Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 16 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 16~ |
S
|
hauqie
memandang siling biliknya. Fikirannya terkenangkan kata-kata Anis petang tadi.
Dia kenal siapa sebenarnya aku. Patut la muka dia macam familiar je waktu first
time jumpa. Dulu Anis selalu berpakaian seperti tomboy dan sekarang
agak berubah dengan watak agak faminin. Tambah lagi Anis sekarang memakai kaca
mata. Rambut yang dulunya pendek macam lelaki turut diikat tocang dua.
‘You
should know me when I introduce my self waktu kita jumpa dulu. Anis Maisara
Lee. Remember?’
Anis
Maisara Lee. Macam mana aku boleh tak perasan ada Lee di belakang nama dia. No
wonder la Anis lindungi gila Opie. Shauqie mengetuk-ngetuk bawah bibirnya.
Terkenangkan semula perbualannya dengan Anis.
‘Still
remember my brother your friend. Syahril Mikey Lee and Syahir Robert Lee. Ops,
my false. They’s not your friend anymore.’
Anis
Maisara Lee. Syahril Mikey Lee. Syahir Robert Lee. Tiga adik-beradik. Kenalan
rapat keluarga Sophia dulu. Robert menyambung urusan perniagaan milik ayahnya Hardware
Lee Sdn. Bhd setelah ayahnya Siew Woh Lee dan ibunya Anis Violet kemalangan
jalan raya. Tapi disebabkan Robert sering terlibat dalam jual beli dadah
membuatkannya menjadi buruan polis. Kedudukan Robert diganti oleh adiknya Mike.
Anis pula setelah kematian ibu dan ayahnya, dia diambil anak angkat dalam
sebuah keluarga. Kehidupannya begitu sehinggalah sekarang.
‘Hey!
Don’t even call me like that anymore. I wish I never have brother in this world
specialy brother like that. Jangan sesekali kau samakan aku dengan bangsat tak
guna macam diorang tu! Tak dapat Sophia diorang nak perangkap aku jadi pelacur.
Urgh! I hate to remember that!’
Begitulah
tanggapan Anis apabila Shauqie mencurigai ketulusan Anis berkawan dengan
Sophia. Takut benar dia andainya sejarah gadis itu kembali berulang. Disebabkan
Anis cuba untuk melaporkan sikap abangnya kepada Shauqie dan akhirnya dibawa
kes polis kerana telah cuba menjual Sophia, Anis menjadi mangsa mereka. Mujur
sahaja Anis seorang yang bijak. Sementelah kejadian malam itu Anis mengikut
keluarga angkatnya ke Penang.
‘I
hope I can be like Sophia. Never remember about that. It’s make me hurt. I can
believe I have brother like that. You know, Sophia never remember anything even
me, her bestfriend after she run away from her home. Pity her. She lost her
memory you know. Trauma punya fasal. Semua ni fasal manusia bangsat macam
diorang tu. Kawan aku jadi mangsa.’
Amarah
Anis yang tidak dapat mengawal emosinya itu menarik perhatian Shauqie untuk
mengetahui apa yang terjadi kepada Sophia. Walaupun dia sudah sedia maklum
keadaan Sophia setelah dicerita oleh Rafique. Tapi dia ingin mendengar sendiri
dari mulut Anis. Menyedari yang dirinya terlepas cakap membuatkan Shauqie puas
memujuk gadis itu. Siapa tahu disebalik wajah tenang Sophia tidak sangka gadis
itu menyimpan trauma yang teruk. Shauqie semakin terasa bersalah terhadap
Sophia. Arh! Aku juga terlibat dalam kejadian malam tu. Kalau tak disebabkan
Mike perangkap aku. Sophia tak akan terlibat. Shauqie berjalan ke arah balkoni
lalu tangannya ditongkatkan di atas pagar balkoni. Langit malam mula menjadi
tatapan matanya. Mindanya kembali berputar ke perbualannya dengan Anis.
‘So,
kau jumpa Mike? Kau tak rasa yang kedatangan Mike akan kembalikan kau kepada
Robert ke?’
Tersentap
hati Shauqie mendengar pertanyaan Anis. Bagai kembali ke sejarah hitamnya.
Siksaan demi siksaan yang dilakukan Robert ke atasnya mulai terbayang di ruang
imaginasinya. Matanya dipejam rapat cuba menghalaunya pergi. Aku tak akan jadi
selemah dulu Anis. Aku lemah kerana aku salahkan diri aku sebab Sophia lari
dari rumah. Aku salahkan diri aku atas apa yang berlalu sehingga aku lupa sudah
tersurat apa yang berlaku dalam liku kehidupan aku oleh Allah. Thank you to
Rafique, dia banyak bimbing aku. Aku ada janji Anis. Janji yang aku
lafazkan buat ibu bapanya. Janji yang aku lafazkan sebagai muslim yang
bertanggungjawab. Dan janji kepada Rafique bahawa aku akan jaga Sophia
sebaik-baiknya. Itulah akad yang aku lafazkan 5 tahun dulu.
Aku tak
akan izinkan diorang buatkan Sophia merasai pahit yang sama. Dan aku juga tak
akan menjadi selemah dan sedayus lelaki yang membiarkan gadis sebaik Sophia
ditindas lagi. Semoga Allah membantu aku untuk membantu polis menjebak mereka
di tempat yang selayaknya. Shauqie membuka matanya perlahan setelah hatinya
kembali tentang mengingatkan lafaz yang diucapkan kepada Anis sebagai janjinya
akan melindungi Sophia.
‘But
I miss my brother. Benci mana aku dekat diorang. Diorang tetap abang aku.
Special Mike. We were a great partner. But, that is my past. I’ll never get
back my dream. It just can be my dream. How I wish Robert never trick Mike into
this game. Weyh, kau tak rasa nak jumpa geng gila-gila kau dengan Rafique waktu
sekolah menengah dulu ke?’
Shauqie
memeluk tubuhnya yang mula dicengkam kesejukan malam. Sweater yang
bersangkut dalam almarinya diambil lalu disarungkan ke tubuhnya. Kakinya
kembali diorak ke pagar balkoni. Mengingatkan semula pertanyaan Anis, Shauqie
kembali berfikir. Tipu kalau dia katakan dia tak rindukan zaman sekolahnya
dulu. Mike, Fiq and me, budak gila and bermasalah but
brilliant dekat sekolah. Shauqie mengorak senyum. Sayangnya Mike terjebak
dengan Robert yang kaki botol, clubbing dan akhirnya dadah. Arhh..
mengingatkan pertemuan mereka di Alor Star. Apa yang dia rasa berbelah bahagi.
Hatinya keliru antara membezakan Mike kawan atau lawan.
Shauqie
memasangkan bacaan surah-surah yang dibacakan oleh Sheikh Al-Ghamidi melalui
I-phonenya. Earphone disangkutkan di telinga. Moga bacaan kalam Ilahi ini dapat
menenangkan fikirannya. Memang dia keliru membezakan Mike. Kawan kerana mereka
pernah berkongsi pahit manis suatu tika dulu. Lawan kerana Mike mengkhianati
hubungan mereka sebagai sahabat. Memerangkap orang paling aku sayang ke kancah
kehinaan. Semuanya kerana terlalu mengikut Robert.
Kesian
Anis. Dulu, Ayah Anis tidak mahukan anak perempuan kerana baginya anak
perempuan membawa kerugian dan masalah kepadanya. Malahan Mr. Lee pernah
membuat keputusan untuk menghantar Anis ke rumah anak yatim ketika Anis masih
kecil. Tapi di atas pujuk rayu isterinya dia menerima Anis. Namun begitu Anis
tidak pernah merasai kasih sayang seorang bapa. Watak tomboy dan ganas
dalam diri Anis hanya semata-mata menarik perhatian ayahnya. Tapi itu hanya
sia-sia. Mujur ada Mike, Mike sahajalah abang yang melayan Anis selayaknya.
Tapi selepas Mike berubah tiada lagi yang Anis harapkan melainkan membuat
keputusan untuk menerima tawaran sebuah keluarga yang ingin mengambilnya
sebagai anak angkat. Sebelum itu, setelah kematian ibu dan ayahnya Anis masih
lagi mentah. Masih berumur 13 tahun. Disebabkan bawah umur dia dihantar ke
rumah kebajikan. Beberapa kali Anis ditawarkan keluarga angkat. Mengingatkan
hubungannya yang akrab dengan Mike, Anis sentiasa menolak tawaran itu. Tapi
sementelah perubahan Mike sehingga memerangkap Anis sendiri, Anis menerima
tawaran sebagai anak angkat walaupun ketika itu umurnya sudah mencecah 19
tahun.
‘Thanks
for today. Dah lama sangat ni. You know skill menyiasat yang kau ajar dulu
berbaloi jugak. Hehe… that why easy for
me to know you. E-jat. Nice name. But aku lebih suka Shah. Got to go now. Nanti
mengamuk pulak Si Sophia tu. But don’t worry, aku akan pujuk Sophia untuk balik
rumah kau malam ni. Asalkan kau pegang janji aku. Jangan emosi macam orang
gila. Untung je kau aku tak pergi bungkus kau tadi. Don’t break her heart
anymore. Will you?’
Shauqie
tersenyum simpul. Anis tak pernah berubah. Sayangnya kepada Sophia masih
seperti dulu. Syukur juga Anis tunaikan janjinya untuk menghantar Sophia ke
rumah ditunaikan. Sophia hanya menayangkan muka 10 sen ketika masuk ke rumah
tadi. Hurmm.. Thanks Allah. Kau kirimkan Anis untuk melindungi Sophia
saat aku dikurung jauh dari Sophia dulu. Sayangnya dirinya bukan muslimah. Aku
tahu ada muslimah dalam diri Anis. Semoga Kau bukakan hatinya untuk menuju ke
jalan-Mu ya Rabb. Ameen.
Setelah puas menikmati angin malam, Shauqie mengorak
langkah untuk ke bilik Sophia. Ketika
melintasi ruang rehat di tingkat itu, Shauqie
kembali mengingatkan hari pertama dia menjejakkan ke banglo ini. Tersenyum dia
mengingatkan pakaian Sophia yang agak seksi ketika itu. But she’s always
cute. Rumah ini. Banglo ini. Kini terjawab mengapa dia sangat selesa
tinggal di sini. Suasana yang tidak asing. Susun atur bilik, dapur, ruang tamu,
ruang solat dan sebagainya. Semuanya dia dan Sophia yang planning.
Segala-galanya mereka bersama. Sebagai kejutan hadiah perkahwinan mereka, dia
telah menyerahkan plan ini kepada papa Sophia untuk menyiapkannya.
Namun,
Allah lebih tahu segalanya. Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.
Kunci banglo ini diberikan Rafique kepada Sophia apabila Rafique dapat menghidu
niat Sophia untuk lari dari rumah. Rumah ini dikatakan rumah family
mereka yang sudah lama ditinggalkan. Rumah ini sengaja dibina jauh dari KL
kerana jawatannya CEO manager MQ-one United di Sungai Petani yang merupakan
cawangan MQ-one United telah diberikan papa Sophia kepadanya. Setelah berkahwin
mereka akan terus pindah ke Sungai Petani, Kedah. Tapi itulah.. tak semua yang
kita harapkan menjadi kenyataan. Walaupun begitu ianya tetap menjadi kenyataan.
Cuma Allah hanya lambatkan waktu untuk mencapai segala apa yang dirancang.
Mungkin untuk menguji kesabaran hambanya. Dan sekarang Shauqie lebih bersyukur
kerana kalau tak disebabkan kejadian masa lalu yang menimpa mereka, dia tak
akan tahu siapa sebenarnya Mike, dia mungkin akan kehilangan Sophia dan
disebabkan kisah silam ini jugalah membuatkan rasa cintanya kepada Sophia
semakin mendalam. Betapa Allah adalah perancang terbaik.
Setibanya di hadapan bilik Sophia. Perlahan pintu kayu
bilik Sophia ditolak
lalu membolosi tubuhnya ke dalam bilik Sophia. Sophia yang enak beradu di atas katil Shauqie hampiri. Perlahan
senyumannya terukir memandang wajah polos Sophia yang sedang enak dibuai mimpi.
Tangan kanan Shauqie mula mengusap lembut rambut Sophia. Tangan kirinya pula
meraih tangan Sophia ke genggaman lalu dikucup lembut.
“Sya…”
Shauqie
menghela nafasnya. Memikirkan apakah mungkin Sophia mengizinkan semula dia
memanggil gadis itu Sya. Sya… Sya… Sya… dan Shah. Nama yang dipilih Sophia
sebagai pengikat hubungan. Sayangnya dia lupa siapa sebenarnya Shah dalam
hidupnya. Sehingga dia keliru siapa Shah yang sebenarnya. Shah yang sendiri
diciptakan suatu ketika dulu. Antara Mike dan aku?
Maafkan
aku Sya. Sebab kelemahan aku, kau terpaksa menanggung penderitaan sendirian.
Maafkan aku. Aku tak berjaya menjadi seperti yang kita pernah janjikan dulu.
Aku lemah Sya. Aku mungkir janji untuk melindungi kau. Tak mustahil mengapa kau
sangat benci aku waktu pertama kali aku jejak kaki ke banglo ini. Aku faham
kenapa kau cukup bermasalah dengan manusia yang digelar lelaki. Semuanya sebab
aku.
Namun,
aku sekarang dah balik Sya. Aku tahu kau still tak boleh terima aku. Still
tak kenal siapa sebenarnya aku. Tapi aku akan buat kau ingat balik siapa
aku, siapa kau, siapa Mike dan siapa Anis. Kau akan ingat balik. Aku akan buat
perkara ini menjadi nyata. Aku rindukan Sophia Aisya yang ceria dan
lemah-lembut. Yang sentiasa berfikir sebelum bertindak. Yang sentiasa
menyenangkan hati yang lain. Tak kira musuh atau kawan. Dalam hati kau langsung
tidak ternoda dengan penyakit dendam. Bagi kau semua orang adalah kawan kau.
Sehinggalah kejadian malam itu. Maafkan aku Sya.
Shauqie
memandang jam loceng arnab di atas kabinet. 12:30 pagi. Aku dah lambat. Segera
dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Nama Rafique dicarinya lalu didailnya
secepat mungkin. Hanya beberapa detik panggilannya diangkat.
“Salam
Fiq, aku dah siap. Kau dekat mana sekarang?”
“Okey,
aku tunggu kau. Hurmm.. Kau yakin apa yang kita buat ni Fiq? Tinggal Sya dekat
sini tanpa pengawasan.” Shauqie bertanya sambil memandang wajah redup Sophia.
“Kalau
tak disebabkan urusan kerja aku pasti tak akan tinggalkan Sya dekat sini. Walau
apapun, aku just follow apa yang kau fikir baik untuk Sya, baik juga
untuk aku. Moga Allah permudahkan urusan kita.”
“Dah,
aku dah bagitahu Anis fasal ni. Dia tak kisah.”
“Sep
bos! Aku dah cakap dekat Inspektor Zakaria. Diorang akan follow ke mana
sahaja Sophia pergi. Aku just cakap awasi Sya hanya dari jauh. Tak perlu
ganggu aktiviti dia.”
“Cepat
sikit tau. Aku tunggu. Take care! Wassalam.”
Talian
diputuskan. Perhatian Shauqie kembali memandang Sophia. Syukur Anis menghantar
Sophia pulang tadi. Diikutkan rasa kasihan dengan derita perasaan Sophia
ditambah pujuk rayu yang hampir meluluhkan hatinya petang tadi, Sophia tak akan
dipaksa pulang. Dibiarkan sahaja Sophia tinggal di rumah Anis mengikut kehendak
hati gadis itu. Tapi memikirkan dirinya akan menanggung perasaan bersalah
selagi tidak bersua muka, diharap Sophia akan pulang. Difikirkan setelah pulang
dari Alor Setar, dia akan gunakan masa yang ada untuk bersama Sophia. Tapi
perasaan cemburu menguasai dirinya melihat Sophia dengan mudah bemesra dengan
Mike. Jadi, untuk hari ini walaupun masih bersisa waktu yang sedikit biarlah
dia menatap puas-puas wajah ini sebelum dia pergi malam ini. Kerja dan
tanggungjawabnya perlu diselesaikan mengikut kehendak papanya yang ingin dia
uruskan sendiri. Jadi, atas arahan itu dia terpaksa berpisah dari Sophia dalam
jangka wantu yang agak lama. Tambahan lagi, dia tidak dibenarkan pulang ke
Penang ketika menguruskan kerja di KL. Anis seperti memahami apa yang
ditanggung rasa hatinya, senang hati membantunya memujuk Sophia pulang. Syukur
sangat. Tangan kiri yang masih erat memegang tangan Sophia dikejapkan. Perlahan
Shauqie merendahkan wajahnya ke wajah Sophia. Lalu dahi Sophia dikucup penuh
kasih. Lama! Sehingga gerakan kecil Sophia menyedarkan Shauqie.
Shauqie
tersenyum sebelum bangun menuju ke meja belajar Sophia. Sekeping kertas A4 dan
sebatang pen diambil lalu menulis pesanan di atasnya. Setelah selesai, Shauqie
bergerak keluar dari bilik Sophia. Tangannya kembali menggunakan telefon
bimbitnya. Pesanan ringkas dihantar kepada Anis.
‘I’m
leaving now. Please take care of her. Anything happen just inform me.’
-Shah-
-Shah-
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan