Ahad, 21 Julai 2013

Story Opie Dan Auqie (SODA) 1

Assalamualaikum..
jemput baca first en3 dri Sya ye..
Story Opie Dan Auqie eps 1
jgn lpa komen erk?


~SODA 1~

TING TONG!
TING TONG!

Bunyi loceng yang ditekan berkali-kali membuatkan Sophia tersedar dari lenanya. Terpisat-pisat dia bangun dari tidurnya sambil menggosok matanya yang berijar. Siapalah yang tak ada kesedaran sivik betul pagi-pagi kacau ketenteraman orang nak tidur ni. Hish.. menyusahkan betul!

Dalam keterpaksaan, Sophia bangun juga dari baringnya lalu mengeliat kecil. Tangannya mencapai jam loceng berbentuk arnab yang berada di kabinet sebelah katilnya. Pukul 3 pagi. Gila betul! Dah tak boleh tunggu esok ke?

Sophia turun dari katilnya. Jubah tidur yang tersangkut pada almarinya diambil lalu disarungkan pada tubuhnya yang hanya berbalut singlet hitam bertali halus dan seluar fit separa lutut. Kepalanya dililit dengan tuala sahaja bagi menutup rambutnya yang panjang. Kakinya diorak menuju ke tingkat bawah. Bunyi loceng yang masih ditekan membuatkan Sophia mempercepatkan lagi langkah. Sabarlah! Dah mengganggu orang minta orang cepat-cepat. Tiba sahaja di depan pintu rumahnya, pintu dibuka kasar.

“Ni apa ni ganggu orang pagi-pagi buta ni. Tak rasa apa-apa ke hah?” Tanpa melihat wajah orang dihadapannya Sohia terus bertanya dengan nada tidak puas hati.

“Assalamualaikum adik Along. Dah lupa adab sambut tetamu ke?”

Dush! Dush! Dush! Hamek ko Opie, sekali mamat depan ko ni bagi tazkirah ‘pagi buta’ terkelu lidah kau. Tapi dah orang ganggu kita pagi-pagi buta macam ni pun kena buat adab dengan tetamu ke? Minta maaf sikit erk, not my style lorh!

“Eh Along! Along buat apa dekat sini. Kenapa tak call dulu nak datang?” 

Terkejut juga dia melihat orang yang datang itu ialah Alongnya, Rafique Amsyar dan seorang lelaki entah sapa entah AKA mamat serebeh. Tengoklah dia. What the spesies of human… dengan seluar koyak sana sini. Rambut panjang yang serabai, jambang entah dah macam hutan tropika, baju pun dah macam Malaysia ni miskin sangat sampai dia nak beli baju yang elok sikit dari dia punya baju and the important is he smelly. Eww, yucks! Dah berapa bulan dia tak mandi. Orang ulu manalah yang Along aku ni angkut bawa balik.

“Jawab salam dulu Aisya. Kalau ye pun  Sya nak menyiasat atleast bagilah Along dengan kawan Along ni masuk dulu. Kitaorang penat ni.”

Cemberut wajah Sophia mendengar kata-kata Rafique. Ada saja Along aku ni nak balas. Dan yang paling aku tak suka dia panggil aku Aisya. Aku rasa dah 1001x aku bagi warn jangan panggil aku Sya. Dah la sesuka hati datang rumah orang. Sya, sya! Opie lah ni. Sya is past okey. Dah tak wujud.

Sophia memberi laluan kepada Rafique dan mamat serebeh itu masuk ke dalam. Lampu utama ruang tamu dibuka. Kemudian  Sophia Aisya menuju ke dapur menyiapkan apa yang perlu. Kena bertindak sebelum kena sound sekali lagi dengan pensyarah tu. Lagipun kesian juga tengok muka diorang mengalahkan orang seminggu tak tidur.

Rafique hanya memandang kelibat Sophia yang hilang ke dapur. Pasti nak buat air. Memang itulah kebiasaan Sophia bila menyambutnya ke rumah keluarga mereka itu. Dia perasan wajah adiknya itu berubah apabila mendengar nama Sya meniti dibibirnya tadi. Sya, Sya, benda lama lupakanlah. Dah jadi sejarah. Apa pulak yang jadi bila adik aku ni kenal siapa lelaki sebelah aku ni. Hurmm..

Pintu ditutup lalu dikunci. Rafique menyertai rakannya, Shauqie yang sedang berdiri di tepi sofa. Kasihan dia melihat keadaan Shauqie yang tidak terurus. Macam manalah lelaki itu boleh bertahan hidup dalam derita begini. Mujur dia jumpa dengan Shauqie kalau tak apalah nasib teman baiknya itu. Apa yang membuatkan Shauqie terjebak dengan lembah derita? Adakah peristiwa itu?

“Weh! Kenapa yang kau terpacak lagi? Duduklah. InsyaAllah, rumah family aku ni tak runtuh lagi.” Rafique menepuk-nepuk bahu Shauqie. Shauqie hanya tersengih,

“Bukan aku tak nak duduk lah bro. Aku segan la dengan kau. Dah lah kau selamatkan aku dari Robert. Sekarang kau bagi aku tinggal sini pulak. Serius weh, aku terhutang budi sangat dengan kau. Lagipun baju aku kotor sangat nih. Kang rosak sofa mahal ni.”

“Auqie, Auqie. Apalah kau ni? Aku tahu kau tak ingat aku. Tapi this is me okey. Aku mana berkira benda-benda macam ni. Relek la. Kau duduk je rumah ni. Rumah ni pun akan jadi rumah kau jugak. Rumah ni dah la besar. Yang tinggal sini adik aku sorang saja. Tu pun sebab ada problem sikit dengan family aku. Kalau tak memang rumah ni kosong lah. Fasal sofa ni kau jangan risau. Benda boleh dicuci. Lagipun setiap hujung minggu ada orang datang clean wash rumah ni.”

Panjang lebar penerangan Rafique membuatkan Shauqie terangguk-angguk. Tapi dia masih teragak-agak untuk duduk. Penampilan dirinya yang sangat teruk membuatkan dia tidak selesa. Dia turut lupa entah berapa lama dia tidak mandi. Bau badannya yang sentiasa begitu membuatkan dia sudah lali. Tapi melihat perubahan wajah adik Rafique tadi, dia tahu pasti kehadirannya tidak menyenangkan gadis itu. Akhirnya Shauqie membuat keputusan mengambil kerusi plastik merah yang berada di penjuru ruang lalu dibawa ke tengah ruang tamu. Beg pakaiannya yang dipegangnya diletak tepi kemudian dia duduk di atas kerusi yang diambil tadi. Rafique hanya menggeleng kepalanya tanpa berkata apa.

Sophia tiba di ruang tamu bersama sedulang minuman dan sepinggan roti planta biasa. Arhh! Lantaklah kalau mamat tu kata aku anak dara pemalas ke, penyegan ke apa pun ada aku kisah. Siapa suruh menyemak dekat rumah orang pukul 3.00 pagi ni. Makan je apa yang aku hidang. Kalau Along nak kritik siap! Aku cincang sepuluh. Sophia meletakkan dulang di atas meja lalu dihidangkan. Sophia kemudiannya bangun untuk berlalu dari situ.

Wait  Aisya…”

“Opie please!

“Ikut suka Alonglah.”

“Along, orang malaslah nak gaduh pagi-pagi buta ni dengan Along. For you information. Orang ngantukkkkk sangat. So, please don’t make me angry okey?”

Whatever! Sekarang Opie naik atas and please change you dress. Then, pergi ambil selimut dan bantal dalam bilik belakang. Bawa masuk dalam bilik sebelah bilik Along. Shauqie tidur sini malam ni. Got it!

Yeah, I got it. But, wait! Wait! He ask me to change my dress. Apa teruk sangat ke pakaian aku. Terbuntang mata Sophia apabila menyedari penampilannya yang agak serabut and the important is.. I’m look very sexy. Okey la daripada aku keluar pakai singlet plus seluar fit paras lutut dengan rambut mengurai mengalahkan Cik Ponti. Kang pengsan tetamu aku. Tapi.. dia bukan mahram aku. Oh Opie! Jatuh saham laki kau. Sophia menjeling mamat serebeh tadi. Lelaki itu sedang tersenyum kepadanya dan senyuman itu adalah senyuman sinis dan penuh ejekan plus sindiran. Sophia menarik kain tuala yang dililit di kepalanya lalu ditutup dadanya yang sedikit terdedah disebabkan jubah tidurnya terbuka bahagian atas dan menampakkan betisnya yang gebu dek jubah tidurnya yang singkat. Dek terasa aura sindiran terhadapnya, Sophia menjeling tajam lalu berkata.

“Along tahu tak, orang tengok Along sempurna pun tubuh badan. Tak adalah orang nampak kaki hilang tertinggal dekat rumah Along ke? Atau tangan Along tak ada sebab tertinggal tengah jalan ke? Rasanya mata orang sihat lagi daripada penyakit rabun. Lagipun, Along kan tak pernah lupa tak kan nak tinggal semua-semua tu kan. Jadi, apa kata Along pergi ambil sendiri?”

“Orang cakap suruh menjawab. Dah Along suruh tu, pergilah. Ada saja alas an dia nak berdalih.”

“Kenapa orang pulak. Dia tetamu Along then Along pergi lah ambil sendiri. Or kalau Along malas tahap ungka sangat, Along suruhlah dia pergi ambil sendiri. Menumpang buat cara menumpang la.”

“Sophia Aisya! Watch out you word! Kenapa kurang ajar sangat ni?”

“Yeah! Inilah rupa adik Along bila kena ganggu tidur dia. Nasib Along baik sebab masih hidup. Dan sekarang orang nak tidur. Pandai-pandai Along urus diri Along dengan orang ulu mana entah ni. Orang chow dulu! Daa..”

Sophia sudah ingin melangkah dari ruang tamu itu. Shauqie hanya memerhati apa yang terjadi di hadapannya. Langsung tak berani mencelah walaupun dirinya dikaitkan. Sedar dirinya hanya menumpang. Rafique mula bengang. Hai! Adik aku ni. Aku tengah letih tahap gorila ni. Dia boleh nak cabar kesabaran aku. Oh! Nak cari fasal erk. Kita tengok siapa tunduk siapa.

“Oh Aisya ngantuk erk? Ciannya!” Hailo! Macam ku kenal auranya ni. Baik aku cabut.

“Aisya nak tidur. Sini Along buaikan.” Shauqie terjongkit kening. Permainan apa ini? Apakah? Sophia  terhenti melangkah. Dah dua kali pensyarah tu panggil aku Aisya. Sekali lagi.. memang aku makan sungguh.
“Aisya sayang. Sinilah Along tidurkan.”

Stop it Along! That not funny. Last warn don’t call me Aisya.” Grrr! Ngap juga dia ni. Untung muka ko hensem je aku tak makan.

What? That’s your name right?” Rafique simbah minyak.

“Arhh! Lantak Along lah.” Wahh! Singa sudah surrender. Last point!

“Aisya sweety. Please did what I asking  you to do or Along beritahu papa yang Opie ada sini. Hah! Mesti papa send 20 biji kereta polis guard Opie kan. Sweetheart family gitu lorh! Mestilah kena guard 24 jam. Macam YB besar pulak.” And I did that. Kerat jari kalau Sya tak surrender.

Sophia menggenggam tangannya kemudian berjalan ke arah Rafique. Congrate Along! Memang Along berjaya buat orang macam ni. Mujur orang manusia, kalau Allah jadikan orang singa memang orang makan Along tanpa ada belas kasihan. Sophia tersenyum manis sambil memandang Rafique sebelum rambut abangnya itu ditarik kuat lalu kepala lelaki itu dibenam ke dalam sofa. Hiak! Hiak! Hiak! Muahaha! Ini Opielah Along. Mana boleh surrender sorang diri je.

“Jangan marah Along. Nanti kena jual. I just pay back. Mana aci Along menang sorang-sorang. Sekarang patik pergi ikut suruhan tuanku ye. Jangan tuanku pandai-pandai nak call papa. Jangan sampai patik menjadi seperti Hang Jebat yang menderhakai sultannya. Ha tengok tak fasal-fasal orang melalut sejarah Melaka. Tak paksa orang tak sah. Dah! Jangan nak gatal tangan pergi call papa. Orang bunuh sungguh nanti. Ada erti?”

Sophia memberi amaran sambil menarik rambut Rafique. Jari telunjuknya dihalakan ke wajah Rafique menanti balasan lelaki itu. Matanya kecilkan tanda amaran. Terkial-kial Rafique memegang rambutnya. Hish! Gila betul minah ni. Perlu ke aku kerat jari? Uih tak sanggup. Tarik balik!

“Ye lah. Along tak call. Sekarang lepaskan kepala Along dan pergi buat apa yang Along suruh.”

“Ni cawan pinggan ni siapa nak cuci. Orang tak nak. Tidur lagi bagus.”

“Ye la.. ye la.. Along basuh. Lepaslah Opie oii. Sakitlah!”

“Padan muka.”

Sophia melepaskan kepala Rafique kasar kemudian pergi naik ke tingkat atas. Rafique menggosok-gosok kepalanya yang terasa sakit. Mujur rambut aku tak tertanggal. Lepas ni kena ready elok-elok lah. Lama tak fight dengan minah ni. Ingatkan dah pancit tapi still full rupanya. Shauqie yang melihat adagen dihadapannya hanya mampu ternganga. Tidak sangka tindak balas Sophia begitu sekali. Dia fikir Sophia akan merayu-rayu seperti yang dilakukan oleh gadis-gadis lain. Tapi, gila betul. Takut juga kalau dibuatnya Rafique ‘jalan’ tadi. Tambah-tambah bila tengok Rafique kena benam dalam sofa. Pucat juga aku seminit dua tadi. Rafique memandang wajah Shauqie yang kelihatan terkejut. Dia tersenyum nipis.

“Ganas adik kau beb!” Hilang sahaja kelibat Sophia, Shauqie terus bertanya. Terlepas tawa kecil di bibir Rafique. Kalau orang lain tengok mesti fikir bukan-bukan. Tapi perkara seperti ini sudah terbiasa terjadi antara mereka berdua.

“Ala biasa lah tu. Eh.. makan la. Sorry la roti planta je adik aku hidang. Selalunya kalau aku bawa tetamu datang rumah ni. Ada saja yang Aisya masak.”

Rafique mengambil secawan air teh yang dibancuh Sophia lalu dihulurkan kepada Shauqie. Kemudian dia mengambil secawan lagi teh lalu disisip perlahan. Shauqie menyambut huluran Rafique. Malu rasanya dirinya yang penuh dengan noda itu masih dilayan baik oleh Rafique. Dulu dia dianggap sampah masyarakat. Dihina dan dicaci. Hidupnya bertambah derita ditanggung Robert yang sentiasa membencinya. Mujur Rafique menemuinya. Kalau tak mungkin sampai ke mati hidupnya seperti itu.

It’s okey. Aku tak kisah. Ni aku bersyukur sangat dapat makan roti. Kalau dekat sana, seminggu pun belum tentu aku boleh makan. Kalau dapat makan pun. Hurmm.. kucing tengok pun tolak tepi. Anyway thanks Rafique.”

Rafique mengangguk. Dia tahu tentang itu ketika Shauqie menceritakan hal itu kepadanya di dalam kereta tadi. Dan lebih menghayat hati Shauqie lupa tentang dirinya, keluarganya. Semua itu terjadi disebabkan dia cuba melarikan dirinya dari Robert dan terlibat dalam satu kemalangan. Apabila dia sedar, Shauqie sudah berada di tempat Robert dan hanya ingat namanya sahaja. Sedih hatinya memikirkan nasib malang yang menimpa Shauqie. Kenapalah masih wujud orang sekejam Robert? Apa yang membuatkan Shauqie terpaksa mengharungi hidup penuh derita seperti ini?

“Emm.. Rafique. Adik kau okey ke aku stay sini. Kang taufan pulak rumah ni.”

“Hehe.. yang tu kau jangan risau okey. Pandai-pandai la aku masuk jarum. Aisya dulu dialah orang yang paling penyayang, lemah lembut, baik hati. Nak tengking sikit pun dia tak pernah. Tapi disebabkan peristiwa yang berlaku 5 tahun lalu, entahlah. Aisya betul-betul berubah. Sampai nickname dia Sya pun dia marah kalau orang panggil. Tapi kau jangan risau lah. Walaupun dia berubah tapi hati dia still macam dulu. Cuma keras sikit je.” Shauqie hanya mengangguk walaupun dia tak tahu apa yang sebenarnya terjadi.

“Makan la. Nanti aku tunjuk bilik kau.”

 

0 Budak Comel Komen :D:

Catat Ulasan

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo