Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 12 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 12~ |
uasana
bilik yang dipenuhi buku-buku itu hanya sunyi tanpa suara. Sophia dan Rafique
saling
berpandangan sambil mengerutkan dahi masing-masing. Kemudian mereka beralih pula melihat Shauqie yang sedang duduk di sebelah Sophia sambil menundukkan wajahnya. Apa kena dengan mamat ni? Seminggu lebih hilangkan diri dah kena penyakit bisu ke? Apalah kau ni Opie? Doa yang bukan-bukan dekat dia. Tadi bukan main kau buat muka seposen sebab risaukan dia. Sekarang dah ada depan mata kau kutuk dia. Ada ke patut. Dah tu tak kan nak pergi peluk dia pastu nangis-nangis. Oh! Please la. Entah apa-apa. Agak-agak la nak suruh aku buat benda alah macam tu sekalipun. Sudahlah datang mengejut tadi. Sampai terlompat aku dibuatnya. Orang tengah khusyuk dengar apa yang Along nak cakap tetiba muncul mamat ni menjerit tak tentu fasal. Panas jugak la mulanya. Pantang betul orang menyampuk time aku tengah focus gila. Tapi bila melihat keadaan mamat ni yang dah macam pengemis jalanan kesian pulak. Walaupun sebenarnya lega tengok dia still sihat tanpa ada cacat cela. Alhamdulillah. Sophia teragak-agak untuk bersuara. Rafique turut begitu. Melihat keadaan Shauqie yang comot dan kotor. Setibanya dia di banglo itu tadi pun dalam keadaan tercungap-cungap bagai dikejar anjing lagaknya. Muka yang sentiasa bersih sudah ditumbuhi jambang liar. Keadaan bajunya juga tidak terurus. Kotor dan tekoyak rabak. Malaysia ada dilanda rebut taufan ke? Kenapa tak tahu pun? “Kau okey Auqie?” Setelah main tolak kau-aku dalam erti kata isyarat tanpa suara. Akhirnya Rafique mengalah didesak Sophia. Itupun Sophia terpaksa menjegilkan biji matanya macam nak terkeluar baru Rafique akur. “Aku okey. Don’t worry.” Ringkas jawapan Shauqie. Wajahnya masih ditundukkan ke bawah. Tangannya disatukan dan digenggam erat. Gelisah sahaja lagaknya. “Kau dari mana sebenarnya Auqie? Kenapa kau boleh jadi macam ni?” Rafique bertanya lagi. Kali ini persoalan Rafique menarik perhatian Shauqie untuk mengangkat wajahnya. Sophia yang berada di sampingnya dipandang. Lama! Sehingga Sophia berasa tidak senang duduk dipandang sehingga begitu. Kenapa dengan mamat ni? Agak-agak la nak buat usyar padat sama aku pun. Korek biji mata tu karang! “Sebenarnya…” Shauqie berkata teragak-agak. Matanya masih tidak lepas memandang Sophia. Mencari kekuatan yang diperlukan tika itu. Seminggu lebih tidak melihat gadis itu tidak tenang dirinya. Shauqie menarik nafas sambil memejamkan matanya lalu dihembus perlahan. Sophia turut kaku bersabung mata dengan Shauqie. Kaku melihat mata hazel yang begitu galak memandangnya. Rafique sudah memeluk tubuh melihat Shauqie dan Sophia. Ni nak buat drama jejak kasih ke? “Ehem.. sebenarnya apa Auqie?” Rafique menegur agak tegas. Shauqie mengalihkan pandangannya ke depan. Sophia masih statik memandang Shauqie. Tidak terkesan dengan sindiran Rafique. Malahan masih kaku. Apahal dengan aku ni? Terdesak sangat ke tengok muka dia? Pembetulan! Bukan terdesak. Tapi menanti jawapan dari si jejaka. Terima kasih. “Sebenarnya, aku jumpa Robert and terkantoi. Kena belasah juga dengan konco dia. Dan aku lari.” “WHAT?!” Uish, teruk betul terkejutnya. Along okey lagi just automatik berdiri sahaja. Aku ni, terkejut terus berdiri sampai terguling kerusi yang aku duduk tadi. Siap buat mata macam betul-betul nak terkeluar. Nampak sangat ke’over’an risau aku. Fokus Along pun dah lari ke aku. Apa la kau Opie! Potong stim betul. Sophia menyatukan tanganya sambil mengatakan sorry tanpa suara. Cepat-cepat kerusi yang jatuh diangkat lalu diduduk semula diatasnya. “Huh!” Rafique menghembus nafas keras. Kedua-dua tangannya ditekan di atas kepala sambil menunduk memikirkan sesuatu. “Kau dah gila ke Auqie? Dah tak sayang nyawa?” Rafique mengawal intonasi suaranya. Penumbuknya digenggamkan. Matanya tajam menikam Shauqie. Sophia pula terkunci bibirnya. Gerun pertama kali melihat Rafique yang betul-betul marah sebegitu. Kecut perut jadinya. “Opie please. Can you leave us?” Shauqie tidak menjawab pertanyaan Rafique tetapi pandangannya beralih ke arah Sophia di sampingnya. Senyuman nipis diukir buat gadis itu. “Tapi…” “Please Opie. Kali ni dengar cakap aku.” Lembut sahaja Shauqie meminta. Tangannya membantu mengemas barang-barang Sophia yang berterabur di atas meja. Sophia tidak mampu berkata mendengar permintaan Shauqie. Lembut sahaja nadanya seolah benar-benar merayu. Tapi kenapa mesti aku dikeculikan? Sememangnya aku tak penting ke buat diorang? Rafique dipandang. Tetapi lelaki itu sepertinya dalam keadaan serabut membuatkan Sophia tidak berani untuk bersuara lebih lanjut. Tak fasal-fasal aku yang dipekiknya. “Can you?” Sophia menghela nafas perlahan. Kepalanya dianggukkan mengerti. Barang-barang yang disusun Shauqie diangkatnya lalu bergerak menuju ke pintu. Kemudian Sophia membolosi pintu itu sambil matanya sempat memandang sekilas ke dalam. Shauqie masih menghantarnya melalui pandangan tetapi Rafique sepertinya betul-betul marah. Kenapa Along tiba-tiba berubah? Bukan ke selama ni Alonglah orang yang paling penyabar? Tapi tadi macam… entahlah. Sophia menutup pintu sebelum bergerak ke arah ruang tamu untuk meneruskan kerja-kerjanya. Haish, sepatutnya aku duduk dekat dalam tu siapkan assignment. Ni tak. Aku pulak kena duduk luar. Biarlah, sambil-sambil tu boleh layan HBO. Semoga diorang segera selesaikan masalah diorang. ******* Sophia menutup mulutnya dengan belakang tangannya. Huarhh! Mengantuknya. Matanya dialihkan ke arah Pustaka Kecil yang masih ditutup rapat. Dari situ dia dapat melihat kelibat dua orang manusia di sebalik cermin hitam yang sememangnya diletakkan di situ. Jadi, mudah untuk melihat apa yang berlaku di dalamnya. Cuma tak jelas sebab kaca gelap. Hurm.. apalah yang diorang ni buat dalam tu? Tak penat ke? Sophia menongkat dagunya sambil matanya dihalakan terus ke arah Pustaka Kecil. Dari situ Sophia dapat melihat gelagat Shauqie dan Rafiqe. Walaupun tak berapa jelas. Tapi dia kenal cara lenggok gaya dua orang jejaka itu. Entah apa yang berlaku di dalam itu. Yang pastinya jelas mereka seperti bergaduh. Mahunya tak! Siap aku boleh nampak lagi Along cekak kolar baju Auqie. Terbuntang mata aku waktu tu. Kiranya kali ni memang Along berang gila. Kecut perut jugaklah aku. Tapi... sebab... apa..? Tengok tu! Kesian aku tengok mamat tu. Asyik kena jerkah. Yang membuatkan aku musykilnya. Kenapa dia tak balas untuk mempertahankan diri dia. Cuma adakala sahaja dia berbicara dan menjawab. Tapi pada waktu selebihnya dia hanya tunduk dan membiarkan segala perilaku Along terhadap dia. Pelik betul! Bukan ke mamat tu memang jenis stok panas baran? Dah tu sejak bila dia jadi setaat and sepatuh gitu? Haish! Pelik-pelik. Along pun sudah-sudah la jerit, tengking dan jerkah dia. Kesian pulak aku tengok. Kang tak fasal-fasal pecah sound telinga dia. Tak ke tak fasal-fasal tergolong sebagai OKU. Hish! Apa aku merepek ni. Sophia mengetuk-ngetuk kepalanya sambil menggeleng kepalanya. Marah dengan diri sendiri. Matanya masih lagi difokuskan ke arah Pustaka Kecil. Semakin lama semakin memberat. Akhirnya Sophia terlelap di atas timbunan buku-bukunya. ******* Bum! Bunyi hentakan pintu yang kuat membuatkan Sophia tersedar dari lenanya. Tersentak dia sehingga kepalanya yang elok berlapik meja jatuh ke bawah. Cepat-cepat Sophia bangun sambil terkebil-kebil matanya. Apa dah jadi? Ribut? Taufan? Katrina? “Fiq please! Dia hak aku!” Shauqie menjerit dari belakang. Sophia pandang Shauqie yang baru keluar dari Pustaka Kecil. Aik! Tadi bukan aku dengar pintu tutup ke? Macam nak runtuh rumah ni pun ada. Matanya beralih pula ke arah Rafique yang sudah berada di atas tangga. Langkah kakinya terhenti. Tangannya digenggam kejap sebelum beralih bertentang mata dengan Shauqie. Jelas riak bengang pada wajahnya. “Selagi kau tak selesaikan masalah kau. Jangan harap aku lepaskan dia.” Berdecit suara Rafique menahan geram. Bertambah-tambah kerutan di wajah Sophia. Drama apakah ini? Diorang ni berebut kekasih ke? Dia hak aku bagai. Siapa dia tu? Fuh! Kalau betul jejaka dua orang ni yang aku rasa susah betul nak betegur sapa dengan makhluk yang digelar perempuan sedang berebut kekasih yang sama. Kena masuk diari ni. Cepat-cepat ambil port Opie. Popcorn lain cerita. Isi penting lebih penting! “Aku janji I will take care of her. Please!” Shauqie masih tidak berputus asa. Terjongkit-jongkit kening Sophia sambil tersenyum senget. Wah! Konflik yang menarik. Sophia mengulum senyum mengenangkan apa yang bermain di fikirannya. Tawanya ditahan-tahan. Haila! Tak boleh blah kau punya otak Opie. Macam mana lah mamat stone dua orang ni boleh gaduh sebab rebutkan perempuan. Tak sangka betul. Stok dramatis jugak rupanya diorang ni. Sophia tersenyum sumbing sambil mengusap-ngusap tubuh montel Si Tomok di atas ribaannya. “Huh! Dah la Auqie. Kalau kau dah ingat siapa dia. Kau sepatutnya pentingkan keselamatan dia. Tapi bila kau dah buat macam ni. Kau boleh menyebabkan nyawa dia terancam kau tahu.” Zap! Tersentap Sophia mendengar suara Rafique yang bagaikan halilintar. Si Tomok yang berada di ribanya turut terkejut sehingga pergi dari situ. Gila betul Along! Tak mungkin Along akan mengamuk macam ni hanya sebab perempuan. Along kan penyabar orangnya. “Aku terpaksa. Tolonglah Fiq! Faham aku. Dia tanggungan aku.” Rayuan Shauqie dibalas dengan tawa sinis Rafique. “Tapi dia ni.....” Rafique berkata sambil menudingkan jarinya ke arah Sophia. Membulat mata Sophia apabila dirinya dikaitkan dalam situasi itu. Apahal pulak! Ni apa ni main tuding-tuding jari dekat orang. “Adik aku. Kau faham! Aku tak kira. Selagi kau tak selesaikan masalah kau dengan Robert jangan harap kau nak bawa Opie pergi mana-mana.” Shauqie menggosok-gosok kepalanya sehingga membuatkan rambutnya berserabut. “Fiq!” “Aku nak kau jauh daripada adik aku kalau kau rasa dia orang penting bagi kau.” Rafique berkata lalu pergi dari situ. Shauqie terkunci kata. Sophia yang sudah berdiri dipandang sayu. What the...! “Along!” “Opie jangan nak campur. Mulai sekarang jangan berani nak keluar dari rumah ni selain berteman. Nak buat study group ke apa ke buat dekat rumah. Important! Jangan keluar dari rumah ni with out my permission.” Wah! Ini sudah lebih. Sampai atur hidup aku pun nak conquer. Agak-agak la. Shauqie dipandang tajam meminta penjelasan dari lelaki itu. Apa yang kau buat makhluk! Sampai Along aku yang sememangnya orang paling baik hati sedunia boleh jadi tahap hitler kuku besi macam ni. “You got my word Sophia Aisya Nordin Iman?” “Along ni kenapa? Angin tak ada hujan lagilah jauh. Datang taufan apahal. Apa hak Along nak atur hidup orang. This is my life. Selagi orang mampu dan berkudrat orang boleh jaga diri. Stop be like a step-mother. Rubbish that!” “Bila aku cakap sekali kau ikut!” Tersentap Sophia mendengar bahasa yang digunakan Rafique. Shauqie turut tersentak melihat kekasaran Rafique terhadap Sophia. “Fiq, aku rasa kau dah lebih.” “Kau diam. Aku abang dia. Walaupun tanggungjawab aku dah habis tapi dia tetap adik aku.” “What wrong with you Along?” Sophia berkata perlahan. Retina matanya dialihkan pula ke arah Shauqie. “Ni mesti kau punya fasal kan? Kalau tak disebabkan kau Along aku tak akan jadi macam ni. Aku benci kau!” “Aisya! Behave your word!” “Stop that Along! Aisya is over with the past and never back in this world. And... kalau Along boleh cakap kurang ajar kenapa tak orang kan?” Sophia berlari menuju ke tingkat atas. Saat bertemu Rafique, Sophia merempuh tubuh Rafique geram. Rafique yang tidak sempat mengimbangi tubuhnya jatuh daripada tangga. Sophia hanya membiarkan lalu terus meninggalkan ruang itu ke biliknya. Shauqie yang memerhati dari jauh segera berlari mendapatkan Rafique yang terkial-kial untuk bangun. Ya Rabb! Apa aku dah buat kali ni. Bukan ini yang aku rancang. Masalah! Bagus Shauqie Alexender. You made it. You made it over! Tangannya dihulur untuk membantu Rafique berdiri. Rafique menyambutnya perlahan. Shauqie dan Rafique menuju ke sofa berdekatan. Rafique duduk sambil dibantu oleh Shauqie. Usai duduk Rafique mengurut-ngurut hujung kakinya yang terkehel. Shauqie segera mendapatkan minyak gamat kemudian dihulurkan kepada Rafique. “Thanks Auqie.” Rafique menutur perlahan. Dia kemudiannya menarik nafas dan dihembus lembut berkali-kali diselingi dengan kalimah istighfar. Apa yang aku dah buat ni. Astaghfirullah. Aku dah biarkan nafsu amarah menguasai aku. Kesian Auqie, aku tak berniat. Entah apa yang merasuknya. Yang difikirkan keselamatan Sophia. Disebabkan terlalu risaukan adiknya yang satu itu beginilah jadinya. Nafsu amarah menguasai dirinya sehingga bertindak yang bukan-bukan. Ampunkan aku Ya Rab. Mujur Opie langgar aku membuatkan aku tersedar tindakan aku salah di matanya. Kalau tak keadaan begini mungkin akan berterusan. Shauqie sudah berura-ura untuk bangun pergi. Mulutnya membisu untuk berbicara. Dia sedar siapa dia pada keluarga itu. Hanya anak buangan yang menagih perhatian orang lain. Keberangan Rafique sebentar tadi sudah menunjukkan betapa dia tidak menghargai keselesaan yang dicurahkan keluarga itu terhadapnya. Jadi, wajar sekali Rafique bertindak demikian. Tak lain tak bukan niatnya hanya untuk melindungi adiknya. Sophia Aisya. Arhh! Macam mana aku terlalu bodoh. Orang yang paling aku rapat yang selalu aku bawa ke mana-mana adalah Sophia. Sekarang Robert sudah tahu siapa aku. Jadi sesiapa sahaja yang selalu bersama aku pasti turut menjadi sasaran mereka. “Auqie wait.” Rafique menarik tangan Shauqie yang baru hendak bangun dari sofa itu. “Kau nak apa lagi? Aku rasa segalanya dah jelas. Dan aku terima arahan kau sebaiknya. Aku akan menjauhi Sophia. Don’t worry.” Dingin sahaja Shauqie membalasnya. “No! Please listen me first. Aku minta maaf sangat-sangat dekat kau. Serius aku teruk sangat tadi. Aku terlalu ikutkan emosi. Kalau tak disebabkan Sophia aku tak akan jadi macam ni.” “Yes! Roger that. Aku pun tak akan bahayakan nyawa dia lagi lepas ni.” “Auqie listen my explaination. You know aku menyesal sangat sikap aku tadi. Yes betul! Aku bengang, geram, berang dengan tindakan kau. Seminggu kau hilang, perkara pertama yang aku fikir Sophia. Aku tahu kau tak ingat dia sepenuhnya. Tapi, kau ada cerita tadi kau dah kenal siapa Sophia di waktu dulu. Dan kau turut mengakui Sophia banyak berubah. It is?” “So?” “Semenjak kau tinggal sini dia banyak berubah. Hatinya sekarang mudah sangat disentuh. Seminggu kau tak ada, aku tengok sendiri beb. Dia macam orang gila hilang kau. Semenjak tu aku risau gila jadi apa-apa dekat kau. Tiap-tiap hari aku cuba dapatkan maklumat kau. Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang aku boleh beritahu dia yang kau selamat. Tapi semuanya sia-sia.” “Aku semakin risau. Bila ingatkan kembali waktu dulu. Dia pernah jadi macam tu sebab kau. Sebab kau Auqie! Makan minum dia tak jaga sampai dia jatuh sakit. Lama dia kena tahan hospital. Jadi aku tak nak benda sama berulang. Sebab tu aku terlalu risaukan kau. Bila kau balik tadi. Syukur sangat. Riak risau pun hilang terus dari muka dia. Walaupun dia sembunyi tapi aku tahu. Aku kenal sangat dia.” “Alhamdulillah kau balik. Syukur sangat. Tapi nak juga tahu ke mana kau menghilang. Bila kau cakap baru lari dari Robert. Entah kenapa! Rasa bengang gila. Aku tak boleh kawal emosi tu. Seminggu aku tahan. Bila kau pulak cakap macam tu. Aku lepas semua terus. Aku tak sedar langsung apa yang aku cakap. Yang aku tahu! Adik aku. Sophia Aisya. Fikiran aku waktu tu kau dah bahayakan nyawa dia. Sekarang aku cakap diri aku yang sebenar. Secara berhemah.” “Dah la Fiq. Kau tak payah explain. Aku faham. Kalau aku di tempat kau. Aku akan buat benda yang sama. Apapun izinkan aku melindungi dia. Disebabkan semua berpunca dari aku. Aku harap dapat tebus balik.” Shauqie mohon keizinan daripada Rafique. Pandangannya dihalakan ke hadapan. Takut untuk menghadapi kemarahan Rafique sekali lagi. Mendengarkan itu Rafique hanya mendiamkan diri. Berfikir apa yang patut diberikan sebagai jawapan. Jujur, dia sangat risaukan Sophia. Shauqie sekarang sudah dikesan Robert. Tapi Sophia bukan lagi milik aku. Auqie sekarang sangat matang dan bertanggungjawab. Jadi dia tahu untuk menguruskan segalanya dengan baik. Kesalahan dapat ditebus. Bukan dihukum. Aku tahu kau sayangkan Sophia Fiq. Tapi Auqie lebih layak. Kau dah tak layak untuk mencampuri urusan mereka. Apa yang perlu mereka lalui hanyalah kekuatan. Dunia mereka bukan seperti dulu. Segala baik buruk mereka boleh harungi bersama. Aku yakin, Opie sudah matang. Auqie pun sangat bertanggungjawab. Apa yang perlu aku lakukan doakan sahaja. Ingat pesan Dr. Suhail. Sophia dan Shauqie saling memerlukan untuk mencari kekuatan. Sophia lemah tiada Shauqie. Dan Shauqie lemah tiada Sophia. Kesimpulannya, mereka saling melengkapi antara satu sama lain. Mungkin ini juga dapat membantu mereka untuk pulihkan ingatan Shauqie. Dan bantu untuk pulihkan kesakitan Sophia. Tanpa dia tahu selama ini Sophia mempunyai trauma yang teruk sehingga kehilangan memori waktu lalunya. Dia menyesal kerana Sophia tidak memberitahunya mengenai itu. Dan dia kesal kerana Sophia menanggung kesulitannya sendirian. Kalau tak disebabkan bantuan Anis dan Saiful yang menjumpai surat keputusan sakit Sophia, mungkin sampai sekarang dia tak tahu apa yang disembunyikan Sophia. Semuanya atas bantuan Saiful dan Anis. Sekarang urusan mereka sudah tamat. Apa yang perlu, Sophia dan Shauqie harus mengharungi kesulitan mereka bersama-sama. “Kalau kau tak izinkan tak apa, Fiq. Aku akan cuba untuk selesaikan masalah aku secepat mungkin.” Setelah sekian lama Rafique mendiam. Akhirnya Shauqie bersuara. Dia faham Rafique sukar untuk membuat keputusan. “Aku izinkan. Kau lebih layak. Aku hanya abang dia. Cuma aku nak kau tahu. Seandainya korang berdua perlukan apa-apa jangan segan untuk minta bantuan aku.” Rafique membalas sambil tersenyum. Sepantas kilat Shauqie mengalihkan pandangannya ke arah Rafique. Riak gembira jelas di wajahnya. “Serius weyh?!” “Serius la. Kenapa tak nak? Tak nak tak apa. Aku jaga dia.” “Eh.. mestilah nak. Sayang kau sangat-sangat.” “Eee.. please la weh. Cara kau macam gaya orang luar alam.” “Oit mulut kau. Sampai hati kata dekat adik ipar kau macam tu.” “Adik ipar la sangat.” “Ceh! Aku cakap sayang kau sebab Rasululluh suruh kita cakap dekat saudara yang kita sayang tu yang kita sayang dia tau. Jadi kau jangan fikir bukan-bukan!” Jatuh dagu Rafique ke bawah mendengar ceramah free dari Shauqie. Kalah kau pensyarah agama ni. Hehe.. sebenarnya dia tahu. Cuma saja! Nak mengusik. “Ye lah! Gurau pun tak boleh. Sebelum tu, sorry. Sebab aku Opie kasar dengan kau.” “It’s okey. Dah biasa. Minah tu kan brutal. Haha..” “Hurmm.. jaga dia baik-baik. Semoga kau dapat cari apa yang kau cari. Aku nak tidur dulu. Kau pergi bersihkan diri kau. Dah macam pengemis jalanan aku tengok.” “Sep bos!” |
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan