Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 6 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 6~ |
S
|
aiful Kamil buat muka menyampah melihat Sophia yang sedang khusyuk menelaah
buku di tangan. Entah apa yang seronok sangat buku dalam tangan tu. Kot buku
untuk buat ulangkaji sebagai persediaan masuk sem baru lagi dua bulan tak
kalut. Tapi novel yang tebal dia lebih tinggi dari periuk mak aku masak gulai
dekat rumah yang dia khusyuknya. Dah ajak orang lepak sini jadi bisu dengan
novel tu pulak. Baik tak payah ajak aku datang sini. Mentang-mentang aku tak
balik Sabak Bernam sebab kerja, dia buat aku kuli dia pulak.
Tapi aku tak adalah kisah sangat dengan minah novel ni. Yang menjadi
penarik di hati ini siapa mamat yang sedang berborak entah apa entah dengan
Along Fiq. Siapa dia erk? Along Fiq tak pernah la pulak bawa mana-mana orang
datang ke rumah agam Si Opie ni. Aku tanya minah ni tak nak jawab. Kalau dah
berkepit dengan novel dia, Aaron Aziz datang ketuk pintu rumah pun dia buat derk
je.
"Weyh! Opie. Kau ajak aku lepak sini semata-mata nak suruh aku jamu
mata aku usyar kau baca benda alah ni ke?"
Diam. Huish! Sepupu aku ni. Bunuh juga nanti.
"Opie, dont you hear me?"
Still sunyi macam datang tengok orang mati saja. Dia ni buat-buat pekak ke memang
dah pekak. Saiful melambai-lambai tangannya di hadapan Sophia. Tapi apa ke
punya malang nasib aku. Dia buat dont know! Sekali lagi jarinya dipetik
berkali-kali di hadapan Sophia. Kali ni syukur dia kalih. Saiful tersengih
ingin menanyakan soalan. Tapi senyuman bertukar muncung itik. Hati kering punya
minah. Kot la tengok muka aku tanya nak minum ke. At least cakap apa
dia? Ni tak dia baca balik benda alah tu.
Grr... Kau yang paksa aku. Aku tahu kau pantang orang ganggu time
kau tengah khusyuk fall in love dengan benda alah tu. Tapi kau yang
paksa aku. Novel di tangan Sophia dirampas lalu dilemparkan ke tepi tanpa sedar
novel tersebut elok mendarat dalam kolam ikan. Blup! Blup! Blup! Macam bunyi
ikan. Saiful tersenyum jahat tapi senyumannya mati saat terpandangkan wajah
terlopong Sophia tanpa berkedip matanya siap buat gaya tangan pegang kepala
memandang ke kolam ikan. Segera Saiful berpaling semula ke arah novel yang
dibalingnya. Tadi Sophia terlopong dan sekarang Saiful terbuntang melihat hanya
tinggal buih sahaja di dalam kolam itu. Oh My Allah! I'm dead now!
Terhenti sedetik dunia Sophia melihat novel kesayangannya elok tenggelam
dalam kolam hijau yang pekat dengan lumut. Bagai melihat je novel tu cakap
tolong! Tolong! Ganti dengan blup! Blup! Novel aku. Melayang RM35 aku. Huarhh!
Dah la best. Sikit je lagi nak habis. Sia-sia saja aku berjaga dua hari
nak baca cerita tu. Sepantas kilat Sophia mencerlun tajam bagai helang ke wajah
Saiful. Epon! Kau memang tempah set katil dekat Hospital Sultan Abdul Halim
hari ni. Sophia menyinting lengan t-shirt muslimahnya. Untung aku pakai inner.
Tak sia-sia Along suruh pakai. Sini kau Epon! Grrr!
"Weyh! Kau apahal. Minta tiket hospital ke apa?" Sophia menjerit
kuat.
Tanpa menunggu lebih lama, Saiful sudah membuka langkah seribu turun dari
gazebo yang menjadi tempat lepak mereka. Pecut dulu Epon! Kalau kau tunggu
memang minta mati la. Cabut! Bagaikan diserang ribut taufan kawasan halaman
rumah Sophia tika itu. Habis pasu, pokok bunga semua melayang. Saiful bagai tak
cukup tanah hendak lari. Sophia pula bagaikan palesit mendapatkan Saiful. Kaki
berlari, mulut entah apa entah yang terlolong sana sini. Shauqie yang sedang
berbincang di beranda rumah sudah pening melihat hampir sepuluh pusingan Saiful
dan Sophia berkejaran. Rafique hanya mampu menggeleng. Dah terbiasa kalau tegur
pun buat membazir air liur je.
"Weyh! Epon sini kau. Siapa suruh kau buang novel aku dalam kolam ikan
tu?"
"Sorry Opie aku tak sengaja. Serius weh! Tak sengaja."
Dek terlalu kalut, Saiful tersepak pasu pecah menyebabkan dia jatuh tersungkur ke tanah. Sophia yang melihat Saiful jatuh tersungkur tidak dapat menahan tawanya. Hahah! Rugi betul tak suruh Along record. Kalau tak boleh upload masuk youtube. Marahnya sudah hilang diganti pula dengan tawa kuat sampai terduduk. Siap tekan-tekan perut bajet lawak sangat. Tak cukup tekan perut main guling-guling atas tanah. Ceh! Bajet lawak sangat. Saiful mencebik sambil menyapu luka yang berpasir. Matanya menjeling geram ke arah Sophia yang masih seronok melayan tawanya. Serius tak tipu. Sebijik macam Cik Ponti.
Dek terlalu kalut, Saiful tersepak pasu pecah menyebabkan dia jatuh tersungkur ke tanah. Sophia yang melihat Saiful jatuh tersungkur tidak dapat menahan tawanya. Hahah! Rugi betul tak suruh Along record. Kalau tak boleh upload masuk youtube. Marahnya sudah hilang diganti pula dengan tawa kuat sampai terduduk. Siap tekan-tekan perut bajet lawak sangat. Tak cukup tekan perut main guling-guling atas tanah. Ceh! Bajet lawak sangat. Saiful mencebik sambil menyapu luka yang berpasir. Matanya menjeling geram ke arah Sophia yang masih seronok melayan tawanya. Serius tak tipu. Sebijik macam Cik Ponti.
"Weh! Dah la. Not funny la."
"Opie, I said enough."
"Sophia Aisya! Sawan agaknya kau ni."
Tapi hanya sia-sia jerkahan Saiful. Sepupu aku ni memang soundtrouble
erk? Dari tadi cakap langsung tak dengar. Sophia masih dengan tawanya. Muka dah
merah sebab banyak sangat gelak. Rafique datang menghulurkan tangannya membantu
Saiful berdiri lalu didudukkan di gazebo. Shauqie mengetuk kepala Sophia yang
masih bersisa tawa. Apa yang lawak sangat sampai minah ni gelak gila-gila
punya. Orang jatuh pun funny ke? Terhenti terus tawa Sophia. Jelingan
diberikan buat Shauqie. Mamat serebeh ni. Cari fasal erk? Shauqie menggigit
jarinya melihat jelingan Sophia. Wuu! Takutnya. Si cantik momok mulut laser
marah. Ceh! Podah!
"Apalah Opie ni. Kesian Epon, Opie kejar dia sampai tak cukup tanah
dia nak lari." Rafique berkata sambil membasuh luka Saiful dengan air suam
yang dibawa Shauqie tadi.
"Hah?"
"Kau ni apahal Opie? Pekak ke?"
"Hah?"
"Sya ni kenapa? Saja buat orang sakit hati."
"Hah?" Rafique pelik. Tak pulak dia marah sebut Sya. Yang dia
tahu. Hah? Hah? Hah? Kena sampuk ke apa?
"Something's wrong with you, Miss Hah?"
"Hah?" Tiga orang jejaka itu serentak menepuk dahi. Sophia
menggaru kepalanya. Apa yang makhluk tiga orang ni cakap erk? Aku tak dengar
apa-apa pun. Yang aku dengar putih-putih melati. Merah-merah delima. Tak kan la
diorang ni buat konsert pulak dekat sini. Lama-lama berfikir, kini
Sophia pula menepuk dahinya. Earphone yang masih disangkut di telinga
ditarik. Huhuhu! Jangan marah. Peach no war! Sekali lagi mereka bertiga
menepuk dahi.
Saiful sudah mengetap gigi. Patut la dari tadi aku cakap minah ni buat dont
know je. Memang pekak pun. Dah telinga kena sumbat entah volume berapa
lah yang minah ni buka sampai tak dengar langsung. Kang pekak sungguh baru
tahu.
"Silly you!"
"Stupid you!"
"Aku cakap dengan kau dari tadi kau buat pekak je. Dah aku baling novel
kau masuk dalam kolam baru tahu nak marah. Siapa suruh buka volume habis.
Sekarang baru padan muka kau. Cari fasal lagi." Saiful mengacah-ngacah
Sophia dengan penumbuknya tapi ditahan Rafique.
"Eleh, kalau ye pun atleast tarik la tudung aku ke ketuk kepala
aku ke. Ni tak novel aku juga yang jadi mangsa kau kenapa. Tak kira. Kau ganti
balik RM35 aku. Kalau tak nak ganti duit pergi beli kasi aku balik."
"Owh! Banyak cantik muka kau."
"Muka aku memang cantik."
"Cis! Tak kuasa aku layan squeezes kau tu. Menyampah! Membazir
duit aku je beli benda alah tu dekat kau. Waste my time and my money okey.
Baik aku ambil balik benda alah dalam kolam tu then dry it. Finish and done!"
"Owh yeah! How kind you are? Then dah ambil novel tu. Masukkan
dalam washing machine. Then, taruk Daia sebungkus plus Soflan
sebotol. Mesin biar sampai hancur. Sangkut dekat ampaian lepastu ambil masukkan
dalam kotak bungkus dengan pembalut hadiah. Ikat reben and give it to me.
Haha! I really appreciate it. Please la! Kau nak bagi aku baca novel yang
dah berukar colour hijau tu. Nak baca pun tak nampak okeyh. Tak kira.
Ganti balik."
"Hahaha, great idea. Why I'm not just doing it. Right? Jimat
duit aku. Kalau hancur kau sambung la macam puzzle." Saiful
mengusap-ngusap dagunya sambil tersengih jahat. Sopiha memukul kepala Saiful
dengan cap nike yang dipakainya. Pak Cik punya orang tua. Aku bunuh juga
nanti.
"Dah la Opie. Jom masuk dalam. Opie pun satu. Epon sampai sini dah nak
dekat sejam. Opie still layan novel je. Along pun radang. Epon baru
baling novel, kalau Along baling Opie terus. Dah masuk. Masak untuk lunch
ni."
Sophia mencebik. Sepupu kesayangan dia ni jugak la dia nak bela. Tu novel
aku yang dah jadi kawan ikan siapa nak ganti? Along yang kedekut tangkai jering
ni. Tunggu aku tua belum dia beli. Mamat Epon ni, hurmm. Tak payah cakap.
Sekali dia cakap tak mahu, tak mahu la jawabnya. Ugut la bunuh sekali pun.
Pasti dia jawab ada aku kisah. And mamat serebeh ni? Let's try.
Mana tahu semua baik hati hari ni kan. Ready Opie? Okey set. Buat muka
comel.
"Tak nak masak malas." Maintain Opie. Peluk tubuh dan
buang pandang arah lain.
"Dah tu siapa nak masak? Aku dah lapar ni." Saiful buat tak tahu.
Masak sangat dengan taktik minah ni nak memujuk. Sorry bukan aku. Cari
orang lain.
"Tak kira, selagi orang tak dapat apa yang orang nak orang tak akan
masak." Ceh! Kau Opie tak pandai berlakon betul. Belum klimaks dah surrender.
Tak sabar langsung. Mesti reject terus dengan pengurus.
"Dah Opie, tak payah nak berlakon gedikss depan kitaorang. Pergi masuk
masak. Novel tu bila-bila boleh beli. Kumpul duit then beli." Wah!
Wah! Wah! Senangnya Along aku ni cakap. Orang rela ikat perut nak kumpul duit
beli novel Melur Jelita tau. Sophia mula memuncung. Sob! Sob! Sedihnya
diorang buat aku macam ni. Siapa mangsa sebenarnya. Aku ke mamat Epon ni. Dia
pemangsa tapi dibela pulak. Owhh! Ini tidak adil tidak adil bagi ku. Tengok
lagu Yunalis ni juga yang aku nyanyi.
"Tak apa nanti aku tolong belikan untuk kau." And finally.
Siapakah lelaki budiman tersebut. Erk? Mamat serebeh? Buang tebiat ke dia ni.
"Should we? Or maybe you're not interested. Never mine. Buy
yourself." Shauqie berkata apabila melihat wajah cuak + curiga Sophia. Orang buat
baik pun tak nak. Tak nak sudah. Tak luak pun duit aku. Shauqie membuang
pandang ke arah lain sebelum bergerak untuk masuk ke rumah.
"Eh.. Kejap. Kejap. Aku tak cakap pun tak nak." Sophia segera
berlari mendapatkan Shauqie. Shauqie berhenti apabila tangannya ditarik Sophia.
Wohoo.. Look at this. Someone touch my hand. Perlu ke aku tembak fasal
isu ambil kesempatan dua minggu lepas. Mueh hehe. Jahat betul kau Auqie.
Shauqie buang pandang ke arah lain.
"Err.. Please. Kau baik kan." Hek eleh minah ni. Pujuk
bagai pulak.
"Along Fiq. Sejak bila Opie jadi orang yang merayu bagai macam ni.
Dengan lelaki pulak tu. Something wrong with her brother? And you pun
kenapa? Along Fiq kan kuat melenting bila Epon nak sentuh Opie." Saiful
berbisik perlahan pada telinga Rafique. Ye lah! Tak ke pelik. First time
jumpa dengan aku pun, senyum pun tak nak. Ni mamat yang entah sapa entah boleh
pulak pegang sentuh. Kalau aku sentuh sikit macam nak kiamat dunia. Tak ke
pelik. Satu wayer tercabut agaknya. Along Fiq pun 2x5 saja macam minah senget
tu. Menggegar dunia kalau dapat tahu orang sentuh adik kesayangan dia.
"Maybe not. This is she. Dont worry Epon. Satu hari nanti kau
akan tahu jugak siapa dia. Opie pun sebenarnya tak kenal dia. Along pun tak
tahu kenapa Opie boleh lupa. Tapi kalau kau nak tahu. Tanya Mak Long la.
Gerenti Mak Long tahu punya. Just, kau kena pandai korek la. Mak Long
kan pandai simpan rahsia. And what’s wrong with me. Hurmm.. I think nothing
change with me. Along ada sebab kenapa Along tak macam selalu." Saiful
mengangguk. Walaupun tak faham semua. Ada la sikit.
"Samalah macam Along Fiq. Perahsia nombor satu. Cuba Along Fiq
beritahu saja terus dekat aku. Tak payah la susah-susah aku pergi sibuk nak
korek dari mak. Along Fiq macam tak tahu mak tu macam mana. Kalau dia tak nak
beritahu, boleh seharian dia bisu." Saiful mencebik mengenangkan sikap
Nora Iznie, maknya. Kakak kepada ibu Rafique dan Sophia.
Rafique hanya tersengih melihat riaksi Saiful. Kenal benar mereka dengan
Mak Long. Kalau siapa-siapa yang nak korek rahsia, Mak Long akan jadi bisu
seharian. Hurmm.. Macam-macam. Fokus mereka kembali dua orang manusia yang
sedang main tarik tali.
"Arr.. Weh. Please la. Belikan untuk aku. Aku dah tak ada duit
nak beli. Dah la novel tu tengah laris sekarang ni. Please, can you help me?"
Sophia memujuk lagi. Lantak la kalau dia kata aku ni minah gedik ke apa.
Asalkan benda aku nak dia bagi. Tapikan dia ada duit ke? Stay sini
baru dua minggu. Then mana dia
'cekau' duit?
Shauqie menjongkit keningnya. Dagunya diusap-usap memikirkan sesuatu.
Bibirnya mengukir sengihan jahat. Hatinya ketawa evil. Di atas kepalanya
bagai tumbuh dua tanduk yang tajam. Hehehe.. Shauqie melepaskan pegangan Sophia
dan menghampiri Rafique. Sophia terpinga-pinga. Apa yang dia nak buat ni?
Kelihatan Rafique mengangguk-ngangguk mendengar apa yang diberitahu Shauqie.
Saiful yang berada di samping hanya mampu menjongket bahu melihat isyarat
Sophia yang bertanya kenapa. Dan melihat wajah Rafique, Aisya terlopong. That
face! The evil face! Oh my! The Rafique in the evil suit is back. Oh no!
You're finish Opie! Tambah pula skandal dengan Si Alien Penyamun Serebeh tu
pulak. Merana hidup aku weh. Planning killer apa la yang diorang nak
kenakan aku ye. Sophia menggigit hujung jarinya.
"Okey. I'll buy it for you." Shauqie kembali mengadap Sophia
sambil jari telunjuk tangan kanannya ditunjukkan ke Sophia tangan kirinya
dibawa ke belakang. Tubuhnya ditundukkan sedikit kerana Sophia agak rendah. Well
agak-agakla nak sindir aku pun. Sedar aku pendek. Terasa ni. Bersinar-sinar
mata Sophia mendengar kata-kata Shauqie. Tapi sinarnya tak berapa nak bersinar
sebab Sophia yakin ada udang di sebalik batu. Matanya dikenyitnya cuba menghidu
sesuatu.
"Really?"
"Yeah. Kenapa? Tak percaya?"
"Eh.. Percaya. Percaya. Tapi betul ke ni?"
"Betul la nanti aku beli. Tapi dengan dua syarat." Ha! Kan dah
cakap. Ada saja yang dia nak buat hidup aku tunggang terbalik. Dari senyuman
wajah Sophia berubah kelat.
"Apa dia?" Sophia bertanya malas.
"Petang ni set pukul 5.30 tunggu depan rumah. Ikut aku beli barang
dekat Hasani or Tesco kejap lagi. Okey?" Shauqie bertanya. Sophia
buat muka. Mata dijuling ke atas. Perlu ke. Pergi je lah beli. Kenapa aku pulak
kena ikut. Duduk rumah lagi bagus.
"Kalau tak ikut tak boleh ke?" Sophia bertnya. Tangannya
disatukan merayu. Ceh! This's not Sophia. Saiful buat muka. Yes!
That's not my cousin. Siapa lelaki tu. Opie berubah bila dengan lelaki tu.
Dia tak marah macam selalu. Maybe marah la juga tapi just little
bit. I wonder? I'll find it. Bila? Nantilah. Aku kan pakar bab detektif ni.
"Kalau tak ikut tak adalah novelnya." Hurmm ugut-ugut pulak.
"Ye lah. Set 5.30 aku tunggu. The following conditions?"
Shauqie senyum. Rafique dipandangnya.
"Good girl. Next, please clean all this. Sekarang pukul 11 pagi.
First,pergi masak something delicios for us. Then solat. Then
baru kemaskan semua ni. Set on 5 o'clock everything is finish. Got it?"
Sophia ternganga mendengar penerangan satu persatu. Owh! You're the evil
brother. I hate you. Both of you. Hate so much!
"Come on brother. This's not fair for me."
"a'a.. When I said, jangan bangkang. Even Opie setuju or
tak. Do it. Kalau tak nak. Tak dapat la novel" Grr.. Boleh tak
kalau aku gigit Along aku sampai lumat. Geram ni. Geram. Tengok siap berhi 5
lagi. Tapi tak adil la aku sorang. Sophia mencerlun ke arah Saiful. Mamat ni
salah juga. Kalau dia tak lari aku tak kejar. Dan kalau aku tak kejar tak
adalah semua ni terjadi. Saiful yang bagai mengerti pandangan maut Sophia hanya
menjongkit bahunya.
"Owh, before I forget. Kau. Join Opie. Clean all this. Kalau
kau cabut. Along cari kau dekat hostel kalau tak ada juga Along cari kau
dekat rumah Mak Long. Along suruh Mak Long kurung kau dekat rumah. Biar padan
muka." Terlopong mulut Saiful mendengarkan itu. Sophia yang pada awalnya muram
terus cerah masa depan. Muehehe. Ni yang buat aku sayang Along ni. Kerja tak
jalan kalau tak ada geng. Hamek ko Epon! Pay cash.
"What? Apa pulak Epon kena. Along Fiq kasi dia sorang sudah la.Epon
tak campur la Along Fiq." Saiful
sudah berdiri sambil bercekak pinggang. Tapi sorry cousin. Talk to my hand. Rafique
menganggkat telapak tangannya betul-betul depan muka Saiful. Sophia
menghamburkan tawanya. Saiful mencebik. Shauqie hanya tersenyum.
"1 minit tak gerak. Along denda." Lintang pukang Sophia dan
Saiful lari masuk ke dalam rumah. Serentak itu Shauqie dan Rafique ketawa.
Shauqie tersenyum dalam hati. Cute betul! Ya Allah keluarga siapa yang
kau telah kirimkan buatku ini? Bantulah aku mencari diriku Ya Rab. Amin!
0 Budak Comel Komen :D:
Catat Ulasan