Rabu, 14 Ogos 2013

SODA 6

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 6 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 6~


S
aiful Kamil buat muka menyampah melihat Sophia yang sedang khusyuk menelaah buku di tangan. Entah apa yang seronok sangat buku dalam tangan tu. Kot buku untuk buat ulangkaji sebagai persediaan masuk sem baru lagi dua bulan tak kalut. Tapi novel yang tebal dia lebih tinggi dari periuk mak aku masak gulai dekat rumah yang dia khusyuknya. Dah ajak orang lepak sini jadi bisu dengan novel tu pulak. Baik tak payah ajak aku datang sini. Mentang-mentang aku tak balik Sabak Bernam sebab kerja, dia buat aku kuli dia pulak.

Tapi aku tak adalah kisah sangat dengan minah novel ni. Yang menjadi penarik di hati ini siapa mamat yang sedang berborak entah apa entah dengan Along Fiq. Siapa dia erk? Along Fiq tak pernah la pulak bawa mana-mana orang datang ke rumah agam Si Opie ni. Aku tanya minah ni tak nak jawab. Kalau dah berkepit dengan novel dia, Aaron Aziz datang ketuk pintu rumah pun dia buat derk je.

"Weyh! Opie. Kau ajak aku lepak sini semata-mata nak suruh aku jamu mata aku usyar kau baca benda alah ni ke?"

Diam. Huish! Sepupu aku ni. Bunuh juga nanti.

"Opie, dont you hear me?"

Still sunyi macam datang tengok orang mati saja. Dia ni buat-buat pekak ke memang dah pekak. Saiful melambai-lambai tangannya di hadapan Sophia. Tapi apa ke punya malang nasib aku. Dia buat dont know! Sekali lagi jarinya dipetik berkali-kali di hadapan Sophia. Kali ni syukur dia kalih. Saiful tersengih ingin menanyakan soalan. Tapi senyuman bertukar muncung itik. Hati kering punya minah. Kot la tengok muka aku tanya nak minum ke. At least cakap apa dia? Ni tak dia baca balik benda alah tu.

Grr... Kau yang paksa aku. Aku tahu kau pantang orang ganggu time kau tengah khusyuk fall in love dengan benda alah tu. Tapi kau yang paksa aku. Novel di tangan Sophia dirampas lalu dilemparkan ke tepi tanpa sedar novel tersebut elok mendarat dalam kolam ikan. Blup! Blup! Blup! Macam bunyi ikan. Saiful tersenyum jahat tapi senyumannya mati saat terpandangkan wajah terlopong Sophia tanpa berkedip matanya siap buat gaya tangan pegang kepala memandang ke kolam ikan. Segera Saiful berpaling semula ke arah novel yang dibalingnya. Tadi Sophia terlopong dan sekarang Saiful terbuntang melihat hanya tinggal buih sahaja di dalam kolam itu. Oh My Allah! I'm dead now!

Terhenti sedetik dunia Sophia melihat novel kesayangannya elok tenggelam dalam kolam hijau yang pekat dengan lumut. Bagai melihat je novel tu cakap tolong! Tolong! Ganti dengan blup! Blup! Novel aku. Melayang RM35 aku. Huarhh! Dah la best. Sikit je lagi nak habis. Sia-sia saja aku berjaga dua hari nak baca cerita tu. Sepantas kilat Sophia mencerlun tajam bagai helang ke wajah Saiful. Epon! Kau memang tempah set katil dekat Hospital Sultan Abdul Halim hari ni. Sophia menyinting lengan t-shirt muslimahnya. Untung aku pakai inner. Tak sia-sia Along suruh pakai. Sini kau Epon! Grrr!

"Weyh! Kau apahal. Minta tiket hospital ke apa?" Sophia menjerit kuat.

Tanpa menunggu lebih lama, Saiful sudah membuka langkah seribu turun dari gazebo yang menjadi tempat lepak mereka. Pecut dulu Epon! Kalau kau tunggu memang minta mati la. Cabut! Bagaikan diserang ribut taufan kawasan halaman rumah Sophia tika itu. Habis pasu, pokok bunga semua melayang. Saiful bagai tak cukup tanah hendak lari. Sophia pula bagaikan palesit mendapatkan Saiful. Kaki berlari, mulut entah apa entah yang terlolong sana sini. Shauqie yang sedang berbincang di beranda rumah sudah pening melihat hampir sepuluh pusingan Saiful dan Sophia berkejaran. Rafique hanya mampu menggeleng. Dah terbiasa kalau tegur pun buat membazir air liur je.

"Weyh! Epon sini kau. Siapa suruh kau buang novel aku dalam kolam ikan tu?"

"Sorry Opie aku tak sengaja. Serius weh! Tak sengaja."

Dek terlalu kalut, Saiful tersepak pasu pecah menyebabkan dia jatuh tersungkur ke tanah. Sophia yang melihat Saiful jatuh tersungkur tidak dapat menahan tawanya. Hahah! Rugi betul tak suruh Along record. Kalau tak boleh upload masuk youtube. Marahnya sudah hilang diganti pula dengan tawa kuat sampai terduduk. Siap tekan-tekan perut bajet lawak sangat. Tak cukup tekan perut main guling-guling atas tanah. Ceh! Bajet lawak sangat. Saiful mencebik sambil menyapu luka yang berpasir. Matanya menjeling geram ke arah Sophia yang masih seronok melayan tawanya. Serius tak tipu. Sebijik macam Cik Ponti.

"Weh! Dah la. Not funny la."

"Opie, I said enough."

"Sophia Aisya! Sawan agaknya kau ni."

Tapi hanya sia-sia jerkahan Saiful. Sepupu aku ni memang soundtrouble erk? Dari tadi cakap langsung tak dengar. Sophia masih dengan tawanya. Muka dah merah sebab banyak sangat gelak. Rafique datang menghulurkan tangannya membantu Saiful berdiri lalu didudukkan di gazebo. Shauqie mengetuk kepala Sophia yang masih bersisa tawa. Apa yang lawak sangat sampai minah ni gelak gila-gila punya. Orang jatuh pun funny ke? Terhenti terus tawa Sophia. Jelingan diberikan buat Shauqie. Mamat serebeh ni. Cari fasal erk? Shauqie menggigit jarinya melihat jelingan Sophia. Wuu! Takutnya. Si cantik momok mulut laser marah. Ceh! Podah!

"Apalah Opie ni. Kesian Epon, Opie kejar dia sampai tak cukup tanah dia nak lari." Rafique berkata sambil membasuh luka Saiful dengan air suam yang dibawa Shauqie tadi.

"Hah?"

"Kau ni apahal Opie? Pekak ke?"

"Hah?"

"Sya ni kenapa? Saja buat orang sakit hati."

"Hah?" Rafique pelik. Tak pulak dia marah sebut Sya. Yang dia tahu. Hah? Hah? Hah? Kena sampuk ke apa?

"Something's wrong with you, Miss Hah?"

"Hah?" Tiga orang jejaka itu serentak menepuk dahi. Sophia menggaru kepalanya. Apa yang makhluk tiga orang ni cakap erk? Aku tak dengar apa-apa pun. Yang aku dengar putih-putih melati. Merah-merah delima. Tak kan la diorang ni buat konsert pulak dekat sini. Lama-lama berfikir, kini Sophia pula menepuk dahinya. Earphone yang masih disangkut di telinga ditarik. Huhuhu! Jangan marah. Peach no war! Sekali lagi mereka bertiga menepuk dahi.

Saiful sudah mengetap gigi. Patut la dari tadi aku cakap minah ni buat dont know je. Memang pekak pun. Dah telinga kena sumbat entah volume berapa lah yang minah ni buka sampai tak dengar langsung. Kang pekak sungguh baru tahu.

"Silly you!"

"Stupid you!"

"Aku cakap dengan kau dari tadi kau buat pekak je. Dah aku baling novel kau masuk dalam kolam baru tahu nak marah. Siapa suruh buka volume habis. Sekarang baru padan muka kau. Cari fasal lagi." Saiful mengacah-ngacah Sophia dengan penumbuknya tapi ditahan Rafique.

"Eleh, kalau ye pun atleast tarik la tudung aku ke ketuk kepala aku ke. Ni tak novel aku juga yang jadi mangsa kau kenapa. Tak kira. Kau ganti balik RM35 aku. Kalau tak nak ganti duit pergi beli kasi aku balik."

"Owh! Banyak cantik muka kau."

"Muka aku memang cantik."

"Cis! Tak kuasa aku layan squeezes kau tu. Menyampah! Membazir duit aku je beli benda alah tu dekat kau. Waste my time and my money okey. Baik aku ambil balik benda alah dalam kolam tu then dry it. Finish and done!"

"Owh yeah! How kind you are? Then dah ambil novel tu. Masukkan dalam washing machine. Then, taruk Daia sebungkus plus Soflan sebotol. Mesin biar sampai hancur. Sangkut dekat ampaian lepastu ambil masukkan dalam kotak bungkus dengan pembalut hadiah. Ikat reben and give it to me. Haha! I really appreciate it. Please la! Kau nak bagi aku baca novel yang dah berukar colour hijau tu. Nak baca pun tak nampak okeyh. Tak kira. Ganti balik."

"Hahaha, great idea. Why I'm not just doing it. Right? Jimat duit aku. Kalau hancur kau sambung la macam puzzle." Saiful mengusap-ngusap dagunya sambil tersengih jahat. Sopiha memukul kepala Saiful dengan cap nike yang dipakainya. Pak Cik punya orang tua. Aku bunuh juga nanti.

"Dah la Opie. Jom masuk dalam. Opie pun satu. Epon sampai sini dah nak dekat sejam. Opie still layan novel je. Along pun radang. Epon baru baling novel, kalau Along baling Opie terus. Dah masuk. Masak untuk lunch ni."

Sophia mencebik. Sepupu kesayangan dia ni jugak la dia nak bela. Tu novel aku yang dah jadi kawan ikan siapa nak ganti? Along yang kedekut tangkai jering ni. Tunggu aku tua belum dia beli. Mamat Epon ni, hurmm. Tak payah cakap. Sekali dia cakap tak mahu, tak mahu la jawabnya. Ugut la bunuh sekali pun. Pasti dia jawab ada aku kisah. And mamat serebeh ni? Let's try. Mana tahu semua baik hati hari ni kan. Ready Opie? Okey set. Buat muka comel.

"Tak nak masak malas." Maintain Opie. Peluk tubuh dan buang pandang arah lain.

"Dah tu siapa nak masak? Aku dah lapar ni." Saiful buat tak tahu. Masak sangat dengan taktik minah ni nak memujuk. Sorry bukan aku. Cari orang lain.

"Tak kira, selagi orang tak dapat apa yang orang nak orang tak akan masak." Ceh! Kau Opie tak pandai berlakon betul. Belum klimaks dah surrender. Tak sabar langsung. Mesti reject terus dengan pengurus.

"Dah Opie, tak payah nak berlakon gedikss depan kitaorang. Pergi masuk masak. Novel tu bila-bila boleh beli. Kumpul duit then beli." Wah! Wah! Wah! Senangnya Along aku ni cakap. Orang rela ikat perut nak kumpul duit beli novel Melur Jelita tau. Sophia mula memuncung. Sob! Sob! Sedihnya diorang buat aku macam ni. Siapa mangsa sebenarnya. Aku ke mamat Epon ni. Dia pemangsa tapi dibela pulak. Owhh! Ini tidak adil tidak adil bagi ku. Tengok lagu Yunalis ni juga yang aku nyanyi.

"Tak apa nanti aku tolong belikan untuk kau." And finally. Siapakah lelaki budiman tersebut. Erk? Mamat serebeh? Buang tebiat ke dia ni.

"Should we? Or maybe you're not interested. Never mine. Buy yourself." Shauqie berkata apabila melihat wajah cuak + curiga Sophia. Orang buat baik pun tak nak. Tak nak sudah. Tak luak pun duit aku. Shauqie membuang pandang ke arah lain sebelum bergerak untuk masuk ke rumah.

"Eh.. Kejap. Kejap. Aku tak cakap pun tak nak." Sophia segera berlari mendapatkan Shauqie. Shauqie berhenti apabila tangannya ditarik Sophia. Wohoo.. Look at this. Someone touch my hand. Perlu ke aku tembak fasal isu ambil kesempatan dua minggu lepas. Mueh hehe. Jahat betul kau Auqie. Shauqie buang pandang ke arah lain.

"Err.. Please. Kau baik kan." Hek eleh minah ni. Pujuk bagai pulak.

"Along Fiq. Sejak bila Opie jadi orang yang merayu bagai macam ni. Dengan lelaki pulak tu. Something wrong with her brother? And you pun kenapa? Along Fiq kan kuat melenting bila Epon nak sentuh Opie." Saiful berbisik perlahan pada telinga Rafique. Ye lah! Tak ke pelik. First time jumpa dengan aku pun, senyum pun tak nak. Ni mamat yang entah sapa entah boleh pulak pegang sentuh. Kalau aku sentuh sikit macam nak kiamat dunia. Tak ke pelik. Satu wayer tercabut agaknya. Along Fiq pun 2x5 saja macam minah senget tu. Menggegar dunia kalau dapat tahu orang sentuh adik kesayangan dia.

"Maybe not. This is she. Dont worry Epon. Satu hari nanti kau akan tahu jugak siapa dia. Opie pun sebenarnya tak kenal dia. Along pun tak tahu kenapa Opie boleh lupa. Tapi kalau kau nak tahu. Tanya Mak Long la. Gerenti Mak Long tahu punya. Just, kau kena pandai korek la. Mak Long kan pandai simpan rahsia. And what’s wrong with me. Hurmm.. I think nothing change with me. Along ada sebab kenapa Along tak macam selalu." Saiful mengangguk. Walaupun tak faham semua. Ada la sikit.

"Samalah macam Along Fiq. Perahsia nombor satu. Cuba Along Fiq beritahu saja terus dekat aku. Tak payah la susah-susah aku pergi sibuk nak korek dari mak. Along Fiq macam tak tahu mak tu macam mana. Kalau dia tak nak beritahu, boleh seharian dia bisu." Saiful mencebik mengenangkan sikap Nora Iznie, maknya. Kakak kepada ibu Rafique dan Sophia.

Rafique hanya tersengih melihat riaksi Saiful. Kenal benar mereka dengan Mak Long. Kalau siapa-siapa yang nak korek rahsia, Mak Long akan jadi bisu seharian. Hurmm.. Macam-macam. Fokus mereka kembali dua orang manusia yang sedang main tarik tali.

"Arr.. Weh. Please la. Belikan untuk aku. Aku dah tak ada duit nak beli. Dah la novel tu tengah laris sekarang ni. Please, can you help me?" Sophia memujuk lagi. Lantak la kalau dia kata aku ni minah gedik ke apa. Asalkan benda aku nak dia bagi. Tapikan dia ada duit ke? Stay sini baru  dua minggu. Then mana dia 'cekau' duit?

Shauqie menjongkit keningnya. Dagunya diusap-usap memikirkan sesuatu. Bibirnya mengukir sengihan jahat. Hatinya ketawa evil. Di atas kepalanya bagai tumbuh dua tanduk yang tajam. Hehehe.. Shauqie melepaskan pegangan Sophia dan menghampiri Rafique. Sophia terpinga-pinga. Apa yang dia nak buat ni? Kelihatan Rafique mengangguk-ngangguk mendengar apa yang diberitahu Shauqie. Saiful yang berada di samping hanya mampu menjongket bahu melihat isyarat Sophia yang bertanya kenapa. Dan melihat wajah Rafique, Aisya terlopong. That face! The evil face! Oh my! The Rafique in the evil suit is back. Oh no! You're finish Opie! Tambah pula skandal dengan Si Alien Penyamun Serebeh tu pulak. Merana hidup aku weh. Planning killer apa la yang diorang nak kenakan aku ye. Sophia menggigit hujung jarinya.

"Okey. I'll buy it for you." Shauqie kembali mengadap Sophia sambil jari telunjuk tangan kanannya ditunjukkan ke Sophia tangan kirinya dibawa ke belakang. Tubuhnya ditundukkan sedikit kerana Sophia agak rendah. Well agak-agakla nak sindir aku pun. Sedar aku pendek. Terasa ni. Bersinar-sinar mata Sophia mendengar kata-kata Shauqie. Tapi sinarnya tak berapa nak bersinar sebab Sophia yakin ada udang di sebalik batu. Matanya dikenyitnya cuba menghidu sesuatu.

"Really?"

"Yeah. Kenapa? Tak percaya?"

"Eh.. Percaya. Percaya. Tapi betul ke ni?"

"Betul la nanti aku beli. Tapi dengan dua syarat." Ha! Kan dah cakap. Ada saja yang dia nak buat hidup aku tunggang terbalik. Dari senyuman wajah Sophia berubah kelat.

"Apa dia?" Sophia bertanya malas.

"Petang ni set pukul 5.30 tunggu depan rumah. Ikut aku beli barang dekat Hasani or Tesco kejap lagi. Okey?" Shauqie bertanya. Sophia buat muka. Mata dijuling ke atas. Perlu ke. Pergi je lah beli. Kenapa aku pulak kena ikut. Duduk rumah lagi bagus.

"Kalau tak ikut tak boleh ke?" Sophia bertnya. Tangannya disatukan merayu. Ceh! This's not Sophia. Saiful buat muka. Yes! That's not my cousin. Siapa lelaki tu. Opie berubah bila dengan lelaki tu. Dia tak marah macam selalu. Maybe marah la juga tapi just little bit. I wonder? I'll find it. Bila? Nantilah. Aku kan pakar bab detektif ni.

"Kalau tak ikut tak adalah novelnya." Hurmm ugut-ugut pulak.

"Ye lah. Set 5.30 aku tunggu. The following conditions?" Shauqie senyum. Rafique dipandangnya.

"Good girl. Next, please clean all this. Sekarang pukul 11 pagi. First,pergi masak something delicios for us. Then solat. Then baru kemaskan semua ni. Set on 5 o'clock everything is finish. Got it?" Sophia ternganga mendengar penerangan satu persatu. Owh! You're the evil brother. I hate you. Both of you. Hate so much!

"Come on brother. This's not fair for me."

"a'a.. When I said, jangan bangkang. Even Opie setuju or tak. Do it. Kalau tak nak. Tak dapat la novel" Grr.. Boleh tak kalau aku gigit Along aku sampai lumat. Geram ni. Geram. Tengok siap berhi 5 lagi. Tapi tak adil la aku sorang. Sophia mencerlun ke arah Saiful. Mamat ni salah juga. Kalau dia tak lari aku tak kejar. Dan kalau aku tak kejar tak adalah semua ni terjadi. Saiful yang bagai mengerti pandangan maut Sophia hanya menjongkit bahunya.

"Owh, before I forget. Kau. Join Opie. Clean all this. Kalau kau cabut. Along cari kau dekat hostel kalau tak ada juga Along cari kau dekat rumah Mak Long. Along suruh Mak Long kurung kau dekat rumah. Biar padan muka." Terlopong mulut Saiful mendengarkan itu. Sophia yang pada awalnya muram terus cerah masa depan. Muehehe. Ni yang buat aku sayang Along ni. Kerja tak jalan kalau tak ada geng. Hamek ko Epon! Pay cash.

"What? Apa pulak Epon kena. Along Fiq kasi dia sorang sudah la.Epon  tak campur la Along Fiq." Saiful sudah berdiri sambil bercekak pinggang. Tapi sorry cousin. Talk to my hand. Rafique menganggkat telapak tangannya betul-betul depan muka Saiful. Sophia menghamburkan tawanya. Saiful mencebik. Shauqie hanya tersenyum.

"1 minit tak gerak. Along denda." Lintang pukang Sophia dan Saiful lari masuk ke dalam rumah. Serentak itu Shauqie dan Rafique ketawa. Shauqie tersenyum dalam hati. Cute betul! Ya Allah keluarga siapa yang kau telah kirimkan buatku ini? Bantulah aku mencari diriku Ya Rab. Amin!

 

Ahad, 11 Ogos 2013

SODA 5

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 5 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 5~

S
usana sunyi sepi. Tiada langsung bunyi suara yang kedengaran di ruang tamu. Bunyi celoteh manusia di corong radio turut lama berhenti dari berbunyi dalam kurungan sebab Rafique tutup. Hatta kipas pun daripada bunyi kruk! Kruk! Macam kipas karat tetiba jadi macam kipas baru beli. Pokoknya, semuanya macam tahu bagai ada perbincangan tergempar tika itu.

Tidak kurang juga tiga orang manusia yang sedang duduk di ruang tamu. Rafique duduk di sofa single persis seorang ketua sambil memeluk tubuh memandang tajam dua makhluk di depannya. Shauqie dan Sophia langsung tidak menyedari tingkah perang melawan mata tika itu sedang diperhatikan oleh Rafique. Tak makan saman betul. Aku buat garang tahap stone macam ni pun still nak lawan mata. Elok la seorang timur seorang barat. Lawan la mata puas-puas. Aku korek juga nanti.

Sophia menahan geram di hati. Matanya tidak lepas memandang tajam mata Shauqie seolah-olah kelihatan api yang sedang marak menyala dalam matanya. Eleh, dia mula dulu buat usyar padat aku pula apahal. Kalau tak disebabkan Alongnya, sudah lama lelaki di hadapannya itu dihalau dari rumah ni. Sebab apalah Along nak sangat bela penyamun serebeh macam ni. Dah la penyamun, serebeh pulak tu. Rupa dah macam alien dah. Boleh la jadi ‘Si alien serebeh penyamun’. Muahaha.. kata sangat aku ‘Si cantik momok mulut laser’. Hukum karma ni. Yang Along ni tadi cakap we need to discuss. Ni tak fasal-fasal jadi bisu pulak kenapa? Nak discuss apanya, bunyi cengkerik pun aku tak dengar. ‘Si alien penyamun serebeh’ depan aku ni baik pulak. Tadi pedas bukan main kau tembak aku.

“Along kalau tak nak cakap orang blah.” Sophia memberi amaran tapi masih statik dalam petempuran lawan mata. Rafique mencebik. Aku ketuk kang baru tahu.

“Macam mana Along nak cakap. Tengah tunggu siapa nak angkat bendera putih dulu dalam petempuran melawan mata ni. Karang kalau Along cakap macam la korang alert sangat. Baik diam sambil tunggu pihak mana yang menang. Tapi kan kalau pandang lama-lama daripada berperang jadi sehaluan pulak nanti.”

Rafique berkata, penuh dengan nada sinis. Sophia dan Shauqie yang seolah-olah memahami perlian berlapik Rafique segera melarikan pandangan masing-masing ke arah lain. Rafique tersengih. Tahu takut. Bajet cover cool la buang pandang arah lain. Siap bersiul lagi. Oit jangan bersiul. Panggil syaitan ke apa? Cukup-cukuplah syaitan yang ada dalam rumah ni. Rafique membaling kusyen kecil ke arah Sophia. Sophia yang sedar amaran Rafique hanya tersengih. 10 jari disusun memohon maaf. Mulut ni gian sangat ke bersiul. Tak baik. Allah marah.

“Sebelum tu, sorry la Auqie. Aku terpaksa bukak cerita kau. ‘Si cantik momok mulut laser ni’ kena explain detail sikit baru hati dia boleh berkompromi. Boleh tak?” Sophia mencelung tajam ke arah Rafique. Mana aci, 2 lawan 1. Hik! Sah-sah Along sudah tidak menganggap aku sebagai adiknya. Tengoklah, tak habis-habis dengan Auqie. Auqie! Auqie! Auqie! Itu sahaja yang dia tahu.

Rafique tidak mengendahkan cerlungan Sophia. Shauqie menahan tawanya. Maintain, maintain Auqie. Nanti mengamuk pula singa betina aka si cantik momok mulut laser tu. Shauqie memandang Rafique yang menunggu jawapan darinya. Segan sebenarnya. Ada cerita yang mencemarkan aibnya. Pasti Sophia akan ketawakannya. Shauqie hanya menunduk langsung tidak memberi apa-apa jawapan.

“Okey, aku faham ada scene yang tak sesuai dan maybe mengaibkan kau. Tapi aku kena explain dekat Opie. Kalau aku tak explain, Opie mungkin tak benarkan kau stay sini. Lagipun kalau aku nak biarkan kau hidup sorang-sorang dekat luar sana, buruan Robert pula. Memang tak la. Kau sekarang bawah tanggungjawab aku. Jadi aku terpaksa bukak cerita kau.”

“Kau jangan risau. Aku kenal siapa adik aku. Sekeras-keras dia still ada kelembutan dia. Adik aku bukan orang yang suka bawa mulut. Jadi insya-Allah, aku yakin Opie akan jaga benda ni. Walaupun kau musuh dia sekalipun, Opie still seorang yang amanah. Aku harap kau faham. Semua ni untuk kebaikkan kau juga.”

Shauqie hanya diam. Tidak memberi komen. Segalanya dia serahkan kepada Rafique. Dia terhutang budi kepada Rafique. Jadi biarlah lelaki itu yang membantu. Dia tahu Rafique tahu apa yang terbaik untuknya. Sophia yang mendengar sedari tadi hanya mampu membesarkan tanda soal sebesar bangunan KLCC di atas kepalanya. Apa ni? Sejak bila Along aku ni jenis puji-puji orang ni? Nak meleleh juga la seminit. Oh Along, orang sayang Along. Along memang seorang yang memahami. Okey, sudah cukup seminit tak boleh lebih.

“Opie, Along minta tolong sangat dari Opie. Opie pun tahu hukum menjaga aib orang kan? Jadi, Along cerita dekat Opie, hope Opie pegang amanah ye. Sebenarnya, Auqie telah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya disebabkan dia lari dari Robert. Kemalangan tu telah menyebabkan Auqie mengalami hilang ingatan. Yang dia ingat hanya nama dia sahaja. Jadi, kesempatan Auqie tinggal dekat sini. Along harap kita dapat bantu pulihkan ingatan dia. Along mungkin tiada masa untuk sentiasa di sini. So, mungkin Opie boleh bantu Auqie ingat balik ingatan dia sebab dia akan tinggal di sini bersama Opie. Tapi jangan risau, Along tak letakkan 100% dekat Opie untuk bantu Auqie. Along akan buat appointment Auqie dengan doktor. Mungkin kita dah pernah kenal Auqie jadi, senang la Opie nak bantu Auqie.”

Okey, senang la sangat Along oii. Kalau aku cakap aku pun tak ingat memori aku macam mana. Sebelum ini Prof. Eja, pensyarah meragkap penasihat peribadi aku dekat universiti yang selalu bagi motivate dekat aku. Sekarang aku pulak kena jadi kaunslor dekat si alien penyamun serebeh ni yang telah secara tak rasminya menjadi musuh aku. Tapi apa kena-mengena dia kena tinggal sini.

“Tapi kan Along apa kena-mengena dia stay sini dengan masalah ingatan dia. Duduk rumah lain tak boleh ke? Auch! Sakitlah.” Sophia mengaduh apabila hidungnya ditarik. Bila tahun Along aku ni ambil port sebelah aku? Sophia mencerlung Rafique yang duduk sebelahnya.

“Orang cakap jangan manyampuk. Tak ada adab langsung. Along straight terus dengan main story. Walaupun mengalami kemalangan, tapi Auqie tak dihantar ke hospital tetapi konco Robert yang waktu tu kejar Auqie terus bawa Auqie balik ke tempat diorang. Sedar je dari pengsan dia, tubuh dia berbalut dengan kain dan kapas. Tapi bilik itu, bukan bilik atau wad hospital. Tapi, bilik kosong yang tak ada apa. Auqie tak mampu nak ingat apa-apa. Fasal kemalangan tu pun Robert yang cakap ‘kau patut bersyukur sebab aku bawa kau balik tempat aku. Kalau tak aku biar saja kau kena gilis dengan lori.”

“Tapi kan.. auch!” sekali lagi hidung Sophia ditarik. Nak tanya pun tak boleh.

“Lebih kurang macam tu lah Robert cakap. Yang Auqie ingat cuma nama dia sahaja. Auqie cakap dia tak tahu sebab apa dia diselamatkan semata-mata untuk mendera hidup dia. Setelah Auqie dirawat sampai sembuh hampir  2 bulan, mulalah penderaan terhadap Auqie. Macam ada jadual sahaja yang disediakan untuk Auqie. You know, hampir setiap hari Auqie dipukul dan dibelasah tanpa mengetahui kesalahan apakah yang dilakukannya.”

Wow! Gila. Kena pukul setiap hari. Tak tahu pulak tu apa salah dia. Orang yang pukul tu mesti orang muscle-muscle semua kan. Macam mana tahu? Ala dalam tv selalu tunjuk macam tu. Patutlah aku tengok dah rupa penyamun dah. Alolo syiannya dia. Perlu ke? Okey next story please.

Then Auqie selalu tak diberi makan dan minum. Kadang-kadang hampir seminggu diorang tak bagi Auqie makan. Kalau dapat makan pun, entahlah Opie. Along pun tak tahu macam mana, Auqie yang cerita. Biasanya kalau Auqie diberi makan sedap-sedap ada sebab.”

Sebab? Sebab apa? Ceritalah, ceritalah. Bersinar-sinar mata Sophia ingin mendengar cerita selanjutnya. Tapi kalau aku bukak mulut, pensyarah ni tarik hidung aku pulak. Rafique menjeling Shauqie yang masih menunduk memandang ke bawah.

“Sebab ada orang dah booking Fiq untuk one night.”

Ternganga mulut Sophia dua saat. Aku tak salah dengar kan. Rafique menolak dagu Sophia untuk menutup mulut Sophia yang ternganga. Ehem.. malu sesaat. Okey shoot.

Hope Opie tak fikir bukan-bukan. Setelah agak lama dijadikan ‘balaci; diorang. Robert guna cara lain untuk pergunakan Auqie. First time, Auqie dipaksa buat macam tu. Auqie lawan then lari. Tapi diorang berjaya tangkap Fiq dan teruk diorang belasah Auqie. Semenjak itu, kalau Auqie diberi makan sedap then disuruh mandi, pakai pakaian elok dan wangian pasti ada sebab. Jadi macam Auqie ni anak ikan la atau istilah sekarang ‘sugar mommy’ untuk orang berduit. Manusia sekarang gila agaknya. Dan orang tak bersalah dipaksa untuk memuaskan nafsu orang lain.”

 “Hidup Auqie continuesly sampai kelmarin. Bayangkanlah Opie, Auqie hidup dalam keadaan macam tu 5 tahun. Tapi mungkin Allah takdirkan Auqie untuk bertemu dengan Along malam kelmarin. Dari Perlis ke KL jumpa papa dengan ibu then on the way dari KL nak ke sini, Along singgah Petronas. Waktu Along lalu depan toilet, Along jumpa Auqie. Waktu tu Along perasan juga Robert ada dekat situ. Then, Along terus larikan Auqie dari situ. Malang juga nasib Along sebab kantoi. Puas lari dari Robert dengan konco-konco dia. Alhamdulillah, Allah still sayang kitaorang. Waktu tarik Auqie masuk kereta, teruk juga la Along kena jerkah and dibelasah dengan Auqie dalam kereta sebab Auqie ingat Along nak culik dia. Maklumlah, Robert ramai musuh. Ramai orang simpanan Robert kena culik sebab nak jalankan perniagaan haram sama macam Robert. Tapi lepas terangkan siapa Along dekat dia, Auqie faham dan ceritakan segalanya dekat Along.”
Sob, sob, sob. Huhuhu, sedihnya hidup dia. Kiranya mamat ni dah tak suci la. Astaghfirullah, tak baik Opie. Ada hikmah dia hidup Fiq ditakdirkan macam tu. Dan tabik spring la dengan Along larikan anak orang. Nasib baik lelaki. Tapi kan Along kenal Robert? Macam mana Along boleh kenal Robert? Simpan soalan itu untuk slot pertanyaan nanti.

“Jadi, Along minta sangat dekat Opie untuk benarkan Auqie stay sini. Konco-konco Robert memang ramai, sebab dekat KL lagi Along dah kenal Robert. Lepas Along larikan Auqie, time tu Along ada dekat Shah Alam dan Along still ingat rumah Auqie yang papa pernah bagi, Along terus bawa Auqie pergi rumah dia. Along guna kunci pendua yang ada dengan Along untuk masuk. Pada awalnya, bila Auqie tahu dia ada rumah dia cakap nak stay situ. Tapi rumah dia dah kena pecah. Habis berselerak semuanya. Sebab tu, Along suruh Auqie bawa semua-semua baju dia. Dokumen-dokumen, passport, buku bank dan i/c semua, takut Auqie jadi buruan Robert. Sebab tu juga Along tak bagi Auqie pergi dari sini. Kalau nak keluar pun Along kena up date sikit la penampilan Auqie bagi nampak lain. Lepas tu, Along terus bawa Auqie ke sini.”
A sad story. Boleh bukukan novel ni. Tapi bagi panjang sikit. Tak apa sumber utama ada depan mata. Tanya sajalah kan? Kan? Kan? Rugi betul tak beli popcorn. Dah la aku kalau orang cerita jenis imagine. Macam wayang je dekat fikiran aku.

So, macam mana Opie. Along bagi Auqie stay sini boleh?”

Sophia terdiam memikirkan cerita yang begitu menyayat hati yang disampaikan oleh saudara Rafique, hancur lebur hati aku yang keras macam batu ni. Simpati! Itulah perkataan yang sesuai diperkatakan. Tak sangka ada lagi manusia yang lebih derita daripada aku. Ingatkan dalam tv saja. Along pun buat cerita guna tone sedih. Keras-keras aku pun, aku still manusia. Izinkan aku buat tangkap leleh dekat sini boleh? Kesian betul. Aku on saja. Tak salah bantu orang yang dalam kesusahan. Tapi mengingatkan apa yang ingin dilakukan Shauqie terhadap aku tadi. Sophia teragak-agak. Tak mungkin perkara tadi boleh berulang lagi.

“Bukan orang tak nak kasi dia stay sini. Tapi Along tahukan, Opie perempuan. Dia lelaki. So, orang tak terangkan dengan lebih detail pun Along mesti sedia maklum hal ni. Nanti timbul fitnah. Apa orang nak cakap kalau jiran tanya? Kenapa tak bawa dia duduk dengan Along dekat Perlis?”

Rafique tersenyum sambil mengusap lembut kepala Sophia yang berlapik tudung. Rafique mengerling Shauqie yang masih menunduk memandang lantai. Jelas kelihatan wajah Shauqie yang merah membahang. Sabarlah Auqie, kau dalam kalangan orang baik. Insya-Allah kami pegang amanah kau. Kesian kau Auqie.
“Kalau fasal tu jangan risaulah. Korang mahram buat apa nak takut. Sebab tu, waktu Opie cerita yang Auqie nak ambil kesempatan Along buat tak kisah. Korang mahram, nak buat lebih dari tu pun boleh.”

Rafique tersengih jahat. Membuntang mata Sophia dan Shauqie. Sophia memandang Rafique yang sedang menjungkit-jungkit keningnya seolah bertanya ‘kenapa? Tak percaya?’. Sejak bila aku ada saudara susuan ni. Ke ibu ada anak seorang lagi tak cakap dengan aku pun. Tapi sejak bila ibu dengan papa bawa gen iris mata hazel ni. Along ni main-main ke apa? Shauqie panggung kepalanya mendengar kata-kata Rafique. Hai! Lain macam je aku dengar ayat Rafique ni. Sejak bila mamat and minah ni jadi family aku. Aku ada family lain ke? Adik boleh terima lagi kalau is-3 macam mana? Serius ke tipu ni Rafique?

“Ke kalau korang nak sahkan hubungan korang. Jom pergi Jabatan Agama Islam. Boleh angkat nikah terus.” Rafique mencucuk jarum.

“WHAT?! No Way.” Serentak Sophia dan Shauqie berkata. Mereka bertembung mata sebelum masing-masing menjeling membuang pandang ke arah lain sambil memeluk tubuh. Statement yang sesuai menyampah! Rafique hanya ketawa. Childish! Apa jadi kalau diorang sedar siapa diorang sebenarnya. Tapi kenapa Opie tak ingat?

Hiii... mintak simpang la weh. Aku dengan dia hidup sekali. Tak sanggup. Entah 24 jam aku kena menghadap dia memberi tazkirah agaknya. Kang rumah tangga jadi rumah tungging. Ye lah kerja gaduh je, tak ke tungging terbalik jadinya.

“Along, orang banyak soalan ni nak tanya.” Sophia bertanya. Kena tanya dulu nanti kena tarik hidung lagi.

“Yeah, shoot dear.”

First, macam mana Along boleh kenal Robert?” Walaupun pelik dengan pertanyaan itu Rafique tetap tersenyum. Apa sebenarnya yang terjadi pada Sya. Sya macam orang yang tak tahu apa-apa.

“Okey, Robert pernah jadi pembekal utama dengan MQ-one united dekat KL. Along kenal Robert waktu Along baru lagi dengan dunia arkitek di MQ-one United.” Oooo... I see. Soalan nombor dua.

Second, kenapa Along bawa mamat ni stay sini. Kan lebih baik kalau Along bawa dia stay Perlis. Mesti nanti Robert susah nak cari dia.”

“Sebab, Along nak suruh Shauqie handle MQ-one United dekat SP. Papa selalu merungut Along tak terlalu fokus fasal cawangan syarikat papa dekat SP. Well, Opie pun tahu kan. Along sibuk dengan kerja dekat U lagi. Kena ulang-alik Perlis ke Kedah. Letih la. Jadi dah alang-alang Auqie memang ada degree dalam bidang arkitek. Along bagi jawatan CEO manager MQ-one United dekat Auqie. Nanti Along discuss dengan papa. Sambil tu Auqie akan sambung master then PHD dekat universiti yang sama dengan Opie. Along nak fokus lecturer sahaja sekarang ni. Lagipun, tanggungjawab Auqie ada dekat sini.”

Berkerut dahi Sophia untuk memahami butir bicara Rafique. Apa benda yang Along merepek-meraban ni? Tanggungjawab? Tanggungjawab apa? Dan nak suruh dia satu U dengan aku. Good! Hancur hidup aku.

“Tanggungjawab apa Along?”

“Adalah, suatu hari nanti Opie akan tahu juga. Ada soalan lagi?” Sophia mengangguk. Dagunya diusap memikirkan soalan yang ingin ditanya.

Next question, Ha! Kalau jiran tetangga yang sentiasa caring and loving fasal orang lain ni tanya siapa mamat ni orang nak jawab apa?” ha, jawab! Jawab! Kalau tak boleh jawab. Along bawa mamat ni balik Perlis. Rafique ketawa kecil. Opie, Opie.

“Opie cakap je, Auqie husband Opie okey?” Ternganga sekejap Sophia dan Shauqie sebelum mereka saling berpandangan. Dan menjeling membuang pandang ke arah lain sambil memeluk tubuh. Haila! Tak ada trademark lain ke?

“Along orang serius la ni?”

“Ye la Along serius la ni. Lagipun Opie jangan risau la, Along stay sini insya-Allah sebulan. Along kena change watak Auqie sikit. Along dapat rasa kami diekori semalam. Tapi Along sempat lari. Kalau selalu macam ni Robert akan mudah kesan dia. Sekarang ni cuti semester jadi Along guna waktu ni untuk bantu Opie. Bulan depan Along nak balik KL jumpa ibu dengan papa. Nak bawa Auqie sekali. Opie nak ikut?”
Terdiam seketika Sophia mendengar pertanyaan Rafique. Hatinya meronta-ronta untuk pulang tetapi hatinya juga tak mahu berjumpa dengan ‘dia’. Setelah menimbang baik buruknya, Sophia menggeleng. Rafique mengeluh. Shauqie yang melihat itu hanya mendiamkan diri. Sebenarnya dia masih malu dan segan dengan Sophia setelah Sophia mengetahui aib dirinya. Alhamdulillah Sophia tidak memandang hina terhadapnya.
“Ikut Opielah, tapi Opie mesti tahu. Ibu dengan papa sentiasa menanti kepulangan Opie. Opie ada apa-apa soalan lagi tak? Along nak sambung tidur ni?” Rafique menjungkit kening bertanya. Tak ada gaya lain dah ke? Bajet stylo macho habis la. Porah!

Last question, Along tak main-mainkan fasal hubungan orang dengan mamat ni? Kalau betul macam mana boleh terjadi? Hubungan yang macam mana? Opie tak faham la.” Dah agak dah. Mesti soalan ni yang akan ditanya. Mustahil Sya tak ingat apa-apa. Sya ada sorokkan sesuatu dari Along ke?
“Opie dengar sini baik-baik. Apa hubungan Opie dengan Auqie? Atau macam mana benda ni boleh terjadi? Itu Opie akan tahu lambat laun nanti. Sekarang ni Opie fokus study, bantu Auqie pulihkan ingatannya dan paling penting, ingat! Along tak tipu benda-benda yang melibatkan hukum agama. Opie dengan Auqie memang mahram. Along tak akan perjudikan nasib adik Along dengan orang yang Along tak percayai. Faham!” Sophia mengangguk mengerti. Dia percayakan abangnya. Mustahil Along akan lakukan perkara yang bukan-bukan.

“Jadi Opie izinkan Auqie staysini?”

“Kalau dah Along terangkan macam tu Opie nak cakap apa lagi. Tapi kalau fasal nak cakap dekat jiran Alonglah yang cakap. Nanti Along pergi surau taman, Along cakaplah. Malas orang nak beritahu sorang-sorang.” Rafique menggosok kepala Sophia lembut. Kemudian dia mengucup dahi Sophia seperti selalu.
“Macam nilah adik Along. Kau macam mana Auqie, still nak blah dari sini?”

Sorry sangat fasal tu, aku memang senang naik angin sorry ye. And thank you so much Rafique, kau banyak tolong aku.” Rafique mengangkat kedua-dua belah tangannya menyuruh Shauqie berhenti. Kemudian jari telunjuknya ditujukan ke arah Sophia.

“Opie lebih layak terima semua tu dari kau. Opie bukan orang yang mudah mesra dengan orang. Terutamanya orang lelaki. Jadi kalau dengan lelaki memang dia kasar betul la. So, dia bagi kau stay sini kau patut bersyukur. Cerita kau ni memang laku betul. Hati adik aku ni yang keras macam batu pun boleh cair.”

Anyway Opie, Along nak naik dulu. Kalau Along dengar periuk belanga terbang Along kahwinkan terus korang berdua. Dah, Along ngantuk sangat ni. Bye. Sambung tidur balik.” Rafique berdiri untuk meninggalkan situ. Shauqie tersengih dan Sophia mencebik mendengar statement yang memang tak boleh blah. Nak ugut la tu.

Breakfast dulu la Along. Nanti sejuk tak best!”

“Tak nak lah. Along nak tidur.” Aisya tersengih. Oh, tak nak ye. Kita tengok kejap lagi.
“Betul tak nak? Alar, kesian mee goreng special yang Chef Opie buat hari ni untuk Prof. Rafique Amsyar. Kena masuk dalam tong sampah. Apalah nasib kau mee goreng. Rugi orang masak banyak-banyak.”
Mendengarkan sahaja itu, Rafique terus berpatah balik dari meneruskan langkahnya ke atas dan terus menuju ke ruang makan. Teruja dia melihat mee goreng yang sudah siap terhidang di atas meja. Bersama nescafe pekat minuman kegemaran dia pula tu. Bersinar-sinar matanya bak bintang di langit kerana terlalu teruja. Fuh! Terbaik la Sya. Sayang Sya double triple muah! Sophia tersenyum sambil menggeleng melihat Rafique yang bagaikan palesit menuju ke ruang makan. Macam orang kebulur. Sophia bangun dari sofa untuk menuju ke ruang makan. Tapi langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil.

“Sophia,,,”

“Hurmm...”

“Sorry...”

“Dah maafkan...”

Thank you sebab benarkan aku stay sini.”

Most welcome. Tapi, kau jangan ingat aku ni baik sangat bagi kau stay sini. Kalau tak sebabkan Along, jangan harap kau still dekat sini.” Shauqie menahan rasa. Kalau dah keras tu, buatlah apa pun. Still keras juga.

“Hurmm.. baguslah. Tapi, sia-sia buat baik kalau tak ikhlas. Aku pun kalau tak disebabkan Rafique aku tak akan ada dekat sini. So, kau jangan ingat aku terhutang budi sangat dengan kau.” Hokaloh si alien penyamun serebeh ni. Bukan nak bersyukur.

“Jer! Minta maaf sikit ye. Sikit pun tak. Harap kau selesalah hidup dalam dunia aku. Sebab kau akan tahu lebih banyak tentang aku. Dan aku pasti kau akan menyesal sebab pilih nak tinggal sini.” Shauqie mencebik. Memang si cantik momok mulut laser ni dilahirkan untuk mengangkat diri sendiri ke. Kalau fakta tak kalut, tapi auta je semua.

“Eleh, kalau kau boleh buat. Aku pun boleh buat juga. So, jangan menyesal sebab kau terima aku stay sini.” Perlahan Shauqie berbisik di telinga Sophia. Dia berlalu meninggalkan Sophia di ruang tamu sambil tersenyum sinis. Jelingan tajam dihadiahkan buat Sophia.

Sophia mencebik sambil menjulingkan matanya. Pirah! Bajet aku takut la dengar ugutan kau tu. Huuu! Takutnya. Nak gigit jarilah. Ke lari menyorok bawah sofa. Boleh? Tak ada kerja nak menyemak buat semua ni. Kau tengoklah Shauqie. Kau yang minta. Ni Opielah!

 

SODA 4

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 4 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 4~

U
sai solat subuh dan  membersihkan dirinya, Sophia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Sebelum ke bawah, Sophia terus menuju ke bilik Alongnya. Pintu diketuk berkali-kali.Terdengar sahutan malas dari dalam bilik. Tidak lama kemudian tersembul kepala Rafique di sebalik pintu.

“Nak apa?” Sophia menahan tawa melihat keadaan Rafique. Along.. Along.. macam budak-budak tidur. Dengan rambut memang serabut la. Muka memang nampak sangat baru bangun tidur, sampai mata pun dah tak larat nak buka. Dan paling penting. Teruk betul la Along aku ni, air liur basi pun ada lagi.

“Bangunlah Along. Mandi and subuh dulu. Nanti terlepas, subuh gajah pulak. Berani tanggung ke?” Rafique menggosok-gosok rambutnya.

“Buatkan untuk Along boleh?” Hai lain macam je bunyi. Sejak bila pensyarah agama ni tetiba je jadi pemalas sangat ni. Kang ada juga orang kena ketuk dengan belanga dekat dapur tu.

“Along! That’s not funny la. 6.30 dah ni. Dah sana! Sana!. Istinjak lepas tu solat. Orang turun dulu. Prepare breakfirst. Oh! Before that. Along tolong kejut mamat serebeh tu ye.”

“Kiss me first.” Rafique meletakkan jari telunjuknya di pipi minta dicium. Ni macam betul-betul minta cap mohor 5 jari pagi-pagi ni. Sophia menunjukkan penumbuknya. Rafique hanya tersenyum senget lalu berlalu menuju ke bilik sebelah. Sophia menggeleng lalu mengatur langkah ke bawah.

Tiba sahaja di dapur Sophia menyediakan bahan-bahan yang diperlukan untuk sarapan pagi. Nak buat apa ye? Sophia mengusap-ngusap dagunya sambil berdiri di depan peti sejuk. Sambil memikirkan menu pagi itu, tangannya ligat melihat-lihat bahan-bahan di dalam peti sejuk. Udang ada, sayur pun ada. Mee pun baru je beli kelmarin. Maggi pun ada juga. Okey choice! Aku suka magi goreng. Along suka mee goreng. And mamat tu suka? Whatever. Buat je lah  mee. Kesian Along dah lama kempunan. Set! Mee goreng. Aku akan jadikan kau sebagai marvelous dish. Chef Opie dah datang!

*******
Shauqie menyisir rambutnya yang panjang mencecah bahu. Dia belum rasa ingin memotongnya. Buat masa sekarang biarlah dulu penampilannya begini. Bau aroma mee goreng membuatkan perutnya berkeroncang. Sudah 3 hari Shauqie tidak menjamah sebarang makanan. Hanya air sahaja yang mengisi perutnya. Semalam pun roti planta sahaja yang menjadi alas perutnya. Bila terbau aroma mee goreng ini betul-betul membuatkannya terasa lapar. Bagaimana keenakan mee goreng pun dia sudah lupa. Shauqie mula melangkah keluar dari biliknya. Kelibat Rafique mahupun Sophia tidak kelihatan di situ. Di ruang menonton di tingkat itu juga tidak kelihatan sesiapa.

Dalam pada berjalan ke bawah. Shauqie meninjau keadaan rumah banglo 2 tingkat itu. Semalam dia langsung tidak dapat menangkap suasana keliling. Mungkin disebabkan terlalu letih barangkali. Kagum rasa hatinya melihat keunikan rekaan rumah itu yang serba moden. Sememangnya menunjukkan penghuni di dalamnya merupakan seorang yang peka dengan perubahan dunia. Bukan sepertinya, 5 tahun hidupnya hanya di dalam bilik yang gelap. Langsung tidak mengetahui dunia luar. Tapi kenapa aku rasa macam kenal sahaja suasana keliling sini. Sejak semalam lagi aku rasa macam tempat ini tak pernah asing bagi aku. Serentak itu, kepalanya diserang rasa sakit. Kelihatan beberapa gambaran yang kurang jelas terlayar di ruang mindanya. Arghh! Kenapa dengan aku ni?

Tanpa menghiraukan sakitnya yang padanya kelihatan remeh sahaja, Shauqie berjalan menuju ke ruang dapur. Kelihatan susuk tubuh Sophia sedang sibuk membersihkan pinggan mangkuk. Sekali lagi kepalanya diserang rasa sakit. Aduh kenapa dengan kepala aku ni. Shauqie memejamkan matanya cuba menghilangkan sakit kepalanya. Tiba-tiba muncul wajah Sophia yang sedang tersenyum manis di ruang mindanya. Cepat-cepat Shauqie membuka matanya.

Opie ke tadi? Tapi kenapa tiba-tiba sahaja? Sebelum ini tak pernah dia mengalami bayangan seperti itu. Dia pernah mengenali Sophia ke sebelum ini? Arhh.. kenapa dengan aku ni? Tapi dia turut mengakui melihat Sophia seolah-olah melihat seseorang yang dia rindu? Terasa ingin sahaja dia peluk tubuh genit Sophia untuk melepaskan rindunya. Tanpa sedar perlahan kaki Shauqie diatur menuju ke arah Sophia.

Sophia yang sibuk membersihkan pinggan mangkuk berasa tidak enak di hati. Jam di dinding di kerling sekilas. Baru pukul 7.30 pagi. Along pun mesti tengah sambung tidur.Namun dia biarkan pada mulanya. Tapi semakin dibiar semakin tak sedap pula hatinya. Hai, kenapalah jantung hati aku ni berdetak laju mengalahkan orang lari maraton ni. Tak kan sebab basuh pinggan pun dah menggigil macam ni. Mungkin sebab geram dengan Along kot. Semalam janji nak cuci pinggan dengan cawan. Tapi tengok, masih still comel lagi elok bersila pinggan cawan ni dalam sinki. Siap ada lagi air teh semalam. Tapi logik ke? Tak kan sebab Along je kot.

Tapi kan, kenapa aku rasa membahang je dekat belakang aku ni. Seram sejuk pun ada jugak. Siapa la pulak yang buat usyar padat dekat belakang aku ni? Encik Pocong ke? Ke Cik Ponti? Atau Si kecil Toyol? Huish! Jangan. Luruh jantung aku nanti. Fuh sana! Fuh sini! Jauh. Jauh. Astaghfirullah. Ayat kursi Opie. Biar dia lari. Dek terlampau takut, sepantas mungkin Sophia berpusing ke belakang dan..

PANG!!

Terkejut dia melihat Shauqie yang berada dalam kedudukan yang sangat rapat dengannya. Tanpa sempat dikawal. Tangannya pantas sahaja dilayangkan ke wajah Shauqie. Melekat sisa-sisa sabun di tangannya di pipi lelaki itu. Shauqie yang bagai tersedar dari khayalannya terkejut dengan perbuatan di luar kawalannya. Tambahan lagi perit di pipinya membuatkannya mula berasa bersalah. Menyesal dengan tindakan bodohnya. Merah padam wajah Sophia menahan marah.

“Kau nak ambil kesempatan dengan aku ke hah!?”

Lantang suara Sophia dilaungkan ke udara. Terasa aura menggegarnya sehingga menyebabkan Rafique yang sedang enak dibual mimpi terkocoh-kocoh bangun dari tidurnya. Now what?

Sorry Opie, aku.. aku tak sengaja. Aku tak sedar apa yang aku buat. Sorry?”Tergagap Shauqie menjawab. Serius tak tipu takut gila tengok singa betina ni mengamuk. Macam manalah aku boleh terikut sangat nafsu hati ni. Astaghfirullah.

“Weh! Kau tak ada alasan lain lagi ke hah! Kau nak ambil kesempatan kan? Kalau aku tak pusing belakang tadi entah lebih daripada tu apa kau buat.”

“Sungguh! Aku tak sengaja. Sorry sangat.”

Sorry, sorry, kau ingat aku ni hadap sangat ke dengan kau punya sorry tu?”

“Dah tu kau nak suruh aku buat apa? Melutut dekat kaki kau?”Shauqie membalas. Geram sebenarnya, dia ingat aku ni penyabar sangat ke. Hina aku tadi boleh sabar lagi. Ni tuduh-tuduh orang pulak. Kot aku buat sungguh karang melalak kau. Sophia yang dijerkah Shauqie tersenyum sinis.

“Aku nak kau blah dari rumah aku. Aku tak nak penghuni yang suka ambil kesempatan macam kau ni tinggal dalam rumah aku. Lebih-lebih lagi yang muka penyamun macam kau. Baru sehari menumpang dah berani nak ambil kesempatan. Kalau lebih lama entah apa lagi kau buat.”

Tersirap darah Shauqie mendengar tuduhan Sophia. Shauqie menggenggam penumbuknya. Dek terlalu geram. Meja makan yang berhampiran ditumbuk kuat. Bum! Wah! Wah! Ini sudah lebih. Hina-hina aku, nilai diri aku masih tinggi. Aku tak suka orang pijak-pijak aku. Cukup 5 tahun aku jadi kuli. Sekarang minah ni pulak nak pijak-pijak. Sorry la. Shauqie lemah dah tak ada.

“Kau nak aku keluar kan. Fine! I’m leave now! Puas hati kau. Aku tahulah ini rumah kau. Mulut kau jaga sikit. Kau ingat kau tu baik sangat ke? Hey sedarlah! Lagipun aku pun tak hadap nak tengok muka kau yang cantik sikit daripada momok ni. Plus mulut laser mengalahkan cili api buat apa? Harap pakai baju tudung labuh tutup semua. Tapi perangai tak sesuai langsung. Bajet tong sampah lagi elok lah.”

Sophia mula membahang. Terasa bagai ada sahaja asap keluar dari hidungnya macam lembu mengamuk tu. Lepas tu bunyi pulak macam kereta api warn nak gerak tu. Hina nampak. Amboi! Semalam baik sangat. Tapi Ya Rabbi, mulut. Ish, ish, memang sesuai dengan rupa dia. Tapi dia siapa nak kritik aku punya dress. Atleast aku tutup semua daripada dedah sana dedah sini.

“Hoi! Kau apahal? Kalau dah menumpang tu buat cara menumpang. Sekarang get out from my house. Kalau kau tak hadap tengok muka aku. Aku 10x ganda lah tak kebulur nak tengok muka kau. Blah lah. Berambus cepat-cepat sikit.”
“Enough!”
Shauqie yang baru sahaja hendak bersuara, terdiam. Menggegar rumah itu dengan suara Rafique. Elok sahaja Rafique berdiri di hadapan mereka entah bila sampainya mereka tidak tahu. Sibuk sangat bertikam lidah. Shauqie kunci mulut, Sophia mencebik bibir. Tak takut pun Along mengamuk. Along bukan pandai bab-bab nak mengamuk ni. Dia tahu cari fasal je. Malas menghiraukan amarah Rafique, mata Shauqie dan Sophia saling bertikam. Bertambah-tambah geram Si Rafique. Dah lah bagi aku bangun tidur. Nak beradu pun tak senang la. Letih la, atleast bagilah aku rehat kejap.

“Please explain to me. What’s going on here? Anybody please?” Lembut Rafique bertanya. Kita nak lawan dengan api, kita kena jadi air. Kalau jadi api juga, jawabnya terbakar la rumah ni.
“Untuk pengetahuan Along, bestfriend yang Along sayang sangat ni nak ambil kesempatan dekat orang. Sipi-sipi je nak peluk orang tadi. So, please bawa dia keluar dari sini.” Penuh angkuh Sophia berkata sambil jarinya ditudingkan dengan bangganya ke Shauqie. Cepat sahaja tangan gagah Shauqie menepis jari runcing Sophia.

“Weh! Engkau ni ada masalah pendengaran ke? Aku tak sengaja lah. Aku tak sedar. Lagipun, tak lalu aku nak peluk kau. Si cantik momok mulut laser!”

Terbuntang mata Sophia. Apa dia panggil aku ‘Si cantik momok mulut laser’. Weh! Tak ada gelaran cantik sikit ke? Rafique menahan tawanya mendengar gelaran Shauqie terhadap Sophia. Sekarang baru kau rasa Opie bila buku bertemu dengan ruas. Aku pun lupa yang Auqie ni bukan jenis penyabar. Tapi bukan ke dengan Sophia ni penyabar bukan main? Lupa kot.

“Kau ni memang ada gangguan jiwa agaknya. Ke masalah penglihatan? Aku ni yang cantik ni kau kata momok? Good! Sekarang tambah lagi satu alasan kau perlu keluar dari rumah ni. Aku tak dibayar untuk menjaga orang yang mengalami gangguan jiwa yang cacat penglihatannya.  Kesian sangat, tapi aku bukan baik sangat So, my sweetheart Along. Please tolong tunjukkan jalan keluar untuk mamat serebeh ni. Dia tak  nampak.”

“Tak payah la kau nak reka ayat panjang berjela. Kalau aku sakit jiwa pun. Makin teruk sakit jiwa aku sebab duduk serumah dengan orang gila yang tak waras macam kau. Tak hadap aku nak tengok muka kau yang macam tertelan garam 10 guni. Telinga aku pun tak sakit dengar mulut puaka kau hina aku. Silly girl!”
Laju Shauqie membalas umpama bertih jagung. Sophia pun terkelu untuk membalas. Tak sangka lelaki di hadapannya lebih teruk daripada apa yang dia jangkakan. Ingatkan stok orang sami’na wa ato’na kami taat dan kami patuh! Tapi sekali dia buka machine gun dia. Aku yang terkunci mulut. Sakit sampai berdarah hati kena tembak.

“Dan Rafique, cakap dekat adik kesayangan kau ni. Terima kasih banyak-banyak sebab tolong caring dekat aku. So, disebabkan rasa simpati aku. Aku tak naklah susahkan dia. I’m leave now. Thanks tolong carikan tempat untuk aku bermalam. Aku akan hidup sendiri selepas ni.”

Shauqie mula melangkah pergi dari situ. Sophia yang terkelu dengan kata-kata Shauqie tadi mula mengukir senyum mengejek sambil memeluk tubuhnya. Akhirnya berjaya dia halau mamat serebek di depannya itu. Rafique menjulingkan matanya ke atas. Yes! This is a long explaination. Complete betul.

“Berambus la. Aman dunia aku daripada orang yang ambil kesempatan macam kau.”

Shauqie meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan kata-kata Sophia. Kalau aku balas aku pulak yang sakit hati, aku berambus lagi bagus. Abang baik bukan main. Tapi adik, hurmm… hampeh! Rafique memukul kepala Sophia. Hampir tersembam Sophia dek penangan Rafique. Sophia menggosok kepalanya sambil memuncungkan mulutnya. Suka main kepala orang, stor ilmu lah ni

“You, stop at there and don’t move. Kalau kau tak nak mati dekat tangan aku jangan berani jejak kaki kau keluar dari rumah ni.”

Membulat mata Sophia mendengar arahan Rafique. Rafique dipandangnya mintakan penjelasan. Hish! Along berat sebelah la. Dah terang tang tang dia nak ambil kesempatan dekat aku. Ni siapa adik Along ni? Orang ke dia? Rafique langsung tidak mengendahkan Sophia.

“I said stop at there, Shauqie Alexender!” Shauqie menghentikan langkahnya.

“Apa ni Along. Along still nak bela orang yang nak buat benda tak senonoh dekat adik Along ni. Selfish!

“Baik kau bagi aku blah dari rumah ni. Patutlah wanita dikatakan pembawa fitnah memang betul pun. Buktinya calon paling dekat. Si cantik momok mulut laser.” Fuyoo! Berdarah hati kau Opie.

“Kau jangan sampai aku jadi pembunuh pula mamat serebeh.” Sekali lagi, Rafique menolak kepala Sophia. Mulut tu Ya Rabbi. Betul-betul minta aku simbah asid betul. Ya Allah kau kembalikanlah adik aku yang dulu.

“Along!”

“Dah la Rafique. Aku chow dulu. Sakit hati je menghadap muka  Si cantik momok mulut laser ni.” Shauqie membuat muka bosan lalu melangkah pergi.

“Please Fiq, kau masih lagi orang buruan Robert. Tak mustahil belum sempat kau keluar, nyawa kau dah melayang.” Terhenti langkah Shauqie. Hatinya mula berbelah bahagi. Bagaimana dia boleh terlupa tentang Robert. Tapi untuk menjilat balik ludahnya tidak mungkin. Macam mana ni? Sophia yang memeluk tubuh tanda protes turut musykil. Siapa Robert? Along sembunyikan sesuatu dari aku ke? Tapi Along tak inform apa-apa pun sesiapa yang namanya Robert dekat aku semalam.

“Opie, macam Along dah cakap semalam. Auqie stay sini lama. Mungkin sampai Along cakap yang Auqie boleh pergi baru dia boleh pergi. Jadi Along kena kotakan kata-kata Along ni. Understand?

“Along! Tak kan Along nak biarkan orang macam dia ni tinggal dalam rumah ni. Along tak dengar ke orang cakap tadi. Dia nak ambil kesempatan dekat orang tadi.”

“Dah la Rafique, baik aku blah jelah dari sini. Kau pujuk Si cantik momok mulut laser ni pun bukan dia percaya. Fasal Robert pandai-pandai la aku jaga diri.”

“Kalau kau blah memang kau minta aku hantar kau balik tempat Robert. Robert tak jumpa kau tapi aku yang bagi kau jumpa Robert.”Tegas arahan Rafique membuatkan Shauqie tidak lagi berani bersuara.

“Along!”Aisya mula menunjukkan protesnya.

“Enough! Now, korang berdua pergi ke ruang tamu. We need to discuss.”

“But Rafique..”

“But Along..” Serentak Sophia dan Shauqie berkata.

“I said now!”

Dan akhirnya Rafique menggunakan skillnya sebagai jeneral tentera. Terkemut-kemut Sophia dan Shauqie berlari menuju ke ruang tamu. Rafique tersengih. Tak sangka kecut juga bila kena jerkah dengan aku. Tambah-tambah ‘Si cantik momok mulut laser’ tu. Terbaik la kau Auqie. Cantik gelaran kau bagi. Acah je pun, takut juga rupanya Rafique hanya memerhati langkah Shauqie dan Sophia. Terbit keluhan kecil dari bibirnya. Lain yang aku rancang lain pula jadinya. Rafique menguap menunjukkan keletihannya.
Sorry la duhai tubuhku. Aku tak boleh bagi kau berehat lagi. Kena settle problem ni dulu. Sya tu, lagi tak kasi explain. Macam tu lah. Susah nak percayakan orang. Tapi janji malam ni tidur awal. Letih kot semalam on the way dari Perlis. Lepas tu jumpa Auqie dekat station minyak. Then lari pulak dari Robert. Letih kot. Whatever! Past is past. Sekarang nak settle masalah dua ekor tu. Dari dulu sampai sekarang pantang jumpa gaduh. Apa sajalah budak-budak ni. Auqie pun apasal tetiba jadi macam tu. Nak lepas gian ke hape. Mujur aku ada sebab kenapa aku tak marah Auqie buat macam tu. Tapi kalau orang lain memang lebam dah biji mata. Sebab apa nanti kita tahu.
 
 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo