Jumaat, 7 Mac 2014

SODA 15

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 15 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 15~


A


nis Maisara pandang Sophia dan Shauqie silih berganti. Apa kena dengan makhluk dua orang ni? Seorang ke timur. Yang seorang lagi ke barat. Apahal? Anis menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Kertas-kertas dokumen yang berterabur di atas meja mereka dipandang kosong oleh Anis. Tak kan nak cancel lagi kot hari ni. Dah la presentation tak lama lagi. Discuss pulak selalu je cancel. Kali ni tak kan nak cancel jugak kot. Ahli group lain asyik cancel je. Hurm..

Opie ni pun. Apa yang dimenungnya dari tadi pun aku tak tahu. Sedari pagi tadi hinggalah petang kerja dia jadi patung hidup. Hanya sekali-sekala sahaja minah ni cakap. Itupun sebab kena jerkah dengan sang arjuna. Si jejaka pula entah apa kena. Selalunya kepoh je bila join dengan Opie walaupun kenyataannya dengan perempuan lain macam tak wujud je dekat dunia ni. Tapi hari ni kerja dia follow je ke mana Opie pergi. Then, arah itu ini. Opie silap sikit mula la nak jerkah. Dah macam Pak Guard pula gayanya.

Anis mengemas segala barang-barang mereka. Biarlah! Kesian pulak aku tengok Opie. Macam orang hilang punca. Tak boleh nak focus. Usai mengemas apa yang patut. Pandangan Anis dihalakan ke arah Shauqie yang sedang bersandar pada sebatang pokok yang tidak jauh dari kedudukan mereka. Matanya tepat dihalakan ke arah Sophia.

“Opie!” Anis memanggil.

“Yohoo! Opie!” Hujung jarinya dipetik-petik.

“Sophia Aisya Binti Nordin Iman.” Anis menjerit di hujung corong telinga.

“Ha! Ye ye aku faham. Hurmm.. Bahan-bahan aku try cari minggu depan.” Terkejut Sophia sehingga melatah. Anis buat muka seposen sambil memeluk tubuhnya. Keningnya dijungkit berkali-kali. Wajahnya diseriuskan.

“Kau okey ke tak ni Opie?”

“Eh, mestilah okey. Tengok aku sihat je.”

“No! you’re not! 3 jam lebih kita di sini. Aku cakap tak berhenti. Rupa-rupanya aku cakap dengan mayat hidup. You’re not Sophia Aisya. Gadis happy go lucky. Tapi depan aku ni entah stone girl mana la sesat dekat sini. Apahal?”

Hamek ko Opie. Panas ni panas! Sophia menghela nafas panjang. Tension! Tension! Selalu je buat macam aku seorang saja ada masalah. Dah tu mengalahkan orang ada masalah dunia pulak tu.

“Opie.. what’s up? Share la.” Anis menarik tangan Sophia lalu diurut lembut. Sophia tersenyum nipis.

“Kau pun tahu. Aku bukan jenis sharing.” Cemberut wajah Anis mendengar jawapan Sophia. Kedekut betul. Orang nak tolong ringankan masalah dia. Dia pulak tak nak. Kalau dah macam orang gila baru padan muka.

“Ikut suka kaulah. Ha! Tu apahal. Usyar kau macam nak terkeluar biji mata?” Anis menudingkan jari telunjuknya ke arah Shauqie yang masih bersandar pada pokok tadi. Sophia menjeling menyampah. Over la mamat ni. Kalau ye pun ibu bagi tanggungjawab suruh kau jaga aku. Tak payah la over sangat. Along pun sokong je apa yang ibu arah tu. Menambah pulak tu. Tapi aku tahu sebab apa. Shah!

Mamat tu entah apa mimpinya. Kena sampuk dengan jin mana entah. Nak marah orang tak tentu hala. Salah sikit marah salah sikit marah. Tak boleh ke cakap elok-elok. Sejak ada ‘jejak kasih’ haritu la. Balik je dari Alor Star, kerja dia marah-marah then buat silent war, apa aku buat semuanya salah. Aku salah apa pun tak tahu. Adakah sebab Shah tiba-tiba muncul hari tu? Jelous ke? Tapi apa kena mengena pulak. Aku dengan dia bukan ada apa-apa pun. Suami isteri tak jadi je kot.

Hurmm.. Sophia mengeliat kecil. Hilang rasa lenguh-lenguh di pinggangnya kerana lebih 2 jam dia langsung tidak bergerak. Semua memikirkan kejadian tiga minggu lepas. Perjumpaan tidak rasmi antara dia, Auqie, ibu, Along, ummi dan Mike or Shah maybe. Tapi tak mungkin itu Shah. Mata dia tak sama macam Shah, seperti yang ada pada Auqie.

Apa konflik diorang erk? Apa yang buatkan Auqie jadi panas baran sampai macam tu sekali. Yang buatkan otak aku ni tak berhenti berfikir sampai sekarang. Dari aku bangun tidur sampai aku nak masuk tidur. Well inilah masalah aku. Terlalu berfikir. Benda kecik pun nak fikir. Inikan pula benda besar. Tulah kan! Padahal dulu aku bukanlah jenis stok minah-minah kaki menyibuk ni. Cuma sesuatu yang dapat aku rasakan dari lubuk hati aku. Seolah-olah Mike dan Shauqie ni ada kaitan dengan masa lalu aku. Salah satu buktinya, persoalan hubungan aku dengan Auqie yang masih tidak diketahui kebenarannya. Dan Mike yang tiba-tiba muncul dalam keluarga aku.

“HOII!!”

Terkejut Sophia dari khayalannya apabila dijerkah Anis. Sophia mengurut-ngurut dadanya. Niatnya untuk marah terbantut melihat riak Anis yang sudah berubah seperti singa kelaparan. Muka tak payah cakap la. Macam nampak je wap keluar dari telinga dan hidung dia. Sophia mengangkat dua jarinya. Peach! Anis yang sedang mencekak pinggangnya mengambil buku di atas mejanya lalu kepala Sophia diketuk geram.

“Berangan je kerja kau. Apa ingat aku ni anak patung ke hah! Eee.. kau ni saja kan nak bagi aku hilang sabar.”

Laju tangan Anis mengayun figura kecil ditangannya berkali-kali ke tubuh Sophia. Terkial-kial Sophia menahan sakit dek hentaman yang bertubi-tubi. Setelah puas melepaskan geram akhirnya Anis berhenti. Terduduk gadis itu kerana kepenatan. Meja yang didiami mereka dihempuk kuat dengan buku. BUM!

“Weyh! Engkau ni. Nak buat meroyan dekat sini pulak. Nak ketuk-ketuk pergi ketuk tabuh dekat masjid tu ada jugak faedahnya. Panggilkan orang pergi solat. Dapat pahala.” Anis mencerlun tajam ke mata Sophia. Sophia menahan tawanya dengan buat tak tahu.

“Kau perli aku ye mangkuk?”

“Eh, mana ada? Aku cakap benda yang BENAR.”

Sengaja ditekankan pada perkataan benar dibelakang katanya. Anis tarik muka sepuluh sen. Sophia mengulum senyum. Siapa sangka, gadis sebaik dan semulia Anis bukan saudara seislamnya. Nama memang Islam. Watak memang Islam. Tambah-tambah kalau dia pakai tudung. Memang nampak macam muslimah sejati. Tapi sayang beribu-ribu kali sayang. Gadis ini merupakan seorang yang berpegang pada kepercayaan Ateis. Seluruh keluarga dia Aties. First time jumpa pun tak percaya tapi that’s reality. Asal orang Sabah. Atuk dia yang kasi nama sebab berkenan betul dengan nama orang melayu. Anis macam aku. Perahsia. Sangat perahsia. Mungkin sebab tu kami banyak keserasian. Sebab itu jugalah banyak kisah Anis yang aku tak tahu.

“Dah ar.. aku dah malas lah dengan kau. Nak kenakan aku pulak. Tadi buat silent sangat. Aku tanya tak nak jawab. Lepas ni jangan menggedik nak minta tolong aku. Ha! Balak kau tu dah buat model hot jalan ke sini. Settle sendiri.”

Sophia pandang ke arah Shauqie yang sedang melangkah ke arah mereka dengan penuh gayanya. Fuh! Tak kuat iman aku cair ni. Dah la pakai kemeja tak berbutang atas. Tahulah badan kau terlebih muscle pun. Berketul-ketul. Dah tu tangan sinting ke siku. Nampak kulit putih dia. Butang atas tak dibutangkan pulak tu. Slack carrot trend sekarang. Tahu dekat Along naya hidup dia nanti. Mujur je tak buat trend seluar londeh. Memang nak mampus dengan Along. Rambut pulak! Fuh, bergaya habis la. Asset muka tak payah cakap, memang top la! Tapi satu je, dia usyar aku macam nak telan. Dah la senyum pun tak. Apa lagi lah yang dia ni nak dekat aku.

“Anis.. help please.” Sophia mencuit lengan Anis. Apa yang dikatakan Anis tadi langsung tidak diperdulikan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Matanya masih lagi memandang ke arah Shauqie. Anis buat stone.

“Anis.. tolong la. Kau la orang yang paling memahami aku.” Duble stone.

“Weyh.. tumpang rumah kau dua tiga hari.” Triple stone.

“Anis.. kalau kau tak tolong aku siapa lagi? Epon? Tak kan kau nak bagi tidur hostel lelaki kot. Agak-agak la kau ni.” Anis buat mata juling. Tubuhnya masih di stonekan.

“Kau ni nak merajuk esok-esok la. Okey! Okey! Aku mintak sorry dari hujung rambut sampai hujung kaki. Sekarang ni kau tolong aku. Please!” Sophia still memujuk. Matanya direling ke Shauqie yang terhenti tengah jalan dek ditahan peminat-peminat dia. Erk! Minah-minah ni kacau betul la. Eh apasal pulak. Terima kasih sebab tolong blockkan laluan mamat tu. Berguna jugak korang.

“Anis.. kau ni. Sampai hati tau. Fine! Tak nak tolong sudah. Nak merajuk sangat. Pergilah! Aku report Epon kata kau suka dia baru tahu.” Sophia silang tangan lalu membuang pandang arah lain. Terbelik mata Anis mendengar ugutan Sophia. Eee.. mak cik ni saja tahu. Aku bocor rahsia fasal kau hilang ingatan baru tahu. Gimik je lebih.

“Ye lah. Tidur lah setahun pun. Tak kisah.”

“Cumil je kau ni. Dah jom blah. Alang-alang dia dah jadi artis. Baik cabut. Nanti tak fasal-fasal dengan sekali kau dia pancung.”

Perlahan-lahan Sophia melangkah dari situ. Anis hanya mampu julingkan matanya. Laki bini ni. Korang punya masalah aku yang jadi mangsa. Anis memasukkan semua buku-bukunya ke dalam beg, lalu kakinya melangkah laju ke arah Sophia. Sekelip mata sahaja minah berdesup.

*******

Keluarnya Sophia dari Surau Assyakirin membuatkannya terperangkap dalam tempat persembunyiaannya sendiri. Kelu lidahnya saat terpandangkan Shauqie yang sedang memeluk tubuh di hadapannya. Di sebelah Shauqie, Anis berdiri kaku dengan muka bersalah. Mesti mamat ni guna kuasa hitler dia sampai Anis pun kena bukak mulut ni.

Sophia menghembus nafas berat. Kau layan je lah panas baran mamat ni Opie. Lari macam mana pun balik rumah muka dia jugak kau mengadap. Kalau dia hilang depan mata mula nak gelabah la, meroyan la. Tahulah kau sayang dia Opie.

“Kau nak apa lagi Auqie?”

Shauqie peluk tubuh. Tangan kirinya diangkat manakala telunjuk kanannya diketuk-ketuk pada jam di tangan kirinya. Sophia buat muka seposen. Mesti nak cakap time’s up! Time to back! Home’s waithing for you! Bla! Bla! Bla! Balik rumah pun bukan aku buat apa-apa melainkan mengadap muka dia lepastu sakitkan tekak aku bertengkar mengalahkan kucing dengan anjing. Tapi sorrylah my hitler bodyguard. I’m not going home today.

“Aku tak nak balik.”

Ringkas dan tegas jawapan Sophia. Shauqie menjungkit kening. Tubuhnya dipeluk sambil tersenyum sinis. Kemudian tangannya dilarikan ke dalam poket seluarnya. Shauqie berjalan perlahan mengelilingi Sophia sambil ketawa perlahan.

“Kau nak pergi mana? Jumpa Mike kesayangan kau tu? Hurmm.. atau lebih sesuai menurut kau Shah.”

Shauqie berdiri betul-betul di hadapan Sophia. Dalam nada yang sinis Shauqie ketawa kecil. Sophia mula terasa seram sejuknya. Ya Allah, kenapa dia jadi balik macam malam tu. Kenapa Auqie berubah sangat? Ingat lagi malam tu, balik saja dari Alor Star. Habis satu rumah bersepah disebabkan baran Auqie. Semua benda dibalingnya. Paling teruk aku! Tengking aku. Marah aku. Itupun sebab aku tanya fasal Syahril Mikey. Mengamuk macam aku tak pernah kenal siapa dia. Adakah ini sikap sebenar Auqie?

Sophia tersedar apabila terasa perit rahang dagunya dek dicengkam kuat oleh Shauqie. Terkial-kial Sophia cuba melepaskan genggaman Shauqie. Anis turut teragak-agak untuk membantu Sophia. Sophia menahan tangisannya yang hampir pecah.

“Auqie please. Sakit…”

“Owh, sakit rupanya.”

“Kenapa dengan kau ni Auqie? Aku salah apa dekat kau?”

“Kau tanya aku apa salah kau? Hey! Kenapa kau mesti percayakan mamat yang pernah nak musnahkan hidup kau hah! Kau ingat aku tak tahu yang kau sekarang mula berhubung dengan mamat tak guna tu kan? Dah berani keluar bersama.”

“Apa kau cakap ni Auqie? Lepas lah!”

Sophia menarik sekuat mungkin cengkaman Shauqie. Air mata yang mengalir di pipinya sudah tidak dihiraukan lagi. Jari Shauqie digigit sekuat hati. Perut Shauqie ditendang. Shauqie mengaduh kesakitan kerana diserang tanpa sedia. Anis yang melihat Sophia terlepas dari cengkaman Shauqie segera menarik rakannya itu berada di sampingnya. Belakang Sophia diusap perlahan.

Shauqie memandang tajam ke arah Sophia. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Shauqie kemudiannya menepuk-nepuk tangannya. Kakinya diorak ke arah Sophia dan Anis. Anis sedaya upaya melindungi Sophia di belakangnya.

“Congrate! Wah, tak sangka aku anak Nordin Iman ni boleh tahan jugak. Ingatkan selama ni dia cuma syok sendiri yang dia tu hebat sangat. Tahniah!”

Mata bulat Sophia menikam wajah Shauqie. Membuak-buak marahnya melihat wajah Shauqie. Dia seolah-olah tidak kenal siapa lelaki di hadapannya kali ni. Sophia melepaskan pelukan Anis. Perlahan-lahan dia menghampiri Shauqie. Berdiri sahaja di depan Shauqie, pantas tangannya diayun ke muka Shauqie. BUK!

“Kau kenapa Auqie? Aku salah apa dengan kau hah?!” Soalan yang sama ditanya.

Kolar T-shirt Polo yang dipakai Shauqie ditariknya geram. Matanya tak usah cakap. Belum cakap dah meleleh. Shauqie membisu kali ini. Melawan tidak apapun tidak. Matanya hanya memandang Sophia.

“Cakaplah! Kenapa kau bisu pulak? Aku salah apa?!”

Tubuh Shauqie digoncangnya sekuat hati. Cakaplah kenapa kau macam ni. Kau tahu tak aku dah mula sayang dekat kau. Kaulah lelaki yang aku berani letakkan kepercayaan lepas papa, Along dan Epon. Tak kan kau nak musnahkan kepercayaan aku ni! Kau buat aku jadi macam ni. Lepas tu kau nak hancurkannya.

“Sebab aku benci kau!”

Perlahan jawapan Shauqie tapi mampu merentap hati Sophia. Terlepas cengkamannya. Perit hatinya mendengar jawapan Shauqie. Dek terlalu geram, hampir sahaja tangannya melayang sekali lagi ke wajah Shauqie. Tapi terhenti. Sophia terhenti untuk meneruskan niatnya. Dia tak kuat. Tak kuat macam dulu. Sebab tu aku benci kau Aisya! Aku benci kau Aisya! Kau tanam sayang dan kepercayaan dalam hati kau kenapa? Benci kau. Kau buatkan aku jadi Aisya yang dulu. Betapa lemahnya kau Aisya. Tapi bukankah pilihan menjadi Aisya adalah pilihan aku? Puas menangis, Sophia terus memeluk Shauqie erat. Tangis yang berhenti tadi kembali kedengaran esaknya.

Walaupun Shauqie sedaya upaya untuk melepaskan Sophia tapi semakin kejap pelukan Sophia. Shauqie hanya membiarkannya. Tersentuh hatinya melihat air mata Sophia membuatkannya terkelu. Dia tahu kebelakangan ini dirinya semakin tidak terurus. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Kadang-kadang membuatnya terasa tercabar kerana Sophia dah tak macam dulu. Marah-marah, pukul aku dan dera aku. Walaupun aku tak suka tapi sekurang-kurangnya aku masih dalam pandangan dia. Tapi sekarang Sophia lebih banyak mendiamkan diri. Walaupun kena marah sekalipun gadis itu hanya diam. Bertambah rasa tercabar hatinya, Mike sudah berani menghubungi Sophia dan mengajak Sophia keluar. Hantar dan ambil Sophia di U. Arh! Sya, aku buat semua ni supaya kau sedar Mike bukan orang yang layak dibuat kawan!

Dek terlalu geram, tubuh Sophia ditolaknya kuat sehingga Sophia terundur beberapa langkah ke belakang. Benci dia mengenangkan Sophia terlalu mudah terpedaya dengan lelaki yang baru muncul dalam hidup Sophia, sedangkan dirinya yang berusaha melindungi gadis itu selama ini langsung tidak dipedulikan. Lengan Sophia ditarik kasar untuk pergi dari situ.

“Jom balik!”

Sophia meronta-ronta minta dilepaskan. Anis dipanggil mohon dibantu. Namun hanya sia-sia. Siapa berani bila tengok muka Shauqie yang berubah 100%.

“Lepaslah. Aku tak nak balik. Auqie!”

Tangannya direntap kasar sehingga terlepas pegangan Shauqie. Sophia mengurut-ngurut pergelangan tangannya menghilangkan rasa sengal. Menyesal aku peluk kau tadi. Ingatkan bila peluk kau, lembut jugak hati tu. Tapi lagi teruk adalah.

“Aku cakap balik!”

“Tak nak!”

“Kau nak aku report papa dengan ibu dekat mana kau sembunyi hah!”

“Pergilah. Aku tak akan jejak lagi banglo tu.”

“Aku cakap balik!”

“Aku tak nak. Aku tak nak! Aku tak nak Auqie! Please. Untuk kali ni tolong bagi aku sendirian. Please Auqie. Aku janji aku akan jaga diri aku elok-elok. Aku janji! But give me time please. Aku tahu walaupun kau berubah. Tapi hati kau masih macam dulu. Understand me please. Sekurang-kurangnya kau boleh tenangkan hati kau bila tak tengok orang yang kau benci. Please Auqie! Let’s me go.”

Sophia menutur perlahan sambil memandang lembut wajah Shauqie. Tangan yang digenggam Shauqie dilonggarkan perlahan. Sophia mengusap tangan Shauqie lembut sebelum melepaskannya. Lalu pergi meninggalkan situ. Anis hanya memandang apa yang terjadi. Tidak berniat untuk membontoti Sophia. Dia tahu ke mana gadis itu pergi.

Shauqie melurut kasar rambutnya sehingga kusut. Hendak sahaja dia menjerit sekuat mungkin tika itu. Kerusi batu berhampiran ditendangnya geram. Anis yang melihat itu hanya menggeleng. Masalah betul laki bini ni.

“Shauqie Alexender Hanafiah. Kenal dengan keluarga Nordin Iman sejak kecil. Seorang piatu yang ditinggalkan bapanya. Pernah bercinta dengan gadis yang bernama Sophia Aisya 5 tahun lalu. Hubungan dibawa ke alam pertunangan. Tapi apakan nasib malang korang difitnah bersekedudukan. Namun kenyataannya bukan kau yang cuba perkosa Sophia. It’s right? What happen after that. No body know it. Except you.”

Terkelu Shauqie mendengar kenyataan yang terbit dari bibir Anis. Tajam matanya memandang Anis. Anis hanya tersenyum sinis. Aku tahu siapa kau. Dan aku tahu siapa Opie.


 

0 Budak Comel Komen :D:

Catat Ulasan

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo