Sabtu, 10 Ogos 2013

SODA 3

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 3 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 3~

S
etelah menghantar pesanan Shauqie tadi, Sophia kembali ke biliknya. Sophia melangkah perlahan masuk ke biliknya. Kemudian dia duduk di birai katil sambil mengawal rasa debaran hatinya. Tangan kanannya diletakkan di dada. Apa kena dengan aku ni? Tak pernah-pernah jadi macam ni. Mata tu! Siapa lelaki tu! Mata tu mengingatkan aku pada seseorang. Mata hazel itu. Arhh! Malaslah aku nak fikir. Kepala aku ni mula lah. Nak sakit. Haish! Relek Opie. Tak nak tensi-tensi. Nanti sakit lagi. Sapa susah? Kau jugak yang susah Opie. Tapi siapa lelaki tu? Ada kena mengena dengan aku ke? Ingat Opie, ingat!

“Aduh!”

Sophia memegang kepalanya yang mula berdenyut. Semakin lama semakin sakit. Tu lah kau Opie. Gatal sangat semakkan otak kau kenapa? Kan dah sakit. Breath out breath in. Subhanallah, Alhamdulillah, Allah Akbar. Hati Sophia berzikir sambil menarik dan menghembus nafas dengan perlahan. Perkara itu diulang-ulang sehingga sakit yang mencengkam kepalanya berkurangan. Tak nak fikir dah Opie. Nanti lagi teruk. Ubat kau tak ambil lagi. Tinggal sikit je. Sophia mengambil ubat yang berada di dalam simpanan beg sandangnya. Kemudian ditelan bersama air suam.

Tuk! Tuk! Tuk!

“Salam, Along masuk boleh?”

Tersemubul wajah Rafique dari sebalik daun pintu. Belum sempat Sophia memberi keizinan, Rafique sudah melangkah masuk sambil membuat muka selamba. Hish! Baik tak payah minta. Habiskan air liur je tanya. Aku pun tak sakit hati.

“Ada orang bagi masuk?” Sophia bertanya sambil memasukkan kembali ubatnya ke dalam beg. Takut dilihat Rafique. Lain pula jadinya. Tak fasal-fasal senang je papa jemput aku diiringi sepanjang jalan sampai balik ke rumah. Rafique tersengih.

“Ala macam tak biasa.”

“Memang dah biasa. Kang tak fasal-fasal orang tengah free show tadi. Macam mana?”

“Along tengok je lah. Kalau ada camera lagi best. Auch! Sakitlah.”

Rafique memegang pipinya yang ‘disepak’ oleh buku entah apa entah yang tebal dia boleh tahan le jugak. Tambah lagi skill tae kwan do Sophia yang sememangnya aku pun kalah. Menyesal bagi keizinan dekat Sya belajar tae kwan do. Kalau tak disebabkan alasan ‘tak nak sejarah berulang’ dia tak akan benarkan punya. Fuh! Mujur tak luruh semua gigi aku. Kang tetiba tukar jadi atuk belum sampai waktunya pulak. Tapi serius weh! Sakit gila. Rasa macam nak meleleh dah ni. Maintain macho Rafique. Nanti minah senget ni buat bilik dia tempat lawak sarkas pulak. Gelak macam orang gila.

“Mulut tu lain kali jaga lah. Orang cabaikan.”

Sophia mengacah-ngacah penumbuk kecilnya. Tapi padahnya siapa tahu. Kecil-kecil cili padi tau. Apa ke punya Along la. Ada ke patut punya serongnya otak pensyarah ni. Macam manalah boleh jadi pensyarah ni. Otak kuning + tempat kosong = biru. Kang aku cabut otak tu rendam dalam Clorox baru tahu.

“Ye lah. Gurau je pun.”

“Gurau-gurau pun still ada batas dia. Hah! Along kenapa tak call dulu nak datang. Kalau tak orang boleh prepare apa-apa. Ni datang mengejut macam tu je. Dah la tak bawa kunci.”

“Eleh…. Siapa cakap Along tak call. Dah berpuluh-puluh kali Along call tapi itulah memenatkan jari Along je tekan nombor Opie. Kalau tuan badan jawab tak apa juga, ni tak habis-habis robot yang tak hidup tu yang jawabnya.”

Sophia tersengih sambil mengangkat dua jarinya ke atas. Peach! Sophia hanya mampu tersenyum senget menutup rasa bersalah melihat berpuluh-puluh missed call. Semuanya dari Alongnya. Rafique merengus melihat riak wajah Sophia. Hati kering betul!

“Alar.. relek la Along. Macam la Along tak tahu. Time ni, time orang beradu. Kalau orang tidur,  orang tidur mati tau. Sebab tu la telinga orang tak hidup waktu Along call. Tapi kan Along, kan bagus kalau telinga orang tak hidup waktu Along tekan loceng tadi. Tak de lah orang buat dosa bila terjaga dari tidur. Entah berapa bakul dah orang kutuk tadi.” Aisya menjawab sambil membuat muka innoncentnya. Rafique mencebik.

“Dah tu nak suruh kami berkhemah dekat luar sampai pagi esok? Kang tak fasal-fasal satu taman buat perhimpunan tak bertauliah depan banglo ni.” Aisya ketawa kecil.

“Siapa suruh lupa bawa kunci. Ye la orang salah. Hah! Yang Along ni tiba-tiba mencemar duli dalam bilik orang ni kenapa?”

Eleh nak tukar topik la tu. Tapi macam tahu-tahu je adik aku sorang ni. Tak perlulah aku rangka ayat SPM nak tanya minah senget ni. Hurmm.. bagus-bagus I like it. Tapi.. seriau juga aku. Angin makhluk ni bukan boleh diduga. Tak apa Rafique. Belum cuba belum tahu kan. So let do it. Rafique membetulkan kotak suaranya. Ambil mood gitu lorh. Sophia yang melihat Rafique yang kelihatan ‘over’ formal macam nak pergi tanya PM menjulingkan matanya ke atas. Apa-apa sajalah Along oii.

“I’m wating brother.” Sophia memeluk tubuhnya sambil melirik ke arah Rafique yang masih teragak-agak untuk bersuara. Dari duduk di sisi katil, diubah duduknya di tengah katil sambil menyilangkan tangannya ke dada. Rafique turut bersila di tengah katil mengadap Sophia.

“Okey. First, Opie nak dengar mana satu. Kali ni Along bawa berita buruk saja. Berita baik tak ada. So, Opie pilih nak dengar berita buruk dulu ke atau maybe you want to know about hurmm.. boleh la nak kata berita baik sikit dari berita buruk. Tapi bukan berita baik.”

Okey ke aku susun ayat? Tak kisahlah. Bukan masuk SPM pun kan. Dah lepas dah. Goodbye and bye bye dah. Sophia yang mendengar intro Rafique berpusing highway Malaysia hanya mampu membuat muka bosan. Bagi aku, nak jadi pensyarah. Masih ada 50 ujian lagi baru Along lepas.

You know me Along. Orang lebih suka dengar berita yang lebih buruk daripada bad new or good new. Then, shoot.”

Sophia memeluk bantal peluk berbentuk silinder bewarna biru, terdapat cartoon arnab pada bantal itu.. Dagunya ditongkatkan sambil menanti penerangan daripada Rafique. Hati yang sudah hilang debaran tadi kembali bertandang. Tapi kali ini dia yakin bukan lagi tertanya tentang Shauqie. Ya Allah kenapa aku rasa lain macam je ni. Wajah suram Rafique yang sedang disembunyikan Rafique menambahkan lagi gundah hatinya.

“Ermm.. actually you know. Opss, maybe not. First, Along minta sorry sangat sebab tak inform Opie siang-siang. Sebenarnya.. ar.. Papa masuk ICU last week. Heart attack. Kritikal juga lah, doctor cakap papa dah lama sakit tapi papa tak pernah pergi check up dengan doctor. Date dengan doctor pun papa tak pergi. Papa hanya bergantung pada ubat. Then bila dah macam ni. Kena tahan wad la. Maybe operate minggu ni. Opie tahu, tiap-tiap hari bila Along call ibu dengan papa, mesti papa dengan ibu sebut nama Opie.”

Tersentap Sophia apabila mendengar penjelasan daripada Rafique. Patutlah beberapa hari kebelakangan ni aku sering tak senang duduk. Ternyata apa yang dirisaukan sudah terbukti tika ini. Ya Allah, semoga kau sentiasa memberi kesihatan yang baik untuk papa dan ibu. Maafkan Opie papa, ibu, Opie tak boleh balik. Opie belum bersedia untuk hadapi papa dengan ibu. Opie belum kuat nak jumpa ‘dia’. Ya Allah aku sedekahkan doaku melalui kalammu Al-Fatihah buat papaku Nordin Iman dan ibuku Nora Insyirah. Semoga doaku dapat sembuhkan mereka. Amin.

Melihat keadaan Sophia, Rafique dironta rasa bersalah. Adiknya seorang itu lari jauh dengan rialiti yang dialami oleh keluarga mereka. Atau lebih tepat rialiti yang dialami Sophia sendiri. Dek peristiwa 5 tahun lalu, Sophia membawa diri ke negeri jelapang padi ini jauh dari tempat asalnya di kota raya Kuala Lumpur. Semenjak itulah Sophia tak pernah balik ke rumah mereka yang asal. Sophia tinggal di rumah keluarga mereka di Kedah ni pun tanpa pengetahuan keluarga mereka. Hanya dia sahaja yang sering menjenguk keadaan Sophia. Mujur dia bertugas di Perlis. Tak susah untuk berulang-alik ke Kedah walaupun sering dilarang Sophia. Lagipun dia CEO MQ-One United, cawangan syarikat papanya di Kedah. Kenalah selalu balik Kedah. Umi Raudhah pun ada. Opie boleh ke sana kalau free.

“Opie, are you okey?”

Tidak membalas pertanyaan abangnya. Tangan kiri Rafique ditumbuk kuat melepaskan rasa geram yang berbuku di hati. Geram disebabkan tidak dapat melawan rasa hatinya. Geram disebabkan Sophia masih belum bersedia untuk hadapi kenyataan yang berlaku walaupun 5 tahun sudah berlalu. Geram disebabkan trauma kejadian 5 tahun lalu Sophia hampir kehilangan separuh memori.

Geram kerana Sophia tidak boleh terima ‘dia’ yang entah bagaimana rupanya disebabkan lupa kesan traumanya. Hanya mata sahaja yang Sophia ingat. Dan mata itu membuatkan Sophia berdebar apabila bersua dengan Syafiq, teman abangnya. Tapi tak mungkin mereka orang yang sama, kerana dia yakin pasti ‘dia’ sudah hidup tenang di luar sana. Geram disebabkan traumanya juga menyebabkan dia mengalami tekanan yang teruk dan memberi impak kepada sakit di kepalanya. Dan geram kerana Rafique sembunyikan berita tentang papa dan ibunya yang sentiasa tidak sihat.

Rafique membiarkan Sophia menumbuk bahunya. Walaupun perit Allah sahaja yang tahu, tapi Rafique biarkan. Rafique tahu biasanya Sophia melepaskan geramnya dengan menumbuk punching bag di bilik gym. Sambil bertumbuk Sophia akan mengalirkan air mata. Tapi mungkin kali ini, emosi gadis itu tidak terkawal dan dia menjadi ‘punching bag’ Sophia sambil menangis teresak-esak. Setelah Sophia berhenti dari terus menumbuk bahunya, Rafique memeluk tubuh genit adik yang sangat dia sayang itu.

“You look very grimy when you cry. And I lose my strong superwomen when she crying. She look very poor with that face. Where’s my sister. Always strong, bord and brave. She’s change when she crying. Oh come on sis. Don’t be like this okey. Owh, maybe she think she look very cute when she crying cause that she don’t want to stop crying in my hug. Well a prince hug. Who dont want right?”

Sophia ketawa kecil sambil melepaskan pelukan Rafique. Kuat perasan betul Along ni? Ceh prince hug konon. Air mata yang membasahi wajahnya dikesat dengan tangannya. Rafique turut membantu menghilangkan sisa air mata di wajah Sophia. Dek berasa malu dengan Rafique, kepala Alongnya itu ditunjal dengan jarinya.

“Siapa suruh Along sembunyikan hal ini dari orang. Kan dah kena tumbuk. Tak fasal-fasal orang dapat ‘punching bag’ free je. Sini orang tengok. Kang bengkak tak laku pulak anak teruna sorang ni. Tangan besar sebelah.”

Sophia menarik tangan kiri Rafique lalu dibeleknya. Kelihatan kulit Rafique yang putih melepak itu menjadi merah-kemerahan dan mulai berubah warna biru. Segera Sophia mengambil first-aid yang sememangnya disediakan dibiliknya. Minyak gamat dan kapas diambil kemudian minyak itu di sapu di tangan Rafique dan diurut lembut. Skill urutan yang diwarisi neneknya. Rafique hanya membiarkan walaupun mukanya berkerut menahan sakit. Tak sangka sesakit ini sebenarnya. Huarhh.. untung adik aku ni comel kalau tak memang aku balas balik 10x ganda.

“Opie..”

“Hurmm..”

“Opie tak nak balik rumah?” Sophia mengeluh mendengar pertanyaan Rafique. Usai menyapu ubat di tangan Rafique, tangan abangnya itu dibalut dengan kain dan diikat kemas. Lengan kiri baju tangan panjang t-shirt Rafique yang disinting tadi diturunkan.

“Bukan orang tak nak balik. Tapi serius orang tak ready lagi.”

“Don’t you feel pity with ibu and papa. They’s always waiting you for 5 years honey. Please. Kita balik nak.” Rafique memujuk. Memang itu yang sering dia lakukan bila dia bertandang ke rumah yang didiami Sophia itu.

“I’m sorry Along. Orang betul-betul tak ready. Lagi-lagi nak jumpa dengan ‘dia’. Lagi orang tak ready. Sungguh! Orang tak tipu. Tapi orang janji mungkin 2 atau 3 tahun lagi. I’ll back home.”

“You mean Shah, Opie?”

Sophia mengangguk perlahan. Rafique Amsyar mengerutkan dahinya. Sophia yang melihat kerunsingan di wajah Rafique berasa pelik. Kenapa? Aku ketinggalan sesuatu ke?

“Kenapa yang Along buat muka seposen macam ni?”

“Eh, tak ada apa lah. Hurmm.. Opie. Along nak tanya ni.”

“Tanya je lah. Tak pernah-pernah nak minta izin sebelum ni kalau nak tanya. Main serbu je. Tiba-tiba je hari ni, buang tebiat ke Along.” Hik adik aku ni, cakap tu. Tak payah la straight sangat. Mujur kau adik aku.

“Opie tak kenal ke kawan Along tu.” Sophia menggeleng. Rafique cuak.

“Betul-betul tak kenal?”

Sekali lagi Sophia menggeleng. Apahal Along aku ni? Dah orang cakap tak kenal, tak kenal la. Sekali lagi tanya. Orang tembak dengan senapang gajah. Tapi.. aku kenal ke lelaki yang dapat anugerah title mamat serebeh tu. Waktu first jumpa tadi, memang macam ada aura semacam je. Tapi tak kaitan dengan fizikal langsung. It’s about heart. Ciwah! Jiwang karat pulak. Dan mata hazel itu yang buat aku ingat dekat ‘dia’ iaitu arh! Tak kuasa aku nak sebut nama dia. Walaupun aku lupa apa yang berlaku tapi aku sentiasa rasa takut macam ada sesuatu yang buat aku trauma dari masa lalu. Dan sebut je nama Shah dah buat aku rasa marah membuak-buak. Tapi apa kaitannya dengan mamat serebeh tu?

“Betul la orang tak kenal. Kenapa? Orang gila mana Along bawa balik tu?” Kepala Sophia disekeh lembut. Mulut tu! Haish! Tak ada insurans betul.

“Apa cakap macam tu. Dia normal lah.”

“Orang tanya je. Manalah tahu kot-kot Along terbawa balik orang sakit jiwa mana ke? Kalau dia sakit boleh la orang tolong call rumah bahagia ambil dia. Kalau boleh angkut Along sekali lah.”

Sekali lagi kepala Sophia disekeh ditambah pula dahi luas Sophia dijentik menggunakan jari tengah Rafique. Sophia menggosok-gosok dahinya yang sudah kemerah-merahan. Sakit tahu tak. Kepala jangan main la. Tempat simpan ilmu ni. Kang melayang nak tangkap guna apa. Sauh ikan?

“Memang Along jumpa dia kat stesen minyak tadi. Tapi Along waras la bukan macam Opie. Tahulah Along beza yang mana orang betul dengan orang tak betul. Lagipun memang Fiq bestfriend Along dari kecil lagi. Sebab tu la Along tanya, kot-kot Opie ingat atau kenal dia ke?”

Sophia terdiam. Takut terlepas cakap yang dia mengalami trauma yang teruk menyebabkan dia hampir kehilangan separuh memori masa lalunya. Sophia hanya menjungkit bahu tanda tak ingat. Bertambah pelik kerutan di dahi Rafique.

“Orang tak ingat la. Apa nama penuh dia?” Rafique telan liur.

“Shauqie Alexender….”

Rafique beritahu. Tapi perlahan sahaja disebut nama itu. Sophia memandang wajah Rafique yang sememangnya kelihatan lain. What’s wrong with you brother? Shopia diam memikirkan jika dia ada kenalan yang bernama Shauqie Alexender. Hurm.. rasanya tak ada kot. Entah.. mungkin aku lupa kot. Rafique yang melihat Sophia diam sedari tadi mula gelisah. Takut sebenarnya. Payah betul jenis orang berkrisis ni.

“Tak kenal. Orang rasa macam tak kenal sapa-sapa yang nama dia Shauqie Alexender. Tapi serius orang beritahu Along jujur dari lubuk hati orang. Orang bersyukur sangat yang mamat serebeh tu bukan dalam golongan sakit jiwa yang Along bawa balik dari ulu mana entah tu. Hehe.”

Mendengarkan itu, kepala Aisya ditolak kasar. Hoit! Jangan main kepala la. Nanti terbang habis ilmu aku. Rafique melepaskan lega. Hok aloh, adik aku ni. Muka cuak habis la buat kerek macam tu. Baru je gaya nak ingat balik skill silat gayung aku dulu. Tapi macam mana Sya boleh tak ingat. Atau dia betul-betul tak ingat? Atau dia ingat tapi pura-pura tak ingat. Tapi memandangkan segala yang berlaku hari ini, Nampak sangat yang Sya memang tak ingat siapa Auqie. Tapi kenapa? Hish! Kau ni banyak soal la. Bersyukur lah Sya tak ingat. Kan lebih baik dia tahu lambat-lambat daripada tahu secara mengejut. Kang dia pengsan, kau pun pengsan dalam kurungan sebab kena belasah dulu dengan Sophia sebelum Sophia pengsan.

“Ada ke cakap macam tu. Dia tu kawan Along. Jadi jangan nak pandai-pandai kata orang macam tu. Selekeh-selekeh dia pun dia ada ijazah tahu.” Sophia mencebik. Ijazah konon. Rupa macam hantu bungkus macam mana nak ada ijazahnya.

“Opie..”

“Apa lagi? Straight je lah. Ni melerek-lerek panggil nama orang. Buat orang cuak lah.” Rafique tersengih disembur Sophia.

“Tadi Along cakap ada berita buruk dengan berita tak berapa buruk tapi bukan berita baik kan?” Sophia hanya mengangguk. Malas untuk memberi komentar lebih lanjut. Matanya sudah semakin kuyu. Huarghh! Ngantuknya.

Rafique berkira-kira perlu ke tak diberitahu hal yang bermain di fikirannya itu. Slow talk boleh kot. Tapi macam mana kalau tak jadi. Minah senget ni bukan boleh duga. Walaupun tengok okey, impak siapa tahu kan. But… aku dah janji dengan Auqie tak mahu beritahu orang lain fasal dia. Biarlah, kalau tak beritahu Auqie tinggal sini Sya kata apa pulak. Kalau beritahu sebab dan munasabah Sya nak percaya ke? Hanya tengok penampilan Auqie pun Auqie dah tembak dia punya laser tak mustahil cerita fasal Auqie pun dia tak percaya. Tak fasal-fasal Sya fikir Auqie nak ambil kesempatan pula. Hurm.. perlu ke tak? Perlu ke tak?

“Along! Cepat lah.”

“Ar… Auqie stay sini 5 bulan and ke atas.”

Laju jawapan yang keluar dari mulut Rafique kerana terkejut disergah Sophia. Sepantas kilat mulutnya ditekup dengan tapak tangan. Otaknya kembali berputar memikirkan apa yang diucapkan tadi. Lar.. lain yang aku rangka lain pula yang keluar. Tapi tak apalah, target utama dah beritahu. Yang story asbab munasabab fasal Auqie tu, lain kalilah.

“WHAT?!”

Terbuka luas mata Sophia yang kuyu tadi. Aku salah dengar ke? 5 bulan and ke atas. Sophia mengetap bibir. Dia bertanya perlahan tapi penuh dengan nada amarah. Rafique yang terasa aura panas dalam bilik itu mula mula tak senang duduk. Ditambah lagi kedengaran gigi Sophia diketap geram. Kan dah cakap mesti minah ni melenting.

“Ar.. tak ada apa. Along masuk tidur dulu. Sweet dream. Bye. Muah! Assalamualaikum.”

Cepat-cepat Rafique turun dari katil. Dahi Sophia diciumnya seperti selalu lalu terus berlalu keluar. Weyh! Bahang kot. Aircond pun dah tak terasa disebabkan aura minah senget tu menguasai suhu bilik tu. Macam nampak je api merah menyala sedang marak dalam bebola mata dia. Fuh! Kalau lambat memang aku hangus dalam tu. Sorry Sya!

“RAFIQUE AMSYAR!!!”


 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo