Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 13 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 13~ |
AH!
Sophia melepaskan nafas kuat setelah elok bersandar pada kerusi yang disediakan di dewan kuliah itu. Dewan itu kelihatannya sudah dipenuhi oleh siswa siswi yang lain. Maklumlah jam sudah hampir berginjak ke angka 9 pagi. Kelas Profesor Eja dalam subjek Psikologi bakal bermula tidak lama lagi. Tapi Sophia sedikit gelisah kerana sahabat karibnya Anis Maisara masih belum kelihatan. Mana Mak Cik Anis ni? Batang hidung pun aku tak nampak lagi. Semalam bukan main beria-ria suruh aku datang kuliah. Siap ugut-ugut nak bunuh diri lagi kalau aku tak datang. Almaklumlah, sudah empat hari aku tak datang kuliah sebab gaduh besar dengan Along. Empat hari tak keluar rumah. Orang yang datang pujuk aku mamat psiko tu la. Dengan sekali dia kena maki hamun dengan aku. Kalau ikutkan hati hari ni pun berat je kaki aku nak menjejak tanah USM ni. Tapi disebabkan Along selalu marah-marah, entah apa yang dia membebel dekat rumah tu. Sampai naik nanah telinga aku. Lebih baik aku datang kuliah. Mak Cik ni pulak. Semalam sampai buat drama leleh bagai pujuk aku datang. Sekarang orang dia mana? Dah tak jumpa jalan datang USM ni ke? Rumah dia bukannya jauh pun dengan bangunan fakuliti ni. Mujur je minah-minah dalam kelas ni tak datang serbu aku macam selalu. Entah, demam agaknya kot. Selalunya nampak je aku mula la jadikan aku ni tahi yang yang dihurung lalat. Soalan yang ditanya siapa lagi kalau bukan mamat psiko tu. Nasib aku baik kot hari ni diorang tak serbu aku. Kalau serbu jugak memang minta penumbuk sulung aku pagi ni. Dalam pada Sophia mengomel sendirian. Suasana yang tadinya hingar-bingar menjadi sunyi. Tangannya sibuk mengeluarkan buku nota untuk persediaan belajarnya, telinga Sophia menangkap suara sumbang tidak jauh darinya. ‘Eh.. tu bukan E-Jat ke?’ ‘Ye la, E-Jat datang. Wah! Semakin kacak dia.’ ‘Aduh! E-Jat datang sini la. Mesti nak jumpa aku.’ ‘Kenapa dia dekat sini? Bukan dia fakuliti lain ke?’ ‘Kenapa pulak dia datang sini dengan Anis? Bukan selalu dia dengan Opie ke?’ Sepantas mungkin Sophia mengalihkan pandangannya ke arah sekumpulan manusia yang sedang berbisik-bisik di sebelah kirinya. Menyedari yang diri mereka diperhatikan segera mereka mengunci mulut masing-masing. Sophia kemudiannya beralih pula ke pintu. Pelajar perempuan sudah mula buat perhimpunan tidak rasmi di hadapan pintu tersebut. Hailah! Apa dia buat dekat sini? Bukan dia tak ada kelas ke pagi ni? Tadi bukan dia pergi office ke? Kenapa dia boleh terpacak depan ni pulak? Dengan Anis pulak tu. Dating ke apa? Pagi-pagi pun buat date ke? Hish! Bala dah datang. Tidak tahukah dia kehadirannya akan menyusahkan hidup aku. Sophia buat tak layan melihat Anis yang sedang melambai-lambai ke arahnya. Apa? Ingat aku nak turun jemput kau? Ngadap mamat tu pulak. Hui! Minta maaf. Dah la pagi tadi aku mengamuk dengan dia sebab sekongkong dengan Along pedajalkan aku. Sophia mengulang kembali nota terakhir yang diambil di kelas Psikologi tempoh hari. Kelas mula bertukar riuh. Jejaka-jejaka sibuk bualkan hal ekonomi masing-masing. Gadis-gadis pula sibuk menjerit teruja memuja-muja sang pewira yang entah dari langit mana munculnya. Tapi itu hanya sementara. Dewan kuliah mula sunyi. Sophia tersenyum kecil. Pasti mamat tu dah blah! Ni tak lain tak bukan Prof. Eja dah masuk la ni. Tapi kenapa Mak Cik Anis ni tak duduk tempat dia lagi. Dia ambil port lain ke? Lantak la. Segera Sophia panggung kepalanya. Terkejut + terkelu + terpaku dan yang sama waktu dengannya. Wajah semangat Sophia hendak menuntut ilmu terus bertukar kelat apabila terpandangkan susuk Shauqie yang elok berdiri di hadapannya. Siap tersenyum manis pulak tu. Tahulah lesung pipit kau tu comel. Karang aku tak cair, minah-minah dalam dewan ni pulak yang cairnya. Macam mana aku boleh tak sedar dia ni berdiri sebelah aku. Menyesal pilih tempat hujung depan pulak tu. “Nak apa?” “Ikut aku jom!” Bertambah kerutan di wajah Sophia mendengar ajakan Shauqie. Masuk air agaknya mamat ni. Agak-agak la nak ajak orang keluar pun. 5 minit lagi kut kelas nak start. Anis yang sedang berdiri di sebelah Shauqie tersengih-sengih macam kerang busuk. Hah! Yang mak cik ni kenapa pulak? 2x5 masuk air ke? Tak nak serang mamat ni ke ciplak aku. Semalam nak sangat aku datang. Mamat ni nak ciplak aku boleh pulak. “Nanti-nanti lah. Class Prof. Eja dah nak start. Sana pergi.” “Biarlah. Aku ajak kau keluar je.” Apa kena dengan dia ni? “Aku tak nak lah. Semalam kau jugak marah-marah aku tak datang kuliah.” Sophia membalas. Geram! Dah la kena dengan Mak Cik Anis ni membebel. Epon pulak call kononnya nak kasi advice suruh aku pergi kuliah tapi sekali dia kasi advice dah macam buat pidato gamaknya. Lepas tu Along pulak bising-bisin. Mamat ni pulak kunon-kunonnya nak pujuk, tapi paksa-paksa aku jugak. Entah apa-apalah. “Jomlah. Prof. Eja dah masuk tu.” Erk! Tercekik Sophia mendengar kata-kata Shauqie. Matanya dialihkan ke hadapan. Prof. Eja sedang duduk di mejanya sambil tersenyum. Matanyanya dialihkan ke sekeliling dewan. Hampir 99% semua mata memandang ke arah mereka. Gulp! Ni yang aku menyampah ni. Buat publisiti murahan pulak. “Dah tahu Prof. Eja masuk. Kau tu tak tahu nak keluar ke?” Sophia berkata sambil tangan kecilnya menolak-nolak tubuh Shauqie keluar dari situ. Terkejut satu dewan melihat perbuatan Sophia. Opie.. sentuh.. mamat.. tu.. sambil.. buat.. muka.. teruk..? Benarkah ini Opie? Pelajar-pelajar lain sudah mula berbisik sesama sendiri. Shauqie masih di situ sambil mengeraskan tubuhnya. Mamat ni aku keluarkan take wan do aku karang. “Kalau nak saya keluar awak ikut saya. Lagipun jangan risau Prof. Eja dah tahu.” Awak-saya pulak. Kenapa tak dia-kita? Bertambah tidak selesa Sophia mendengar sok sek sok sek mengatakan dirinya. Mamat ni punya kerja aku terpaksa sentuh dia. Satu USM ni tahu aku ni jenis anti makhluk bernama lelaki. Sentuh lelaki pun tak pernah. Tup tup nampak aku tolak mamat ni kononnya mesra la sangat. Ceh! Tak ada maknanya. Lepas ni keluarlah pulak gossip baru. Rimas dengan keadaannya tika itu membuatkan Sophia menarik tangan Shauqie keluar dari dewan kuliah itu. Blah je lah. Penting prof dah kasi lampu hijau. Daripada bertikam lidah dengan dia sampai esok tak habis. Membuatkan Sophia bertambah geram, melihat keletah Shauqie yang masih sempat melambai-lambai terhadap Prof. Eja. Tahulah kakak angkat pun. Aku hempuk dengan beg sandang aku yang boleh tahan beratnya karang baru tahu.Setelah yakin mereka agak jauh dari dewan kuliah. Tangan Shauqie dihempas kasar. “Kau nak apa sebenarnya ni? Tak puas lagi ke korang guard aku macam aku ni pelarian dekat rumah. Sekarang kau nak apa lagi dari aku?!” Kuat suara Sophia menjerkah Shauqie. Panas ni! Panas! Pagi tadi dah ada interview entah apa-apa. Arahan bertulis: · Jangan keluar dengan orang lain selain Anis dengan Epon. (macam la aku ni banyak sangat kawan. Selama ni diorang berdua ni la selalu ikut ke hulur ke hilir) · Habis sahaja kelas call Along. (mentang-mentang bill handphone aku dia tanggung. Banyak pulak songehnya. · Balik lunch dekat rumah. Kalau perlu ajak Anis dengan Epon sekali. Mak Timah masak. (dia ingat rumah tu sepelaung ke apa? Dekat tak kalut. Masalahnya jauh. Mentang-mentang sekarang ni ke mana aku pergi suruh mamat psiko ni follow aku. Hari tu cakap lain hari ni cakap lain pulak.) · Solat mesti Anis teman. (dah tu tak kan nak suruh Epon teman kot. Selama ni Anis setia apa menunggu aku selesai solat. Dia je tak tahu.) · Kalau ada orang kacau inform. (Selama ni orang tak kacau aku pun dah kena sound. Ni nak kacau aku. Memang mintak penampar la.) · Jangan menggatal dengan orang lain. (Ewah! Ewah! Hello! Mamat-mamat dekat U tu. Sorang pun tak berani sentuh aku. Tegur pun takut kot! Sebenarnya syarat ni Auqie yang memandai tambah. Berapa biji panadol dia telan agaknya. Tiba-tiba saja.) · Kalau nak ke mana-mana beritahu Along dulu. (ingat aku ni isteri dia ke nak inform bagai. Agak-agak la nak conquer orang pun.) · Kalau perlukan perkhidmatan memandu hanya boleh bertemankan SHAUQIE. (Syarat nilah yang aku panas sikit. Dah la memandu sendiri pun dia tak kasi. Lesen memandu aku nak buat apa. Pameran? Hatta Epon sekalipun tak dibenarkan juga. Ini sudah lebih.) · Kalau tak nak beritahu Along ke mana nak pergi inform Shauqie. WAJIB! (Yang ni buat aku bengang gila. Hari tu cakap tak boleh cakap dengan dia lah. Keluar dengan dia pun tak boleh. Lepas tu, hari ni lain pulak. Kalau aku bantah karang mula keluar ‘Syurga isteri terletak pada suaminya’. Macamlah aku ni bini dia betul.) Bengang dengan peraturan yang entah apa-apa ni satu. Lebih menyakitkan hati tengok mamat psiko ni yang boleh buat muka sepuluh sen dia dengar segala apa yang disebut Along. Siap sokong lagi. Apa? Ingat aku ni kuli. Sesuka hati diorang pedajalkan aku. Ikut telunjuk diorang. Weyh! Sedar la. Aku manusia jugak. Yang inginkan kebebasan. “Dah puas mengomel sorang diri.” Sophia pandang Shauqie atas bawah dengan pandangan jelek. Shauqie menjungkit-jungkit keningnya sambil tersenyum sinis. Hekeleh minah ni. Cium karang. Buat mulut macam tu ingat cumel sangat la. “Kau nak apa sebenarnya ni?” Sophia bertanya lembut. Kerusi batu yang tidak jauh dari situ ditenggek. Dia melepaskan nafas keras. Sebenarnya dia penat bergaduh dengan diorang ni. Empat hari kebelakangan ini itulah kerjanya. Shauqie turut duduk di atas kerusi. “Cuba kau cakap macam tu dengan aku selalu. Sejuk hati aku dengar.” “Aku slow talk dengan kau, kau straight tujuan kau menyemak dekat kuliah aku pagi ni? Kenapa?” Sophia menongkat dagunya dengan lengan kanannya sambil membuang pandang ke arah lain. “Jom.” Dia ni dari tadi jom! Jom! Jom ke mana? Cuba cakap tu biar jelas. Tak adalah aku ni terkapai-kapai menunggu jawapan. “Pergi mana? Aku ada kelas lah. Urgent sangat ke? Nanti-nantilah.” Sophia berkata masih dalam nada yang lembut. Mujur aku dengan Prof. Eja boleh dikatakan bagai isi dengan kuku. Kalau prof. lain jangan harap aku boleh lepas tangan macam tadi. Hilang markah kot! “Jomlah nanti kau tahu.” Shauqie berkata seraya bangun dari duduknya. Tangan Sophia di tarik pergi dari situ menuju ke Honda Urban SUV. Tidak lama kemudian kereta merah itu laju meluncur pergi meninggalkan perkarangan USM. ******* Sophia gelisah di tempat duduknya. Matanya liar memerhatikan ruang bilik yang dihiasi bunga dan tirani. Dengan bertemakan warna merah ala-ala orang Jepun menaikkan lagi suasana di situ. Ditambah lagi dengan perkhidmatan penghawa dingin mendamaikan suasana. Harumah bunga lavender. Pokok-pokok sakura sebagai draw wall. Namun sayang, hanya suasana yang damai. Hati Sophia masih juga tidak damai. Kenapalah mamat tu bawa aku ke tempat macam ni. Jauh kot! Percaya tak yang aku sekarang sedang berada di sebuah restoran yang entah aku tak tahu nama dia. Tapi yang aku tahu, sekarang aku berada di Alor Star. Entah macam mana boleh lepas sampai sini pun tak tahu. Masuk je dalam kereta tadi terus dibuai mimpi. Tahu-tahu je, mamat tu kejut aku bangun. Then tarik aku masuk dalam bilik yang dikhaskan buat VIP ni. Sophia memandang pula set makanan masak sendiri siap di order Shauqie tadi yang masih elok berada di atas meja empat segi besar. Tapi rendah macam meja jepun. Cara makan pun kena bersila dekat bawah. Apasal mamat tu tempah banyak sangat. Macam aku ni makan banyak sangat. Dah order lepas tu tak nampak batang hidung dia langsung. Aku rasa hampir setengah jam aku bersila dekat sini. Tapi mamat tu still tak menjengah ke sini. Kalau ye pun sibuk atleast datang la tengok aku kejap. Okey ke tak? Ni tak, entah menghilang ke mana tak tahu. “Assalamualaikum. Sorry lambat.” Salam dijawab perlahan. Panjang umur dia ni. Baru je kutuk dah ada depan mata. Sophia menurunkan tangannya yang dibuat untuk menongkat dagunya. Dia memandang Shauqie yang kelihatan merah dan tegang wajahnya saat itu. Macam baru lepas gaduh pun ada jugak. Tapi tak mungkin lah, dengan berseragam pakaian kerja macam ni nak gaduh. Eh kejap, tadi bukan dia datang pakai t-shirt santai je ke? Shauqie duduk berhadapan dengan Sophia. Lengan kemejanya disinting ke siku. “Kau dari mana? Dah kebas punggung aku tunggu kau.” “Sorry. Aku ada date dengan client tadi.” Membuntang mata Sophia. Dah ada date dengan client apahal kau bawa aku ke sini? Hish! Tak habis-habis menyusahkan aku. Kalau aku tak ikut pun tak apa tadi. Tak adalah aku miss class Prof. Eja lagi. Eh, date dengan client pun perlu ke muka macam tu. “Kalau kau ada date dengan client kenapa kau bawa aku datang sini? Nak suruh aku jadi kuli kau ke?” “Eh, jangan nak tuduh sebarangan okey. Tunggu kejap, nanti sampailah.” Hish minah ni, sabar la kejap. Kot ye pun bagilah aku sejuk kejap. Dah la panas jumpa client yang bukan jangkaan aku tadi. Dah jumpa kau boleh la bagi sejuk sikit. Ini tak nak ‘memanas’ jugak. Sophia buat muka blur. Aku cukup tak suka cakap dengan orang yang suka berkias-kias ni. Aku tak ambil course sastera okey. “Siapa yang kau maksudkan ni?” “Tunggulah. Kejap lagi sampai la. Dah jom makan dulu.” “Kau makanlah sorang. Aku tunggu dalam kereta.” Sophia menarik beg sandangnya lalu digalas ke bahu. Cepat-cepat dia bangun untuk beransur. Shauqie buat muka tak layan. Makanan dihadapannya lebih difokuskan. Betul-betul menyakitkan hati. Belum sempat Sophia melangkah keluar dari bilik itu, seorang wanita bertudung litup masuk ke dalam. Terhenti langkah Sophia saat terpandangkan wajah itu. “Assalamualaikum.” “Eh.. waalaikumusalam. Dah sampai rupanya. Masuklah.” Shauqie bangun dari duduknya lalu mendapatkan wanita tersebut. Tangan wanita itu dikucup lembut. Sophia hanya memerhati. Apa yang pasti dia terkejut dengan kehadiran wanita itu di situ. Air matanya mula bergenang di tubir matanya. Segera Sophia tunduk lalu melutut di hadapan wanita tersebut. “Ibu!” |
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan