada DIA. DIA pasti jawab Sophia.

Aku harap  apa yang aku tulis membuatkan kau berfikir apa yang terbaik untuk kau. Aku tak pernah halang kau untuk berkawan dengan Mike. Itu urusan peribadi kau. Cuma aku nak yang terbaik untuk kau. Ambilah sebanyak mana masa untuk berusaha, Allah sentiasa membantu. Cukup setakat ini nukilan aku. Aku tak akan balik agak lama kali ini. Mungkin lebih baik aku tiada di sisi kau. Memudahkan kau untuk cari siapa aku. Aku dah beritahu Anis aku tak akan balik sini agak lama. Jadi aku minta izin untuk kau tumpang rumah dia atau dia datang untuk teman kau ke sini. Dan jangan sesekali nak duduk sorang diri dalam rumah ni. Pastikan berteman. Epon dan Anis sentiasa ada untuk report. Jangan ingkar. Kalau tak tahulah aku kerjakan kau. Owh, Fiq pun lama tak balik sini sebab ikut aku. Jadi kau jangan nak merengek macam budak kecik bila Fiq tak balik. Take care Hot Chocolate ! Smile please ! Rasulullah suka senyum jadi umat dia pun kena senyum :)

-Shauqie Alexender Hairyl Azman-

Sophia melipat surat itu setelah usai membacanya. Tangan kanannya diletakkan di dadanya. Menahan getaran yang tidak mahu berhenti. Jadi selama ini dia tahu aku sakit. Dia tahu aku derita dengan trauma aku. Dia tahu kenapa aku begitu menyenangi kehadiran Mike. Dia tahu. Tapi dia hanya luahkan semua itu melalui kemarahannya.

“Idiot!”

Terbit perkataan itu dari bibirnya. Otak ada tak mahu guna, salahkan aku pulak. Cuba cakap elok-elok dengan aku tak boleh ke? Tapi, aku tahu kau mesti sedia maklum aku tak pernah buka ruang untuk kau bersuara. Jadi untuk lepaskan geram kau hanya amarah yang berterusan. Kini baru aku faham. Tapi kenapa? Arh! Kenapa tidak pernah berhenti untuk dipersoalkan.

Ya Rabb, aku baru sahaja belajar untuk meredhai tentang derita hidup aku. Aku baru belajar untuk menerima Shah. Aku baru belajar untuk menuturkan kata maaf setulus hati aku. Ya benar, kehadiran Mike benar-benar buatkan aku tidak berfikir panjang benarkah Mike adalah Shah yang selama ini aku benci tapi sentiasa mengharapkan kemunculan lelaki itu. Walaupun aku tahu mustahil Mike adalah Shah kerana banyak perbezaan antara Mike dan Shah yang aku ingat. Salah satunya, mata hazel. Salahkah aku untuk cuba kembali menjadi Aisya, orang yang dinantikan oleh semua orang bukan Sophia. Dan kini tindakan aku dipersoalkan.

Siapa sebenarnya Auqie untuk aku? Semenjak kehadiran dia bagi aku dia tak lebih hanya seorang lelaki yang menyusahkan, menyakitkan hati, dan menyebalkan. Tapi dialah yang buatkan aku belajar untuk senyum, belajar untuk redha, belajar untuk memaafkan, belajar untuk… mencintai. Dia jugalah buatkan aku hampir lupakan segala derita sakit dengan trauma kisah hitam yang aku lalui.

Sophia menghembuskan nafas berat. Surat yang dilipat tadi diselitkan ke dalam diarinya. Kakinya diatur menuju ke balkoni. Pintu gelongsor di tolaknya perlahan. Langsir diikat pada tiang dan Sophia berdiri di pinggir pagar balkoni sambil matanya menjamu keindahan suria yang malu-malu untuk menunjukkan dirinya. Nafasnya menarik udara segar pagi itu dengan tenang sambil mendepakan tangannya membiarkan bayu pagi menampar lembut tubuhnya. Mujur sahaja banglo ini berada paling belakang dari banglo-banglo lain yang berada dalam taman. Atas bukit pulak tu. Boleh dikatogerikan antara rumah yang agak mewah di sini. Untung betul ada tanah sendiri. Semoga Allah jaga hati kami agar tidak riak dan takabur dengan nikmat ini. Hati yang gundah kembali tenang.

Deringan dari telefon bimbitnya menyedarkan Sophia. Segera dia berlari ke biliknya. Melihatkan nama di skrin TSMnya, senyuman kecil terukir di bibirnya. Butang answer ditekan.

Morning babe! Rindu aku tak?” Suara ceria Anis kedengaran di corong telinganya. Sophia ketawa kecil.

Morning sweety! Tak pun.”

“Sampai hati kau. Aku punya semangat call kau, begini kau layan aku. Sob! Sob! Sob! Tahulah siapa kita. Bla..bla..bla” Sophia segera memintas sebelum Anis semakin melalut dengan bla, bla dan bala jadinya.

“Cop sweety! Telinga aku ni baru je bangun. Kesian dia nak dengar orang membebel entah apa-apa. Kenapa kau call aku ni?”

Just nak make sure kau nak suruh aku pergi ambil kau, ke kau nak pergi dengan Pak Samad ke or dengan someone special for you?” Agak perlahan nada Anis di hujung ayatnya.

“Apa yang kau merepek ni? Siapa yang specialnya ni?”

“Ala mamat yang selalu hantar ambil kau dekat universiti. Buat tak tahu pulak.” Terkedu Sophia dengan nada dingin Anis. Tak kan Anis pun macam Auqie juga. Tak menyenangi kehadiran Mike.

Chill babe. Hari ni aku pergi dengan sendiri naik Honda Urban SUV kesayangan aku tu.”

“Hurmm.. okey. Take care honey! See you then! Bye!” Klik! Talian dimatikan. Now what?


 

0 Budak Comel Komen :D:

Catat Ulasan

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo