Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 7 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 7~ |
eh nok! Siapa mamat tu erk?" Saiful mengetuk kepala Sophia
dengan papan pemotong. Terbantut kerja Sophia membasuh ayam yang baru
dikeluarkan dari peti sejuk. Sophia mengetap gigi geram dengan sepupunya
seorang itu. Dah la mood aku nak memasak hilang. Malas untuk berbahas
Sophia sambung kerjanya.
“Laki aku.” Pendek sahaja jawapan Sophia. Lebih kepada mood
nak kenakan Saiful tika itu. Cari jalan nak hiburkan hati. Saiful yang sedang
menyisip air raibina tak jadi buatan sendiri tersembur tepat mengena pada muka
Sophia. Sekali lagi kerja Sophia terbantut. Tapi dibiarkan sahaja dirinya basah
kuyup. Alah, bukan melekit pun badan aku. Epon kalau buat air sendiri. Hurmm
rasanya setengah sudu je dia letak perisa lepastu air kosong sejag. Tawar je.
Lagipun nanti nak bersihkan halaman rumah kotor juga kan. Tapi kena mandi juga
nak solat kejap lagi.
“Kau biar betul Opie. Jangan main-main bab ni lah. Kau kan dah
janji nak kahwin dengan aku.” Gelabah Saiful bertanya Sophia. Mak cik ni
betul-betul maksudkan kata-kata dia ke? Sophia buat muka menyampah. Sejak bila
aku ada buat janji setia sehidup semati dengan mamat ni. Sophia mengambil
senduk boleh tahan besar yang bersangkut pada dinding lalu beralih memandang
Saiful.
“Kau nampak senduk ni?” Saiful mengangguk macam budak bodoh. Hai!
Kenapalah lurus bendul sangat anak Mak Long aku sorang ni.
“Kalau melayang atas kepala kau benjol seminggu kot.” Saiful
tersengih. Sudah dapat menangkap apa yang dimaksudkan Sophia. Apalah kau ni
Epon, buat malu keturunan je.
“Cool Opie. Rilek la. Itupun nak sentap. Serius weh laki kau
betul ke tu? Bila kau nikah. Entah. Entah kena tangkap basah apa korang. Sebab
tu tak ada ribut tak ada angin tup tup jadi laki kau.” Selamba badak sahaja
Saiful berkata.
KEDEGANG!! Hamek ko Epon. Mulut kau tak berprikemanusiaan betul.
Ada ka patut doa yang bukan-bukan fasal sepupu kau yang baik lagi suci ni. Tak
fasal-fasal aku acah jadi sungguh. Benjol kepala kau, aku tak tanggung. Tapi
kenapa erk? Tersentap jugalah aku. Epon bukan tak pernah kutuk aku kena tangkap
basah dengan mana-mana lelaki. Yelah, aku ni kan cun, comel, cantik kau memang the
bom! Mestilah selalu ada gosip dengan mana-mana mamat. Tapi aku ni kan hati
batu. Mana ambil port bab-bab macam ni. Tapi sebut aku kena tangkap
basah dengan mamat serebeh tu tersentap juga la. Hati aku ni pun macam
faham-faham je tuan dia. Mula nak maraton 10 pusingan. Kenapa erk?
Saiful mengaduh kesakitan. Gila betul minah ni! Tak pernah-pernah
orang ketuk kepala aku. Dengan senduk pulak tu. Kalau kecik tak kalut ni yang
orang kacau gulai kenduri dia buat guna ketuk kepala aku. Rasa macam nak je
guling-guling atas lantai sekarang ni. Serius weh! Sakit kot. Tak caya mai aku try
buat dekat korang. Baru tahu rasanya.
“Sakit lah nok. Kau ni kenapa? Sentap betul ke. Selama ni stone
je.” Menyedari keadaan Saiful, Sophia pandang serta menjelirkan lidahnya dan
buat bodoh. Padan muka. Dia kembali sambung kerjanya. Entah, tiba-tiba hilang mood
dia nak bergaduh. Disebabkan sentap dengan benda remeh tu je. Kenapa erk? Dalam
berfikir sebab dan kenapa dia perlu berasa begitu tiba-tiba ingatannya
teringatkan mimpi yang acap kali menjadi peneman tidurnya. Pucat lesi wajahnya.
Sakit mula mencengkam kepalanya.
“Aduh!” Terlepas keluhan kecil di bibir Sophia.
“Kau okey ke Opie. Sorry. Sorry.” Saiful yang mendengar
aduhan Sophia mula gelabah. Sibuk dia memohon maaf. Melihat Saiful ingin
menyentuhnya Sophia mengangkat kedua tangannya menghalang Saiful.
“I’m Okey.” Sophia berkata ringkas. Nasib je dia ni
sepupu aku kalau tak memang aku ketuk sekali lagi dengan senduk tu.
“Ops! Sorry. Tak sengaja. Kau betul okey ni.” Saiful
bertanya. Minta kepastian. Sophia hanya mengangguk. Malas cakap lebih-lebih.
Kang kalau dia tanya aku sakit ke nak jawab apa. Mamat ni pun bukan boleh
percaya sangat. Karang mula la nak repot Along.
Saiful yang menyedari perubahan riak wajah Sophia berasa pelik.
Haila! Sejak bila minah ni termasuk dalam stok minah-minah touching ni.
Dah tu sampai sakit bagai. Tak kan la sebab aku usik sikit dah sampai macam ni.
Aku dah la lemah bab pujuk memujuk ni. Saiful membontoti Sophia yang sudah
beralih tempat ke meja. Sophia cuba melindungi hatinya yang tiba-tiba berdetak
hebat mengingatkan mimpinya. Dia memotong sayur kangkung untuk dibuat kangkung
sambal belacan. Special permintaan dari Saiful yang rindukan masakan Mak
Longnya yang berada di Sabak Bernam. Biasalah adat orang jauh. Saiful belajar
di USM, Penang, sama dengannya tapi dalam jurusan berbeza. Cuma Saiful tinggal
di hostel kadang-kadang saja balik lepak dekat rumah banglo ni.
“Nok, kau kenapa sunyi je. Sorry la nok. Aku tak tahu pulak
kau dah join group minah-minah touching ni. Promise tak
buat lagi.” Saiful menyusun 10 jari mohon maaf.
“Hurmm..” Aik! Macam tu je.
“Epon! Jumpa aku kejap.” Kedengaran laungan Rafique dari ruang
tamu. Sophia pandang Saiful. Saiful pandang Sophia sebelum masing-masing
jungkit kening. Dan mereka berdua serentak menghamburkan tawa. Sejak bila Along
berbakat jadi mak tiri ops! silap ayah tiri. Jerit macam nak menggegar rumah
ni.
“Weh! Chow dulu. Jangan lupa story dekat aku siapa
mamat tu. Kalau jawapan kata laki kau, aku cari tok kadi terus.” Saiful pergi
meninggalkan Sophia sendirian di dapur menemui Rafique yang sedang berada di
ruang tamu. Sophia ketawa kecil. Thanks Epon. Tahu-tahu je kau nak buat
aku ketawa. Haila hati haila kepala. Nasib baik tak kantoi tadi. Along pun, kidnap
Epon kenapa. Banyak lagi kerja yang nak buat ni. Dah la order macam nak
buat majlis gamaknya.
Patut la pukul 11.00 dah suruh orang masak. Ada special order rupanya. Teringat lagi sebelum dia sempat mula memasak tadi Alongnya telah membuat additional requirements. Tapi kali ni Epon termasuk sebab kesalahan aku tak layan dia. Eww! Entah apa-apa la. Mamat sekor tu ‘kemain’ le senyum dia. Seorang minta nasi ayam, seorang minta tom yam berapi + kangkung sambal belacan. Jenis makhluk spicy ni nak buat camna kan layan je. Dan dish tambahan dari mamat serebeh tu. ‘Andalusian Paella’ dan pencuci mulut ‘Catalana Crema’. Mungkin dia berketurunan Spanyol jadi dish yang diminta pun ala-ala Spanyol.
Nasib baik ibu dulu pernah study dekat Spanyol jadi bila
kahwin dengan papa, kemahirannya diaplikasikan buat keluarga. Dan yang
mewarisinya tak lain tak bukan anak perempuan tunggalnya seorang ni. Tak
sia-sia aku minat memasak dari chef yang paling aku sanjungi, ibu aku sendiri.
Wajah ceria Sophia sekali lagi berubah muram mengenangkan ibu yang berada jauh
darinya. Ibu apa khabar ye? Entah kenapa sekarang selalu je mood dia tak
menentu dalam ceria boleh bertukar mendung. Dalam mendung lagilah hujan terus.
Hai! Sabarlah duhai Sophia. Tapi bila Auqie cakap yang dia nak makan spanish
cuisine terus aku teringatkan Shah. Lelaki itu turut berketurunan Spanyol.
Sebab tu la mood nak memasak pun tak berapa yang ngam. Siapa sebenarnya
Shauqie Alexander?
“Jauh termenung.” Tersentak Sophia sampai terlepas pisau yang
dipegangnya apabila ditegur Shauqie yang sudah elok duduk dihadapannya.
Tambahan lagi lelaki itu sudah siap mengupas udang galah yang sederhana besar.
Kepah yang baru dibeli kelmarin turut diasingkan. Patut la mamat ni minta buat
paella dia perasan ada kepah rupanya. Dan sotong pun sudah dipotongnya. Kulit
sotong pun sudah dibuang. Putih bersih je sotong tu. Excellent! Kerja
yang pantas. Ke aku termenung lama sangat.
“Hurmm..” Acuh sahaja Sophia membalas. Kalau aku panjang lebar.
Adalah mamat ni nak buat aku sakit hati.
“Kau tahu. Bila Fiq cerita yang kau pandai masak spanish cuisine
tiba-tiba aku teringatkan mommy. Aku pun tak tahu. Macam aku ni nampak
saja gambar mommy dalam minda aku. Bila aku cakap macam tu Fiq story
yang aku ni ada darah Spanyol. Ibu aku orang Spanyol dan ayah aku Malay mix
Arab.” Mak aii! Kiranya memang mamat bukan asian tulin la. Memang terang tang
tang la bukan asian tulin mata pun hazel. Haish! Kenapalah makin kerap pulak
aku teringatkan Si Shah tu. Kalau aku ingat muka tak kisah boleh aku lukis atas
kanvas then tumbuk sampai hancur. Tapi masalahnya aku tak ingat. Buat
menyiksa hati je benci orang yang tak ‘nampak’. Tapi kan kenapa tiba-tiba je
mamat ni terbuka hati nak sharing dengan aku. Sophia tiba-tiba
teringatkan kata-kata Rafique ‘Along
harap kita dapat bantu pulihkan ingatan dia. Along mungkin tiada masa untuk
sentiasa di sini. So, mungkin Opie boleh bantu Auqie ingat balik ingatan dia
sebab dia akan tinggal di sini bersama Opie..’
Dipertimbangkan.
“Kenapa kau lari dari Robert? Dan kenapa Robert kejar kau?” Sophia
bertanya tanpa memandang wajah Shauqie. Shauqie hanya diam, mungkin berfikir.
“Hah?” Apa ke susah sangat ke soalan aku? Dah ambil masa 2 minit
fikir jawapan dia Hah? Sophia menjeling Shauqie yang sedang tersengih di
depannya. Hui! Si Cantik Momok Mulut Laser dah bagi warn tu.
“Aku tak ada jawapan la untuk tu. Kau pun tahu kan problem aku.”
Ye la. Aku tahu ingatan kau hilang. Dah nak buat macam mana mulut aku ni gatal
sangat tanya. Semenjak hari tu lagi tertanya-tanya. Tiba-tiba terkeluar hari
ni. Suasana diam lagi. Tak lama kemudian Shauqie bertanya.
“Kau buat apa dekat lorong tu?” Zap! Laju je Sophia panggung kepala
memandang Shauqie yang sedang mengasingkan sayur-sayur untuk buat tom yam
nanti. Eh! Kejapnya. Yang aku ni baru je habis potong kangkung. Dah abaikan
fasal ni. Dia tanya apa tadi. Aku buat apa dekat lorong tu? Lorong apa? Lorong
Haji Taib ke? Haji Taib mana pulak? Kau ni merepek betul la Opie.
“Lorong apa?” Lambat-lambat Sophia bertanya. Shauqie panggung
kepala sambil berkerut dahinya.
“Aku ada cakap sesuatu ke?” Weh! Gaya cakap macam minta penumbuk
je. Orang cakap elok-elok dia main-main pulak. Sophia pandang Shauqie. Shauqie
pandang Sophia. Tak ada pulak aku nampak muka dia ni main-main. Suci bersih je.
Lama Sophia pandang mata Shauqie. Seolah-olah dirinya mencari sesuatu di situ.
Dup dap dup dap dup dap. Apa kena dengan jantung aku ni. Buat konsert pulak.
Tanpa sedar darah merah mula menyerbu di segenap wajah putih bersihnya. Sedar
akan malu menguasainya, Sophia tunduk lalu menggeleng.
“Nothing!” Malu aku usyar anak orang sampai macam tu.
Sophia mengikat tudungnya pada wajahnya. Aku tahu muka aku dah blushing
habis ni. Kalau Epon ke, Along ke. Gerenti kena sakat habis. Ye la ingat senang
nak tengok aku blushing sampai macam ni. Mamat ni pun dah la sikit-sikit
usyar anak dara Nordin Iman ni. Shauqie tersenyum. Comel je! Macam anak patung.
Heheh.. mujur je Sophia tak syak apa-apa. Mulut ni gatal sangat tanya. Semua ni
sebab mimpi nampak Sophia dekat lorong gelap.
“OPIE! TOLONG!”
******
Sophia memandang tajam Saiful yang sedang elok je berbaring atas
sofa. Siap main PS3 lagi. Tadi buat gimmik panggil nama aku macam nak berlaku
gempa bumi. Sampai aku ni tolak kerusi jatuh berlari dapatkan mamat ni. Dah aku
tanya kenapa boleh buat bisu pulak. Yang Along pun satu, boleh steady
baca surat khabar lagi. Buat menghabiskan tenaga aku saja lari tak cukup tanah.
Ingatkan nazak dah tadi. Kan bagus kalau betul. Mula la aku nak doa
bukan-bukan.
“Seminit lagi still bisu macam ni. Orang cancel terus
la nak masak. Masak sendiri. Halaman rumah pun kasi Epon sorang saja kemas.” Sophia
mengugut. Shauqie yang sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuh hanya
tersenyum. Apa sajalah diorang ni. Dari aku mula stay sini sampai
sekarang, asyik minah ni je kena buli. Hurmm, nasib kaulah minah.
Shauqie mendekati Sophia lalu duduk bersebelahan dengan Sophia.
Sophia memandang pelik Shauqie yang tiba-tiba duduk sebelahnya. Rapat pulak tu.
Dah lama hidup agaknya. Dia tak tahu ke hati aku ada masalah kalau dia duduk
dekat macam ni terutamanya orang yang digelar lelaki. Jatuh cinta? Sophia Aisya
Nordin Iman jatuh cinta? Menggegar dunia agaknya. Dengan mamat yang rupa macam
orang ulu mana ni. Oh please la. Tak ada yang sejuk sikit ke mata
memandang.
Shauqie membengkokkan jari telunjuknya dua kali memanggil Sophia
mendekatinya. Sophia pun macam pak turut je ikut arahan Shauqie. Telinganya di
dekatkan dengan mulut Shauqie. Kedengaran sok sek sok sek dari jauh. Apa yang
dibisikkan pun tak tahu. Saiful memandang Rafique. Rafique hanya menjongkit
bahu sambil tersengih. Kita tengok apa jadi. Sophia yang mendengarkan apa yang
dibisik Shauqie terus tegak tubuhnya. Ada dua sebab kenapa dia jadi begitu. First!
Rasa meremang bulu romanya bila dengar suara Shauqie yang kedengaran seksi dan
menggoda padanya walaupun Sophia bersusah payah menafikan hal itu. Second,
yahoo! Sophia melompat-lompat kegembiraan. Lagak macam orang baru menang
loteri je. Eh! Loteri tak main la. Haram tu.
“Yes! Warh! Kenapa Along tak cakap awal-awal dekat orang.
Kalau tak dari pagi tadi orang masak. Ni yang buat orang sayang Along double
trible love ni!” Terangguk-angguk tiga orang jejaka di ruang tamu itu
melihat Sophia terlompat-lompat. Macam kangroo pun ya juga. Shauqie ketawa
kecil. Apapun dia tetap comel. Sophia berlari lalu memeluk erat Rafique. Dengan
sekali surat khabar yang dipegang Rafique dipeluknya. Sesak nafas Rafique
dipeluk begitu erat oleh Sophia.
“Opie please, I can’t breath.” Sophia
melepaskan pelukannya. Gembiranya tak usah cakap la. Dah lama dia nantikan saat
ini. Heheh.. ada dua sebab aku perlu gembira mengalahkan orang putus fius. First!
Aku tak perlu kemas segala pasu bunga yang dah berterabur dekat luar sebab
Along dah call Mak Timah, pembantu rumah yang selalu datang pada hujung
minggu untuk bersihkan rumah ni. Second, aku tak perlu ikut mamat
serebeh ni pergi Tesco or Hasani sebab ditangguhkan aktiviti memberi tapi janji
tetap dipegang. Ini semua sebab Along nak bawa aku.. eh, silap. Kitaorang semua
pergi Rumah Kasih Idaman. Rumah anak-anak yatim yang selalu Sophia dan Rafique
kunjung. Selalunya bulan Ramadhan je pergi sana sebab selalu berbuka dekat
sana. Haila! Rindunya aku nak jumpa adik-adik angkat kesayangan aku yang comel,
comel, cute, cute.
Sekali lagi Alongnya dipeluk erat. Kali ni dengan sekali Shauqie
ditariknya. Siapa suruh kau datang menyemak sebelah Along. Lantaklah, asalkan
hati aku tengah happy sekarang. Rafique membalas pelukan Sophia, faham
benar kesukaan adiknya yang satu itu. Kepala Sophia diusap lembut. Shauqie
hanya kaku tak bergerak. Terkejut sebab dipeluk secara tiba-tiba. Perempuan
pulak tu.
Rafique dan Shauqie berpandangan sebelum masing-masing tersenyum. See
Auqie! Tak percaya lagi. Kan dah cakap minah ni memang suka pergi jumpa
Rumah Kasih Idaman tu. Rafique berkata dalam hati. Teringat bila Shauqie
bertanya Sophia gemarkan kanak-kanak atau tak pagi tadi? Sebab tulah mereka
rancang nak kenakan Sophia. Suprise la katakan. Rafique perasan yang
Rafique sering juga bertanyakan tentang Sophia. Kalau ditanya sebab apa?
Jawabnya, try nak dapatkan balik ingatan yang hilang. Apa pun tak kisah
bukannya salah pun. Diorangkan MAHRAM.
“Ehem.. ehem.. nak peluk sampai esok ke?” Saiful yang melihat
adagen peluk-memeluk itu mula cemberut. Ceh! Mentang-mentang la diorang boleh
sentuh. Lelaki misteri ni pun entah apa hubungan dengan family Mak Su
aku ni. Mencurigakan. Tapi dah Along Fiq tak kata apa mesti ada sebab. Tak kan
la pensyarah agama nak biarkan adik dia buat maksiat depan mata kan.
Mendengarkan sindiran Saiful, Sophia segera melepaskan pelukannya. Seronok
sangat sampai tak ingat dunia. Sampai tak ingat aku peluk anak orang. Patutlah,
dup dap dup dap je jantung aku ni. Cabut kang baru tahu.
“Eh, Epon kau jealous ye. Alolo.. sepupu aku ni. Sini aku
peluk kau.” Sophia menghampiri Saiful. Terbuntang mata Saiful melihat Sophia
menghampirinya sambil senyum senget. Senget betul ke apa minah ni. Sophia
tersenyum menggula. Berlenggang-lenggok dia menyusun langkahnya. Shauqie hanya
menggeleng. Nut betul minah ni? That why I like her. Rafique
hanya melihat. Memang sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu. Sophia
berhenti betul-betul di depan Saiful.
“Kau gila Opie. Nak bagi Along Fiq bunuh aku.” Saiful berkata.
Walaupun dia yakin mustahil Sophia bertindak begitu, tapi minah ni siapa boleh
jangka. Sekeji-keji aku lagi keji dia ni tahu. Kalau minah ni betul-betul peluk
aku, memang dia dah booking kubur untuk aku. Gila! Serik la Along Fiq
kejar aku dengan parang sebab peluk Si Opie yang aku fikirkan adik aku dulu.
Itupun dalam erti tidak disengajakan.
“Kau kenapa? Aku nak peluk kau je pun.” Sophia berkata lagi.
Senyuman masih dibibir mugilnya. Jangan kau jatuh cintan dengan aku sudah Epon.
Senyuman aku ni berbisa. Dalam sekelip mata Si Tomok yang disembunyikan
dibelakang diberikan kepada Saiful lalu terus dia pecut lari. Saiful yang tidak
sempat memastikan apa yang diberikan Sophia terus sahaja memeluknya. Boleh
tahan, lembut je. Gebu and gemuk pulak tu. Sedap je kalau peluk. Tapi
benda apa erk? Meoww...
“MAK! KUCING!” Menggegar banglo dua tingkat itu mendengar jeritan
Saiful. Class kau Tomok. Landing sebelah aku tepat waktunya.
Macam tahu-tahu je aku nak buat jahat dekat Epon ni. Well! Semua orang
tahu Saiful yang gagah perkasa itu memang takutkan kucing. Huahuahua! Tak boleh
diterima dek akal. Tapi apa boleh buat, lain orang lain caranya. Dan berlakulah
aksi kejar mengejar dalam banglo dua tingkat itu. Bersepah pun siapa ambil
kisah, kejap lagi Mak Timah datang. Adat orang berduit macam ni lah. Mujur je
tak sombong!
|
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan