Assalamualaikum semua..
Enjoy en3 bru Sya..
Best komen tau..
“Opie, jom ikut.” Rafique menegur Sophia yang sedang menyiapkan assignmentnya di dalam bilik kerja alias Pustaka Kecil (Along kasi nama). Sophia menanggalkan kaca matanya.
Enjoy en3 bru Sya..
Best komen tau..
~SODA 9~ |
T
|
ubuh Sophia menggigil melihat tubuh sasa lelaki di
depannya itu semakin menghampiri dirinya. Matanya meliar melihat keadaan
sekeliling jika ada tempat untuk dia melarikan diri. Tapi lorong itu terlalu
gelap untuk dia mencari jalan keluar. Lelaki yang berada di hadapannya juga
tidak dapat dia pastikan siapa. Tapi dia kenal lelaki itu. Tangan lelaki itu
menolak tubuh kecil Sophia ke dinding sehingga Sophia tidak mampu untuk
bergerak. Kedudukan mereka terlalu hampir sehingga terdengar dengusan nafas kasar
lelaki itu.
“Shah! Please. Jangan buat Sya macam ni.” Sophia
memohon. Air matanya sudah mengalir laju. Tidak pernah dia mengalirkan air
matanya dengan mana-mana lelaki. Terutamanya Shah kerana Shah tak pernah
membuat hatinya luka. Tapi ini bukan Shah yang dia kenal. Pujuk rayu Sophia
langsung tidak dipedulikan. Tudung yang tersarung dikepalanya ditarik kasar.
Kelihatan rambutnya yang panjang mengurai.
“Please Shah! Sya ada buat salah apa?” Sophia
memujuk lagi. Sesungguhnya dia amat takut tika itu. Tangannya berusaha menahan
Shah yang semakin bertindak di luar kawalan.
“Banyak salah kau terhadap aku! Kau milik aku! Bukan
jantan tu!” Terjongkit bahu Sophia mendengar jerkahan Shah. Bertambah kuat
esakan Sophia. Tidak pernah Shah menjerkahnya begitu. Apa maksud Shah? Bukankah
hari perkahwinan mereka semakin hampir?
“Apa maksud Shah? Sya tak faham.” Sophia memujuk lagi.
Tangannya sudah dipaku oleh tangan lelaki itu ke dinding. Kini dia tidak mampu
membuat apa-apa lagi. Tenaganya tidak mampu menandingi kudrat lelaki itu. Shah
mula bertindak rakus terhadapnya. Seluruh tubuhnya dicium kasar. Sophia cuba
untuk melawan.
“Kau tak akan pernah faham. Kalau kau tak jadi milik aku.
Orang lain pun tak boleh memiliki kau!”
“Lepaskan aku Shah!” Sophia menolak kasar tubuh Shah yang
sedang menindihnya. Menggunakan kudrat yang ada, kakinya diangkat untuk
menyepak celah kangkang Shah. Tapi apakan dayanya. Segala yang dilakukan Sophia
pantas sahaja ditepis Shah.
PANG! PANG! PANG!
Perit pipinya ditampar berkali-kali oleh lelaki itu.
Sophia tidak mampu berbuat apa-apa. Mulutnya pecah, darah merah mula mengalir. Pening
menguasai kepalanya. Matanya juga mulai kabur. Kini tubuh Sophia sudah
terbaring atas lantai. Pakaiannya juga ditarik kasar. Dia tidak dapat
memastikan apa yang berlaku selepas itu.
“Shah..” Akhirnya Sophia pengsan dengan air mata.
*******
“Opie buatkan aku coklat panas boleh!” Sophia tersedar
dari lenanya mendengar jeritan suara Shauqie dari tingkat bawah. Sophia
mengelap peluhnya yang membasahi wajahnya. Begitulah dia apabila mengalami
mimpi ngeri yang sering menjadi peneman tidurnya. Tercungap-cungap Sophia
seperti mengalaminya di alam rialiti. Sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan
hariannya. Disebabkan mimpi itu jugalah dia rasa tersentap apabila diusik soal
tangkap basah oleh Saiful hari itu. Adakah sebab ini membuatkan aku betul-betul
bencikan Shah? Air matanya mengalir tiba-tiba. Hatinya benar-benar takut. Setiap
kali berdepan dengan mimpi ini, pasti dia merasa seolah-olah dia sudah kehilang
‘mahkota’ yang sangat dia jaga. Menyesal dengan apa yang terjadi padanya.
Harapannya semoga itu hanya mainan tidur sahaja. Bukan rialiti.
“Sophia Aisya! Kau dengar tak?” Sekali lagi Sophia
tersedar. Tangannya mengesat air matanya. Enough Opie! Itu cuma mainan
tidur. Television yang terpasang di ruang menonton tingkat dua itu ditutup
menggunakan remote control. Entah sejak bila dia terlena pun dia tidak
sedar. Usai solat zohor tadi, dia lepak di ruang menonton itu untuk menonton
siri Hindustan hujung minggu. Tapi terlena pula.
Sophia mengemas bantal-bantal yang berselerakan di ruang
menonton itu. Teruk betul aku tidur. Sampai pasu bunga yang Mak Timah susun pun
senget. Dalam pada mengutip bantal dan kusyen kecil tangan Sophia terhenti
apabila melihat kaki seseorang. Pantas sahaja Sophia panggung kepala melihat
orangnya. Mamat psiko ni rupanya. Sophia buat tak tahu lalu kembali ke sofa
untuk meletakan bantal dan kusyen kecil.
Kenapa aku panggil mamat psiko? Sebab muka dia dah tak
serebeh macam dulu lagi. Rambut dia dah tak panjang macam orang gila. Tak macam
first time jumpa dulu. Smart je. Siap buat style rambut
korea pulak tu, lepas tu misai and jambang dia yang dah macam hutan
belantara pun sudah ditebas. Licin je muka dia. Gaya pakaian dia pun memang
terbaik la. Mata dia pulak hazel. Fuh! Cair siapa tengok. Muka dia pun kalau
bandingkan waktu serebeh dulu dengan sekarang memang berbeza sangat. Baru aku
sedar yang mamat ni hansome + macho + stylo + sama waktu dengan dia. Bak
kata orang bergaya habis. Tambah-tambah mamat ni kalau buat apa sahaja memang
nampak bergaya. Tak payah orang suruh. Tarik balik kata-kata aku masa first
time jumpa hari tu. Heheh.. apa pun memang first time aku tengok pun
terpegun juga la seminit dua. Sehinggakan mak cik yang selalu jual nasi lemak
hujung taman pun tak berkelip-kelip tengok mamat psiko ni. Tapi you know me.
Well, tak kan nak ngaku kot. Runtuh ego aku tu.
Kenapa pulak mamat ni tiba-tiba berubah 100%? Semuanya
disebabkan kisah yang berlaku hampir tiga bulan yang lalu. Along, Auqie, Epon
termasuklah aku selalu sangat mengadu yang ada orang selalu ikut kitaorang.
Terutamanya Shauqie Alexender tu. Ditakdirkan satu hari tu, Along paksa aku
teman dia dengan Auqie pergi Tesco nak beli barang masakan. Almaklumlah, mamat
ni tetiba kempunan nak makan 5 dish haritu. Spanish cuisine pulak
tu. Haila! Selera orang. Layan je. Walaupun kenyataannya Along yang beria-ria
nak makan. Kalau tak disebabkan mamat tu nak tunaikan janji belikan novel Melur
Jelita yang ditundakan haritu. Takde maknanya kalau nak ikut.
Okey balik pada cerita tadi, disebabkan terlalu lama dalam
Tesco, aku tersedar yang kami sedang diikuti. Apa lagi, lepas bayar terus pecut
la. Belum sempat keluar dari Tesco dah ada orang block depan pintu, tak
boleh nak keluar kerja main lari-lari kejar-kejar dalam Tesco. Yang lebih
menakutkan, siap main tembak-tembak pulak tu. Pistol tipu tak kalut. Fuh!
Bersyukur sangat sebab Allah still sayang kitaorang. Nak nangis jugalah
waktu tu. Ingat macam main polis sentri waktu kecik-kecik dulu. Takde maknanya!
Ingatan Sophia kembali saat mereka dikejar Robert.
~~~~~
“Opie, jom ikut.” Rafique menegur Sophia yang sedang menyiapkan assignmentnya di dalam bilik kerja alias Pustaka Kecil (Along kasi nama). Sophia menanggalkan kaca matanya.
“Orang banyak kerjalah.” Sophia berkata sambil
meregangkan segala urat sendi tubuhnya. Lama sangat duduk sampai kejang
jadinya.
“Ala, jomlah. Along tak pandai bab-bab membeli belah ni.
Auqie kempunan nak makan Spanish cuisine hari ni.”
“Ada lagi la bahan-bahan dalam peti sejuk buat apa nak
beli. Orang buat simple-simlpe sudahlah.” Ganggu betul la. Orang tengah kusyuk
siapkan assignment ni. Semenjak buka semester baru ini, inilah kerjaya. Sibuk
dengan study dan siapkan assignment. Walaupun lambat lagi tarikh submitnya tapi
dia tak suka tangguhkan kerja. Tangguh-tangguhkan pecuri masa. Betul tak?
“Tak cukup la. Auqie nak makan 5 dish hari ni.” Mai ai!
Mengidam ke apa? Bulat mata Sophia memandang Rafique. Rafique hanya tersengih.
“Sebenarnya 2 dish Auqie minta. Lagi 3 Along minta.” Rafique
buat muka naughty. Ceh! Mati-mati aku ingat mamat tu betul-betul kebulur. Nak
kata aku tak bagi dia makan tak adalah pulak. Rupanya pensyarah ni punya
selera.
“Buat apa nak buat banyak-banyak membazir saja.”
“Please, petang ni Along balik Perlis. Boleh bawa balik
sana.” Sophia tersenyum meleret sebelum wajahnya diseriuskan. Cerdik punya
Along. Belum sampai sana dah basi. Lepas tu buang dalam tong sampah. Membazir
juga kan.
“Takde maknyanya. Ingat apa ke? Basi la Along.” Rafique
sudah buat muka cemberut mendengar keputusan muktamad Sophia. Shauqie yang
sedang bersandar pada dinding bilik datang menghampiri mereka.
“Kau ikut je lah. Bukan guna duit kau pun. Lagipun kalau
lebih, boleh infak dekat jiran. Jangan risaulah, habis punya. Aku belanja
belikan novel yang kau nak dulu. Aku dengar ada cetakan terbaru. Ganti janji
aku yang dulu tak ditunaikan.” Gulp! Benar-benar menguji iman betul. Wajah
Rafique pun bertukar cerah. Sukalah ada orang back up dia. Sophia
mengetuk-ngetuk jarinya pada bibir seolah-olah berfikir. Haila! Bagi syarat
yang menguji keimanan aku betul.
“Tak nak? Tak nak sudah. Jom Rafique. Pandai-pandailah
kita pilih kejab lagi.” Shauqie mengajak Rafique. Senyuman Rafique mati.
Pandai? Pandai nak pilih? Dah la bahan-bahan pun aku tak tahu.
“Eh, kejap-kejap aku ikut.” Sophia menahan langkah
Shauqie dan Rafique. Kalut-kalut dia turn off ladtop Acernya. Kemudian mereka
sama-sama bergerak ke luar. Shauqie senyum senget ke arah Rafique. Rafique buat
muka menyampah. Bangga la sangat!
5 minit kemudian Honda Urban SUV merah tiba di Tesco. Tak
jauh pun. Jalan kaki pun sampai kot. Tapi saja malas nak berjalan. Tanpa
membuang waktu, mereka bergerak masuk ke dalam perut pasaraya besar itu.
Bahagian barangan basah diserbu mereka.
Mujur sahaja Sophia mengenakan syarat yang masing-masing
perlu lakukan. Hehehe.. kenalah guna kudrat lelaki samakan. Balik aku juga yang
kena masak. Shauqie dan Rafique mengambil troley masing-masing dalam kurungan
kena paksa. Sophia memberi dua helai kertas kecil yang bertulis bahan-bahan
yang perlu dicari.
“Apa ni?” Rafique bertanya.
“Kertas.” Sophia layan kepala. Sambil buat muka jahat.
“Ikan, sotong, udang, kicap, sayur and bla, bla, bla.”
Shauqie pula menyebut sambil buat muka serabut.
“Aku pula ayam, daging and bla, bla entah benda apa ni.”
Rafique pula menyampuk.
“Pergi la cari abang sayang. Orang tak larat nak cari
sorang-sorang. Daripada korang berdua jadi bodyguard tak bertauliah ikut orang.
Baik pergi cari bahan-bahan ni.” Sophia berkata dengan senyuman manis. Dalam
hati tak payah cakap la. Gelak macam nak pecah perut. Tengok pula muka tak puas
hati Rafique dan Shauqie.
“Tapi..”
“Orang tak nak dengar walau sepatah perkataan pun. Dalam
5 saat tak pergi orang blah terus dari sini. 5.. 4.. 3.. 2.. and sa..”
“Yelah, yelah. Ugut-ugut pulak.”
“Good! 30 minit dari sekarang pergi cari.” Sophia
berkata. Kelam-kabut Shauqie dan Rafique menolak troley masing-masing mencari
bahan yang sudah sedia bertulis. Orang sekeliling yang memandang pelik tidak
diendahkan. Macam ala-ala pertandingan masakan la pulak.
3o minit yang dijanjikan menjadi satu jam. Sophia dah
buat muka bosan menunggu Shauqie dan Rafique yang masih belum kelihatan hatta
batang hidung mereka sekalipun. Sebenarnya dia tak kisah pun lambat atau cepat.
Almaklumlah tukang mencarinya lelaki yang tiada pengalaman. So, biarlah.
Yang membuatkan
dia tidak selesa mengenangkan beberapa lelaki yang sedang mengikuti mereka. Dia
sedar pun waktu follow Rafique tadi bila ternampak 3 orang lelaki pakai suit
hitam, cermin mata gelap dan topi yang menutupi wajah. Apabila mengadu dekat
Rafique, Rafique pun cakap dia perasan juga tapi Rafique hanya menyuruhnya buat
tidak tahu. Apabila pergi te tempat Shauqie orang yang berpakaian sama
mengikuti lelaki itu. Apabila mengadu pada Shauqie, lelaki itu juga mengaku dan
sarannya supaya buat tak tahu sahaja.
Dan sekarang Sophia sedang bersendirian sementara menanti Shauqie dan Rafique juga perasan ada orang sedang mengawasinya. Sekejap-sekejap
dia memandang jam casio yang terikat di tangannya. Hish! Diorang ni pergi cari
barang ke buat barang. Dari jauh sudah kelihatan Shauqie dan Rafique beriringan
menuju ke arahnya. Dalam keadaan kelam-kabut.
“Jom cepat Opie pergi bayar.” Kalut-kalut Rafique berkata
lalu terus ke kaunter bayaran. Aik! Bukan aku ke yang sepatutnya sound pak cik
dua orang ni. Apasal aku pulak yang kena kejan. Sophia jungkit kening ke arah
Shauqie yang berhenti. Mungkin menunggunya pula.
“Fiq, tak sedap hati bila orang yang ikut kitaorang tadi
pegang bahu dia. Mujur ada orang lalu dekat situ. Lelaki tu lepaskan bahu
Rafique tiba-tiba dan terus blah cari aku.” Shauqie menjawab bagi persoalan
Sophia. Owh, patutlah.
“Dah jom! Aku pun tak sedap hati. Lepas ni terus ke
Popular.” Shauqie mengajak. Serentak kaki mereka menuju ke kaunter bayaran.
Usai menyelesaikan bayaran. Mereka menuju ke kedai
Popular pula yang berada di tingkat dua. Shophia dan Rafique menunggu di luar
sementara menanti Shauqie yang masuk ke dalam. Pada mulanya Rafique
menghulurkan not RM50 kepada Shauqie, tetapi lelaki itu menolaknya. Katanya dia
masih ada duit. Rafique beritahu Sophia bahawa Shauqie menggunakan wang
simpanannya yang masih ada di dalam bank. Sophia mengangguk faham. Kini dia
tahu dari mana datangnya duit Shauqie. Tidak berapa minit kemudian Shauqie
sudah berada di hadapan Rafique dan Sophia dalam keadaan tercungap-cungap.
Plastik yang berisi dua buah buku atau lebih tepat novel dihulurkan kepada
Sophia. Sophia memandang ke dalam plastik tersebut. Tersenyum dia melihat novel
I Love You Stupid! dan extra My Precious Iris di dalamnya. Heheh.. sayang kau
Auqie walaupun aku benci kau.
“Kau ni kenapa? Macam kena kejar hantu lagaknya.” Rafique
bertanya. Tanpa berkata Shauqie mengalihkan pandangannya ke belakang. Kelihatan
beberapa orang lelaki tadi sedang berlari ke arah mereka. Pantas sahaja Shauqie
menarik tangan Sophia dan Rafique keluar dari situ. Kelam-kabut Sophia menolak
troley yang penuh dengan barang itu. Mujur satu. Kalau dua tak ke melayang.
Kini mereka faham mengapa mereka perlu berlari.
Belum sempat mereka bertiga melangkah keluar dari
pasaraya Tesco, kelihatan dari jauh 2 orang berpakaian seperti tadi sedang
menunggu di pintu utama. Kini giliran Rafique pula menarik mereka berdua
mencari pintu lain. Berlari dan berlari sehinggalah bunyi tembakan membuatkan pengunjung
sekeliling berlari dan menjerit ketakutan.
Bang! Bang! Bang!
Dari belakang lelaki-lelaki tadi sedang berlari sambil
mengacukan pistol ke arah tiga orang manusia di depan mereka. Sophia sudah
kecut perut. Ya Allah, selamatkan kitaorang. Aku belum siap nak mati. Huhu,
diorang ingat main polis sentri ke apa. Dalam pasaraya pulak tu. Agak-agak la.
Tunggu kitaorang keluar dulu kan senang. Ibu! Papa! Tolong Opie. Opie nak jumpa
ibu dengan papa dulu. Takutnya saat itu hanya tuhan sahaja yang tahu.
Mujur sahaja mereka terserempak dengan beberapa orang
guard ketika itu. Mungkin disebabkan itu juga lelaki-lelaki tadi pergi
melarikan diri. Dua buah biji van berhenti mengejut di luar dan lelaki-lelaki
tadi laju sahaja membolosi ke dalam sana. Masing-masing tidak sempat melakukan
apa-apa termasuk guard tersebut. Dan Alhamdulillah! Sophia bersyukur kerana
mereka terselamat. Tubuh Rafique dipeluknya erat. Tak tahu ingin luahkan
bagaimana. Rafique mengusap perlahan kepala Sophia cuba menenangkan perasaan
adiknya itu. Shauqie hanya membiarkan. Terpancar riak bersalah pada wajahnya.
Orang sekeliling turut memandang mereka. Simpati mungkin!
“Sorry sebab aku korang berdua dalam bahaya.” Shauqie
memohon maaf.
“It’s okey Auqie. Kau keluarga aku sekarang. Susah senang
kau kita kongsi bersama. Kau okey tak ni?” Rafique bertanya. Sophia masih dalam
pelukan Rafique. Menggigil-gigil tubuhnya jelas kelihatan.
“Aku okey. I think we need to back home now. Dia nampak
takut sangat.” Rafique mengangguk sebelum berkata sesuatu terhadap guard yang
masih bersama mereka. Polis turut telah dilaporkan oleh guard tadi. Dan mereka
bertiga bergerak ke Honda Urban SUV untuk pulang.
~~~~~
Disebabkan kejadian itulah, Along dengan secara rasminya
menukar perwatakan mamat psiko tu. Tapi, style Shauqie bukan hanya macam
ni. Dia perlu sentiasa berubah-rubah. Gaya Korea, US, UK, arab, Indon, rock,
cina, melayu and whatever asalkan tutup aurat dan berjaya bolos dari
dikesan Robert. Sampaikan aku pun kadang-kadang tak boleh nak cam dia ni.
So, berbalik kepada cerita tadi. Disebabkan masalah aku yang
tetiba ketakutan mengalahkan budak kecik. Tak nak Along jauh dari aku so
niat nak bawa Auqie ke balai polis petang tu ditangguhkan. Sayang betul Along
dekat aku. Auqie cakap nak pergi sendiri tapi Along tak kasi. Takut lain pula
jadinya. Mujur sahaja hanya semalaman aku macam tu.
Esok tu, Along bawa pergi salon dekat Centre Square.
Memang orang yang Along upah, touch up habis la. Baju-baju mamat ni pun
semua baru. Along upah orang yang jenis moden pulak. Baju-baju yang dipilih
semua style-style la. Bukan itu saja, dua minggu sekali Along upah orang
suruh hantarkan baju ke rumah. Yang pastinya baju yang mengikut trend
terbaru, moden dan fasionista! Cewah, kalah aku ni yang perempuan. Boleh
tahan Along aku ni. Tapi kalau baju yang terlampau sangat tu, direject
dan dipulangkan semula. Disebabkan jasa perihatin Along, berubah terus mamat
tu. Bak kata orang, perempuan lalu sebelah kalau tak usyar memang rugi.
Berkilau-kilau macam artis gitu. Cit! Menyampah aku. Dah tu suka belagak pula.
Tapi dengan aku je. But.. ada aku kisah.
Jadi, selepas selesai make over Auqie, Along bawa
Auqie pergi balai polis. Along punya kawan pun polis. Orang koprat la katakan.
Mestilah banyak kenalan. So, nak minta tolong apa pun senang. Inspektor
pulak tu, lagi senang. Along lapor fasal kejadian yang berlaku. Yang paling
mengejutkan, Robert merupakan orang yang paling dikehendaki oleh pihak polis.
Sebab, Robert terlibat dengan perdagangan manusia, dadah antarabangsa,
pelacuran, penipuan, rompakan dan banyak lagi. Semput aku dengar.
Jadi, Along ditawarkan bekerjasama dengan pihak polis
untuk jadikan Shauqie sebagai umpan penangkapan Robert. Along pun setuju saja
lantas minta kerjasama mahkamah dan pihak polis untuk mengubah identiti Auqie.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Polis pun bagi kerjasama untuk bantu.
Dalam tempoh dua tahun diorang planning untuk perangkap dan tangkap
Robert. Kad pengenalan, surat beranak, passport, dan segala macam yang
sewaktu dengannya akan ditukarkan kepada maklumat palsu sebagai melindungi
identiti Auqie. Sehinggalah selesai misi mereka, segala maklumat ‘klon’ Auqie
akan dihapuskan serta merta. Kami yang tahu segala maklumat ini perlu tutup
mulut kalau tak nak tinggal dalam lokap. Hanya orang tertentu sahaja akan
dibukakan cerita ini. Selepas dua tahun, dan selesai kes. Maklumat itu akan
dimusnahkan serta merta. Auqie pulak akan menjadi dirinya yang sebenar. Tak
perlu lagi menyamar. Sampai rambut dia pun Along paksa pakai inai bagi nampak
merah perang. Nasib inai. Kalau dai aku saman Along. Pensyarah agama tak kan
nak suruh pakai dai kan. Cukup baju yang mengalahkan artis dunia tu.
Okey let’s me
introduce. Nama asal Shauqie Alexender B. Hairyl Azman. Ditukarkan kepada
Mohd Aizat B. Hairyl Azman. Nama ayah still nama sebenar. Umur 28 tahun.
Tua dua tahun dari aku. Status asal. Tak diketahui. Sebab Along tak nak
kasitahu. Status sekarang, berkahwin. Bini dia aku walaupun aku berontak hebat.
Sampai seminggu tak cakap dengan Along. Lepas pujuk baru okey. Itupun
kena paksa. Kerjaya asal. Penganggur terhormat. Tapi lepas diselesaikan
segalanya. Auqie sekarang menjadi CEO manager MQ-one United dekat SP. Gantikan
Prof. Rafique Amsyar yang sudah bersara, dan sekarang menjadi lecturer
sepenuh masa. Along pun dah bincang dengan papa. Papa pun happy je bila
dapat jumpa Auqie. Aku pun tak tahu kenapa.
Cara papa cakap and layan Auqie macam dah lama kenal Auqie. Macam
mana aku tahu? Tahulah Along cerita. Dalam masa yang sama Auqie diminta oleh
Along supaya menyambung pelajarannya ke peringkat master seperti yang
dijanjikan Along. Itulah serba-sedikit tentang Shauqie Alexender. Eh silap,
Mohd Aizat. Oh lupa nak cakap, hanya family kitaorang sahaja panggil
Auqie, sebagai Auqie. Itupun dalam rumah. Kalau dekat luar atau tempat umum
ataupun orang lain, panggil Aizat aka E-jat.
BUKK!!
Kembali Sophia ke dunia rialiti. Lama juga aku termenung.
Pening sekejap Sophia apabila kepalanya dibaling dengan bantal busuknya. Sejak
bila aku keluarkan bantal busuk aku dari bilik? Sophia pandang gerangan orang
tidak bertanggungjawab telah memperlakukan dia begitu. Hidup lagi rupanya mamat
psiko ni. Belum sempat Sophia memungut Shauqie terlebih dahulu mengutip bantal
busuknya yang berbentuk silinder warna biru. Siap ada corak arnab lagi. Shauqie
menggeleng-geleng kepalanya. Dah besar pun still macam budak-budak.
“Bagi balik bantal aku.” Sophia menghulurkan tangannya
meminta. Shauqie tersenyum sambil memeluk bantal itu. Tahulah bantal tu lembut
pun. Kasi balik, tak tidur aku malam ni. Shauqie menunjuk bantal itu
seolah-olah bertanya nak? Aku pun laju je angguk. Shauqie mengangkat jari
telunjuknya lalu digerakkan ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Lalu jarinya
dibawa ke pipi lalu ditekan-tekan pada pipi putihnya sambil menjungkit kening. Kiss?
Takde maknanya aku nak kiss ko!
“Hish! Bagi balik.” Sophia meminta lagi. Tapi Shauqie
masih memberikan isyarat yang sama. Dek geram, Sophia mengambil kusyen kecil
tadi lalu dibalingkan ke arah Shauqie. Belum sempat Shauqie mengelak, kusyen
itu sudah elok mendarat ke wajah Shauqie. Buk! Dan jatuh ke lantai. Muahaha...
padan muka ko. Cabut Opie. Nanti dia kerjakan kau naya. Sophia sempat mengambil
bantal busuk kesayangnnya dan berlari ke arah tangga. Tapi pantas sahaja
Shauqie menangkapnya. Disebabkan berlaku pergelutan semata-mata berebut bantal
busuk yang tiada nilai tu saja, berguling-guling mereka berdua di situ. Ruang
menonton yang sudah dikemas kembali berselerak. Akhirnya mereka berhenti
Shauqie berada di atas Sophia. Tersengih jahat dia kerana menang. Dan cup! Pipi
Sophia menjadi sasarannya. Lalu Shauqie lepaskan Sophia.
“Kau cium pipi aku kenapa? Kau tahu tak kau telah menodai
pipi aku yang putih bersih ini. Habis aset laki aku. Aku repot Along cakap kau
ambil kesempatan keatas aku.” Sophia berang. Sambil mengesat pipinya yang
dicium Shauqie tadi. Eww! Yucks! Masalah gangguan seksual betul! Shauqie boo
layan.
“Repot la. Ada aku kisah. Along pun pasti menyebelahi
aku. Aku kan laki kau. Ikut suka aku la. Fiq buat dekat kau tak apa pun.”
“Takde kerja kau jadi laki aku. Along abang aku. Ikut
suka dia la.”
“Kita MAHRAM okey. So, suka hati aku la.” Shauqie
membalas. Sengaja ditekan pada perkataan mahram. Toink! Toink! Toink! Sekali
dia bidas guna kuasa veto dia tercekik kau Opie. Sophia menjulingkan matanya
tanda menyampah. Malas melayan, Sophia bangun berjalan menuju ke tangga. Kalau
debat dengan mamat psiko tu, sampai bila-bila tak habis.
“Kau nak pergi mana pulak?” En.. mamat ni. Aku sepak
laju-laju karang ada juga yang tinggal dalam hospital.
“Pergi buat coklat panas untuk kau la. Nanti susah pula
kau nak buat kerja. Kau tolong kemaskan semua ni.” Shauqie tersenyum. Memang
itulah kerja Sophia. Dia pun tak boleh nak buat kerja kalau Sophia tak buatkan
dia coklat panas. Sophia pun seperti sudah maklum tentang rutinnya itu. Sayang
kau Opie. Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya. Gila nak cakap terus, tak
fasal-fasal habis semua pinggan mangkuk melayang. Hehehe.. Shauqie mengemas apa
yang patut.
Tiba-tiba Shauqie terduduk..... bayangan peristiwa yang
tiba-tiba menjelma di kotak mindanya membuatkannya sarafnya lumpuh. Tubuhnya
sudah beku, pucat dan menggigil. Tak mungkin aku!
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan