Jumaat, 7 Mac 2014

SODA 14

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 14 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 14~

S
ophia melutut pada kaki Puan Insyirah sambil menangis teresak-esak.  Mulutnya tidak lepas dari memohon  maaf dari ibunya yang satu itu. Puan Insyirah duduk lalu memeluk tubuh kecil Sophia. Belakang anak gadinya itu diusap penuh kasih.

“Dah la Sya Ibu faham perasaan anak ibu. Dah sayang. Tak nak nangis-nangis macam ni. Tak comel dah.” Pipi mulus Sophia yang basah dengan air mata itu diusap sambil tersenyum manis. Sophia hanya ketawa kecil. Tubuh Puan Insyirah dipeluknya erat. Demi ibu, aku sanggup ibu panggil aku Sya. Sebab ibu tak pernah kenal Opie. Dalam diri ibu, ibu hanya kenal Aisya.

“Hurmm.. buat drama pulak dekat sini. Tu lah. Orang ajak balik KL tak nak. Ni bila dah jumpa nangis-nangis. Entah apa-apalah.”

Rafique menyindir dari belakang.  Sophia mencebik. Ada je yang dia tak puas hati dekat orang. Biarlah, ibu orang jugak. Salah ke? Puan Raudhah memukul lembut belakang Rafique. Rafique hanya tersenyum sahaja mengusik adiknya. Rafique dan Puan Raudhah bergerak menghampiri Puan Insyirah. Rafique menyalami tangan Puan Insyirah lembut. Pipi ibunya itu dikucup penuh kasih. Usai giliran Rafique, Puan Raudah pula menghampiri Puan Insyirah. Tubuh teman akrabnya itu dipeluk melepaskan rindu yang menggunung.

“Lama Kak Dah tak jumpa kamu Ira.” Puan Raudhah bekata setelah pelukan dileraikan. Sophia tersenyum melihat kemesraan antara umi dan ibunya. Adakah disebabkan aku dua sahabat ini terpisah? Umi Raudhah terpaksa berpisah dengan ibu semata-mata nak ikut aku. Shauqie yang menjadi pemerhati sedari tadi dipandang. Lelaki hanya tersenyum membalas pandangannya. Semua ni rancangan dia ke?

“Ye la Kak Dah. Kalau tak disebabkan budak Auqie suruh Ira datang tak adanya kita jumpa kan? Mujur  Rafique buat planning nak jumpa kalau tak sampai ke sudah tak jumpalah kita.” Sophia terangguk-angguk. Along punya plan rupanya. Tapi sayang! Last minute baru buat.

“Dah la tu umi, ibu. Jom makan. Auqie dah booking untuk kita.” Sophia kerut dari. Sejak bila ibu aku jadi ibu dia. Memandai je panggil ibu orang ibu. Tak malu. Mereka segera bergerak menuju ke meja tadi. Patut la mamat ni tempah set makanan yang dimasak sendiri. Takut ibu dengan yang lain lambat kot.

Mereka berbual mesra sepanjang di situ. Masing-masing melepaskan rindu yang sekian lama tersimpan. Rupanya ini idea Rafique dengan Shauqie yang rancang semua ini. Atas sebab nak pujuk aku yang asyik kena marah-marah dekat rumah. Tahu pun sayang aku. Yang lebih seronoknya, ibu dengan umi siap marah-marah lagi dekat Along dengan Auqie. Hehe.. puteri kesayangan la katakan. Apapun walaupun 5 tahun aku mogok dengan ibu tak nak balik KL. Tapi ibu tetap terima aku. Layan aku macam dulu. Penuh dengan kasih sayang. Kejamnya aku menghukum insan sebaik ibu hanya disebabkan satu kesalahan yang mereka lakukan terhadap aku.

Papa pulak tak dapat datang sebab out station seminggu. Risau juga bila ibu cakap papa out station. Papa kan baru je selesai operate. Jantung pun lemah lagi. Tapi sekali dia kata siapa berani lawan. Itu sebab aku lega papa tak join walau rindu nak peluk papa. Aku belum sedia nak jumpa papa. Ingat lagi wajah papa yang bengang sangat waktu dulu. Sampai sanggup naikkan penampar sulungnya terhadap aku sebab tahu aku kena tangkap basah dengan Shah. Macam mana kejadian berlaku aku tak tahu. Apa yang aku tahu, aku yakin aku tak bersalah. Semuanya sebuah perangkap. Mungkin sebab aku berontak dan sebab kejadian itu jugalah aku bawa diri ke sini. Mungkin! Oh yeah, ini salah satu memori yang dapat aku ingat. Semuanya sebab bantuan Auqie. Alhamdulillah. Berguna betul mamat tu. Macam tahu-tahu je yang aku ni ada lost memory. Terbalik pulak. Sepatutnya aku tolong dia. Dia pulak tolong aku.

Aku seronok sangat dengan renion ni. Sampai aku peluk Along dengan mamat tu tak mahu lepas. Sampaikan masing-masing berusaha lepaskan pelukan aku. Aku? Hehe.. buat cun je tengok mata helang diorang. Ye lah. Aku rasa hari ini adalah hari yang paling bahagia bagi aku. Entah, happy sangat. Dapat jumpa ibu. Dapat lepaskan segala dendam rindu dekat ibu. Selama ini saling cakap dengan ibu melalui email or facebook. Nak skype aku tak kasi. Sebab aku tahu nanti bukan skype, buat drama air mata adalah. Itulah sampai buat drama bagai tadi. Mujur ibu ni hati lembut. Tahu ibu rindu aku sebab tu dia tak marah aku. Hehe.. sayang ibu.

“Ibu tunggu siapa?” Rafique bertanya apabila melihat ibunya sekejap melihat jam di tangan. Ibu tunggu seseorang ke?

“Owh.. ibu tunggu Syahril. Kawan kamu bertiga juga. Ingat tak?” Puan Insyirah berkata. Berkerut dahi Rafique dan Shauqie.  Tersentak Sophia mendengar nama Syahril disebut ibunya. Syahril! It is Shah?! Gila. Aku kan lari dari dia selama ini. Tiba-tiba hari ni aku kena jumpa dia pulak. Tapi betul ke Shah? Memandai je ko Opie. Arh, aku yakin tu Shah. Kalau tak takkan nama dia Syahril kan. Aduh! Nak buat macam mana ni. Nak marah ke. Lepaskan apa yang aku simpan 5 tahun ni. Macam mana ni? Nak gitau Along ke? Ke nak ajak mamat tu blah. Sophia pandang Rafique dan Shauqie yang seperti dapat menangkap siapa Syah. Rafique mengangguk-ngangguk faham. Manakala Shauqie pula berubah wajah. Dari ceria berseri bertukar mendung. Wajah tegang dan merah seperti tadi mula terpancar di wajahnya. Mamat ni kenapa pulak?

“Owh.. Syahril Mikey kan. Tapi kenapa ibu ajak dia ke sini?” Rafique bertanya pelik.

“La, Along tak  tahu. Kan sekarang ni Syahril dah ganti Robert  jalani bisnes dengan syarikat papa. Ibu ajak dia datang sini sebab sebelum ni jumpa dia, dia cakap rindu nak jumpa kamu bertiga. Dah alang-alang dia cakap ada dekat Alor Star sekarang ni, ibu suruh dia datang sini.  Lagipun dia kenalan keluarga kita juga. Tak salah kan ibu ajak dia datang?”

 Terang Puan Insyirah pandang lebar. Sophia bertambah gelisah. Nama penuh dia Syahril Mikey rupanya. Macam mana rupa dia sekarang ni ye? Itulah, kan bagus kalau aku memang ingat dia. Eh kejap-kejap! Ibu cakap mamat tak guna tu ada dekat Alor Star? Biar betul? Bukan ke selama ni dia stay dengan ibu dengan papa? Seingat akulah. Dan apa kena mengena dia dengan Robert? Dia dah pindah rumah ke? Arhh.. lantaklah. Kenapalah aku sibuk sangat nak tahu fasal dia. Sedar la Opie. Dialah yang menyebabkan kau lost memory you know?!

Sophia menghela nafas. Penat memikirkan apa yang perlu dilakukan. Nampaknya, kali ini tiada lagi jalan keluar untuk lari dari kenyataan hidup. Tapi.. sebenarnya aku dah buang semua dendam aku. Dah kosongkan hati aku dengan amarah. Aku dah lupakan segala-galanya. Aku dah rancang nak pulang rumah setelah urusan Auqie selesai dan mohon ampun dekat ibu dengan papa. Dan Shah. Biarlah dia dengan hidup dia. Kisah lama aku nak lupakan terus. Ya betul! Dialah penyebab kehancuran hidup aku. Dialah menyebabkan aku mengalami hilang ingatan. Dialah yang menyebabkan aku berada di tanah asing ini. Tapi apa gunakan. Sia-sia simpan dendam. Bukan hak aku untuk membalas perbuatan manusia. Mungkin kerana terlalu berdendam jugalah menyebabkan hati aku sentiasa tidak tenang.

 Atas nasihat Prof. Eja, Anis dan most thank teman baru dalam hidup aku Shauqei Alexender. Tanpa sedar dialah yang bantu menanam kasih sayang dalam diri aku. Aku tak nak lari lagi dari kenyataan hidup. Aku nak lupakan kisah lalu. Ingatan aku Insya-Allah, dengan izin-Nya aku pasti ingat kembali. Tidak sekarang mungkin suatu hari nanti. Lagipun sekeliling aku ada ramai yang sedia membantu aku. Seandainya Shah sudah mulakan hidupnya yang baru Alhamdulillah. Aku doakan dia sukses dalam hidupnya. Dan aku akan meneruskan hidup aku yang baru. Sophia tersenyum dengan azam yang baru ditanam di dalam hatinya.

“Good afternoon everybody! Sorry I’m late.”

Tercekik Sophia mendengar sapaan seseorang dari belakangnya. Haila! Omputih manalah pulak sesat sini. Salam tak ada apa tak ada tetiba good afternoon. Semua mata memandang ke arah pintu masuk tidak terkecuali juga Sophia. Mak ai! Anak omputih tu. Masing-masing membuahkan senyuman menyambut kedatangan lelaki tersebut. Sophia membetulkan duduknya mengawal debaran di hati. Shauqie hanya mendiamkan diri, matanya tajam memandang lelaki itu.

“Eh, Syahril come masuk. Don’t be shy.”

Owh, come on aunt. Don’t call me Syahril. Lapuk lah nama tu. Mike la baru style.

“Ada-ada sajalah kamu ni. Sini duduk.”

Puan Insyirah menggamit Mike duduk di tepinya. Mike melangkah sambil tersenyum. Terpegun seketika Sophia saat itu. Tak sangka Shah dan ibunya mesra sehingga begitu. Lamunan Sophia segera dikuis Shauqie menyedarkan dirinya.

Eh, Rafique so long no see you. Apa khabar?” Mereka berdua berjabat tangan. Sophia hanya memerhati. Dia ramah dengan semua orang seolah-olah dia bukan orang asing di sini.

“Aku baik je. Makin bergaya kau ye.”

“Eh, tak adalah. Biasa-biasa je.”

Mike kemudiannya menghulurkan tangannya terhadap Shauqie. Tapi lelaki itu hanya memandang sepi huluran Mike. Sophia memandang pelik terhadap Shauqie di sampingnya.  Malahan bukan Sophia sahaja, semua di situ turut memandang pelik terhadap Shauqie. Apa kena dengan dia ni? Sophia menyiku Shauqie. Lelaki itu memandang Sophia. Apahal kau tak sambut salam omputih celup ni. Sophia menjegilkan matanya memberi isyarat terhadap Shauqie. Shauqie membuat isyarat menyampah tetapi tetap menyambut huluran Mike. Sekali lagi suasana kembali hening. Mike dan Shauqie membalas pandangan tajam. Tangan masing-masing kejap bertaut. Senyuman sinis di bibir mereka. Rafique, Sophia, Puan Insyirah dan Puan Raudhah saling berpandangan.

“Ehem!” Sophia berdehem kuat menyedarkan Shauqie dan Mike. Rimas tahu!

“Apa khabar Shah?” Mike berkata sambil melirikkan matanya ke arah Sophia. Sophia buat muka tong kosong. Shah mana pula?

I’m  Shauqie Alexender. I’m good. Thanks sebab tanya Mike.”

Most welcome lost friend. Tak sangka aku korang masih bersama. Sebab malam tu ke?”

Shauqie mengetap gigi. Mike senyum sinis. Matanya tidak lepas memandang galak seluruh pelusuk susuk milik Sophia. Bertambah besar persoalan Sophia. Apa yang makhluk dua orang ni merepek ni? Shauqie ingat siapa dia ni? Aku tak tahu pun. Tak aci la. Cepat je dia pulih ingatan. Aku ni! Dah drop the topic. Focus new information. Diorang ni musuh tanpa sedar ke. Lain macam je tengok. Dah ala-ala nak masuk perang dunia ke-3 je gayanya.

“Eh, dah la korang. Jom makan nanti habis rugi ni.” Rafique segera meleraikan suasana yang mula terasa aura kedinginannya.

Mike segera mengambil tempat di samping Puan Insyirah. Banyak perkongsian yang dikongsikan di situ. Puan Insyirah, Rafique dan Puan Raudhah kepoh melayan mesra kerenah Mike. Sophia hanya mendiamkan diri. Kekok dengan keadaan yang agak asing baginya. Tambahan lagi membuatkannya lebih tak selesa mengenangkan Mike yang tidak lepas dari terus-terusan memandangnya. Shauqie pula bagai terasa aura kemarahan lelaki itu. Sophia serba salah untuk berbual. Dia tahu melihat sahaja gaya Shauqie, lelaki itu pasti tidak mengizinkannya untuk beramah mesra dengan Mike.

Tak kisah lah. Aku pun tak nak. Persoalannya di sini. Apa kena dengan makhluk dua orang ni. Gaya usyar. Fuh! Macam nak pergi bunuh orang gamaknya. Mamat omputih celup ni sawan agaknya. Korek biji mata tu karang, ada juga yang jadi Kasim Selamat. Mamat psiko ni apa kena pulak. Genggam tangan aku macam aku nak lari dari dia. Orang lepas mula la nak buat mata helang dia. Ada je nak buat aku tak senang duduk. Penat lorh.

“Auqie please. Aku nak ke tandas kejap.” Sophia berbisik ke telinga Shauqie. Faham dengan isyarat Sophia, perlahan Shauqie melepaskan genggamannya. Sophia mengurut-ngurut tangannya. Merah kot! Dah la tangan aku kecik. Tangan dia tak apa lah besar. Nyusahkan betul! Nak bernafas pun tak lepas. Sophia bangun lalu menonong langkahnya menuju ke tandas.

*******
Toink! Siapalah pulak jatuhkan kotak rokok atas kepala aku ni. Sophia mengutip kotak yang baru sahaja mendarat di hujung kakinya. Kepalanya didongakkan ke atas. Mencari-cari orang yang tak bertanggungjawab telah mencemarkan restoran yang cantik ini. Mentang-mentang restoran ni dua tingkat. Suka hati je nak buang.

Sorry, sorry, I tak sengaja. Nak buang dalam tong sampah tadi. Terjatuh pulak. Sorry ye!” Sophia memandang Mike yang terpacak di depan dia. Hilang terus amarah aku tadi. Terpegun tengok muka dia yang putih melepak tu. Eh! Kesitu pulak ko Opie. Nak cakap ke blah?

“Did I make you angry?” Syahril menjongkit keningnya bertanya. Haila! Jangan la kau buat muka macam tu. Kang berbunga-bunga hati aku. Sophia hanya menggeleng lalu pergi.

Eh, wait.  Chill la. Lepak dulu sini. Panas la dekat atas.” Panas? Dia ni kulit berapa lapis. Ada aircond kot. Sophia pandang Mike tak berkelip. Matanya dihalakan ke lengannya dipegang Mike. Hai! Hello! Yohoo! Nak kena hempuk dengan aku ke?

“Excuse me. Can you?” Sophia bertanya tanpa secalit senyuman. Matanya diisyaratkan ke arah tangannya.

Ops! Sorry. Sya what’s up you sekarang. Lama dalam bilik tu. You stone je. Tak rindu I ke.” Tercekik Sophia bila mendengarkan perkataan rindu. Jer! Waste my time lorh. Siap panggil Sya bagai. Mujur je hasil nasihat orang terdekat aku. Sifat penyabar aku ni kian menebal. Kalau tak jangan tanya sebab apa tajuk utama paper esok Seorang ‘pelancong’ disumbat tandas restoran. Pelancong la sangat.

“Sorry. Got to go.” Sophia melajukan langkahnya. Itupun sebab terpandangkan kelibat Shauqie yang mungkin mencarinya di tingkat bawah. Seram sejuk betul. Sesuatu yang aku musykil. Memang sangat-sangat musykil. Aku takut sangat kalau Auqie nampak aku dengan Shah. Kenapa erk? Langkah Sophia makin laju apabila Mike memanggilnya dari belakang. Shauqie yang berada tidak jauh dari situ sudah melemparkan pandangan amarah. Chill Opie. Kenapa nervous sangat ni? Dia, kau dengan omputih celup tu tak ada apa-apa okey. So, be yourself. Tak pernah takut dengan sesiapa pun even waktu macam ni. Kenapa dengan aku ni?

“Auqie! Kau buat apa dekat bawah ni?” Sophia bertanya tika berhenti di hadapan Shauqie. Sedaya mungkin debaran hatinya dikawal. Arh… bencinya aku bila jadi macam ni. Shauqie tidak menjawab. Tetapi matanya tidak lepas memandang Mike yang berjalan santai ke arah mereka. Aduh! Tak habis-habis sengketa diorang ni.

“Ibu dengan yang lain dah nak balik.” Shauqie beritahu setelah lama mendiamkan diri. Wajahnya dingin membeku. Tanpa secalit senyuman dibibirnya. Come on Auqie. Smile please. Serba salah aku ni. Tak kesian ke.

“Dah nak balik ke? Hurmm.. tak sempat nak borak panjang dengan Sya.” Mike senyum nipis. Sophia buat muka stone. Dan tangan Shauqie sudah kembali menggenggam tangan kecil Sophia. Kalaulah aku amik course prisikan senang nak korek masalah diorang ni. Diorang punya perang. Aku yang terkena bahana perangnya.

“By the way, this is my card. If you want to share anything with me. Just PM me okey.” Syahril menghulurkan bisness cardnya kepada Sophia. Setelah memandang sekejap wajah Shauqie yang tidak beriak Sophia menyambut pemberian Syahril langsung dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Senyuman nipis diberikan buat Syahril.

Puan Insyirah, Puan Raudhah dan Rafique sudah turun berkumpul bersama-sama mereka. Sebelum berpisah, Sophia menyalami Puan Insyirah dan Puan Raudhah. Tubuh kedua-dua orang yang menjadi ibunya itu dipeluknya erat terutamanya ibu kandungnya. Puas Puan Insyirah minta agar beritahu di mana Sophia tinggal sekarang. Tapi, Sophia hanya tersenyum. Rafique, Shauqie dan Puan Raudhah sudah pun diberi amaran awal-awal jangan buka mulut. Walaupun tahu yang ibunya itu mungkin terasa hati. Tapi aku still need time untill aku betul-betul yakin. Mujur je ibu faham aku. Macam-macam ibu pesan terutamanya buat Shauqie. Jaga aku. Kalau aku buat salah tegur. Jangan biarkan aku lonely. Buat aku happy and bla, bla. Along pun sokong je dari belakang. Siap buat tumb up lagi. Tahulah selama ni kalau dengan dia aku ingkar. Tapi dengan ibu mana sanggup kan. Shauqie pun senyum je sambil mengangguk.

“Okeylah. Ibu balik dulu. Sya dengan Auqie take care ye. Syahril pun hati-hati drive.

“Aunt, Mike okey.” Puan Insyirah ketawa mendengar teguran Mike. Puan Insyirah, Puan Raudhah dan Rafique bergerak ke arah Gen2 milik Rafique. Puan Raudhah akan dihantar Rafique ke rumah sebelum Rafique dan Puan Insyirah pulang ke Kuala Lumpur. Sophia melambai-lambai menghantar pemergian ibunya sehingga hilang di pandangan.

I balik dulu Sya, Shah. See you another time.” Mike menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Shauqie. Kali ini Shauqie menyambutnya dengan tenang. Langkahnya digerakkan ke depan supaya menghampiri Mike.

“Aku tahu niat kau dengan abang kau. Jangan harap kau boleh bawa aku balik jumpa abang kau. Aku tak akan jadi lemah macam dulu. Dan jangan harap kau akan dapat miliki dia.” Shauqie menepuk-nepuk bahu Mike sambil berbisik. Mike tersenyum sinis.

Well orang yang kukuh hubungan pun boleh roboh masjid inikan pula korang yang baru bina rumah kan. Jadi, jangan sampai aku ambil dia dari kau. By the way, first come first serve. Remember that. Aku tak akan pernah tinggal diam.” Mike berkata panjang. Sophia yang berdiri tidak jauh dari situ mula tidak sedap hati. Segera tangan Shauqie ditariknya. Lalu meminta izin untuk pergi.

Okey Sya. Take care. Free call I tau.” Mike menjerit dari belakang. Sophia pandang sekilas ke belakang kemudian memandang Shauqie yang merah padam wajahnya. Apa sebenarnya krisis diorang.


 

0 Budak Comel Komen :D:

Catat Ulasan

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo