Assalamualaikum..
jemput baca first en3 dri Sya ye..
TING TONG!
TING TONG!
Bunyi loceng yang ditekan
berkali-kali membuatkan Sophia tersedar dari lenanya. Terpisat-pisat dia bangun
dari tidurnya sambil menggosok matanya yang berijar. Siapalah yang tak ada
kesedaran sivik betul pagi-pagi kacau ketenteraman orang nak tidur ni. Hish..
menyusahkan betul!
Dalam keterpaksaan, Sophia bangun
juga dari baringnya lalu mengeliat kecil. Tangannya mencapai jam loceng
berbentuk arnab yang berada di kabinet sebelah katilnya. Pukul 3 pagi. Gila
betul! Dah tak boleh tunggu esok ke?
Sophia turun dari katilnya. Jubah
tidur yang tersangkut pada almarinya diambil lalu disarungkan pada tubuhnya
yang hanya berbalut singlet hitam bertali halus dan seluar fit separa
lutut. Kepalanya dililit dengan tuala sahaja bagi menutup rambutnya yang
panjang. Kakinya diorak menuju ke tingkat bawah. Bunyi loceng yang masih
ditekan membuatkan Sophia mempercepatkan lagi langkah. Sabarlah! Dah mengganggu
orang minta orang cepat-cepat. Tiba sahaja di depan pintu rumahnya, pintu
dibuka kasar.
“Ni apa ni ganggu orang pagi-pagi
buta ni. Tak rasa apa-apa ke hah?” Tanpa melihat wajah orang dihadapannya Sohia
terus bertanya dengan nada tidak puas hati.
“Assalamualaikum adik Along. Dah
lupa adab sambut tetamu ke?”
Dush! Dush! Dush! Hamek ko Opie,
sekali mamat depan ko ni bagi tazkirah ‘pagi buta’ terkelu lidah kau. Tapi dah
orang ganggu kita pagi-pagi buta macam ni pun kena buat adab dengan tetamu ke?
Minta maaf sikit erk, not my style lorh!
“Eh Along! Along buat apa dekat
sini. Kenapa tak call dulu nak datang?”
Terkejut juga dia melihat orang
yang datang itu ialah Alongnya, Rafique Amsyar dan seorang lelaki entah sapa
entah AKA mamat serebeh. Tengoklah dia. What the spesies of human… dengan
seluar koyak sana sini. Rambut panjang yang serabai, jambang entah dah macam
hutan tropika, baju pun dah macam Malaysia ni miskin sangat sampai dia nak beli
baju yang elok sikit dari dia punya baju and the important is he smelly.
Eww, yucks! Dah berapa bulan dia tak mandi. Orang ulu manalah yang Along aku ni
angkut bawa balik.
“Jawab salam dulu Aisya. Kalau ye
pun Sya nak menyiasat atleast
bagilah Along dengan kawan Along ni masuk dulu. Kitaorang penat ni.”
Cemberut wajah Sophia mendengar
kata-kata Rafique. Ada saja Along aku ni nak balas. Dan yang paling aku tak
suka dia panggil aku Aisya. Aku rasa dah 1001x aku bagi warn jangan
panggil aku Sya. Dah la sesuka hati datang rumah orang. Sya, sya! Opie lah ni.
Sya is past okey. Dah tak wujud.
Sophia memberi laluan kepada
Rafique dan mamat serebeh itu masuk ke dalam. Lampu utama ruang tamu dibuka.
Kemudian Sophia Aisya menuju ke dapur
menyiapkan apa yang perlu. Kena bertindak sebelum kena sound sekali lagi
dengan pensyarah tu. Lagipun kesian juga tengok muka diorang mengalahkan orang
seminggu tak tidur.
Rafique hanya memandang kelibat
Sophia yang hilang ke dapur. Pasti nak buat air. Memang itulah kebiasaan Sophia
bila menyambutnya ke rumah keluarga mereka itu. Dia perasan wajah adiknya itu
berubah apabila mendengar nama Sya meniti dibibirnya tadi. Sya, Sya, benda lama
lupakanlah. Dah jadi sejarah. Apa pulak yang jadi bila adik aku ni kenal siapa
lelaki sebelah aku ni. Hurmm..
Pintu ditutup lalu dikunci.
Rafique menyertai rakannya, Shauqie yang sedang berdiri di tepi sofa. Kasihan
dia melihat keadaan Shauqie yang tidak terurus. Macam manalah lelaki itu boleh
bertahan hidup dalam derita begini. Mujur dia jumpa dengan Shauqie kalau tak
apalah nasib teman baiknya itu. Apa yang membuatkan Shauqie terjebak dengan lembah
derita? Adakah peristiwa itu?
“Weh! Kenapa yang kau terpacak
lagi? Duduklah. InsyaAllah, rumah family aku ni tak runtuh lagi.”
Rafique menepuk-nepuk bahu Shauqie. Shauqie hanya tersengih,
“Bukan aku tak nak duduk lah bro.
Aku segan la dengan kau. Dah lah kau selamatkan aku dari Robert. Sekarang kau
bagi aku tinggal sini pulak. Serius weh, aku terhutang budi sangat dengan kau.
Lagipun baju aku kotor sangat nih. Kang rosak sofa mahal ni.”
“Auqie, Auqie. Apalah kau ni? Aku
tahu kau tak ingat aku. Tapi this is me okey. Aku mana berkira
benda-benda macam ni. Relek la. Kau duduk je rumah ni. Rumah ni pun akan jadi
rumah kau jugak. Rumah ni dah la besar. Yang tinggal sini adik aku sorang saja.
Tu pun sebab ada problem sikit dengan family aku. Kalau tak
memang rumah ni kosong lah. Fasal sofa ni kau jangan risau. Benda boleh dicuci.
Lagipun setiap hujung minggu ada orang datang clean wash rumah ni.”
Panjang lebar penerangan Rafique
membuatkan Shauqie terangguk-angguk. Tapi dia masih teragak-agak untuk duduk.
Penampilan dirinya yang sangat teruk membuatkan dia tidak selesa. Dia turut
lupa entah berapa lama dia tidak mandi. Bau badannya yang sentiasa begitu
membuatkan dia sudah lali. Tapi melihat perubahan wajah adik Rafique tadi, dia
tahu pasti kehadirannya tidak menyenangkan gadis itu. Akhirnya Shauqie membuat
keputusan mengambil kerusi plastik merah yang berada di penjuru ruang lalu
dibawa ke tengah ruang tamu. Beg pakaiannya yang dipegangnya diletak tepi
kemudian dia duduk di atas kerusi yang diambil tadi. Rafique hanya menggeleng
kepalanya tanpa berkata apa.
Sophia tiba di ruang tamu bersama
sedulang minuman dan sepinggan roti planta biasa. Arhh! Lantaklah kalau mamat
tu kata aku anak dara pemalas ke, penyegan ke apa pun ada aku kisah. Siapa
suruh menyemak dekat rumah orang pukul 3.00 pagi ni. Makan je apa yang aku
hidang. Kalau Along nak kritik siap! Aku cincang sepuluh. Sophia meletakkan
dulang di atas meja lalu dihidangkan. Sophia kemudiannya bangun untuk berlalu
dari situ.
“Wait Aisya…”
“Opie please!”
“Ikut suka Alonglah.”
“Along, orang malaslah nak gaduh
pagi-pagi buta ni dengan Along. For you information. Orang ngantukkkkk
sangat. So, please don’t make me angry okey?”
“Whatever! Sekarang Opie
naik atas and please change you dress. Then, pergi ambil selimut
dan bantal dalam bilik belakang. Bawa masuk dalam bilik sebelah bilik Along.
Shauqie tidur sini malam ni. Got it!”
Yeah, I got it. But, wait! Wait! He
ask me to change my dress. Apa teruk sangat ke pakaian aku. Terbuntang mata
Sophia apabila menyedari penampilannya yang agak serabut and the important
is.. I’m look very sexy. Okey la daripada aku keluar pakai singlet
plus seluar fit paras lutut dengan rambut mengurai mengalahkan Cik
Ponti. Kang pengsan tetamu aku. Tapi.. dia bukan mahram aku. Oh Opie! Jatuh
saham laki kau. Sophia menjeling mamat serebeh tadi. Lelaki itu sedang
tersenyum kepadanya dan senyuman itu adalah senyuman sinis dan penuh ejekan plus
sindiran. Sophia menarik kain tuala yang dililit di kepalanya lalu ditutup
dadanya yang sedikit terdedah disebabkan jubah tidurnya terbuka bahagian atas
dan menampakkan betisnya yang gebu dek jubah tidurnya yang singkat. Dek terasa
aura sindiran terhadapnya, Sophia menjeling tajam lalu berkata.
“Along tahu tak, orang tengok
Along sempurna pun tubuh badan. Tak adalah orang nampak kaki hilang tertinggal
dekat rumah Along ke? Atau tangan Along tak ada sebab tertinggal tengah jalan
ke? Rasanya mata orang sihat lagi daripada penyakit rabun. Lagipun, Along kan
tak pernah lupa tak kan nak tinggal semua-semua tu kan. Jadi, apa kata Along
pergi ambil sendiri?”
“Orang cakap suruh menjawab. Dah
Along suruh tu, pergilah. Ada saja alas an dia nak berdalih.”
“Kenapa orang pulak. Dia tetamu
Along then Along pergi lah ambil sendiri. Or kalau Along malas
tahap ungka sangat, Along suruhlah dia pergi ambil sendiri. Menumpang buat cara
menumpang la.”
“Sophia Aisya! Watch out you
word! Kenapa kurang ajar sangat ni?”
“Yeah! Inilah rupa adik Along
bila kena ganggu tidur dia. Nasib Along baik sebab masih hidup. Dan sekarang
orang nak tidur. Pandai-pandai Along urus diri Along dengan orang ulu mana
entah ni. Orang chow dulu! Daa..”
Sophia sudah ingin melangkah dari
ruang tamu itu. Shauqie hanya memerhati apa yang terjadi di hadapannya.
Langsung tak berani mencelah walaupun dirinya dikaitkan. Sedar dirinya hanya
menumpang. Rafique mula bengang. Hai! Adik aku ni. Aku tengah letih tahap
gorila ni. Dia boleh nak cabar kesabaran aku. Oh! Nak cari fasal erk. Kita
tengok siapa tunduk siapa.
“Oh Aisya ngantuk erk? Ciannya!” Hailo!
Macam ku kenal auranya ni. Baik aku cabut.
“Aisya nak tidur. Sini Along
buaikan.” Shauqie terjongkit kening. Permainan apa ini? Apakah? Sophia terhenti melangkah. Dah dua kali pensyarah tu
panggil aku Aisya. Sekali lagi.. memang aku makan sungguh.
“Aisya sayang. Sinilah Along
tidurkan.”
“Stop it Along! That not
funny. Last warn don’t call me Aisya.” Grrr! Ngap juga dia ni. Untung muka
ko hensem je aku tak makan.
“What? That’s your name right?”
Rafique simbah minyak.
“Arhh! Lantak Along lah.” Wahh!
Singa sudah surrender. Last point!
“Aisya sweety. Please
did what I asking you to do or Along
beritahu papa yang Opie ada sini. Hah! Mesti papa send 20 biji kereta
polis guard Opie kan. Sweetheart family gitu lorh! Mestilah kena guard
24 jam. Macam YB besar pulak.” And I did that. Kerat jari kalau Sya tak surrender.
Sophia menggenggam tangannya
kemudian berjalan ke arah Rafique. Congrate Along! Memang Along berjaya
buat orang macam ni. Mujur orang manusia, kalau Allah jadikan orang singa
memang orang makan Along tanpa ada belas kasihan. Sophia tersenyum manis sambil
memandang Rafique sebelum rambut abangnya itu ditarik kuat lalu kepala lelaki
itu dibenam ke dalam sofa. Hiak! Hiak! Hiak! Muahaha! Ini Opielah Along. Mana
boleh surrender sorang diri je.
“Jangan marah Along. Nanti kena
jual. I just pay back. Mana aci Along menang sorang-sorang. Sekarang
patik pergi ikut suruhan tuanku ye. Jangan tuanku pandai-pandai nak call papa.
Jangan sampai patik menjadi seperti Hang Jebat yang menderhakai sultannya. Ha
tengok tak fasal-fasal orang melalut sejarah Melaka. Tak paksa orang tak sah.
Dah! Jangan nak gatal tangan pergi call papa. Orang bunuh sungguh nanti.
Ada erti?”
Sophia memberi amaran sambil
menarik rambut Rafique. Jari telunjuknya dihalakan ke wajah Rafique menanti
balasan lelaki itu. Matanya kecilkan tanda amaran. Terkial-kial Rafique
memegang rambutnya. Hish! Gila betul minah ni. Perlu ke aku kerat jari? Uih tak
sanggup. Tarik balik!
“Ye lah. Along tak call.
Sekarang lepaskan kepala Along dan pergi buat apa yang Along suruh.”
“Ni cawan pinggan ni siapa nak
cuci. Orang tak nak. Tidur lagi bagus.”
“Ye la.. ye la.. Along basuh. Lepaslah
Opie oii. Sakitlah!”
“Padan muka.”
Sophia melepaskan kepala Rafique
kasar kemudian pergi naik ke tingkat atas. Rafique menggosok-gosok kepalanya
yang terasa sakit. Mujur rambut aku tak tertanggal. Lepas ni kena ready elok-elok
lah. Lama tak fight dengan minah ni. Ingatkan dah pancit tapi still
full rupanya. Shauqie yang melihat adagen dihadapannya hanya mampu
ternganga. Tidak sangka tindak balas Sophia begitu sekali. Dia fikir Sophia
akan merayu-rayu seperti yang dilakukan oleh gadis-gadis lain. Tapi, gila
betul. Takut juga kalau dibuatnya Rafique ‘jalan’ tadi. Tambah-tambah bila
tengok Rafique kena benam dalam sofa. Pucat juga aku seminit dua tadi. Rafique
memandang wajah Shauqie yang kelihatan terkejut. Dia tersenyum nipis.
“Ganas adik kau beb!” Hilang
sahaja kelibat Sophia, Shauqie terus bertanya. Terlepas tawa kecil di bibir
Rafique. Kalau orang lain tengok mesti fikir bukan-bukan. Tapi perkara seperti
ini sudah terbiasa terjadi antara mereka berdua.
“Ala biasa lah tu. Eh.. makan la.
Sorry la roti planta je adik aku hidang. Selalunya kalau aku bawa tetamu
datang rumah ni. Ada saja yang Aisya masak.”
Rafique mengambil secawan air teh
yang dibancuh Sophia lalu dihulurkan kepada Shauqie. Kemudian dia mengambil
secawan lagi teh lalu disisip perlahan. Shauqie menyambut huluran Rafique. Malu
rasanya dirinya yang penuh dengan noda itu masih dilayan baik oleh Rafique.
Dulu dia dianggap sampah masyarakat. Dihina dan dicaci. Hidupnya bertambah
derita ditanggung Robert yang sentiasa membencinya. Mujur Rafique menemuinya.
Kalau tak mungkin sampai ke mati hidupnya seperti itu.
“It’s okey. Aku tak kisah.
Ni aku bersyukur sangat dapat makan roti. Kalau dekat sana, seminggu pun belum
tentu aku boleh makan. Kalau dapat makan pun. Hurmm.. kucing tengok pun tolak
tepi. Anyway thanks Rafique.”
Rafique mengangguk. Dia tahu
tentang itu ketika Shauqie menceritakan hal itu kepadanya di dalam kereta tadi.
Dan lebih menghayat hati Shauqie lupa tentang dirinya, keluarganya. Semua itu
terjadi disebabkan dia cuba melarikan dirinya dari Robert dan terlibat dalam
satu kemalangan. Apabila dia sedar, Shauqie sudah berada di tempat Robert dan
hanya ingat namanya sahaja. Sedih hatinya memikirkan nasib malang yang menimpa
Shauqie. Kenapalah masih wujud orang sekejam Robert? Apa yang membuatkan
Shauqie terpaksa mengharungi hidup penuh derita seperti ini?
“Emm.. Rafique. Adik kau okey ke
aku stay sini. Kang taufan pulak rumah ni.”
“Hehe.. yang tu kau jangan risau
okey. Pandai-pandai la aku masuk jarum. Aisya dulu dialah orang yang paling
penyayang, lemah lembut, baik hati. Nak tengking sikit pun dia tak pernah. Tapi
disebabkan peristiwa yang berlaku 5 tahun lalu, entahlah. Aisya betul-betul
berubah. Sampai nickname dia Sya pun dia marah kalau orang panggil. Tapi
kau jangan risau lah. Walaupun dia berubah tapi hati dia still macam
dulu. Cuma keras sikit je.” Shauqie hanya mengangguk walaupun dia tak tahu apa
yang sebenarnya terjadi.
“Makan la. Nanti aku tunjuk bilik
kau.”