Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 5 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 5~ |
S
|
usana sunyi sepi. Tiada langsung
bunyi suara yang kedengaran di ruang tamu. Bunyi celoteh manusia di corong
radio turut lama berhenti dari berbunyi dalam kurungan sebab Rafique tutup.
Hatta kipas pun daripada bunyi kruk! Kruk! Macam kipas karat tetiba jadi macam
kipas baru beli. Pokoknya, semuanya macam tahu bagai ada perbincangan tergempar
tika itu.
Tidak kurang juga tiga orang
manusia yang sedang duduk di ruang tamu. Rafique duduk di sofa single
persis seorang ketua sambil memeluk tubuh memandang tajam dua makhluk di
depannya. Shauqie dan Sophia langsung tidak menyedari tingkah perang melawan
mata tika itu sedang diperhatikan oleh Rafique. Tak makan saman betul. Aku buat
garang tahap stone macam ni pun still nak lawan mata. Elok la
seorang timur seorang barat. Lawan la mata puas-puas. Aku korek juga nanti.
Sophia menahan geram di hati.
Matanya tidak lepas memandang tajam mata Shauqie seolah-olah kelihatan api yang
sedang marak menyala dalam matanya. Eleh, dia mula dulu buat usyar padat aku
pula apahal. Kalau tak disebabkan Alongnya, sudah lama lelaki di hadapannya itu
dihalau dari rumah ni. Sebab apalah Along nak sangat bela penyamun serebeh
macam ni. Dah la penyamun, serebeh pulak tu. Rupa dah macam alien dah. Boleh la
jadi ‘Si alien serebeh penyamun’. Muahaha.. kata sangat aku ‘Si cantik momok
mulut laser’. Hukum karma ni. Yang Along ni tadi cakap we need to
discuss. Ni tak fasal-fasal jadi bisu pulak kenapa? Nak discuss apanya,
bunyi cengkerik pun aku tak dengar. ‘Si alien penyamun serebeh’ depan aku ni
baik pulak. Tadi pedas bukan main kau tembak aku.
“Along kalau tak nak cakap orang blah.”
Sophia memberi amaran tapi masih statik dalam petempuran lawan mata. Rafique
mencebik. Aku ketuk kang baru tahu.
“Macam mana Along nak cakap.
Tengah tunggu siapa nak angkat bendera putih dulu dalam petempuran melawan mata
ni. Karang kalau Along cakap macam la korang alert sangat. Baik diam
sambil tunggu pihak mana yang menang. Tapi kan kalau pandang lama-lama daripada
berperang jadi sehaluan pulak nanti.”
Rafique berkata, penuh dengan
nada sinis. Sophia dan Shauqie yang seolah-olah memahami perlian berlapik
Rafique segera melarikan pandangan masing-masing ke arah lain. Rafique
tersengih. Tahu takut. Bajet cover cool la buang pandang arah lain. Siap
bersiul lagi. Oit jangan bersiul. Panggil syaitan ke apa? Cukup-cukuplah
syaitan yang ada dalam rumah ni. Rafique membaling kusyen kecil ke arah Sophia.
Sophia yang sedar amaran Rafique hanya tersengih. 10 jari disusun memohon maaf.
Mulut ni gian sangat ke bersiul. Tak baik. Allah marah.
“Sebelum tu, sorry la
Auqie. Aku terpaksa bukak cerita kau. ‘Si cantik momok mulut laser ni’
kena explain detail sikit baru hati dia boleh berkompromi. Boleh tak?”
Sophia mencelung tajam ke arah Rafique. Mana aci, 2 lawan 1. Hik! Sah-sah Along
sudah tidak menganggap aku sebagai adiknya. Tengoklah, tak habis-habis dengan
Auqie. Auqie! Auqie! Auqie! Itu sahaja yang dia tahu.
Rafique tidak mengendahkan
cerlungan Sophia. Shauqie menahan tawanya. Maintain, maintain Auqie.
Nanti mengamuk pula singa betina aka si cantik momok mulut laser tu.
Shauqie memandang Rafique yang menunggu jawapan darinya. Segan sebenarnya. Ada
cerita yang mencemarkan aibnya. Pasti Sophia akan ketawakannya. Shauqie hanya
menunduk langsung tidak memberi apa-apa jawapan.
“Okey, aku faham ada scene
yang tak sesuai dan maybe mengaibkan kau. Tapi aku kena explain
dekat Opie. Kalau aku tak explain, Opie mungkin tak benarkan kau stay
sini. Lagipun kalau aku nak biarkan kau hidup sorang-sorang dekat luar sana,
buruan Robert pula. Memang tak la. Kau sekarang bawah tanggungjawab aku. Jadi
aku terpaksa bukak cerita kau.”
“Kau jangan risau. Aku kenal
siapa adik aku. Sekeras-keras dia still ada kelembutan dia. Adik aku
bukan orang yang suka bawa mulut. Jadi insya-Allah, aku yakin Opie akan jaga
benda ni. Walaupun kau musuh dia sekalipun, Opie still seorang yang
amanah. Aku harap kau faham. Semua ni untuk kebaikkan kau juga.”
Shauqie hanya diam. Tidak memberi
komen. Segalanya dia serahkan kepada Rafique. Dia terhutang budi kepada
Rafique. Jadi biarlah lelaki itu yang membantu. Dia tahu Rafique tahu apa yang
terbaik untuknya. Sophia yang mendengar sedari tadi hanya mampu membesarkan
tanda soal sebesar bangunan KLCC di atas kepalanya. Apa ni? Sejak bila Along
aku ni jenis puji-puji orang ni? Nak meleleh juga la seminit. Oh Along, orang
sayang Along. Along memang seorang yang memahami. Okey, sudah cukup seminit tak
boleh lebih.
“Opie, Along minta tolong sangat
dari Opie. Opie pun tahu hukum menjaga aib orang kan? Jadi, Along cerita dekat
Opie, hope Opie pegang amanah ye. Sebenarnya, Auqie telah terlibat dalam
sebuah kemalangan jalan raya disebabkan dia lari dari Robert. Kemalangan tu
telah menyebabkan Auqie mengalami hilang ingatan. Yang dia ingat hanya nama dia
sahaja. Jadi, kesempatan Auqie tinggal dekat sini. Along harap kita dapat bantu
pulihkan ingatan dia. Along mungkin tiada masa untuk sentiasa di sini. So,
mungkin Opie boleh bantu Auqie ingat balik ingatan dia sebab dia akan tinggal
di sini bersama Opie. Tapi jangan risau, Along tak letakkan 100% dekat Opie
untuk bantu Auqie. Along akan buat appointment Auqie dengan doktor.
Mungkin kita dah pernah kenal Auqie jadi, senang la Opie nak bantu Auqie.”
Okey, senang la sangat Along oii.
Kalau aku cakap aku pun tak ingat memori aku macam mana. Sebelum ini Prof. Eja,
pensyarah meragkap penasihat peribadi aku dekat universiti yang selalu bagi motivate
dekat aku. Sekarang aku pulak kena jadi kaunslor dekat si alien penyamun
serebeh ni yang telah secara tak rasminya menjadi musuh aku. Tapi apa kena-mengena
dia kena tinggal sini.
“Tapi kan Along apa kena-mengena
dia stay sini dengan masalah ingatan dia. Duduk rumah lain tak boleh ke?
Auch! Sakitlah.” Sophia mengaduh apabila hidungnya ditarik. Bila tahun Along
aku ni ambil port sebelah aku? Sophia mencerlung Rafique yang duduk
sebelahnya.
“Orang cakap jangan manyampuk.
Tak ada adab langsung. Along straight terus dengan main story.
Walaupun mengalami kemalangan, tapi Auqie tak dihantar ke hospital tetapi konco
Robert yang waktu tu kejar Auqie terus bawa Auqie balik ke tempat diorang.
Sedar je dari pengsan dia, tubuh dia berbalut dengan kain dan kapas. Tapi bilik
itu, bukan bilik atau wad hospital. Tapi, bilik kosong yang tak ada apa. Auqie
tak mampu nak ingat apa-apa. Fasal kemalangan tu pun Robert yang cakap ‘kau
patut bersyukur sebab aku bawa kau balik tempat aku. Kalau tak aku biar saja
kau kena gilis dengan lori.”
“Tapi kan.. auch!” sekali lagi
hidung Sophia ditarik. Nak tanya pun tak boleh.
“Lebih kurang macam tu lah Robert
cakap. Yang Auqie ingat cuma nama dia sahaja. Auqie cakap dia tak tahu sebab
apa dia diselamatkan semata-mata untuk mendera hidup dia. Setelah Auqie dirawat
sampai sembuh hampir 2 bulan, mulalah
penderaan terhadap Auqie. Macam ada jadual sahaja yang disediakan untuk Auqie. You
know, hampir setiap hari Auqie dipukul dan dibelasah tanpa mengetahui
kesalahan apakah yang dilakukannya.”
Wow! Gila. Kena pukul setiap
hari. Tak tahu pulak tu apa salah dia. Orang yang pukul tu mesti orang muscle-muscle
semua kan. Macam mana tahu? Ala dalam tv selalu tunjuk macam tu. Patutlah aku
tengok dah rupa penyamun dah. Alolo syiannya dia. Perlu ke? Okey next story
please.
“Then Auqie selalu tak
diberi makan dan minum. Kadang-kadang hampir seminggu diorang tak bagi Auqie
makan. Kalau dapat makan pun, entahlah Opie. Along pun tak tahu macam mana,
Auqie yang cerita. Biasanya kalau Auqie diberi makan sedap-sedap ada sebab.”
Sebab? Sebab apa? Ceritalah,
ceritalah. Bersinar-sinar mata Sophia ingin mendengar cerita selanjutnya. Tapi
kalau aku bukak mulut, pensyarah ni tarik hidung aku pulak. Rafique menjeling
Shauqie yang masih menunduk memandang ke bawah.
“Sebab ada orang dah booking
Fiq untuk one night.”
Ternganga mulut Sophia dua saat.
Aku tak salah dengar kan. Rafique menolak dagu Sophia untuk menutup mulut Sophia
yang ternganga. Ehem.. malu sesaat. Okey shoot.
“Hope Opie tak fikir
bukan-bukan. Setelah agak lama dijadikan ‘balaci; diorang. Robert guna cara
lain untuk pergunakan Auqie. First time, Auqie dipaksa buat macam tu.
Auqie lawan then lari. Tapi diorang berjaya tangkap Fiq dan teruk
diorang belasah Auqie. Semenjak itu, kalau Auqie diberi makan sedap then disuruh
mandi, pakai pakaian elok dan wangian pasti ada sebab. Jadi macam Auqie ni anak
ikan la atau istilah sekarang ‘sugar mommy’ untuk orang berduit. Manusia
sekarang gila agaknya. Dan orang tak bersalah dipaksa untuk memuaskan nafsu
orang lain.”
“Hidup Auqie continuesly sampai
kelmarin. Bayangkanlah Opie, Auqie hidup dalam keadaan macam tu 5 tahun.
Tapi mungkin Allah takdirkan Auqie untuk bertemu dengan Along malam kelmarin. Dari
Perlis ke KL jumpa papa dengan ibu then on the way dari KL nak ke sini,
Along singgah Petronas. Waktu Along lalu depan toilet, Along jumpa
Auqie. Waktu tu Along perasan juga Robert ada dekat situ. Then, Along
terus larikan Auqie dari situ. Malang juga nasib Along sebab kantoi. Puas lari
dari Robert dengan konco-konco dia. Alhamdulillah, Allah still sayang
kitaorang. Waktu tarik Auqie masuk kereta, teruk juga la Along kena jerkah and
dibelasah dengan Auqie dalam kereta sebab Auqie ingat Along nak culik dia. Maklumlah,
Robert ramai musuh. Ramai orang simpanan Robert kena culik sebab nak jalankan
perniagaan haram sama macam Robert. Tapi lepas terangkan siapa Along dekat dia,
Auqie faham dan ceritakan segalanya dekat Along.”
Sob, sob, sob. Huhuhu, sedihnya
hidup dia. Kiranya mamat ni dah tak suci la. Astaghfirullah, tak baik Opie. Ada
hikmah dia hidup Fiq ditakdirkan macam tu. Dan tabik spring la dengan
Along larikan anak orang. Nasib baik lelaki. Tapi kan Along kenal Robert? Macam
mana Along boleh kenal Robert? Simpan soalan itu untuk slot pertanyaan nanti.
“Jadi, Along minta sangat dekat
Opie untuk benarkan Auqie stay sini. Konco-konco Robert memang ramai,
sebab dekat KL lagi Along dah kenal Robert. Lepas Along larikan Auqie, time tu
Along ada dekat Shah Alam dan Along still ingat rumah Auqie yang papa pernah
bagi, Along terus bawa Auqie pergi rumah dia. Along guna kunci pendua yang ada
dengan Along untuk masuk. Pada awalnya, bila Auqie tahu dia ada rumah dia cakap
nak stay situ. Tapi rumah dia dah kena pecah. Habis berselerak semuanya.
Sebab tu, Along suruh Auqie bawa semua-semua baju dia. Dokumen-dokumen, passport,
buku bank dan i/c semua, takut Auqie jadi buruan Robert. Sebab tu juga Along
tak bagi Auqie pergi dari sini. Kalau nak keluar pun Along kena up date
sikit la penampilan Auqie bagi nampak lain. Lepas tu, Along terus bawa Auqie ke
sini.”
A sad story. Boleh bukukan novel
ni. Tapi bagi panjang sikit. Tak apa sumber utama ada depan mata. Tanya sajalah
kan? Kan? Kan? Rugi betul tak beli popcorn. Dah la aku kalau orang cerita jenis
imagine. Macam wayang je dekat fikiran aku.
“So, macam mana Opie. Along
bagi Auqie stay sini boleh?”
Sophia terdiam memikirkan cerita
yang begitu menyayat hati yang disampaikan oleh saudara Rafique, hancur lebur
hati aku yang keras macam batu ni. Simpati! Itulah perkataan yang sesuai
diperkatakan. Tak sangka ada lagi manusia yang lebih derita daripada aku.
Ingatkan dalam tv saja. Along pun buat cerita guna tone sedih.
Keras-keras aku pun, aku still manusia. Izinkan aku buat tangkap leleh
dekat sini boleh? Kesian betul. Aku on saja. Tak salah bantu orang yang
dalam kesusahan. Tapi mengingatkan apa yang ingin dilakukan Shauqie terhadap
aku tadi. Sophia teragak-agak. Tak mungkin perkara tadi boleh berulang lagi.
“Bukan orang tak nak kasi dia stay
sini. Tapi Along tahukan, Opie perempuan. Dia lelaki. So, orang tak
terangkan dengan lebih detail pun Along mesti sedia maklum hal ni. Nanti
timbul fitnah. Apa orang nak cakap kalau jiran tanya? Kenapa tak bawa dia duduk
dengan Along dekat Perlis?”
Rafique tersenyum sambil mengusap
lembut kepala Sophia yang berlapik tudung. Rafique mengerling Shauqie yang
masih menunduk memandang lantai. Jelas kelihatan wajah Shauqie yang merah
membahang. Sabarlah Auqie, kau dalam kalangan orang baik. Insya-Allah kami
pegang amanah kau. Kesian kau Auqie.
“Kalau fasal tu jangan risaulah.
Korang mahram buat apa nak takut. Sebab tu, waktu Opie cerita yang Auqie nak
ambil kesempatan Along buat tak kisah. Korang mahram, nak buat lebih dari tu
pun boleh.”
Rafique tersengih jahat.
Membuntang mata Sophia dan Shauqie. Sophia memandang Rafique yang sedang
menjungkit-jungkit keningnya seolah bertanya ‘kenapa? Tak percaya?’. Sejak bila
aku ada saudara susuan ni. Ke ibu ada anak seorang lagi tak cakap dengan aku
pun. Tapi sejak bila ibu dengan papa bawa gen iris mata hazel ni. Along ni
main-main ke apa? Shauqie panggung kepalanya mendengar kata-kata Rafique. Hai!
Lain macam je aku dengar ayat Rafique ni. Sejak bila mamat and minah ni
jadi family aku. Aku ada family lain ke? Adik boleh terima lagi
kalau is-3 macam mana? Serius ke tipu ni Rafique?
“Ke kalau korang nak sahkan
hubungan korang. Jom pergi Jabatan Agama Islam. Boleh angkat nikah terus.”
Rafique mencucuk jarum.
“WHAT?! No Way.” Serentak Sophia dan
Shauqie berkata. Mereka bertembung mata sebelum masing-masing menjeling
membuang pandang ke arah lain sambil memeluk tubuh. Statement yang
sesuai menyampah! Rafique hanya ketawa. Childish! Apa jadi kalau diorang
sedar siapa diorang sebenarnya. Tapi kenapa Opie tak ingat?
Hiii... mintak simpang la weh.
Aku dengan dia hidup sekali. Tak sanggup. Entah 24 jam aku kena menghadap dia
memberi tazkirah agaknya. Kang rumah tangga jadi rumah tungging. Ye lah kerja
gaduh je, tak ke tungging terbalik jadinya.
“Along, orang banyak soalan ni
nak tanya.” Sophia bertanya. Kena tanya dulu nanti kena tarik hidung lagi.
“Yeah, shoot dear.”
“First, macam mana Along
boleh kenal Robert?” Walaupun pelik dengan pertanyaan itu Rafique tetap
tersenyum. Apa sebenarnya yang terjadi pada Sya. Sya macam orang yang tak tahu
apa-apa.
“Okey, Robert pernah jadi pembekal
utama dengan MQ-one united dekat KL. Along kenal Robert waktu Along baru lagi
dengan dunia arkitek di MQ-one United.” Oooo... I see. Soalan nombor dua.
“Second, kenapa Along bawa
mamat ni stay sini. Kan lebih baik kalau Along bawa dia stay Perlis.
Mesti nanti Robert susah nak cari dia.”
“Sebab, Along nak suruh Shauqie handle
MQ-one United dekat SP. Papa selalu merungut Along tak terlalu fokus fasal
cawangan syarikat papa dekat SP. Well, Opie pun tahu kan. Along
sibuk dengan kerja dekat U lagi. Kena ulang-alik Perlis ke Kedah. Letih la.
Jadi dah alang-alang Auqie memang ada degree dalam bidang arkitek. Along
bagi jawatan CEO manager MQ-one United dekat Auqie. Nanti Along discuss
dengan papa. Sambil tu Auqie akan sambung master then PHD dekat universiti
yang sama dengan Opie. Along nak fokus lecturer sahaja sekarang ni.
Lagipun, tanggungjawab Auqie ada dekat sini.”
Berkerut dahi Sophia untuk
memahami butir bicara Rafique. Apa benda yang Along merepek-meraban ni?
Tanggungjawab? Tanggungjawab apa? Dan nak suruh dia satu U dengan aku. Good!
Hancur hidup aku.
“Tanggungjawab apa Along?”
“Adalah, suatu hari nanti Opie
akan tahu juga. Ada soalan lagi?” Sophia mengangguk. Dagunya diusap memikirkan
soalan yang ingin ditanya.
“Next question, Ha! Kalau
jiran tetangga yang sentiasa caring and loving fasal orang lain ni tanya
siapa mamat ni orang nak jawab apa?” ha, jawab! Jawab! Kalau tak boleh jawab.
Along bawa mamat ni balik Perlis. Rafique ketawa kecil. Opie, Opie.
“Opie cakap je, Auqie husband
Opie okey?” Ternganga sekejap Sophia dan Shauqie sebelum mereka saling
berpandangan. Dan menjeling membuang pandang ke arah lain sambil memeluk tubuh.
Haila! Tak ada trademark lain ke?
“Along orang serius la ni?”
“Ye la Along serius la ni.
Lagipun Opie jangan risau la, Along stay sini insya-Allah sebulan. Along
kena change watak Auqie sikit. Along dapat rasa kami diekori semalam.
Tapi Along sempat lari. Kalau selalu macam ni Robert akan mudah kesan dia.
Sekarang ni cuti semester jadi Along guna waktu ni untuk bantu Opie. Bulan
depan Along nak balik KL jumpa ibu dengan papa. Nak bawa Auqie sekali. Opie nak
ikut?”
Terdiam seketika Sophia mendengar
pertanyaan Rafique. Hatinya meronta-ronta untuk pulang tetapi hatinya juga tak
mahu berjumpa dengan ‘dia’. Setelah menimbang baik buruknya, Sophia menggeleng.
Rafique mengeluh. Shauqie yang melihat itu hanya mendiamkan diri. Sebenarnya
dia masih malu dan segan dengan Sophia setelah Sophia mengetahui aib dirinya.
Alhamdulillah Sophia tidak memandang hina terhadapnya.
“Ikut Opielah, tapi Opie mesti
tahu. Ibu dengan papa sentiasa menanti kepulangan Opie. Opie ada apa-apa soalan
lagi tak? Along nak sambung tidur ni?” Rafique menjungkit kening bertanya. Tak
ada gaya lain dah ke? Bajet stylo macho habis la. Porah!
“Last question, Along tak
main-mainkan fasal hubungan orang dengan mamat ni? Kalau betul macam mana boleh
terjadi? Hubungan yang macam mana? Opie tak faham la.” Dah agak dah. Mesti
soalan ni yang akan ditanya. Mustahil Sya tak ingat apa-apa. Sya ada sorokkan
sesuatu dari Along ke?
“Opie dengar sini baik-baik. Apa
hubungan Opie dengan Auqie? Atau macam mana benda ni boleh terjadi? Itu Opie
akan tahu lambat laun nanti. Sekarang ni Opie fokus study, bantu Auqie
pulihkan ingatannya dan paling penting, ingat! Along tak tipu benda-benda yang
melibatkan hukum agama. Opie dengan Auqie memang mahram. Along tak akan
perjudikan nasib adik Along dengan orang yang Along tak percayai. Faham!”
Sophia mengangguk mengerti. Dia percayakan abangnya. Mustahil Along akan
lakukan perkara yang bukan-bukan.
“Jadi Opie izinkan Auqie staysini?”
“Kalau dah Along terangkan macam
tu Opie nak cakap apa lagi. Tapi kalau fasal nak cakap dekat jiran Alonglah
yang cakap. Nanti Along pergi surau taman, Along cakaplah. Malas orang nak
beritahu sorang-sorang.” Rafique menggosok kepala Sophia lembut. Kemudian dia
mengucup dahi Sophia seperti selalu.
“Macam nilah adik Along. Kau
macam mana Auqie, still nak blah dari sini?”
“Sorry sangat fasal tu,
aku memang senang naik angin sorry ye. And thank you so much Rafique,
kau banyak tolong aku.” Rafique mengangkat kedua-dua belah tangannya menyuruh
Shauqie berhenti. Kemudian jari telunjuknya ditujukan ke arah Sophia.
“Opie lebih layak terima semua tu
dari kau. Opie bukan orang yang mudah mesra dengan orang. Terutamanya orang
lelaki. Jadi kalau dengan lelaki memang dia kasar betul la. So, dia bagi
kau stay sini kau patut bersyukur. Cerita kau ni memang laku betul. Hati
adik aku ni yang keras macam batu pun boleh cair.”
“Anyway Opie, Along nak
naik dulu. Kalau Along dengar periuk belanga terbang Along kahwinkan terus
korang berdua. Dah, Along ngantuk sangat ni. Bye. Sambung tidur balik.” Rafique
berdiri untuk meninggalkan situ. Shauqie tersengih dan Sophia mencebik
mendengar statement yang memang tak boleh blah. Nak ugut la tu.
“Breakfast dulu la Along.
Nanti sejuk tak best!”
“Tak nak lah. Along nak tidur.”
Aisya tersengih. Oh, tak nak ye. Kita tengok kejap lagi.
“Betul tak nak? Alar, kesian mee
goreng special yang Chef Opie buat hari ni untuk Prof. Rafique Amsyar.
Kena masuk dalam tong sampah. Apalah nasib kau mee goreng. Rugi orang masak
banyak-banyak.”
Mendengarkan sahaja itu, Rafique
terus berpatah balik dari meneruskan langkahnya ke atas dan terus menuju ke
ruang makan. Teruja dia melihat mee goreng yang sudah siap terhidang di atas
meja. Bersama nescafe pekat minuman kegemaran dia pula tu. Bersinar-sinar
matanya bak bintang di langit kerana terlalu teruja. Fuh! Terbaik la Sya.
Sayang Sya double triple muah! Sophia tersenyum sambil menggeleng
melihat Rafique yang bagaikan palesit menuju ke ruang makan. Macam orang
kebulur. Sophia bangun dari sofa untuk menuju ke ruang makan. Tapi langkahnya
terhenti apabila namanya dipanggil.
“Sophia,,,”
“Hurmm...”
“Sorry...”
“Dah maafkan...”
“Thank you sebab benarkan
aku stay sini.”
“Most welcome. Tapi, kau
jangan ingat aku ni baik sangat bagi kau stay sini. Kalau tak sebabkan
Along, jangan harap kau still dekat sini.” Shauqie menahan rasa. Kalau
dah keras tu, buatlah apa pun. Still keras juga.
“Hurmm.. baguslah. Tapi, sia-sia
buat baik kalau tak ikhlas. Aku pun kalau tak disebabkan Rafique aku tak akan
ada dekat sini. So, kau jangan ingat aku terhutang budi sangat dengan
kau.” Hokaloh si alien penyamun serebeh ni. Bukan nak bersyukur.
“Jer! Minta maaf sikit ye. Sikit
pun tak. Harap kau selesalah hidup dalam dunia aku. Sebab kau akan tahu lebih
banyak tentang aku. Dan aku pasti kau akan menyesal sebab pilih nak tinggal
sini.” Shauqie mencebik. Memang si cantik momok mulut laser ni
dilahirkan untuk mengangkat diri sendiri ke. Kalau fakta tak kalut, tapi auta
je semua.
“Eleh, kalau kau boleh buat. Aku
pun boleh buat juga. So, jangan menyesal sebab kau terima aku stay sini.”
Perlahan Shauqie berbisik di telinga Sophia. Dia berlalu meninggalkan Sophia di
ruang tamu sambil tersenyum sinis. Jelingan tajam dihadiahkan buat Sophia.
Sophia mencebik sambil
menjulingkan matanya. Pirah! Bajet aku takut la dengar ugutan kau tu. Huuu!
Takutnya. Nak gigit jarilah. Ke lari menyorok bawah sofa. Boleh? Tak ada kerja
nak menyemak buat semua ni. Kau tengoklah Shauqie. Kau yang minta. Ni Opielah!