Rabu, 14 Ogos 2013

SODA 6

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 6 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 6~


S
aiful Kamil buat muka menyampah melihat Sophia yang sedang khusyuk menelaah buku di tangan. Entah apa yang seronok sangat buku dalam tangan tu. Kot buku untuk buat ulangkaji sebagai persediaan masuk sem baru lagi dua bulan tak kalut. Tapi novel yang tebal dia lebih tinggi dari periuk mak aku masak gulai dekat rumah yang dia khusyuknya. Dah ajak orang lepak sini jadi bisu dengan novel tu pulak. Baik tak payah ajak aku datang sini. Mentang-mentang aku tak balik Sabak Bernam sebab kerja, dia buat aku kuli dia pulak.

Tapi aku tak adalah kisah sangat dengan minah novel ni. Yang menjadi penarik di hati ini siapa mamat yang sedang berborak entah apa entah dengan Along Fiq. Siapa dia erk? Along Fiq tak pernah la pulak bawa mana-mana orang datang ke rumah agam Si Opie ni. Aku tanya minah ni tak nak jawab. Kalau dah berkepit dengan novel dia, Aaron Aziz datang ketuk pintu rumah pun dia buat derk je.

"Weyh! Opie. Kau ajak aku lepak sini semata-mata nak suruh aku jamu mata aku usyar kau baca benda alah ni ke?"

Diam. Huish! Sepupu aku ni. Bunuh juga nanti.

"Opie, dont you hear me?"

Still sunyi macam datang tengok orang mati saja. Dia ni buat-buat pekak ke memang dah pekak. Saiful melambai-lambai tangannya di hadapan Sophia. Tapi apa ke punya malang nasib aku. Dia buat dont know! Sekali lagi jarinya dipetik berkali-kali di hadapan Sophia. Kali ni syukur dia kalih. Saiful tersengih ingin menanyakan soalan. Tapi senyuman bertukar muncung itik. Hati kering punya minah. Kot la tengok muka aku tanya nak minum ke. At least cakap apa dia? Ni tak dia baca balik benda alah tu.

Grr... Kau yang paksa aku. Aku tahu kau pantang orang ganggu time kau tengah khusyuk fall in love dengan benda alah tu. Tapi kau yang paksa aku. Novel di tangan Sophia dirampas lalu dilemparkan ke tepi tanpa sedar novel tersebut elok mendarat dalam kolam ikan. Blup! Blup! Blup! Macam bunyi ikan. Saiful tersenyum jahat tapi senyumannya mati saat terpandangkan wajah terlopong Sophia tanpa berkedip matanya siap buat gaya tangan pegang kepala memandang ke kolam ikan. Segera Saiful berpaling semula ke arah novel yang dibalingnya. Tadi Sophia terlopong dan sekarang Saiful terbuntang melihat hanya tinggal buih sahaja di dalam kolam itu. Oh My Allah! I'm dead now!

Terhenti sedetik dunia Sophia melihat novel kesayangannya elok tenggelam dalam kolam hijau yang pekat dengan lumut. Bagai melihat je novel tu cakap tolong! Tolong! Ganti dengan blup! Blup! Novel aku. Melayang RM35 aku. Huarhh! Dah la best. Sikit je lagi nak habis. Sia-sia saja aku berjaga dua hari nak baca cerita tu. Sepantas kilat Sophia mencerlun tajam bagai helang ke wajah Saiful. Epon! Kau memang tempah set katil dekat Hospital Sultan Abdul Halim hari ni. Sophia menyinting lengan t-shirt muslimahnya. Untung aku pakai inner. Tak sia-sia Along suruh pakai. Sini kau Epon! Grrr!

"Weyh! Kau apahal. Minta tiket hospital ke apa?" Sophia menjerit kuat.

Tanpa menunggu lebih lama, Saiful sudah membuka langkah seribu turun dari gazebo yang menjadi tempat lepak mereka. Pecut dulu Epon! Kalau kau tunggu memang minta mati la. Cabut! Bagaikan diserang ribut taufan kawasan halaman rumah Sophia tika itu. Habis pasu, pokok bunga semua melayang. Saiful bagai tak cukup tanah hendak lari. Sophia pula bagaikan palesit mendapatkan Saiful. Kaki berlari, mulut entah apa entah yang terlolong sana sini. Shauqie yang sedang berbincang di beranda rumah sudah pening melihat hampir sepuluh pusingan Saiful dan Sophia berkejaran. Rafique hanya mampu menggeleng. Dah terbiasa kalau tegur pun buat membazir air liur je.

"Weyh! Epon sini kau. Siapa suruh kau buang novel aku dalam kolam ikan tu?"

"Sorry Opie aku tak sengaja. Serius weh! Tak sengaja."

Dek terlalu kalut, Saiful tersepak pasu pecah menyebabkan dia jatuh tersungkur ke tanah. Sophia yang melihat Saiful jatuh tersungkur tidak dapat menahan tawanya. Hahah! Rugi betul tak suruh Along record. Kalau tak boleh upload masuk youtube. Marahnya sudah hilang diganti pula dengan tawa kuat sampai terduduk. Siap tekan-tekan perut bajet lawak sangat. Tak cukup tekan perut main guling-guling atas tanah. Ceh! Bajet lawak sangat. Saiful mencebik sambil menyapu luka yang berpasir. Matanya menjeling geram ke arah Sophia yang masih seronok melayan tawanya. Serius tak tipu. Sebijik macam Cik Ponti.

"Weh! Dah la. Not funny la."

"Opie, I said enough."

"Sophia Aisya! Sawan agaknya kau ni."

Tapi hanya sia-sia jerkahan Saiful. Sepupu aku ni memang soundtrouble erk? Dari tadi cakap langsung tak dengar. Sophia masih dengan tawanya. Muka dah merah sebab banyak sangat gelak. Rafique datang menghulurkan tangannya membantu Saiful berdiri lalu didudukkan di gazebo. Shauqie mengetuk kepala Sophia yang masih bersisa tawa. Apa yang lawak sangat sampai minah ni gelak gila-gila punya. Orang jatuh pun funny ke? Terhenti terus tawa Sophia. Jelingan diberikan buat Shauqie. Mamat serebeh ni. Cari fasal erk? Shauqie menggigit jarinya melihat jelingan Sophia. Wuu! Takutnya. Si cantik momok mulut laser marah. Ceh! Podah!

"Apalah Opie ni. Kesian Epon, Opie kejar dia sampai tak cukup tanah dia nak lari." Rafique berkata sambil membasuh luka Saiful dengan air suam yang dibawa Shauqie tadi.

"Hah?"

"Kau ni apahal Opie? Pekak ke?"

"Hah?"

"Sya ni kenapa? Saja buat orang sakit hati."

"Hah?" Rafique pelik. Tak pulak dia marah sebut Sya. Yang dia tahu. Hah? Hah? Hah? Kena sampuk ke apa?

"Something's wrong with you, Miss Hah?"

"Hah?" Tiga orang jejaka itu serentak menepuk dahi. Sophia menggaru kepalanya. Apa yang makhluk tiga orang ni cakap erk? Aku tak dengar apa-apa pun. Yang aku dengar putih-putih melati. Merah-merah delima. Tak kan la diorang ni buat konsert pulak dekat sini. Lama-lama berfikir, kini Sophia pula menepuk dahinya. Earphone yang masih disangkut di telinga ditarik. Huhuhu! Jangan marah. Peach no war! Sekali lagi mereka bertiga menepuk dahi.

Saiful sudah mengetap gigi. Patut la dari tadi aku cakap minah ni buat dont know je. Memang pekak pun. Dah telinga kena sumbat entah volume berapa lah yang minah ni buka sampai tak dengar langsung. Kang pekak sungguh baru tahu.

"Silly you!"

"Stupid you!"

"Aku cakap dengan kau dari tadi kau buat pekak je. Dah aku baling novel kau masuk dalam kolam baru tahu nak marah. Siapa suruh buka volume habis. Sekarang baru padan muka kau. Cari fasal lagi." Saiful mengacah-ngacah Sophia dengan penumbuknya tapi ditahan Rafique.

"Eleh, kalau ye pun atleast tarik la tudung aku ke ketuk kepala aku ke. Ni tak novel aku juga yang jadi mangsa kau kenapa. Tak kira. Kau ganti balik RM35 aku. Kalau tak nak ganti duit pergi beli kasi aku balik."

"Owh! Banyak cantik muka kau."

"Muka aku memang cantik."

"Cis! Tak kuasa aku layan squeezes kau tu. Menyampah! Membazir duit aku je beli benda alah tu dekat kau. Waste my time and my money okey. Baik aku ambil balik benda alah dalam kolam tu then dry it. Finish and done!"

"Owh yeah! How kind you are? Then dah ambil novel tu. Masukkan dalam washing machine. Then, taruk Daia sebungkus plus Soflan sebotol. Mesin biar sampai hancur. Sangkut dekat ampaian lepastu ambil masukkan dalam kotak bungkus dengan pembalut hadiah. Ikat reben and give it to me. Haha! I really appreciate it. Please la! Kau nak bagi aku baca novel yang dah berukar colour hijau tu. Nak baca pun tak nampak okeyh. Tak kira. Ganti balik."

"Hahaha, great idea. Why I'm not just doing it. Right? Jimat duit aku. Kalau hancur kau sambung la macam puzzle." Saiful mengusap-ngusap dagunya sambil tersengih jahat. Sopiha memukul kepala Saiful dengan cap nike yang dipakainya. Pak Cik punya orang tua. Aku bunuh juga nanti.

"Dah la Opie. Jom masuk dalam. Opie pun satu. Epon sampai sini dah nak dekat sejam. Opie still layan novel je. Along pun radang. Epon baru baling novel, kalau Along baling Opie terus. Dah masuk. Masak untuk lunch ni."

Sophia mencebik. Sepupu kesayangan dia ni jugak la dia nak bela. Tu novel aku yang dah jadi kawan ikan siapa nak ganti? Along yang kedekut tangkai jering ni. Tunggu aku tua belum dia beli. Mamat Epon ni, hurmm. Tak payah cakap. Sekali dia cakap tak mahu, tak mahu la jawabnya. Ugut la bunuh sekali pun. Pasti dia jawab ada aku kisah. And mamat serebeh ni? Let's try. Mana tahu semua baik hati hari ni kan. Ready Opie? Okey set. Buat muka comel.

"Tak nak masak malas." Maintain Opie. Peluk tubuh dan buang pandang arah lain.

"Dah tu siapa nak masak? Aku dah lapar ni." Saiful buat tak tahu. Masak sangat dengan taktik minah ni nak memujuk. Sorry bukan aku. Cari orang lain.

"Tak kira, selagi orang tak dapat apa yang orang nak orang tak akan masak." Ceh! Kau Opie tak pandai berlakon betul. Belum klimaks dah surrender. Tak sabar langsung. Mesti reject terus dengan pengurus.

"Dah Opie, tak payah nak berlakon gedikss depan kitaorang. Pergi masuk masak. Novel tu bila-bila boleh beli. Kumpul duit then beli." Wah! Wah! Wah! Senangnya Along aku ni cakap. Orang rela ikat perut nak kumpul duit beli novel Melur Jelita tau. Sophia mula memuncung. Sob! Sob! Sedihnya diorang buat aku macam ni. Siapa mangsa sebenarnya. Aku ke mamat Epon ni. Dia pemangsa tapi dibela pulak. Owhh! Ini tidak adil tidak adil bagi ku. Tengok lagu Yunalis ni juga yang aku nyanyi.

"Tak apa nanti aku tolong belikan untuk kau." And finally. Siapakah lelaki budiman tersebut. Erk? Mamat serebeh? Buang tebiat ke dia ni.

"Should we? Or maybe you're not interested. Never mine. Buy yourself." Shauqie berkata apabila melihat wajah cuak + curiga Sophia. Orang buat baik pun tak nak. Tak nak sudah. Tak luak pun duit aku. Shauqie membuang pandang ke arah lain sebelum bergerak untuk masuk ke rumah.

"Eh.. Kejap. Kejap. Aku tak cakap pun tak nak." Sophia segera berlari mendapatkan Shauqie. Shauqie berhenti apabila tangannya ditarik Sophia. Wohoo.. Look at this. Someone touch my hand. Perlu ke aku tembak fasal isu ambil kesempatan dua minggu lepas. Mueh hehe. Jahat betul kau Auqie. Shauqie buang pandang ke arah lain.

"Err.. Please. Kau baik kan." Hek eleh minah ni. Pujuk bagai pulak.

"Along Fiq. Sejak bila Opie jadi orang yang merayu bagai macam ni. Dengan lelaki pulak tu. Something wrong with her brother? And you pun kenapa? Along Fiq kan kuat melenting bila Epon nak sentuh Opie." Saiful berbisik perlahan pada telinga Rafique. Ye lah! Tak ke pelik. First time jumpa dengan aku pun, senyum pun tak nak. Ni mamat yang entah sapa entah boleh pulak pegang sentuh. Kalau aku sentuh sikit macam nak kiamat dunia. Tak ke pelik. Satu wayer tercabut agaknya. Along Fiq pun 2x5 saja macam minah senget tu. Menggegar dunia kalau dapat tahu orang sentuh adik kesayangan dia.

"Maybe not. This is she. Dont worry Epon. Satu hari nanti kau akan tahu jugak siapa dia. Opie pun sebenarnya tak kenal dia. Along pun tak tahu kenapa Opie boleh lupa. Tapi kalau kau nak tahu. Tanya Mak Long la. Gerenti Mak Long tahu punya. Just, kau kena pandai korek la. Mak Long kan pandai simpan rahsia. And what’s wrong with me. Hurmm.. I think nothing change with me. Along ada sebab kenapa Along tak macam selalu." Saiful mengangguk. Walaupun tak faham semua. Ada la sikit.

"Samalah macam Along Fiq. Perahsia nombor satu. Cuba Along Fiq beritahu saja terus dekat aku. Tak payah la susah-susah aku pergi sibuk nak korek dari mak. Along Fiq macam tak tahu mak tu macam mana. Kalau dia tak nak beritahu, boleh seharian dia bisu." Saiful mencebik mengenangkan sikap Nora Iznie, maknya. Kakak kepada ibu Rafique dan Sophia.

Rafique hanya tersengih melihat riaksi Saiful. Kenal benar mereka dengan Mak Long. Kalau siapa-siapa yang nak korek rahsia, Mak Long akan jadi bisu seharian. Hurmm.. Macam-macam. Fokus mereka kembali dua orang manusia yang sedang main tarik tali.

"Arr.. Weh. Please la. Belikan untuk aku. Aku dah tak ada duit nak beli. Dah la novel tu tengah laris sekarang ni. Please, can you help me?" Sophia memujuk lagi. Lantak la kalau dia kata aku ni minah gedik ke apa. Asalkan benda aku nak dia bagi. Tapikan dia ada duit ke? Stay sini baru  dua minggu. Then mana dia 'cekau' duit?

Shauqie menjongkit keningnya. Dagunya diusap-usap memikirkan sesuatu. Bibirnya mengukir sengihan jahat. Hatinya ketawa evil. Di atas kepalanya bagai tumbuh dua tanduk yang tajam. Hehehe.. Shauqie melepaskan pegangan Sophia dan menghampiri Rafique. Sophia terpinga-pinga. Apa yang dia nak buat ni? Kelihatan Rafique mengangguk-ngangguk mendengar apa yang diberitahu Shauqie. Saiful yang berada di samping hanya mampu menjongket bahu melihat isyarat Sophia yang bertanya kenapa. Dan melihat wajah Rafique, Aisya terlopong. That face! The evil face! Oh my! The Rafique in the evil suit is back. Oh no! You're finish Opie! Tambah pula skandal dengan Si Alien Penyamun Serebeh tu pulak. Merana hidup aku weh. Planning killer apa la yang diorang nak kenakan aku ye. Sophia menggigit hujung jarinya.

"Okey. I'll buy it for you." Shauqie kembali mengadap Sophia sambil jari telunjuk tangan kanannya ditunjukkan ke Sophia tangan kirinya dibawa ke belakang. Tubuhnya ditundukkan sedikit kerana Sophia agak rendah. Well agak-agakla nak sindir aku pun. Sedar aku pendek. Terasa ni. Bersinar-sinar mata Sophia mendengar kata-kata Shauqie. Tapi sinarnya tak berapa nak bersinar sebab Sophia yakin ada udang di sebalik batu. Matanya dikenyitnya cuba menghidu sesuatu.

"Really?"

"Yeah. Kenapa? Tak percaya?"

"Eh.. Percaya. Percaya. Tapi betul ke ni?"

"Betul la nanti aku beli. Tapi dengan dua syarat." Ha! Kan dah cakap. Ada saja yang dia nak buat hidup aku tunggang terbalik. Dari senyuman wajah Sophia berubah kelat.

"Apa dia?" Sophia bertanya malas.

"Petang ni set pukul 5.30 tunggu depan rumah. Ikut aku beli barang dekat Hasani or Tesco kejap lagi. Okey?" Shauqie bertanya. Sophia buat muka. Mata dijuling ke atas. Perlu ke. Pergi je lah beli. Kenapa aku pulak kena ikut. Duduk rumah lagi bagus.

"Kalau tak ikut tak boleh ke?" Sophia bertnya. Tangannya disatukan merayu. Ceh! This's not Sophia. Saiful buat muka. Yes! That's not my cousin. Siapa lelaki tu. Opie berubah bila dengan lelaki tu. Dia tak marah macam selalu. Maybe marah la juga tapi just little bit. I wonder? I'll find it. Bila? Nantilah. Aku kan pakar bab detektif ni.

"Kalau tak ikut tak adalah novelnya." Hurmm ugut-ugut pulak.

"Ye lah. Set 5.30 aku tunggu. The following conditions?" Shauqie senyum. Rafique dipandangnya.

"Good girl. Next, please clean all this. Sekarang pukul 11 pagi. First,pergi masak something delicios for us. Then solat. Then baru kemaskan semua ni. Set on 5 o'clock everything is finish. Got it?" Sophia ternganga mendengar penerangan satu persatu. Owh! You're the evil brother. I hate you. Both of you. Hate so much!

"Come on brother. This's not fair for me."

"a'a.. When I said, jangan bangkang. Even Opie setuju or tak. Do it. Kalau tak nak. Tak dapat la novel" Grr.. Boleh tak kalau aku gigit Along aku sampai lumat. Geram ni. Geram. Tengok siap berhi 5 lagi. Tapi tak adil la aku sorang. Sophia mencerlun ke arah Saiful. Mamat ni salah juga. Kalau dia tak lari aku tak kejar. Dan kalau aku tak kejar tak adalah semua ni terjadi. Saiful yang bagai mengerti pandangan maut Sophia hanya menjongkit bahunya.

"Owh, before I forget. Kau. Join Opie. Clean all this. Kalau kau cabut. Along cari kau dekat hostel kalau tak ada juga Along cari kau dekat rumah Mak Long. Along suruh Mak Long kurung kau dekat rumah. Biar padan muka." Terlopong mulut Saiful mendengarkan itu. Sophia yang pada awalnya muram terus cerah masa depan. Muehehe. Ni yang buat aku sayang Along ni. Kerja tak jalan kalau tak ada geng. Hamek ko Epon! Pay cash.

"What? Apa pulak Epon kena. Along Fiq kasi dia sorang sudah la.Epon  tak campur la Along Fiq." Saiful sudah berdiri sambil bercekak pinggang. Tapi sorry cousin. Talk to my hand. Rafique menganggkat telapak tangannya betul-betul depan muka Saiful. Sophia menghamburkan tawanya. Saiful mencebik. Shauqie hanya tersenyum.

"1 minit tak gerak. Along denda." Lintang pukang Sophia dan Saiful lari masuk ke dalam rumah. Serentak itu Shauqie dan Rafique ketawa. Shauqie tersenyum dalam hati. Cute betul! Ya Allah keluarga siapa yang kau telah kirimkan buatku ini? Bantulah aku mencari diriku Ya Rab. Amin!

 
 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo