Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 18 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 18~
Sophia menjerit kuat memanggil Anis yang menonong berjalan tanpa menunggunya. Manusia sekeliling mula tertoleh-toleh ke arah mereka. Sophia seboleh-bolehnya memberikan senyuman seikhlas mungkin kepada orang ramai yang memandang ke arahnya. Eee.. sejak bila aku ni jenis layan apa orang pandang aku. Yang minah ni kenapa? PMS ke?
“Anis!”
“Apa?!”
Tengok aku pula dijerkahnya. Sophia berlari lalu berjalan seiring di samping Anis. Kehadiran Sophia di sisinya langsung tidak dihiraukan. Matanya melilau memandang keliling sambil memeluk erat buku di tangan ke dada. Sophia yang rimas melihat aksi gelabah Anis menarik Anis daripada terus berjalan tanpa arah tuju. Tubuh kecil Anis diheretnya ke astaka berdekatan. Terkial-kial Anis cuba untuk melepaskannya.
“Apahal kau ni? Main tarik-tarik tangan orang pulak.”
Anis merentap tangannya dari pegangan Sophia. Wajah Sophia langsung tidak dipandangnya malahan matanya melilau memandang sekeliling. Jam tangannya direling sekilas. Pukul 1! Waktu ni la dia selalu datang. Si Opie ni mimpi apa kejarkan aku dari tadi. Selalunya time ni la dia lesap pun. Keluar lunch dengan someone special la katakan. Sophia dah buat muka bengang dengan Anis. Sabo je lah minah ni.
“Kau tanya aku apahal. Sepatutnya aku tanya kau tahu. Apahal? Tertoleh-toleh macam lari dari anak hantu. Dah tu gelabah macam terkejar-kejar entah apa entah. Kau nak pergi mana sebenarnya?”
Ha kan dah kena sound! Terkebil-kebil mata Anis memandang wajah Sophia. Sophia dah buat muka killer habis sedikit menunduk memandang Anis yang agak rendah darinya. Anis menelan liur. Dia kemudiannya duduk di astaka diam tanpa kata. Berfikir mungkin. Sophia turut duduk di sebelah Anis menunggu Anis bersuara.
“Kau terkejar-kejarkan aku dari tadi kenapa?” Blur sekejap Sophia mendengar pertanyaan Anis setelah agak lama mereka mendiamkan diri. Melihat wajah serius Anis, Sophia berdehem membetulkan kotak suaranya.
“Jom teman aku lunch boleh?” Ajakan atau paksaan?
“Dengan siapa?”
“Shah..”
“Hurm?”
“Oh sorry, I mean Mike. Syahril Mikey.”
“Yang selalu hantar kau pergi balik U tu? Yang selalu bawa kau lunch tu?”
“Selalu ke? Tak kot. Sekali sekala saja kot. Forget it! Jom la temankan aku. Please?”
“Tiba-tiba? Kenapa? Selama ni boleh je kau keluar dengan dia sampai lupakan aku. Epon pun kau tak layan sekarang ni. Sampai buat group discuss pun kena inform banyak kali. Sampai Along Fiq terpaksa suruh E-jat guard kau ke mana kau pergi bukan sebab ibu kau yang suruh. Sampai korang berdua gaduh besar then baru cari aku.”
Agak tersentap Sophia dengan kenyataan yang disebut Anis. Rupanya Anis tahu sebab kenapa Along keluarkan arahan kepada Auqie awasi aku bukan sebab ibu yang suruh. Well Anis dengan Epon je orang dalam U ni tahu aku ni isteri Auqie cuma Anis tak tahu nama sebenar Auqie. Along sendiri rimas bila selalu dapat laporan dari Epon dan Anis yang aku selalu keluar dengan Mike. Walaupun tugas itu tugas Auqie tapi dek Auqie lepas tangan kerana perang dingin antara aku dan dia buatkan Along terpaksa keluarkan amaran keras kepada Auqie awasi gerak geri aku.
Aku? Sikap degil aku macam biasa selalu buat Auqie bengang. Bila Auqie mengamuk gila kelmarin aku persoalkan kenapa dia berubah. Terlepas ketawa kecil dari bibir Sophia. Bodohnya kau Sophia. Sudah gaharu, Cendana pula, Sudah tahu, Bertanya pula. Bodoh betul kau ni. Boleh tanya kenapa Auqie mengamuk sedangkan sudah terang lagi bersuluh disebabkan sikap degil aku keluar dengan Mike tu lah. Dah angau dengan si Mike tu agaknya sampai lupa amaran Along. Sampai lupa prinsip aku mengenai lelaki. Perubahan konon! Betul agaknya cakap Auqie dalam surat tu aku ni terlalu mudah menyambut perkenalan.
But, tak semestinya aku perlu hilangkan jejak. Auqie kan suruh aku hadapi kenyataan. Cari siapa aku. Cari dan cari. Langkah dan terus melangkah. Jadi peluang berkenalan dengan Mike tak mustahil boleh membawa aku kepada sesuatu yang lebih jauh kan? Boleh ingatkan aku dengan masa lalu aku. Aku akan kurangkan habit aku untuk keluar dengan Mike, mesej dan call. Lagipun aku kena juga jaga air muka Auqie. Satu taman tahu aku ni isteri Auqie. Tup-tup tengok aku keluar dengan lelaki lain. Tak patut. Baiklah Auqie. Demi kau aku berubah. Aku tak akan selalu sms, call dan keluar. Bila urgent saja baru keluar. Dan aku akan berusaha untuk ingat balik masa silam aku. Aku akan buang rasa takut aku. Insya-Allah. Aku akan berani hadapi kenyataan kisah lalu yang aku takut selama ini. Doakan aku Auqie. Walau kau jauh aku tahu kau tetap di hati aku. Ceh! Jiwang kau Opie.
“Sophia Aisya?” Sophia tersedar lalu memandang wajah Anis. Senyuman nipis terukir di bibir Sophia melihat wajah kelat Anis. Entah sedikit keyakinan mula menyerap masuk ke hatinya mengingatkan surat Auqie pagi tadi.
“Sorry la Anis. Aku sedar aku sikit leka kebelakangan ni. Tapi mujur aku tak hanyut jauh. Lagipun E-Jat dah bagi amaran keras dekat aku tak kasi aku keluar dengan Mike. So, lunch ni aku nak beritahu dia la. Untuk nak elakkan fitnah aku nak ajak kau teman aku boleh?”
“Call saja lah. Buat apa nak jumpa bagai. Tujuan yang sama jugak.”
“Dah, tapi dia nak jumpa. Dia janji tak ganggu aku lagi lepas ni.” Anis terdiam agak lama sebelum bersuara.
“Pukul berapa?”
“1.30.”
“Dia ambil kau?”
“Tak. Aku janji nak jumpa dia dekat Restoran Rice Moon tak jauh dari sini.” Anis menghembus nafas lega. Huh! Memenatkan aku lari ke hulur ke hilir je. Ingatkan Mike tu nak datang sini. Dahlah banyak kali aku hampir terserempak dengan dia sebelum ni. Mujur aku pandai lari. Tapi kalau nak teman tak kan nak jumpa macam ni? Mahu dia tarik aku balik KL kes naya tu.
“Dia tahu kau bawa aku?”
“Tahu.”
“Kau ada bawa tudung spare dengan baju kurung?”
“Hah?!” Agak blur Sophia dengan pertanyaan Anis. Tudung?
“Tudung dengan baju kau la. Ada bawa?”
“Ada gantung dalam Honda. Kenapa?”
“Bak kunci Honda.” Sophia keluarkan kunci Honda Urban SUVnya lalu diberikan kepada Anis.
“Thank you. Teman aku ke tandas kejap!” Pantas Anis bangun berlari ke arah Honda Urban SUV yang berada tidak jauh dari astaka. Sophia masih bingung apa yang ingin dilakukan Anis. Apa yang minah ni nak buat.
*******
Anis melekapkan kanta lekap yang bewarna hijau ke matanya. Sophia mengenakan keronsang bunga kecil di penjuru tudung bawal hijau pucuknya di atas kepala Anis. Siap!
“Boleh tahan. Cantik juga kau ni ye.” Sophia memberi komen. Anis hanya tersenyum.
“Muka aku nampak macam sebelumnya tak. Atau still macam biasa jugak.”
“Mana ada. Kalau orang tak tengok betul-betul orang tak akan tahu kau ni Anis yang diorang kenal. Mata hijau. Dengan baju kurung ganti t-shirt dengan seluar carrot yang selalu kau pakai. Tudung lagi. Memang sebijik macam perempuan melayu terakhir. Cuma mata kau sajalah. Tapi kenapa? Tiba-tiba saja.”
Persoalan yang bermain di minda Sophia sedari tadi diutarakan. Anis beralih berhadapan dengan Sophia. Terdiam seketika mereka. Anis memikirkan adakah patut dia bukakan ceritanya. Hurmm.. Auqie! Kau saja buat aku tersiksa jiwa macam ni. Apa punya planning mamat ni punya otak. Aku jugak jadi mangsanya. Semata-mata nak tahu apa yang Si Opie ni angau sangat nak jumpa dengan Mike aku pulak yang disuruh teman. Tak tahu ke aku lari dari Mike tu selama ni. Kalau tak sebabkan kau kawan aku jangan harap la nak ikut rancangan kau ni Auqie.
“Not now Opie. Aku tak ready nak cerita dekat kau lagi. Dah lah jom. Nanti lama pulak dia tunggu.”
Sophia hanya mengangguk perlahan. Menghormati keputusan Anis. Dah orang tak nak beritahu buat apa nak terhegeh-hegeh kan. Bersyukur sikit Anis nak jugak teman kau, kalau tak jangan haraplah kau boleh jumpa Mike walaupun kenyataannya boleh saja kalau aku nak jumpa sendiri. Demi menghormati Auqie aku buat macam ni. Sophia tersenyum.
“Jom! Aku drive.”
*******
Sophia mengorak senyuman setelah melihat Mike yang berada di penjuru restoran melambai ke arah mereka. Lengan Anis yang berdiri di sebelahnya ditarik mengorak laju menuju ke arah Mike. Anis yang melihat Mike dari jauh menahan rasa takut. Melihatkan seraut wajah itu membuatkan rasa rindu dan amarah mula bercampur-baur. Masa lalunya seolah-olah bermain-main di mindanya. Ingin sahaja dia lari dari situ. Tapi untuk menarik diri sudah terlambat kerana sekarang mereka telah pun berdiri di hadapan Mike.
“Hai, lama tunggu. Sorry lambat sikit. I ambil kawan tadi.” Sophia menyapa Mike. Anis cuba untuk mengukir senyuman manis agak tidak jelas riak terpaksa di wajahnya.
“Hai. It’s okey. I pun baru saja sampai. Tak panas punggung lagi pun. Eh, duduk la.” Sophia duduk di kerusi yang ditarik Mike. Anis duduk di samping Sophia berhadapan dengan Mike. Kepalanya hanya tunduk memandang Sony Ericson yang dipegangnya.
“Kenalkan ni kawan yang I cakap tu.” Sophia menyiku Anis yang membisu. Mike yang sedari tadi memerhati Anis dikerlingnya sekilas. Tak kan dah terpegun. Diorang ni pernah bercinta ke? Lain macam je aku tengok.
“Hello! I’m Syahril Mikey. Call me Mike. Nice to meet you.” Tangannya dihulur. Anis pandang Sophia kemudian beralih ke arah tangan yang dihulur Mike. Perlu ke aku sambut. Kalau aku tak pakai macam ni no hal je nak sambut. Tapi pakaian aku yang mengalahkan muslimah ni nak sambut juga. Akhirnya Anis hanya tersenyum lalu mengangguk perlahan.
“Hello! I’m Sara. Nice to meet you too.” Sophia pandang Anis tak lepas. Why Sara? Nama kau mana?
“Beautiful name macam orang dia jugak. Eh, order apa yang you all nak I belanja. Waiter!”
Masing-masing memesan makanan setelah waiter itu datang ke meja mereka. Sophia memilih untuk makan nasi ayam dan jus strawberry, Anis memesan nasi goreng special dan lamonate dan Mike hanya memesan coffee mate sahaja.
“Eh, kopi saja?” Sophia bertanya pelik.
“I dah lunch tadi. Oh yeah, Sya tahu kan Auqie dengan Rafique balik KL?” Anis pasang telinga. Owh, panggil Sya. Menarik betul.
“Owh, Auqie ada cakap nak pergi tapi tak beritahu dekat mana.” Sophia berkata dalam nada yang perlahan. Entah kenapa rasa sayu mula merayap di hatinya. Rasa seperti ditinggalkan.
“This is his first tender. Jadi, your father ask him to concentrate 100% to this tender. So, disebabkan dia kena conduct 100% projek dekat sana jadi ianya mengambil masa agak lama sampai projek tu terkawal tanpa perlu pantauan yang berpanjangan. Tapi, itulah ianya mengambil masa yang lama jugak maybe three until four month.”
Mike menerangkan serba sedikit maklumat yang dia tahu kepada Sophia. Sophia hanya mengangguk perlahan. Sebelum ini dia tidak pernah ambil peduli tentang kerja Shauqie yang menimbun sehingga lelaki itu terpaksa berjaga malam. Sibuk dengan kuliah lagi. Dan dia akan jadi peneman lelaki itu di bilik kerja sampai tertidur then esok sedar dah ada atas katil. Tapi kejap, banyak benar si Mike ni tahu fasal Auqie. Dia ambil mana?
“Mana you tahu semua ni?”
“Remember restorant yang kita jumpa dekat Alor Star. I client Auqie. Tapi tak sangka pula dekat situ jugak you mother ask me to coming. So, sepanjang I ada dekat Kedah ni I buat urusan dengan Auqie. Well, siapa sangka gadis yang selama ini I rindu ada dekat sini rupanya.”
Tersedak Sophia mendengar kata mendengar kata-kata Mike. Anis cepat-cepat mengurut belakang Sophia sambil membantu Sophia minum jus strawberrynya. Hai la mamat ni. Ingat kan selama ni bila aku buat stone bila dia bermadah bagai sedar la diri sikit. Tapi lagi aku tak layan lagi dia buat. Then what after this. I love you. Jangan aku tercekik sudah.
“Again! You make me fall in love with you. Jangan buat muka comel macam tu boleh tak. Kenapalah apa saja yang you buat akan buatkan jantung I berdegup kencang Aisya.”
Purff!! Habis tersembur jus strawberry hampir separuh diminum sebentar tadi. Dan mangsanya adalah Anis kerana saat itu Sophia sedang memandang ke arah Anis.
“Opss, I keterlaluan nampaknya. My bad.” Mike hanya tersengih. Sophia tersenyum nipis. Baju Anis yang basah dilap dengan tisu.
“It’s okey. So, why you want to meet me?” Sophia mengubah tajuk bicara mereka. Lagi lama dilayan lagi masak aku gamaknya. Sophia melarikan pandangannya di sekeliling ataupun lebih tepat takut untuk bertentang mata dengan Mike.
“Owh, I just nak cakap minggu ni minggu last I dekat Kedah. I kena balik KL jugak. Well, I pengurus syarikat tak boleh tinggal lama-lama. Kena jugak balik sana walaupun kenyataannya rasa tak nak je balik sana. Nak berada di samping you. Keluar dengan you. Do anything with you. But, I can’t do that. Bankrupt I nanti.” Mike berhenti lalu menghirup coffee mate yang belum disentuhnya. Sophia cuba untuk bertenang mendengarkan kata-kata Mike yang kedengaran seperti pujuk rayu. Jangan cair Sophia. Ingat pesan Auqie. Jangan terlalu mudah percayakan seseorang yang baru muncul dalam hidup kita. Entah-entah dia psiko kau saja Sophia.
“But, itu bukan tujuan I jumpa dengan you. Well, as you know, Auqie tak ada tiga empat bulan. You pulak stay sini seorang diri. How if you follow me balik KL. I hantar you pergi rumah parent you. Then, kita boleh jumpa selalu.”
Anis tiba-tiba memegang tangan Sophia kejap. Segera Sophia mengalihkan pandangannya ke arah Anis. Pandangan redup Anis seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu membuatkan Sophia berasa pelik dengan sifat Anis. Mike yang masih menanti jawapannya dipandang sekilas. Kenapalah time ni hati aku nak berbelah bahaginya. Mana pergi sifat tegas aku dalam buat keputusan.
Sophia menarik nafas lalu dihembuskan perlahan. Tenang Sophia. Fikirkan sebab dan akibat tindakan kau. Auqie pesan jaga diri baik-baik dekat sini. Maknanya dia faham konflik aku dengan ibu papa. Lagipun tak kan nak tinggalkan kuliah hanya semata-mata nak ikut Mike balik KL. Mike tu pun bukannya aku kenal sangat. Entah-entah dia perangkap kau saja Sophia. Tak fasal-fasal dia jual kau tak ke naya. Ingat pesan Auqie, jangan mudah percayakan seseorang. Sophia mengukir senyuman tipis.
“Thank you sebab ajak. I rasa tak kot. I lebih selesa tinggal sini. Lagipun I tak selesa keluar dengan lelaki lain. I harap you sedia maklum hubungan I dengan Auqie. Jadi untuk mengelakkan perkara yang tak diingini. Lebih baik I di sini. Don’t worry. Ibu angkat I ada dekat sini. My friend. Auqie pun suruh I stay rumah dia. Sepupu I pun ada dekat sini.”
Sophia membuat keputusan yang ternyata menghilangkan senyuman manis di wajah Mike. Terukir riak kecewa di wajahnya. Sophia hanya mampu senyum tipis tapi melihat senyuman Anis menyelitkan sedikit rasa keyakinan. Entah kenapa Anis seolah-olah terlalu merisaukan sesuatu tentang hubungannya dengan Mike.
“Kalau macam tu. What can I say more. That’s your choice. Sorry, I buat you tak selesa. Please order apa yang korang nak tambah. Pencuci mulut ke. I belanja. Mana tahu bila lagi nak jumpa kan. Don’t be shy with me Cik Anisa Maisara Lee.”
Mike menjawab ramah. Dan nama penuh Anis yang disebut Mike mampu membuatkan Sophia tersedak dan Anis pucat seluruh badan. My god!
*******
Anis menghulurkan mug berisi Cream Chocolate yang baru dibuatnya sebentar tadi kepada Sophia. Sophia yang sedang bersandar malas pada sofa menyambut huluran Anis lalu air dihirup perlahan melalui tiub kerongkongnya. Arrhh.. subhanallah nikmatnya. Terasa kepekatan coklat yang kian mencair dicampur pula kemanisan krim vanilla di mulutnya. Anis selalu membancuhkan air tersebut seandainya Sophia bertandang ke rumah Anis. Air ini diberi nama ‘sweet cream memory’. Air yang menyimpan beribu kenangan. Katanya air itu kesukaan teman baiknya dulu. Siapa kawannya tak tahulah pulak. Tapi beruntung betul kawan dia tu. Satu dalam seribu nak jumpa air sesedap ni.
Jangan risau air ini dijamin terhindar daripada campuran makanan haram dan syubhah kerana keluarga angkat Anis sendiri tidak pernah menyentuh makanan yang haram dalam Islam. Sophia sering dijadikan perujuk untuk mendapatkan makanan yang betul-betul halal. Kalau ditanya kenapa? Jawabnya mereka suka cara pemakanan yang disarankan Islam kerana apa yang Islam haramkan pasti ada sebab yang kukuh dan pastinya untuk kebaikan kesihatan individu itu sendiri. Oleh itu, apa yang ada dalam rumah Anis semuanya Insya-Allah dijamin halal. Cuma.. itulah. Orangnya sahaja yang belum sempurna akidahnya.
“Alhamdulillah..”
Sophia mengucapkan tahmid usai menghabiskan airnya. Mug kemudiannya diletakkan di atas meja kaca dihadapannya. Sophia memandang Anis yang tersenyum melihat keletahnya. Melihatnya wajah Anis yang agak manis mengingatkannya peristiwa tengah hari tadi. Betapa tegang wajah Anis disebabkan Mike. Hanya kerana nama. Ya! Hanya kerana nama.
“Oh sorry Mr. Mike. Maybe you wrong person. I’m Sara. Sarawi Qiena. I’m from Qatar. Future my study at here.”
Aku hanya mampu kunci mulut saja melihat Anis yang sedang cuba mengawal suaranya yang agak bergetar. Muka dia time tu tak payah cakap. Pucat! Yang membuatkan aku tertanya-tanya kenapa Anis tak beritahu Mike nama dia sebenar. Mike pula macam tahu sesuatu. Selagi tak puas hati lagi tu dia paksa.
“Oh yeah? Why I don’t think so? Muka you macam cina kenapa? Orang Qatar memang keturunan Cina ke? Or you nak trick I?”
Pertanyaan berani Mike membuatkan aku hampir ternganga. Wajah Anis yang pucat mulai tegang. Warna merah mulai menjalar di seluruh wajah Anis yang putih. Marah atau malu mungkin. Cepat betul Mike teka? Dah tu tahu pulak Anis keturunan Cina.
“What do you want from me? I don’t know who are you and I don’t understand why I need to tell anything about me to you? Please okey! This is not right way how to start an introduce. So please respect me!”
Mulanya nak mencelah jugak bila tengok Anis hanya tunduk ke bawah apabila Mike tanya soalan. Ye lah, diam je. Aku datang nak lunch, borak bukan nak buat silent macam tukul kayu. Tak sangka Mike seberani macam tu dengan Anis. Dengan aku sebelum ni lembut je. Tak paksa-paksa. Nak tanya pun lembut saja ditanya. Tapi mulut kembali terkunci bila Anis panggung kepala and senyum! Tarik nafas dan dengan nada selembut mungkin Anis berkata namun still terselit ketegasannya. Aku pun terus memerhatikan apa yang bakal berlaku. Well, nak tahu jugak mana tahu Anis terlepas rahsia yang tak pernah aku tahu sebelum ni ke? Anis kan perahsia.
“I tanya maknanya I nak mulakan perkenalan I dengan you. You yang tersentap I tak respect you kenapa? I just nak make sure you adalah Anis Maisara Lee, adik I yang selama ni I cari. Asal orang Sabah. Dan keturunan orang Arab tapi lebih ketara darah Cina. Atau you terkejut yang I dapat cari you, Anis.”
Dengan nada sesinis yang mungkin Mike membalas. Tiada lagi perwatakan Mike yang lembut, tenang dan ceria. Sekarang dia sangat serius, kasar dan sangat memaksa. Anis pun yang kelihatan ayu pada awalnya sudah berubah riak. Mujur Anis ni memang pandai berlakon, jadi ketegangan dia tak ketara macam Mike.
“Anis? Your sister? Terkejut sebab apa pulak. Dah memang I bukan Anis. Huh! Listen carefully Mr. Mikey. My name Sarawi Qiena copy that then save it! So you sekarang buat jejak kasih cari adik you. Dan tak fasal-fasal I jadi mangsa. Adik you ada ke mata hijau macam I ni? I tulin orang Qatar. Mak ayah I orang Qatar. Atuk nenek I orang Qatar. Stop force at me!”
Suasana makin tegang. Mike makin merah mukanya. Apa yang dimarahkan sangat aku tak tahu. Tak kan silap orang sampai macam tu. Anis memang terbaik. Pandai kawal air muka dia. Atau mungkin dia memang tak salah sebab tu dia memang rasa tak bersalah. So cool! Not my false okey! Teka je. Entah betul entah tidak peduli apa.
“Kalau setakat pakai kanta lekap I pun boleh buat. Trick apa lagi you nak guna lari dari I. Kenapa kalau you mengaku yang I ni abang you, you takut kena jual ke! I sikit pun tak percaya semua kata-kata you. Sarawi Qiena! Rubbish that. Benci sangat ke keturunan Lee? Nama bapak sendiri. Orang Qatar konon. Kalau you orang Qatar, fasih you cakap Malay. Kalau tak mesti ada jugak pelek bahasa. Kalau betul, cuba cakap tengok. I nak dengar.”
Dan cabaran Mike disambut dengan senyuman sinis Anis. Aku hanya mampu tepuk dahi apabila Mike masuk perangkap sendiri. Sekali Anis cakap bahasa Qatar terdiam Mike dengan sekali-kali aku terdiam dengar Anis cakap bahasa Qatar memang fasih gila. Mujur di translatekan sekali. Well, Anis kan ambil kursus bahasa. Entah berapa banyak bahasa dia ambil aku tak tahu. But kalau fasal Qatar memang betul kot. Tiap-tiap tahun dia balik Qatar apa. Mak ayah angkat dia orang sana.
“I translate. Nama I Sarawi Qiena keturunan ketiga Qawie Al-Azhan. Ayah I Qairiel Al-Malique. Mak I Marya Ayushita. I membesar di Qatar sehingga umur I mencecah 17 tahun. I terpaksa future study dekat Malaysia sebab ayah I menjalankan perniagaan minyak dengan Malaysia. I baru kenal Sophia 5 tahun yang lalu. I fasih bahasa Melayu sebab I pindah Malaysia dah lama and I’m a muslim.”
Kata-kata Anis yang terakhir membuatkan Mike terdiam. Namun ketegangannya mulai surut dan perlahan mengukirkan senyuman. Anis turut tersenyum mungkin kerana berjaya membuatkan Mike mati kata. Aku? Entah! Otak mencerna maklumat yang baru aku dapat. Yes aku tahu siapa ayah angkat dia, mak angkat dia, atuk angkat dia yang kaya raya sebagai saudagar minyak cuma cara Anis mengelak kenalkan siapa nama sebenar dia tu aku tak tahu kenapa. Tapi biarlah selagi Anis tak buka mulut. Paksaan bukan cara aku. Lets it flow right? Kalau nak beritahu bila-bila pun aku siap dengar.
Untuk mengurangkan kedinginan yang menyelubungi kami bertiga, aku dengan sukarela menjadi penerang tanpa upah kepada Mike. Mengulang kembali apa yang diungkap Anis dan membenarkan semua kata-kata Anis. Ada betul dan ada bodong itu biarlah dirahsiakan asalkan betul pada pandangan Mike kira okey. Sebab kenapa Anis buat macam tu dia saja yang tahu, aku just back up. Usai makan, minum, berbual pendek, pesanan tersirat Mike buat Anis yang aku tak faham, sedikit gurau senda then kata maaf kami pun balik rumah rehatkan diri.
Arhh.. penat mencerna apa yang berlaku hari ini mata Sophia mulai memberat. Anis yang sedang memberi komen tentang drama korea yang mereka tonton sedari selepas isyak tadi semakin tenggelam-timbul di pendengaran Sophia. Kepalanya dilentokkan ke bahu Anis, lengan kiri Anis dipeluk selesa dan akhirnya matanya terlelap. Namun, sebelum dunianya gelap ayat yang ditutur Mike tadi bermain di fikirannya terucap di bibirnya.
“Even you still defend and help him for her, I'll never stop to get her until she’s mine.”
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan