Ahad, 21 Julai 2013

SODA 2

Assalamualaikum semua..
Enjoy en3 bru Sya..
Best komen tau..


~SODA 2~

Sophia berjalan menuju ke bilik yang dikatakan oleh Rafique tadi. Terkial-kial tangannya membawa cadar, selimut dan bantal. Kalau nipis tak kisah, ni nahai tebal kot. Nak nampak jalan depan pun susah. Yang Along aku ni, kenapalah baik hati sangat tumpangkan mamat serebeh ni tidur sini. Tahulah ibu suruh kita saling tolong-menolong. Tapi dah rupa macam penyamun ni pun nak angkut bawa balik juga ke? Kang tak fasal-fasal lain jadinya. Manalah tau kot-kot mamat tu memang penyamun ke? Hoit! Opie. Apa ni? Kutuk-kutuk orang pulak. Tak baik oww. Nanti pantul dekat diri sendiri baru tahu.

Uish! Tak nak. Tak nak! Tarik balik. Dalam pada menyesali syak wasangkanya tadi, berhati-hati Sophia berjalan supaya tidak terlanggar apa yang tidak sepatutnya. Setelah yakin berada di depan bilik Shauqie, Sophia Aisya mengetuk perlahan. Agak perlahan dek kesulitan memegang barang di tangannya. Disebabkan tiada riaksi dari dalam, sekali lagi Sophia mengetuk. Kali ini agak kasar.

“Woi! Bukak lah.” Eh, baru je insaf jadi balik. Opie, Opie. Tak istiqamah langsung.

Shauqie yang baru sahaja selesai membersihkan dirinya segera berlari menuju ke pintu yang diketuk kasar. Hai la minah ni, tak kan la nak bagi runtuh pintu tu kut. Setibanya di hadapan pintu, segera dibukanya. Lambat buka memang alamat la. Terpacak tubuh genit Sophia di hadapannya. Wajahnya terselindung di sebalik timbunan bantal dan selimut.

“Kau nak suruh aku terpacak depan bilik kau ni sampai esok ke? Nak tunggu tangan aku patah dulu baru kau nak ambil ke? Tangan dah hilang ke?”

Yes! Jadi lagi tugu Negara depan minah ni. Kan dah kena tembak. Terkocoh-kocoh Shauqie mengambil barangan yang berada di pegangan Sophia lalu diletakkan di dalam bilik. Sophia yang terlihat tubuh Shauqie yang hanya berbalut tuala segera menutup mukanya dengan ke dua tapak tangannya. Haish! Mintak maut betul la dia ni. Tak reti-reti nak pakai baju ke. Shauqie yang menyedari riaksi Sophia hanya tersenyum nipis. Lah! Malu juga rupanya. Ingatkan kebal sangat. Usai meletakkan bantal dan selimut tadi Shauqie kembali ke pintu.

“Thanks.” Ringkas ucapan Shauqie. Lebih kepada menarik perhatian gadis di hadapannya. Wajah Sophia sudah kemerahan disebalik tapak tangan gadis itu. Cute! Sophia yang berasa keadaan sudah selamat membuka telapak tangannya.

“MAK!! Hik kau ni. Pergi la pakai baju dulu. Kang aku siat kulit kau. Merana hidup kau.” Cepat-cepat Sophia menutup wajahnya kembali. Ketawa yang ditahan Shauqie sedari tadi akhirnya terhambur keluar. Shauqie menyarungkan t-shirt yang tergantung di penyangkut ke tubuhnya sambil ketawa masih di bibirnya.

“Dah aku dah pakai.” Takut-takut Sophia membuka tangannya. Melihat sahaja tubuh Syafiq yang sudah lengkap berbalut, tangannya diturunkan. Sabar Opie. Dugaan hidup, reda je.

“Ingatkan kau ni miskin sangat sampai tak ada baju.”

“Hehe sorry sya.”

“Jangan nak memandai panggil nama yang entah nama sapa tu.” Aik! Bukan nama dia ke? Biarlah. Kang kena sound sekali lagi. Meletup gegendang telinga kau Auqie.

Sorry. Anyway, thanks hantar bantal dengan selimut. Menyusahkan kau je.”

“Baguslah kalau kau sedar yang kau tu memang menyusahkan. Memang menyusahkan aku pun. Ha! Kau ada apa-apa tak lagi ni? Tumpang mood aku okey ni. Nanti layan diri la.”

Gulp! Sekali dia bidas. Berdarah hati kau Auqie. Tu la gatal sangat mulut nak beramah mesra. Dah tahu yang minah ni bukan jenis mesra alam. Hurmm, ada apa-apa lagi tak erk? Baik pulak dia. Tadi kata menyusahkan. Tapi tanya ada apa-apa pulak. Mungkin betul cakap Rafique, walaupun dia berubah tapi hati dia still macam dulu. Cuma keras sikit je. Dah alang-alang orang buat baik ni, masuk je lah. Tunggu lagi.

“Boleh buatkan hot chocolate. Hantar bilik aku nanti.”

Hok aloh mamat ni. Over la pulak ordernya. Aku ajak-ajak ayam je tadi. Dia ambil serius pulak. Nak buat ke tak nak? Nak buat jahat ke tak? Otak aku dah planning cakap ‘buat sendiri’ dan terus blah. Boleh ke? Kang kena soal siasat dengan Prof. Rafique Amsyar tu naya kau. Tak fasal-fasal kena report papa. Bukan boleh pensyarah tu. Benda kecik boleh jadi besar. Sophia memandang wajah Syafiq yang sedang tersengih. Buat je lah Sophia. Dia tetamu. Kan Rasulullah suruh layan tetamu sekurang-kurangnya 3 hari dia ada dekat rumah kita. Don’t worry Opie. Pahala.. pahala.. saham akhirat.

“Hurmm.. kejap lagi aku hantar.”







0 Budak Comel Komen :D:

Catat Ulasan

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo