onda Urban SUV merah yang disediakan di rumah banglo dua tingkat itu digunakan Rafique untuk pergi ke Rumah Kasih Idaman. Kereta itu jarang digunakan. Ye lah, Rafique naik Gen2 berulang dari Perlis ke Kedah. Saiful pula naik Suzuki gsxr hadiah daripada Mak Long sebab berjaya sambung pelajarannya. Suzuki gsxr itupun ditinggalkan di banglo ini kalau Saiful pulang ke Sabak Bernam. Urban SUV itu hanya digunakan Pak Samad, suami Mak Timah merangkap pemandu peribadi Sophia untuk menghantar Sophia ke universiti atau membawa Sophia jalan-jalan. Kalau tak Pak Samad yang guna, Sophia sendiri yang memandunya jika ada hal penting.
Tepat jam 4 petang, semua sudah bersiap untuk bertolak. Mereka membuat keputusan untuk solat Asar di sana sahaja. Sophia memasukkan segala bekal makanan untuk dibawa ke sana. Patutlah macam-macam dish diorang minta, memang ada udang di sebalik batu betul. Alhamdulillah cukup semua bahan. Sophia masak extra daripada sukatan yang sepatutnya. Ye lah kan, ramai manusia yang nak makan kejap lagi. Siap buat dalam tray makanan lagi. Mujur Along ada tempah set tray, jadi mudah untuk buat banyak. Mak Timah pun bantu sikit-sikit. Kalau tak memang tak menang tangan la jawabnya.
“Opie, dah cukup semua barang yang nak bawa?” Rafique datang menegur Sophia yang sedang menyusun bekalan di bonet belakang.
“Siap bos! Clear! Along ada apa-apa yang nak dibawa lagi ke?” Rafique memikirkan sesuatu mungkin ada yang lupa sambil mengusap-ngusap dagunya. Haila Along! Kenapalah Along ni handsome sangat. Mujur lah Along ni abang aku. Kalau tak dah lama aku suruh papa masuk meminang. Heheh.. gatal siot kau Opie. Saiful dan Shauqie datang bersama beg masing-masing. Beg? Diorang buat apa bawa beg? Rafique pandang mereka kemudian pandang Sophia.
“I think to nothing else. But you, Along rasa Opie ada tertinggal sesuatu? Did you?” Kini giliran Sophia pula mengusap-ngusap dagunya. Hurmm.. apa ye. Semua masakan aku dah masukkan. Lampu, kipas dalam rumah tu tak apa kot. Mak Timah kan ada. Apa ye? Baju? Tak payah kot bukan nak tidur sana pun kan?
“Tak ada apa-apa kot.”
“Tak nak bawa baju ke?”
“Ala bukan nak tidur sana pun kan?”
“Okey, jangan menyesal ye?”
“InsyaAllah, tak. Dah la jom. Nanti lambat pulak nak ke sana.” Sophia berkata sebelum membolosi tubuh genitnya ke dalam kereta di sebelah pemandu. Diikuti Rafique, Saiful dan akhir sekali Shauqie di belakang.
*******
Sophia pelik bila Rafique tidak membelok ke kanan, jalan untuk ke Rumah Kasih Idaman. Rafique hanya terus tidak membelok. Kenapa Along tak masuk kanan? Jalan itu kan nak pergi Rumah Kasih Idaman. Dan kenapa Along straight, inikan jalan ke pantai? Sophia pandang Rafique. Belum sempat soalan diajukan, lagu Inshaallah nyanyian Maher Zain kedengaran dari Samsung milik Rafique. Pantas sahaja Rafique menekan button answer untuk menjawabnya.
“Waalaikummussalam umi. Oh, umi dah sampai sana? Dah lama ke? Baru je. Okey, umi. Kitaorang pun on the way ke sana ni. 5 minit lagi InsyaAllah, kitaorang sampai. Ye umi, umi tanya miss resort tu. Tak silap Along, Sakinah nama dia. Cakap nama Along yang booking resort pagi tadi. Okey umi. Kalau ada apa-apa umi inform Along ye. Bye. Assalamualaikum.” Talian diputuskan.
“Umi call?” Sophia bertanya. Rafique hanya mengangguk.
“Umi tanya apa?” Sophia bertanya lagi. Mencurigakan betul Along ni. Resort apa yang dimaksudkan Along tadi? Umi pun bersekongkol dengan Along juga ke. Macam ni nak buat silent war la dengan umi. Tapi mana boleh, aku mana boleh buat silent war dengan umi. Aku yang tersiksa nanti. Sophia tersenyum sendiri teringatkan Puan Raudhah, pengurus Rumah Kasih Idaman. Semua orang di Rumah Kasih Idaman memanggilnya umi termasuklah Rafique, Sophia dan Saiful yang kadang-kala turut serta untuk pergi ke Rumah Kasih Idaman.
“Umi just tanya lambat lagi ke nak sampai.” Ringkas jawapan Rafique. Sophia mengecilkan matanya. Aku tengok Along aku ni kecik je macam semut.
“Did you hiding something from me Along?” Sophia bertanya sambil membuat muka mengharap. Bajet comel habis la tu. Tersungging senyuman kecil di bibir Rafique.
“We’ll see leter.” Disebabkan tidak berpuas hati dengan jawapan Rafique, Sophia beralih ke belakang mencari mangsa. Saiful dan Shauqie dipandang silih berganti.
“Epooonnn.. aku tahu kau plaining dengan Along kan. Cepat beritahu aku.” Melerek Sophia memanggil Saiful. Aduh! Kenapa aku juga jadi target minah ni. Along Fiq, help me please.
“Eh, tanya aku pulak. Mana aku tahu. Aku ikut sahaja. So, aku tak campur.” Saiful berkata laju. Kemudian dia beralih pandangannya ke luar tingkap. Baik jangan layan. Itu lebih baik. Sophia beralih pula ke arah Shauqie yang sedang sibuk dengan I-phonernya. Pemberian Along minggu lepas.
“Weh, kau tahu kan?” Shauqie diam.
“Weh, aku cakap dengan kau ni.” Malangnya tidak dilayan
“Hello! Kau tak dengar ke? Dah pekak ke.” Sophia melambai-lambai tangannya di depan Shauqie. Shauqie panggung kepalanya.
“Kau cakap dengan aku ke?” Eee.. mamat ni sehari tak buat aku sakit hati tak sah kot! Dia datang dah mood killer dia. Tadi baik bukan main. Sophia menjulingkan matanya ke atas.
“Tak lah, aku cakap dengan kerusi ni.”
“Oh, sorry terperasan pula. Teruskan bercakap dengan kerusi ni. Tak sangka pula kau ni jenis golongan sewel juga. Ingatkan orang good, good gitu. Tup-tup bercakap dengan kerusi rupanya. Kesian.” Saiful menekup mulutnya menahan ketawa. Rafique sudah berkali-kali mengusap wajahnyanya, muka tegang tak usah cakap la sampai merah. Sophia merengus geram. Oh! Kau mainkan aku ye. Shauqie memberikan senyuman sinis tanda tidak tergugat dengan ancaman mata helang Sophia.
“Kau terasa ke?” Shauqie bertanya lagi. Bertambah-tambah cemberut Sophia. Tak sempat aku nak jawab dia dah balas. Muncungnya mula kelihatan. Kalau sudah datang mood nak mengusik anak dara Nordin Iman ni susah la nak berhenti. Shauqie ketawa dalam hati. Comel je dia! Seronok je ngusik minah ni. Rasa tak boleh nak hidup kalau tak kacau dia. Kenapalah keturunan Nordin Iman comel sangat. Aku gigit juga mulut tu.
“Tak adalah, suka sangat.” Berdecit suara Sophia kerana geram. Tetapi diberikan juga senyum plastik. Shauqie masih lagi maintain dengan gaya machonya. Aku ada sebut macho ke tadi? Eww! Please la. Hati ni aku cabut juga nanti.
“Oh suka, nak lagi.” Kini suara Shauqie dilembutkan kepada sound macam orang dalam kelambu. Hai! Apa yang aku merepek ni. Shauqie sudah pun berada betul-betul di depannya. Dup dap dup dap. Jantung kau jangan buat hal boleh tak. Terkebil-kebil Sophia. Sophia meraba-raba sesuatu agar dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila tangannya berjaya mencapai sesuatu pantas sahaja tangannya di halakan ke kepala Shauqie.
“Auch! Kau nak kasi bengong kepala aku ke?” Shauqie berkata sambil menggosok kepalanya. Sophia tersedar. Baru dia perasan tangannya mengetuk kepala Shauqie dengan spanar yang disediakan di dalam kereta itu. Sophia tersengih. Padan muka kau buat lagi aksi menggoda macam tu. Mujur perlahan, kalau tak memang benjol kepala kau.
“Bengong betul kan bagus.” Sophia berkata dengan riak bersahaja.
“Kau memang suka doakan orang bukan-bukan ye. Kalau pantul balik dekat kau padan muka.” Shauqie berkata sedikit meninggi suaranya. Dah tahu aku ni jenis kurang sabar. Dia nak juga cari fasal. Erk, siapa cari fasal siapa sebenanya ni?
“Kata orang dia pun sama. Paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.” Haha, tak fasal-fasal aku keluarkan pribahasa yang aku selalu guna waktu SPM dulu.
“Apahal kau ni? Sewel?”
“Kau pun apahal? Bengong sebab kena ketuk dengan spanar?”
“Sudah-sudahlah gaduh tu cik abang cik adik oii. Tak nak turun ke? Kita dah sampai ni.” Terputus pandangan mata masing-masing. Macam ni tabiat makhluk dua orang ni. Gaduh je tak ada benda lain yang nak dibuat. Kerja main lawan mata.
Sophia berpusing ke depan. Tersentak dia melihat keindahan menjamu pandangan matanya tika itu. Cantik! Apa yang kitaorang buat dekat sini? Perlahan-lahan Sophia membuka pintu lalu menjejak kaki keluar dari situ. Wushhh! Angin pantai menyapanya lembut. Terasa bau air masin pantai menusuk hidungnya. Terbuai Sophia seketika. Sophia menyedut udara pandai yang nyaman sambil memejamkan matanya. Dah berapa lama ye aku tak jejak pantai. Tiba-tiba khayalannya pergi jauh disebabkan ada tangan yang memukul hidungnya. Pantas sahaja Sophia menepis tangan sasa itu.
“Kau ni! Dah tak ada tempat lain ke. Patah hidung aku kau nak ganti.” Sophia menepis lagi tangan Shauqie yang masih degil untuk diturunkan. Shauqie yang sedang mendepakan tangannya bagai merasai kenikmatan udara pantai tidak mengendahkan Sophia yang memarahinya. Malas untuk bergaduh, Sophia bergerak ke belakang bonet kereta. Hatinya tidak lepas dengan segala sumpah seranah. Asal dengan mamat ni je tak kering dosa aku buat.
Sophia pandang Shauqie sebelum membuka bonet. Tetapi sekali lagi Sophia memandang Shauqie, tergamam. Tergamam melihat susuh tubuh Shauqie membelakanginya yang disinari cahaya keemasan bersumberkan matahari senja. Sambil mendepakan tangannya susuk itu kelihatan indah sekali. Angin lembut yang menyapa seluruh susuh tubuh lelaki itu menambahkan lagi pesonanya. Rambut panjang lelaki itu beralun menutupi wajahnya mengikut arah angih. Shah!
“Aisya!” Tersentak Sophia apabila namanya dipanggil betul-betul di corong telinganya. Sophia berpaling daripada terus-terusan memandang susuk yang merentap tangkai hatinya. Rafique pelik melihat wajah blur Sophia.
“Opie ni kenapa? Along panggil banyak kali tak jawab. Dah kena sampuk dengan hantu pantai ke apa?” Shauqie bertanya apabila melihat Sophia hanya terkelu memang macam betul-betul kena sampuk. Kalau tak selalunya marah sampai tak ingat dunia bila orang jerkah dekat telinga dia + panggil dia Aisya. Sophia pandang Shauqie lagi sekali. Lelaki itu turut pandang ke arah mereka. Mungkin terdengar suara Rafique. Opie! Wake up la! Rupa mamat tu pun kau tak ingat. Sesuka hati kau cakap macam tu dekat anak orang. Sophia memegang dadanya. Cuba mengawal jantungnya yang terkejut. Mungkin!
“Are you okey Opie?” Rafique bertanya sekali lagi. Takut juga adiknya betul-betul kena sampuk.
“I’m okey. Cuma terkejut Along bawa kitaorang datang pantai. Cakap nak pergi rumah umi.” Sophia menjawab. Lantak la logik ke tak logik ke jawapan aku. Ada aku kisah. Rafique menggaru kepala sambil tersengih.
“Dah jom! Ikut Along jumpa umi. Nanti lambat.” Tanpa sempat berkata, tangan Sophia sudah ditarik ke tepi pantai. Ada sebuah khemah yang dipasang bersebelahan pantai di kirinya. Kanannya pula ada sebuah resort. Pearl Resort. Hurmm... Resort ni kot yang Along cakap? Kalut-kalut Sophia mengikut langkah Rafique. Along kalau berjalan macam masuk pertandingan lumba lari gayanya. Mujur je aku tak tersembam atas pasir ni. Tak fasal-fasal dapat malu nanti.
Shauqie memandang Rafique dan Sophia yang sudah berlari ke depan. Hatinya entah mengapa gelisah sahaja. Sebenarnya sejak mendengar perbualan Rafique dengan ‘umi’ yang disebut Rafique lagi jantungnya sudah berubah rentak. Umi? Siapa? Ada kaitan dengan aku ke? Shauqie mengambil beg galasnya lalu menutup pintu Honda perlahan. Saiful menepuk bahunya.
“Abang Alex ni okey ke?” Itulah gelaran yang dipanggil Saiful waktu berkenalan tadi. Disuruh panggil Auqie tak nak degil juga nak panggil Alex. Tambah abang pulak tu. Umur mereka beza 5 tahun sebab itulah Saiful memanggilnya abang. Begitulah kata lelaki itu. Shauqie tersenyum. Mudah mesra sepupu Rafique ni. Memang keluarga mereka macam ni agaknya.
“Okey je. Kenapa?” Shauqie membuka bonet untuk mengeluarkan bekalan yang dibawa.
“Tak adalah saja tanya. Tu nak buat apa?” Saiful berkata sambil jarinya menuding ke arah tangan Shauqie yang sedang mengangkat bekalan makanan keluar dari bonet.
“Nak bawa pergi sanalah.”
“Tak payah nanti ada orang datang ambil. Dah jom.” Saiful berkata lagi lalu menyusur langkah meninggalkan Shauqie. Shauqie tersenyum kecil. Lupa Rafique ada berpesan padanya tadi.
Shauqie mengikuti jejak Saiful menuju ke arah khemah yang sudah kelihatan. Riuh rendah kedengaran suara manusia diselitkan dengan nasyid-nasyid memeriahkan lagi suasana di situ. Dari jauh dia sudah melihat Sophia bersalaman dan memeluk seorang wanita lingkungan 50-an. Rafique dan Saiful turut bersalaman dengan wanita itu. Mereka kemudiannya menyambut huluran tangan kecil kanak-kanak yang mengelilingi mereka. Jelas kemesraan terpancar di situ. Melihat wanita yang berjubah ungu gelap beserta tudung labuh membuatkan hati Shauqie kembali tidak keruan. Aduh! Kenapa dengan aku ni.
“Hai, sorry lambat.” Shauqie menegur Rafique yang sedang sibuk melayan kerenah kanak-kanak di situ.
“It’s okey. Sini aku kenalkan kau dekat umi kitaorang. Umi Raudhah.” Rafique menarik tangan Shauqie mendekati Puan Raudhah yang sedang dipeluk manja oleh Sophia. Brutal! Brutal minah ni pun still ada sifat manja rupanya.
“Umi, Along kenalkan ini husband Opie. Shauqie Alexender. Ingat lagi?” Puan Raudhah memandang ke arah jejaka yang dikatakan Rafique. Terpadam senyuman dibibirnya saat terpandangkan wajah Shauqie. Shauqie yang pada mulanya tersenyum walaupun kurang selesa dikenalkan sebagai suami Sophia, turut terpadam senyumannya apabila melihat wajah Puan Raudhah berubah tiba-tiba. Sophia yang turut kurang menyenangi cara Rafique kenalkan Shauqie hanya tersenyum hambar. Tapi melihat perubahan pada wajah uminya Sophia berasa pelik. Suasana tiba-tiba bertukar sunyi.
Bergenang air mata Puan Raudhah saat terpandangkan wajah Shauqie. Perlahan-lahan tangan tuanya diangkat lalu mengusap lembut wajah Shauqie. Shauqie hanya membiarkan dirinya diperlakukan begitu walaupun berasa kurang selesa. Sayu hatinya melihat mutiara jernih membasahi pipi wanita itu.
“Ya Allah, Auqie. Kau pergi mana nak? Kenapa tinggalkan umi. Umi rindu Auqie.” Puan Raudhah memeluk Shauqie erat. Shauqie terkelu tidak tahu untuk melakukan apa tika itu. Melihat tangisan Puan Raudhah membuatkan hatinya bertambah sayu. Rasa ingin pujuk yang datang dari hatinya membuatkan Shauqie membalas pelukan Puan Raudhah erat. Entah mengapa, rasa bahagia mula bergayut dalam dirinya. Rasa bagaikan terlepas rindunya saat itu.
Rafique tersenyum melihat drama dihadapannya. Memang itulah yang dirancangnya. Pertemuan di antara dua orang yang sudah lama terpisah. Walaupun Puan Raudhah bukan ibu kandung Shauqie. Tetapi wanita itulah yang membesarkan Shauqie ketika lelaki itu ditinggalkan oleh ayahnya di Rumah Mutiara Syurga di Kuala Lumpur satu ketika dulu. Shauqie ketika itu baru berumur 5 tahun ditinggalkan ayahnya tanpa mengetahui sebabnya. Ibu Shauqie pula telah lama meninggal dunia. Rumah Kasih Idaman di Kedah baru sahaja dibuka sejak 5 tahun lalu kerana Puan Raudhah ingin mengikuti Sophia ke sini. Rumah Mutiara Syurga di Kuala Lumpur ditinggalkan oleh pengurus yang lain.
Sophia pelik melihat apa yang berlaku di hadapannya. Apa sebenarnya ni? Umi kenal mamat serebeh ni? Bila? Kenapa aku tak tahu pun? Tapi macam mana? Arhh.. siapa kau sebenarnya Shauqie Alexender. Kenapa aku tak ingat kau?! Kalau tak disebabkan masalah trauma aku ni mesti aku tak macam ni. Sophia beristighfar. Lalai dengan ikutan nafsu hatinya. Tidak sepatutnya dia menyalahkan Qada’ dan Qadar yang ditentukan oleh Allah terhadapnya.
Saiful mendekati Sophia. Sebenarnya dia turut pelik dengan apa yang berlaku dihadapannya ini. Shauqie pun dia tidak berapa kenal. Hanya berkenalan biasa-biasa sahaja. Puan Raudhah juga begitu. Semenjak dia agak rapat dengan Sophia baru dia mengenali Puan Raudhah. Maklumlah, mereka sepupu. Duduk pula jauh. Walaupun raya selalu berkumpul, tapi tak berapa nak rapat. Dia rapat dengan Sophia dan Rafique pun sebab jumpa Sophia dekat USM waktu tahun satu. Lagipun dia kena simpan rahsia Sophia stay dekat Kedah daripada Pak Su dengan Mak Su. Masalahnya tak pula diketahui sebabnya.
“Umi, dahlah. Nanti Along cerita serba-sikit fasal Auqie dekat umi. Jom, hari ni kan nak sambut ulang tahun umi yang ke-55. Jadi Along tak nak umi sedih macam ni. Apapun, Happy Birthday umi. Wish the best for today. Along pulangkan Shauqie sebagai hadiah birthday umi hari ini. Umi suka?” Rafique meleraikan pelukan Shauqie dengan Puan Raudhah. Tangannya menyapu air mata yang membasahi pipi Puan Raudhah.
“Umi suka sangat Fiq. Terima kasih Fiq. Kamu banyak bantu umi. Terima kasih banyak-banyak.” Kini giliran Rafique pula dipeluknya. Rafique hanya membalasnya sambil tersenyum. Wanita itu sudah dianggap sebagai ibunya. Lagipun Puan Raudhah kenalan rapat ibunya Nora Insyirah. Malahan dia dan Sophia merupakan anak susuan wanita itu kerana ibu mereka mengalami masalah untuk menyusukan mereka. Sophia yang melihat itu sudah cemberut.
“Ala, ni buat orang nak merajuk ni. Orang nak peluk juga.” Sophia berpeluk tubuh tanda protes.
“Alolo, sayang umi sorang ni. Sini umi peluk.” Sophia tersenyum puas. Senang je nak bodek umi kesayangannya itu. Mereka bertiga saling berpelukan. Shauqie yang melihat itu tersenyum. Thanks Rafique. Sekali lagi kau buat aku betul-betul gembira. Tapi aku perlukan penjelasan kau. Siapa aku dengan Puan Raudhah?
“Kesian kita dipinggirkan.” Saiful berkata pula. Hihihi, nak ambil port juga. Mana boleh jadi makhluk asing dekat sini. Aku pun tersenarai sebahagian daripada family ni apa.
“Tak boleh. Ni umi aku.” Sophia mencari fasal. Saiful mencebik. Rafique dan Puan Raudah sudah ketawa. Mula la tu nak bergaduh. Shauqie hanya tersenyum. Rafique melepaskan pelukan mereka.
“Pergilah peluk umi aku tu puas-puas. Jangan kau peluk adik aku sudah.” Rafique berkata kepada Saiful. Sekali lagi Saiful mencebik. Siap buat duck face lagi. Hodoh betul! Pecah ketawa mereka.
“Jom bantu aku. Nak buat suprise dekat umi.” Rafique berkata mengajak Shauqie.
“Aku?” Shauqie menudingkan jarinya ke diri sendiri.
“Yelah. Fasal kau dengan umi nanti aku ceritakan. Aku just bantu sikit-sikit. Harap ingatan kau cepat pulih.” Rafique berkata mulai faham gelora hati sahabat baiknya itu. Shauqie tersentuh. Siapa aku sebenarnya pada kau Fiq? Kenapa kau sanggup tolong aku?
“Thank you Fiq.”
“Most welcome, brother. Dah la jom. Ikut aku.” Rafique mengajak Shauqie masuk ke dalam Pearl Resort. Tadi ada berurusan dengan Sakinah tentang Majlis Hari Lahir yang ingin disambut. Package sehari semalam sudah dibooking pagi tadi. Makanan tadi saja suruh Sophia masak sebab umi cakap rindukan masakan anak angkatnya seorang tu.
*******
Sophia duduk di tepi pantai sambil makan kek sempena sambutan hari lahir umi mereka tadi. Memang meriah betul hari ini. Dia pun tidak menyangka yang Alongnya terlalu cepat mengatur semuanya. Dia pun benar-benar terlupa hari itu hari lahir uminya. Tepuk dahilah aku sebab lupa. Tapi berang jugalah tadi sebab Along tak kasitahu dia awal-awal. Ye lah, hadiah pun tak beli. Selalunya hari lahir umi cepat je aku beli hadiah. Tapi aku tahu Along sayang aku. Dia dah belikan set hadiah untuk aku. Nak marah tak jadi terus.
Banyak betul kejutan yang Along aku buat hari ini. Daripada pagi tadi paksa-paksa orang lepas tu kasitahu yang nak pergi Rumah Kasih Idaman. Walaupun terkejut aku tetap gembira. Bila nak datang Rumah Kasih Idaman, tapi terus datang pantai. Rupa-rupanya dekat sini Along cakap nak jumpa umi dengan adik-adik angkat kesayangannya. Walaupun terkejut aku tetap gembira. Bila sampai dan peluk-peluk umi, Along bisik cakap hari ni birthday umi. Walaupun terkejut dan geram aku tetap gembira. Then dikejutkan pula fasal mamat serebeh tu pernah jadi anak asuhan umi dekat KL dulu. Walaupun terkejut dan pelik aku tetap gembira bila tengok umi gembira. Tapi aku tetap rasa ada sesuatu yang aku tak tahu fasal mamat serebeh tu. Bila tanya Along, Along just cakap maybe aku lupa lambat laun pasti aku ingat. Ya Rab, bantulah hamba pulihkan ingatan hamba semula.
Sophia tersenyum mengingatkan apa yang berlaku hari ini. Paling dia suka time suprise buat umi tadi. First suprise tiga tingkat kek coklat. Besar pulak tu. Lepas tu, siap main baling-baling tepung lagi. Along pun bijak je sekongkol dengan adik-adik mereka kenakan umi. Habis umi penuh tepung dengan sekali aku penuh tepung. Paling sweet tadi mamat serebeh tu nyanyi lagi Number One For Me, nyanyian Maher Zain buat umi. Sampai meleleh-leleh umi dengar mamat serebeh tu nyanyi. Aku pula jadi mangsa pelukan umi. Dah penuh tepung bertambah penuh tepung dekat badan aku. Then, ada sesi suap-suap kek. Umi makan pun sambil nangis-nangis. Mangsanya aku la kena peluk sekali lagi. Mujur je tak ada main baling telur. Lepas tu main calit-calit kek pulak. Mangsa paling teruk aku. Dah la aku tak bawa baju. Membazir betul! Tak fasal-fasal jadi amalan syaitan pula. Minta dijauhkan Ya Allah. Walaupun malas nak ngaku, tapi tetap nak ngaku yang suara mamat serebeh tu sedap, nampak sweet, baik dan...... hai! Dia buat aku teringatkan Shah. Makin kenal mamat ni makin ingat pula dekat Shah. Hurmm.. biarkanlah. Malas nak ambil tahu fasal manusia yang pernah hancurkan hidup aku
“Hai awek cun! Sorang je?” Shauqie duduk di sebelahnya. Tempat duduk mereka hanya pasir sahaja. Lagi best betul tak. Rasa dekat and rendah diri dengan ciptaan Ilahi. Bukan macam duduk atas kerusi. Rasa macam tinggi diri dengan tuhan. Teringatkan kisah Rasulullah yang pernah ibu cerita. Isteri baginda pernah menghidangkan makanan di atas meja kecil. Tapi baginda tarik makanan itu diletakkan di bawah. Pengajarannya supaya manusia rasa rendah diri dengan tuhan. Tapi zaman sekarang, mana orang ambil kisah kan. Termasuk aku yang lemah ni.
“Siapa kau punya awek cun hah?” Malas Sophia melayan dengan kerenah Shauqie. Kek perisa coklat itu disuapkan lagi ke dalam mulutnya. Urmm, Ya Ilahi nikmatnya. Sampai terpejam-pejam mata aku. Tiba-tiba kek yang dipegang diambil Shauqie. Selamba badak je lelaki itu menyuap kek coklat milik Sophia ke dalam mulutnya. Ternganga sekejap Sophia.
“Weh, kek aku. Kalau nak pergi lah ambil dekat sana.” Sophia ingin merampas kembali keknya. Tapi dilarikan Shauqie.
Berlakulah aksi kejar-mengejar antara Sophia dan Shauqie. Kalau orang tengok macam sweet je. Ye lah, Sophia siap peluk Shauqie dari belakang sampai terlompat-lompat sebab nak dapatkan kek tu. Shauqie pula mengacah-ngacah nak suap Sophia tapi akhirnya dimasukkan ke dalam mulutnya sendiri. Geram sebab tak dapat, Sophia rampas kek yang masih bersisa lalu dimakan sampai habis. Shauqie yang geram melihat tindakan Sophia mengacah-ngacah hendak menggigit mulut Sophia yang penuh dengan kek. Lepas tu, lari-lari lagi. Akhirnya, mereka berdua duduk berehat di bawah pokok yang rimbun berbentuk love kalau tengok dari jauh. Cantik betul port yang dipilih. Haila! Sweet betul. Rafique yang melihat dari jauh tersenyum lagi. Bagus! Ada peningkatan. Segera dia mengatur langkah menghampiri dua orang sejoli merpati itu.
“Hai, seronok nampak.” Rafique duduk di sebelah Sophia. Gadis itu berada di tengah-tengah dua orang jejaka itu. Mereka memandang suasana pantai yang dipenuhi anak-anak Rumah Kasih Idaman. Sejuk mata memandang melihat keseronokan mereka. Tapi disebalik seronok itu ada sedih yang tersimpan. Kasihan mereka, di usia muda sudah kehilangan ibu bapa. Tapi aku, langsung tak menghargai papa dengan ibu yang masih hidup. Hurmm... Sophia membiarkan kata-kata Rafique yang berunsurkan sindiran itu. Nak perli la tu. Rafique baru lepas jumpa umi, cerita fasal mamat serebeh ni. Along suruh aku join sekali tadi. Along cakap manalah tahu aku boleh ingat balik siapa mamat serebeh tu. Tapi aku, entahlah. Tak minat langsung nak ambil tahu walaupun hati ni meronta-ronta nak tahu. Kenapa? Tanyalah hati aku ni. Aku tengok dari jauh je tadi.
“Tak ada maknanya seronok.” Sophia membalas. Shauqie hanya tersenyum. Rasa lepaslah juga geram nak bemesra dengan minah ni. Hehe.. gatal kau Auqie.
“Ye ke, tadi Along dengar minah saleh tu cakap dekat pakwe dia. Romantik betul pasangan tu. Tercari-cari jugaklah Along siapa dia. Rupanya mat saleh celup dengan minah laser ni.” Sophia memukul kepala Rafique geram. Shauqie hanya senyum sahaja, kalau dia tambah lebih-lebih. Memang cari fasal la dengan minah laser ni.
“Sorry, sorry, tu pun nak sentap. Eh Opie. Jom mandi laut. Lama kita tak mandi.” Rafique mengajak. T-shirt bola yang dipakai sudah dibuang. Eh, aku baru perasan yang pak cik ni pakai t-shirt dengan track suit. Tadi bukan Along pakai t-shirt polo dengan slack hitam ke? Bila Along tukar. Mamat serebeh ni pun dah bertukar bajunya.
“Tak nak la. Orang tak bawa baju.”
“Tu lah tadi. Orang suruh bawa baju tak nak. Kan dah kempunan. Along dah bawakan baju Opie. Lagipun kita tidur sini malam ni. Malam ni umi nak buat yaasin dengan tahlil. Buat majlis kesyukuran sikit. Jom lah.” Sophia senyum sampai ke telinga. Patut la lain macam je Along. Nak buat surprise rupanya. Sophia baru sahaja ingin bangun mengikuti Rafique, tapi mengingatkan Shauqie di sebelahnya. Terhenti senyuman Sophia. Kalau aku mandi mamat ni mesti join mandi jugak. Tak mahulah.
“Tak nak!”
“Jom!”
“Ish, orang cakap tak nak la.” Rafique memandang tajam ke arah Sophia. Sophia ‘boo’ layan.
Rafique pandang Shauqie memberi isyarat. Sophia yang bagaikan faham apa yang dirancang segera bertindak untuk melarikan diri. Tapi apa ke malang nasibnya. Pantas sahaja tangan sasa Rafique dan Shauqie memegang Sophia lalu serentak mereka berlari menuju ke laut. Oh no!
DUSHH!!
Habis basah kuyup Sophia. Mujur Sophia pakai t-shirt muslimah dengan slack putih. Kalau pakai baju kurung macam mana? Tenggelam tubuhnya ke dalam laut. Disebabkan tidak bersedia hampir lemas juga dia. Mujur tubuhnya dipeluk kejap oleh Shauqie. Melihat dia hampir lemas, pantas sahaja Shauqie membantunya untuk stabil. Huh! Nafas, nafas. Gila betul mamat dua orang ni. Nak bunuh aku agaknya. Ketawa sakan mereka berdua melihat wajah cemberut Sophia. Datang pula Saiful yang lebih awal basahkan badan ke dalam laut. Menambahkan lagi geram Sophia. Walaupun geram, Sophia tetap bermain dengan air. Hehe, alang-alang basah, biar basah semua kan. Pada awalnya dia ingin naik, tapi dihalang Rafique. Akhirnya bila mereka semua sudah naik, Sophia masih lagi di dalam laut. Rugi la lepaskan peluang mandi laut. Along bukan senang nak bawa kita mandi laut. Lagipun Along kan bawa baju aku.
Shauqie yang seronok melayan keletah Sophia tetap tidak dapat melindungi rasa resah di hatinya. Shauqie memandang sekeliling pantai. Matanya sempat menangkap beberapa orang lelaki yang sedang memerhatikan mereka. Sebenarnya mereka sampai lagi dia sudah perasan kehadiran lelaki-lelaki itu. Tapi dia buat tak endah sahaja. Namun, memandangkan lama juga mereka memerhatikan hatinya mula tidak sedap. Shauqie sempat berbisik kepada Rafique. Cepat-cepat Rafique menuruh mereka pergi dari situ. Rafique mula tidak senang. Tak mungkin secepat itu dia dapat cari kitaorang. Masalah!
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan