Jumaat, 21 April 2017

M:LF kembali yew! Sedebuk!

Assalamualaikum wbt..

Hai! Hai Hai! I am back guys! Hehe... Laju tak..? Okey, tak mahu berceloteh banyak2. Malas nak bercakap sebab hari ni hari yang kerja nak meletup jha. Sebab dari semalam sampai sekarang menghadap ladtop yang kerja loading. Nak buat kerja tak boleh. Sebab hari ni tak ada kelas, ingatkan boleh la habiskan checklist yang harus diberesin. Tapi, internet yang tut tut tut dan ladtop yang tak diservis entah berapa tahun bergabung, kau rasa macam mana..? Rasa nak lempar dari tingkat 10 kan..? Okey dah.. kita terus ke M:LF. Come on baby!

Teaser M:LF 5:

>>>>>  Mesej dan whatsapp dibuka. Kebanyakkannya nombor yang sama yang menghubunginya. Mesej satu persatu dibaca. Housematenya risau akan keberadaan Hilda, Masing-masing bertanya dia di mana. Ada yang marah dan mengugut bukan-bukan. Hilda membalas dalam group rumah mereka agar tidak merisaukannya. Turut dimaklumkan dalam satu jam lagi Hilda akan pulang. Mesej keluarganya dibaca sebelum dibalas sopan. Hampir sahaja Hilda teresak semula saat membacakan mesej daripada umi dan abahnya.

- Hilda di mana sayang? Jawablah telefon daripada umi.

- Hilda janganlah marahkan abah.

- Kami risaukan Hilda. Hilda di mana?

- Janganlah macam ni. Anak abah baik kan. Jawablah nak. Jika marah katakan saja pada abah.

- Nak, jangan disiksa keluarga di sini sayang. Hilda jauh dari kami. Kami risau ni.

- Hilda. 'On'kan telefon. Kita berbincang ye. Maafkanlah abah. Abah belakangkan keputusan Hilda. Abah tak fikirkan perasaan Hilda.

- Hilda sayang. Di mana kamu nak. Syarqawi mencari. Jawablah.

- Allah, di mana anak kami. Kau peliharalah dia.

- Hilda, jika waktu yang Hilda inginkan. Ambillah sebanyaknya untuk Hilda fikir. Kita bincang semula apa yang terbaik. Jika Hilda ingin menyendiri, abah izinkan. Tapi setidaknya, jika tidak mahu menjawab panggilan kami. Cukuplah sekadar mengkhabarkan keadaan Hilda. Risau kami di sini nak. 

Hilda menahan sendu. Tali arus air matanya semakin melaju. Allah, berdosakah aku kerana melayan kedua ibu bapaku begini? Akukah yang bersalah itu? Allah, tunjukkanlah sesuatu yang terbaik untukku putuskan. Tolonglah aku, Tuhan... Tidak mahu kerisauan keluarga yang jauh dari mata semakin menggunung. Segera Hilda membalas dengan mesej yang pendek.

- Hilda baik-baik sahaja. Umi abah janganlah risau.

Usai mesej dihantar, Hilda berteleku memandang ke depan. Baki-baki mesej daripda nombor asing itu tidak langsung ingin dibaca. Biarkan dia. Dia bukan siapa-siapa untuk aku fikirkan tika ini. Jika dipedulikan, semakin serabut kepala aku. Sedangkan dialah orang yang paling ingin aku hindarkan sekarang. Tidak tahu ingin melakukan apa, matanya terkebil-kebil cuba memusatkan fikirannya yang bercelaru mencari solusi kepada semua ini. Apa yang perlu aku buat ya Allah? Terima sahaja semua ini? Tapi perkara terlalu kejutan buat aku ya Allah. Takdir ini terlalu sukar buat aku meletakkan redha padanya ya Allah. Tenangkan hati, Allah. Zenphone yang berbunyi buatkan Hilda kembali memandang telefon di tangan. 

Umi...

Teragak-agak Hilda ingin menjawab. Tapi panggilan yang merantau benua itu dijawab dengan berat hati. Hilda diam saat mendengarkan suara umi yang hampir menangis.  <<<<<

Baca versi penuh di sini

--------------------

Teaser M:LF 6:

>>>>>  "Umi, Hilda nak balik." Rintih Hilda penuh mengharap. Ingin sekali dipeluk kedua-dua orang tuanya itu. Allah Tuhan... redhakanlah hati ini. Aku mengaku khilafku. Hilda tertunduk memandang ke tanah, terasa seperti dipukul berkali-kali. Ditambah lagi dengan permohonan maaf yang berterusan daripada orang tuanya buatkan dia lebih terhenyak dengan rasa bersalah yang teramat.

"Hilda.." Setelah sekian lama masing-masing mendiamkan diri. Suara abah kembali mencelah. Kali ini suaranya lebih berkeyakinan walaupun kedengaran lembut.

"Hilda masih marahkan abah?" Lembut si ayah bertanya cuba bertoleransi dengan anak gadisnya yang sedang keliru tika ini.

"Hilda kecewa abah." Tiada lagi yang disembunyikan. Dalam saat genting seperti ini, sememangnya tiada lagi yang perlu disembunyikan. Perbualan dari hati ke hati seharusnya diluahkan segalanya agar kedua-dua pihak memahami akan apa yang terbuku di hati masing-masing. Jika kesepakatan dicapai, tak mustahil salah faham boleh dibetulkan dan masalah yang tersimpul boleh dileraikan.

"Hilda nak berpisah dengan Sharqawi?" Hilda terdiam saat mendengarkan pertanyaan itu. Sejenak Hilda termenung memikirkan jawapan yang selayaknya diberikan. Katakan saja ya Hilda. Bukankah itu yang kau harapkan? Abah sedang bertoleransi dengan kau, mana tahu terbuka hatinya untuk menuruti permintaan kau. Ayuh, katakan Hilda!

"Hilda..." Tapi, kata hatinya terkunci di bibir. Ragu-ragu mula bertandang saat ingin menuturkan perkataan itu. Hanya dua huruf, hanya satu suku kata tetapi terlalu berat untuk dikatakan. <<<<<

Baca versi penuh di sini

--------------------

Teaser M:LF 7:

>>>>>  "Hembus." Laju Hilda menggeleng. Tangan Sharqawi cuba ditepis. Tapi, pantas sahaja tangan Sharqawi menangkap kedua-dua tangan Hilda. Digenggam dengan satu tangan kirinya sudah cukup mengunci Hilda daripada meronta.

"Hembus cepat, nanti tak boleh bernafas." Lagi laju Hilda menggeleng. Selaju Hilda menggeleng, lagi laju Sharqawi mengangguk. Lagi kuat Hilda cuba meronta. Kedegilan Hilda yang berdiri secara tiba-tiba memaksa Sharqawi menarik Hilda secara paksa. Terduduk Hilda di atas riba Sharqawi tanpa sempat melarikan diri. Peluang itu Sharqawi lingkarkan tangan kirinya pada tubuh Hilda lantas mengunci kedua-dua tangan Hilda. Pelukan dikejapkan dengan merapatkan belakang Hilda ke dada Sharqawi. Sapu tangan yang dipegang segera diletakkan pada hidung Hilda kembali. Wajahnya ditongkatkan pada bahu Hilda sambil berkata.

"Hembuslah cepat. Nak lari pulak dia." Hilda menggeleng. Masih cuba ingin melarikan diri.

"Cepatlah Hilda. Nak kena cium ke?" Serentak itu, rontaan Hilda terhenti. Wajah Sharqawi yang sangat dekat di bahu kirinya dijeling dengan hujung mata. Ingin berpaling, Hilda tidak berani. Daripada ugutan tak fasal-fasal jadi betul.

"Saya buat sendiri." Sharqawi menggeleng. Isyarat mata diberi sebagai amaran. Hilda yang tadinya diruntun hiba, mula ingin bertaufan katrina. Tangisan yang sudah berhenti tadi, terasa seperti ingin banjir semula. Baru sahaja ingin bukakan hati buat lelaki ini, tapi lakunya seperti tidak mahu isteri. Umi, kenapa menantu umi ni suka memaksa sangat? Dek terlalu geram, Hilda berpaling memandang Sharqawi. Mata mereka bersabung. Ada ura-ura lahar bakal dimuntahkan. Hilda yang menahan rasa di dalam hati, dengan sengaja menghembus hidungnya kuat-kuat sambil memejamkan matanya rapat-rapat lagak bersungguh hati. Biar keluar segala mak nenek dalam hidung aku ni, kalau kena jari dia lagi bagus. Padan muka!

Sharqawi yang faham kesengajaan Hilda itu tersenyum hingga terletus tawanya. Mendengarkan ketawa itu, lagilah Hilda hembus semahunya. Memang tak pernah sakit hati kot dia ni. Geram dengan Hilda, Sharqawi menarik hidung Hilda tingi-tinggi. Menjerit Hilda dengan laku Sharqawi yang sungguh minta penampar dari tangan kecilnya. Mujur tubuhnya sekarang dikunci, kalau tak memang aku pijak-pijak jadi alas kaki. Memang sengaja betul!

"Kan dah mendapat. Nakal lagi. Nah air, basuh muka tu. Comot!" Rangkulan pada tubuh Hilda dilepaskan. Mineral Sidi Ali yang dibeli ketika cemas mencari Hilda seharian ini dihulurkan kepada Hilda yang sedang menggosok hidungnya yang semakin memerah. <<<<<

Baca versi penuh di sini

--------------------

Sedebuk tak..? Ha, hadiah.. Jadi selamat membaca semua sambil layan Ed Sheeran - Shape of You cover oleh a amazing big family Gen Halilintar. I really adore them! Enjoy! Babai!

Oh, kejap.. exam around the corner.. again! Hummm.. jadi tak janji boleh selalu post atau tak.. Jadi, kalau ada, adalah! Kalau tak ada, sorry guys! Really sorry! Da da..

Jaga Diri!
Jaga Iman!
Jaga Solat!
Jaga Hati!
Jaga Mata!

Salam Sayang,
Ainul@AMZ

SODA 24

Assalamualaikum wbt..

Tak mahu intro panjang2, seperti yang saya janji nak post SODA kan.. Ada orang tunggu sambungan SODA ke..? Kalau ada mai la semua kita bersila ramai2 depan ladtop, kita baca sama-sama noh.. hehe..

P/S: Macam biasa. Belum ada sebarang editan dari manuskrip ni. Tak sempat nak. Tapi nak sangat bukukan SODA ni. Pelan2 la Ainul. Itu nak buat ini nak buat. Hehe.. Okey2 selmat membaca yew!

--------------

BAB 24


Shauqie menekan pedal minyak. Melihatkan kelajuan melebihi hadnya tidak langsung dia hiraukan. Laju keretanya dipandu menyusuri lebuh raya dalam hujan lebat begitu. Apa yang dia tahu sekarang ini, dia ingin segera sampai ke rumah. Hatinya risaukan keadaan Sophia. Sedari pukul 9.00 tadi dia memandu langsung tidak transit di mana-mana. Sekarang sudah pukul 12.00 pagi. Lagi satu jam perjalanannya untuk sampai ke Sungai Petani. Tubuh yang letih tidak dihiraukan langsung. Fikirannya hanya memikirkan Sophia.

Tangannya juga tidak henti-henti membuat panggilan kepada Sophia dan Inspektor Zakaria tapi satu pun tidak berjawab. Sengaja dia tidak mengkhabarkan maklumat tersebut kepada Rafique. Dia tidak mahu membuatkan lelaki itu berasa risau. Cukuplah segala yang telah dilakukan untuk membantunya. Kali ini biar segalanya dia uruskan.

“Arghh!” Shauqie melempar I-phonenya ke sit sebelah. Geram kerana satu pun panggilannya tidak berjawab. Kakinya semakin kuat menekan pedal minyak melajukan lagi hala tujunya. Mujur sahaja highway tidak terlalu sibuk. Ya Allah, kenapa aku tak dapat maklumat lagi dari diorang? Macam mana keadaan Sophia sekarang?

Shauqie meletakkann siku kanannya pada side pintu sambil meletakkan tangannya di atas kepala. Tangan kirinya mengawal steering kereta. Rambutnya yang kusut dibiarkan. Sedang dia fikirkan tentang Sophia, Shauqie teringatkan perbualannya dengan Mike di telefon dua jam yang lalu. Seolah-olah Mike tahu apa yang telah terjadi, segala sindiran dan ugutan sengaja lelaki itu buatkan hatinya panas. Mahu sahaja berpatah balik, dan berhadapan dengan Mike. Tapi berdepan dengan Mike bermaksud  lengahkan masanya.

Apalah yang diinginkan Mike darinya dan Sophia? Tak mungkin Mike cintakan Sophia. Kalau benar Mike cintakan Sophia, Mike tak akan sanggup jadikan Sophia pelacur seperti perjanjiannya dengan Robert dahulu. Adakah ada sesuatu yang sekian lama tersembunyi?

Mengikut pengetahuan aku dan segala maklumat yang diberikan oleh detektif upahan Rafique, Mike seolah-olah inginkan sesuatu dari keluarga Sophia. Dan setahu dia, Robert turut tidak mengetahui hal ini.  Apa ye? Dulu Robert dan sekarang Mike.

Shauqie kembali mengingati kenapa dia diculik Robert dulu. Maklumat yang sangat dia butuhkan jawapan tika dia hilang ingatan dulu. Sehingga dia sanggup mengambil risiko untuk berdepan dengan Robert sendiri. Mujur sahaja nyawanya tidak melayang. Apabila dia dan Rafique bergaduh besar malam itu, dia meluahkan mengapa dia benar-benar ingin berjumpa Robert. Melalui itu, Rafique mengupah detektif untuk membantunya. Dan dia tahu, dia diculik atas arahan Mike! Mike ingin dia diculik dan dibunuh kerana menggagalkan rancangan mereka untuk mendapatkan Sophia dan Anis. Tapi Robert lebih memilih untuk menjadikannya ‘anak ikan’.

Mengikut segala bukti yang ada, Robert sudah layak berada di kandang besi. Malahan segala kes jenayah yang dilakukan, membuatkannya menjadi buruan polis sekarang. Memandangkan tiada siapa tahu di mana sebenarnya markas kediaman Robert membuatkan polis tidak dapat bertindak. Sekarang polis mendapat maklumat baru, Mike turut terlibat dalam kegiatan haram Robert. Cuma polis tiada bukti untuk mendakwa Mike lantaran nama bersih Mike sebagai pengurus syarikat yang merupakan pembekal kepada kebanyakan arkitek di KL. Apa yang diinginkan Mike sebenarnya?
Bunyi I-phonenya di sit sebelah menyedarkan Shauqie dari segala pertanyaan yang bermain. Segera dicapai untuk memastikan Sophia atau Inspektor Zakaria yang menghubunginya. Melihatkan nama Inspektor Zakaria membuatkan Shauqie tersenyum lega.

Assalamualaikum encik.”

Waalaikumussalam inspektor. Bagaimana keadaan Sophia? Apa yang telah terjadi?”

“Sabar encik. Sebelum itu saya minta maaf kerana tidak menjawab panggilan encik. Saya terpaksa menutup telefon bimbit ketika menjalankan tugas. Alhamdulillah, keadaan Puan Sophia baik sahaja. Puan mengalami kecederaan ringan akibat dipukul di leher dan kepala. Kami menyuruhnya tinggal di hospital tadi, tapi di berkeras untuk pulang. Baru sekejap tadi sampai rumah.”

Shauqie tersenyum nipis. Tahu betul dengan sikap degil Sophia. Dah ‘nazak’ macam tu pun tak mahu duduk hospital. Shauqie melepaskan nafas lega. Ucapan tahmid berulang kali diucapkan di hatinya. Segala rasa bimbangnya hampir lenyap. Pedal minyak yang ditekan kuat tadi dilepaskan perlahan. Dia kembali memandu tenang. Tidak lagi memecut seperti tadi.

Alhamdulillah. Boleh saya tahu, apa sebenarnya telah berlaku.”

“Maaf kerana tidak memaklumkan perkara ini lebih awal. Dua tiga hari kebelakangan ini, saya dan anak-anak buah saya sedar Puan Sophia sering diikuti oleh lelaki-lelaki bersut hitam. Tapi kami lebih bertindak untuk memerhati terlebih dahulu. Memandangkan  tadi saya berasa pelik dengan tindak tanduk mereka yang semakin berani menghampiri Puan Sophia, saya terus call encik. Kami tak menjangkakan keadaan yang lebih teruk dari ini.”

“Tapi, ketika saya sedang beritahu encik fasal ini tadi. Tiba-tiba anak-anak buah saya beritahu Puan Sophia dikepung dan dipukul ketika berjalan pulang ke rumah. Kami terus bertindak. Kami mengesyaki lelaki-lelaki tersebut merupakan orang suruhan Robert. Tetapi suspek langsung tidak mahu bekerjasama untuk memberikan maklumat. Maafkan kami encik.” Shauqie terdiam seketika.

It’s okey. Yang pasti sekarang Sophia selamat. Tapi kenapa saya call dia tak dapat?”

“Oh, Puan Sophia off dia punya phone ketika kejadian berlaku. Kami menyimpan handphone Puan Sophia ketika dia ditahan di wad. Baru sebentar tadi, saya suruh anak buah saya letakkan di dalam biliknya. Encik jangan risau keadaan  puan dalam keadaan selamat sekarang. Saya telah menyuruh beberapa orang polis berkawal di kawasan perumahan encik untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.” Patut la tak dapat, minah ni off handphone rupanya.

“Bagus. Saya sedang on the way balik. Setengah jam saya sampai. Thank you for everything. Kalau tak ada inspektor, tak tahulah saya.”

“Tak apa encik. Dah memang tugas kami untuk menghulurkan khidmat. Oh ye encik, saya inginkan kepastian sama ada saya perlu sampaikan hal ini kepada Encik Rafique dan keluarganya?”

“Tak perlu. For now, just keep it. I’ll tell them leter. Tak apalah inspektor. Apa-apa nanti call saya. Assalamualaikum.”

“Baiklah. Waalaikumussalam.”

Talian dimatikan. Shauqie mengusap wajahnya. Hatinya tidak berhenti mengucapkan syukur. Ya Allah, tanpa pertolongan-Mu. Mungkin aku tidak lagi berjumpa dia. Alhamdulillah. Shauqie mendail nombor telefon Sophia untuk memastikan keadaan gadis itu. Walaupun segala-galanya sudah dimaklumkan Inspektor Zakaria, tapi dia tidak berasa puas jika tidak mendengar sendiri suara Sophia.
Putus. Aik! Minah ni reject call aku. Apahal? Sekali lagi Shauqie mendail nombor Sophia. Dan perkara yang sama berlaku. Hish! Dia ni jangan buat aku jadi risau la. Angkat call aku. Jangan reject! Jangan-jangan ada orang pecah masuk rumah. Ya Allah! Minta dijauhkan. Positif Auqie. Inspektor kan dah cakap, semuanya okey. Namun, negatif juga menguasai mindanya. Tapi, itu tadi. Ini sekarang. Kalau betul macam mana? Tak boleh jadi. Sekali lagi nombor telefon Sophia didail. Kali ini berjawab.

“Opie! Are you okey?”

Terjerit Shauqie bertanyakan keadaan Sophia memandangkan dia terlalu risau keadaan gadis itu. Suasana sunyi sekejap. Come on Opie, jawab kata kau okey. Jangan-jangan bukan dia yang angkat.

Hello! Low your voice please. Jiran nak tidur okey. Kot ye pun bagi la salam dulu.”

Terdengar suara Sophia yang serak-serak basah, baru bangun tidur la tu. Perlahan tapi tegas, mungkin gadis itu berasa terganggu kerana mengganggu lenanya. Shauqie ketawa kecil. Kemudian nafas lega dilepaskan perlahan. Syukur kau okey. Naik gila aku fikir fasal kau.

Assalamualaikum, hot chocolate. How about you?” Shauqie bertanya lembut.

“Hurmm.. waalaikumussalam. Okey je lah. Hah! awak ni apahal call saya pagi-pagi buta macam ni. Tak rasa nak tidur? Esok tak masuk kerja ke?”

“Saja call awak. Tiba-tiba rindu pulak. Saya call dari tadi awak asyik reject je.”

Sophia terdiam sebentar di talian. Kedengaran omelan kecil di telinganya. ‘Bukan aku off  phone ke tadi? Siapa yang memandai onkan ni. Dah la bengang dengan mat saleh celup yang tak habis-habis mengganggu hidup aku.’

“Apa yang awak beleter tu. Kutuk saya erk? Kenapa awak reject call saya?”

Walaupun dia dengar omelan Sophia. Tapi dia ingin tahu lebih lanjut mendengarkan nama ‘mat saleh celup’ disebut Sophia. Bukan ke gelaran itu yang selalu Sophia panggil dengan Mike dulu sebelum kejadian lima tahun dulu. Sophia dah ingat balik ke?

“Eh, mana ada saya kutuk awak? Tak adalah. Saya bukan sengaja reject call awak. Saya ingatkan orang gila manalah kacau saya beradu pagi-pagi ni. Tak sedar kot time ni time orang tidur. Manalah saya tahu itu awak. Tapi tengok phone baru tahu awak yang call.”

“Awak perli erk?”

Shauqie menebak. Kedengaran suara tertahan-tahan dari corong telefonnya. Tahulah nak gelak. Shauqie menjulingkan matanya menyampah. Perli pulak. Hello! saya kacau awak pagi-pagi ni pun sebab risaukan awak. Kalau tak, takde maknanye nak jadi makhluk tak sedar diri kacau orang time tidur macam ni. Tapi Shauqie kembali mengukirkan senyumannya mendengarkan suara ceria Sophia walaupun dia tahu Sophia cuba ceria untuk mengelak saya syak sesuatu la tu. Dia ingat kita tak tahu gamaknya.

“Nak gelak. Gelak je lah. Tak payah nak tahan. Karang tak pecah dekat mulut pecah pulak dekat perut.”

“Alolo, merajuk pulak dia. Kenapa awak tak tidur lagi ni? Nak pukul 1 dah ni. Tak kerja ke esok?”

“Tak boleh nak tidur. Lagipun papa kasi cuti rest dua minggu.”

“Dah tu kacau orang tidur. Hello awak. Esok kita ada exam tau. Last paper okey. Karang kita mengantuk, awak nak tolong kita jawab?”

“Ala kita tolong urutkan belakang dia. Bagi dia tidur terus. Senang cerita.” Shauqie layan.

“Mengada betul. Ewah! Senangnya awak cakap. Dah pergi tidur. Saya nak tidur awak jangan kacau. Kalau awak tak boleh tidur sangat, pergi ambil wuduk. Tahajjud ke, baca quran ke, ada juga faedahnya daripada mengganggu saya.”

“Hurmm.. ye lah. Pergi la tidur. Sorry ganggu. Mimpi saya tau!”

“Tak ada maknanye saya nak mimpi awak.”

“Haha.. Okeylah. Dada hot chocolate. Bye. Assalamualaikum. Sweet nite.”

“Hurmm.. bye. Waalaikumussalam.”

Talian dimatikan. Shauqie tersenyum tenang. Rasa puas apabila mendengarkan suara Sophia. Sekurang-kurangnya dia tahu Sophia dalam keadaan baik sekarang ini. Walaupun ceria, dia tahu Sophia langsung tidak menyentuh perihal dia diserang. Itulah Sophia. Tak pernah nak kongsikan masalah dia. Sengaja dia tidak mahu beritahu Sophia dia sedang perjalanan pulang. Kalau tak, tak tidur dah minah tu. Mesti terpacak depan rumah tunggu aku. Then bila aku sampai. Buat sakit telinga aku je mendengar leteran dia yang entah apa-apa tu.

Shauqie membelok ke kiri jalan lalu keretanya terus dipandu masuk ke dalam taman yang menempatkan kediaman orang-orang kaya. Walaupun banglo mereka berada dalam taman ini, tapi tanah banglo itu adalah milik persendirian. Kerana itu hanya sebiji banglo mereka sahaja yang berada di atas bukit. Agak berjarak dari kawasan taman. Tapi untuk ke sana mereka perlu juga melalui kawasan taman ini.

Shauqie mengangkat tangan kepada pengawal yang menyapanya. Semenjak tinggal di kawasan ini, dia agak dikenali dengan penduduk taman di sini. Selalu juga dia lepak dengan pengawal taman ini yang boleh tahan ramahnya. Banglo mereka juga terjamin dari pencuri kerana pengawal di sini sedia berkhidmat untuk berkawal di sana. Atas arahan papa dan Rafique juga. Tapi bayaran berasingan daripada gaji yang dibayar pengurus taman. Beruntungkan!? Hehe..

Setelah tiba di hadapan rumah, segera dia parkingkan kereta di garaj. Keluar sahaja dari kereta, dia disapa oleh beberapa orang polis yang sedang berjaga di situ. Shauqie melemparkan senyuman kepada mereka. Ada 5 orang semuanya. Mak aii, ramainya. Dua orang dah cukup kot. Shauqie menggeleng. Kalau aku tak tahu fasal ni, mesti aku pun terkejut. Dia kemudiannya menuju ke pintu. Kunci pendua yang ada padanya dimasukkan ke lubang pintu lalu dibukanya.

Samar-samar cahaya lampu neon yang di pasang di ruang tamu. Pintu ditutup dan dikunci. Dia membetulkan urat sendinya. Duduk terlalu lama membuatkannya berasa lenguh. Arhh.. letihnya. Nak naik atas malas lah. Tidur sini pun sedap jugak. Suis kipas di buka. Shauqie meletakkan beg bimbitnya di atas sofa single. Dia baringkan tubuhnya pada sofa L yang berada di situ. Berbantalkan kusyen kecil, Shauqie mengalas kepalanya.


Berkelip-kelip matanya memandang kipas yang berputar. Hurmm.. kenapa ye Sophia balik jalan kaki tadi? Kenapa pulak dia balik sini? Mana Anis? Bukan ke aku suruh minah tu ikut je mana Sophia pergi? Dan siapa pulak mat saleh celup yang disebut Sophia tadi? Mike ke? Arh! Biarlah dulu. Nak tahu semuanya pun bukan boleh pergi serbu minah tu sekarang. Nak minta masuk hospital pergilah. Esok-esok masih ada. Akhirnya Shauqie terlelap dengan kantuknya.

-----------------------------

Baki lagi dua bab untuk SODA. Sambungan M:LF akan datang next post ye.. tunggu tau! Jumpa lagi!


Jaga Diri!
Jaga Iman!
Jaga Solat!
Jaga Hati!
Jaga Mata!

Salam Sayang,
Ainul@AMZ

Isnin, 17 April 2017

Musim Semi yang sibuk dan amanah!

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar pengunjung2 setia blog saya ni..? Eh Ainul, ada orang datang ke..? Entah, minta2 adalah kan.. kalau tak syok sendirilah kau Ainul oi!

Okey, Ainul kalau diberi peluang untuk bercakap susah bonar nak berhentinya. Setelah sekian lama menyepi, setelah tiga bulan lebih berlalu kini saya kembali. Tepukan gemuruh untuk Ainul! (krik.. krik.. krik) Oh, abaikan. Jadi, sedar diri menyepi tanpa kabor, den nak minta maaflah ye ke cik, encik, tuan, puan semua. Saya ni sebenarnya tak berapa pandai nak urus masa. It's just when I like to do something, I just did it with out think about it first. hehehe.. disiplin dengan time management memang out!

Lagipun, sebenarnya sibuk sikit deh. Sibuk dengan aktiviti persatuan sampai tak terkejar nak buat benda lain. Okey, itu boleh terima kan. Walaupun sebenarnya culas nak bukak blog ni, sedangkan wattpad saya bukan main lagi nak update selalu. Hehe, jangan marah ye nanti cepat tua. Moh le jenguk. Kalau rajin votekan sekali. Demand!

Tiba2 teringin nak share apa benda lah cik Ainul ni sibuk sangat kan. It's spring in Morocco. Tada..

credit photo: pinterest
Jadi disebabkan musim bunga dekat sini, adalah dapat cuti seminggu. Tapi cuti macam tak cuti. Sebab kena turun ke Rabat, pusat pentadbiran Morocco dek program yang bertindan-tindan perlu hadiri. Terutamanya program under AMT Persatuan Mahasiswa/wi Malaysia di Maghribi (PMMM) iaitu Mesyuarat Agung Tahunan (Muktamar) waktu ni. Sebelum tu Program Seminar Pembangunan Intelek (SPI), program yang membincangkan isu2 muamalat kontemporari. Seronok dan rasa kerdil sebab dikeliling students Master yang membentangkan kertas kerja masing2 yang mana ilmu mereka, Subhanallah! Kelu lidah untuk menilai. Terasa diri ini masih terlalu banyak kekurangan, itupun rasa gah dengan ilmu yang tidak sampai setitik pena di dalam diri ni. Ujub yang mengundang murka. Nauzubillah! Faghfirli ya rabb..

Sekitar suasana program
Barisan pembantang

Kalau nak tengok full album boleh ke Page PMMM. Sebelum SPI, ada Program Khalifah Camp untuk barisan pemimpin baru yang akan mentadbir persatuan 2017/18 nanti iaitu lepas Muktamar Tahunan.

Sebut pasal Khalifah Camp ni kan saya teringat kata-kata Ustaz Farouq, penyampai slot Pengucapan Awam dan Komunikasi. Disebabkan program kem ini untuk barisan pimpinan AMT dan ALP sesi akan datang jadi beliau ucapkan takziah dan tahniah. haha.. Tak pelik pun. Beliau cuma tekankan "Jangan takut untuk memegang jawatan. Sebab sekiranya jawatan itu tidak diminta, kita akan dibantu kelak. Jangan jadi orang yang meminta-minta jawatan kerana perkara itu sia-sia."

Lalu beliau mendatangkan hadis Nabi SAW yang terdapat dalam Sahih Bukhari. Beliau baca hadis tak penuh tapi cari balik insyaAllah mafhumnya macam ni. Telah menceritakan kepada kami Hajjaj bin Minhal telah menceritakan kepada kami Jarir bin Hazim dari Al Hasan dari Abdurrahman bin Samurah mengatakan, Nabi SAW berkata kepadaku: “Wahai Abdurrahman bin Samurah, janganlah kamu meminta jawatan, sebab jika kamu diberi jawatan dengan tanpa meminta, maka kamu akan ditolong, dan jika kamu diberinya karena meminta, maka kamu akan ditelantarkan, dan jika kamu bersumpah, lantas kamu lihat ada suatu yang lebih baik, maka bayarlah kafarat sumpahmu dan lakukanlah yang lebih baik.."

Saya pun ter fikirlah, rupanya ada hadis larangan minta jawatan ni. Curios nak tahu search la beberapa artikal berkenaan hal ini. Salah satunya terbaca dalam . Alhamdulillah, faham la jugak. Tapi, macam mana kalau jawatan tu kita tak minta tapi ditawaekan malah ada yang dipaksa -mengalami sebenarnya- Baca balik hadi "Sebab jika kamu diberi jawatan dengan tanpa memint, maka kamu akan ditolong". InsyaAllah, bismillahitawakkal Allah bantu. Amin. Walaupun sebenarnya dah terima tawaran tu sebelum kem lagi huhu. Hikmah supaya berlapang dada dengan taklif bila dengar nasihat Ustaz Farouq. Teringat pesan seorang teman 'Dah lama sangat hang berehat.' Ringkas katanya tapi buatkan saya terfikir lebih dalam. Tujuan hidup itu ada taklifnya (tanggungjawab) dari Allah. Fikirkan umat yang kian tenat, hatta dari kalangan sahabat perjuangan juga termasuk saya. Hati kecil lirih memujuk, hidup penuh dengan tanggungjawab. Usahalah semampu kau untuk melakukan perubahan walaupun sedikit. Nanti jumpa Allah, sekurang-kurangnya dah jawab. Aku buat ini dan ini. Jangan takut. Allah kan ada. Hurmm.. Gambate!

So, lepas Khalifah Camp, ada Program Kursus Jenazah, Ceramah Intelektual dan Ziarah Salle. Sufisme detected! Huhu.. timba pengalaman jauh pandangan kan! Tapi tak sempat nak join pun sebab Ainul and the gang kena masak nak jual hari SPI nanti. huhu. Pohpalehweh Sdn. Bhd. Laksa, Nasi Kerabu, Nasi Ayam Masak Merah dan Cheese tart. I tukang masak laksa jha walaupun dekat sini guna spagetti jha sebagai laksa. Tak sanggup den nak menggelitir dengan beras. Penat weh! Lepas tu jadi runner. Nak isi perut orang yang 100 lebih tu. Lebih penat sebab kitaorang masak di Casablanca, ye lah rumah kitaorang dekat sini tapi program di Rabat. Naik kereta ke Rabat 1 jam lebih okey! mujur sewa kereta, kalau tak ada tu jenuh nak kejar train usung bungkusan makanan dua tiga empat beg. Masuk kereta semua pengsan, yang tinggal tukang pemandu jha. Kesian dia krik.. krik dalam kereta.

nampak bekas makanan yang ada colour biru dan kuning tu.. haa kitaorang punya kerja la tu..
Dan setelah program2 di atas selesai maka berlangsunglah Muktamar Tahunan selama dua hari. Nak tahu apa muktamar ni.. meh sini koi cerita. Muktamar ni medium di mana barisan pentadbir semasa akan membentangkan pelaksanaan program yang dikendalikan sepanjang pentadbiran mereka. Mereka ini yang terdiri daripada Kabinet Bayangan... Eh, merepek. Barisan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) iaitu Presiden, Timbalan Presiden 1, Timbalan Presiden 2, Ketua Jabatan Setiausaha Kehormat (JSUK), Timbalan Setiausaha 1, Timbalan Setiausaha 2, Bendahari Agong dan Timbalan Bendahari Agong 2.


Dan bawah kelolaan AMT ni ada tiga:- 
1) Jabatan Eksekutif/Barisan Ahli Lembaga Tadbir (ALP) iaitu Exco Pendidikan, Exco Kebajikan, Exco Rohani, Exco Ekonomi, Exco Penerbitan & Dokumentasi, Exco Kebudayaan, Sukan & Rekreasi dan Exco Perhubungan Antarabangsa. 
2) Jabatan Kepenghuluan
3) Jabatan Nuqaba'
Barisan AMT/ALP sesi baru 2017/18.. AMZ ada ke dekat situ..?
Sebelum dimulakan mesyuarat, perlulah dirasmikan dulu. Biasanya dirasmikan oleh Duta Besar Malaysia ke Maghribi. Lepas perasmian, persembahan dan penyampaian hadiah barulah mesyuarat mula. Jadi, semua yang disebut diatas tu perlu membentangkan laporan program diorang dalam mesyuarat. Dan mereka ini perlu menerima sebarang kritikan daripada ahli, soal jawab apa semua tu lah. Hari Muktamar ni juga ada pebentangan usul yang mana usul ni nanti kalau diterima akan dimasukkan dalam pelembagaan persatuan. Ataupun usul ni juga bertujuan untuk mengeluarkan sebarang perlembagaan yang tidak lagi sesuai dalam pentadbiran. Lebih kurang begitulah ceritanya.

Antara soal jawab ahli kepada barisan AMT & ALP.. sesi paling seram doh.. kena bantai!
Lepas selesai pembentangan laporan dan cadangan usul, mesyuarat diteruskan dengan penyerahan SOP dan pertukaran kabinet AMT dan ALP sesi semasa ke sesi yang baru. Jadi, AMT sesi baru ni kena bentangkanlah moto pentadbiran, pembentangan bajet dan lain2. Lepas tu sesi bergambar untuk masuk report.
Sesi penyerahan SOP
Sekitar ahli2 PMMM yang hadir. Barisan tengah tu kabinet baru.. Nak juga guna perkataan kabinet..
Lepas habis program Muktamar ada lagi meeting antara AMT dan ALP di Kenitra esok tu. Lebih kepada sesi suai kenai. Bincang punya bincang habislah meetingnya. Tapi kaki ni tak mahu lagi kembali ke kediaman asal. Jadi, langkah terus diatur ke stesen keretapi membeli tiket ke Salle untuk bertemu Kak Hawa mantan timbalan Jabatan dot dot dot sebab nak minta taujihat dan penerangan secara detail. Amanah jawatan yang dipegang perlu jelas skop tugasan agar tidak terlepas apa wajib dilakukan. Sebut pasal amanah ni, kena faham ertinya.

<<Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, Maka semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu Amat zalim dan Amat bodoh. (QS. Al Ahzab/33: 72)>>

Ada yang mengatakan amanah itu bermaksud ketaatan hamba. Dan ada juga mengatakan kewajiban seorang hamba. Dalam Tafsir Ibnu Kathir amanah ialah taklif (tanggungjawab) dan menerima semua perintah dan larangan berikut pensyaratannya. Iaitu jika dikerjakan mendapat pahala dan jika ditinggalkan mendapat siksa. Daripada ayat, manusia itu menerima amanah sebenarnya kelemahan, kebodohan dan kezalimannya. Terkecuali bagi orang yang diberi taufiq oleh Allah dan akhirnya hanya kepada-Nya kita memohon pertolongan. -Kalau nak syarah yang lebih panjang dan detail boleh ke Tafsir Ibn Kathir online.

Kalau dari pehaman ringkas saya: Akhirat nanti akan ditanya "Hari sekian, waktu sekian, jawatan sekian kau buat tak?" Kalau tak buat kau rasa apa jadi dekat sana nanti?

Amanah ni jangan pandang ringan. Sekecil2 perkara jika ianya dinamakan tanggungjawab hatta tugas buang sampah sekalipun tetap dinamakan amanah! Bukankah setiap laku kita akan disoal nanti walaupun sedang memintal benang..?

Hampir satu jam lebih bersembang dan berbincang dengan Kak Hawa pasal SOP kerja nanti, terus minta izin nak ke stesen kereta api, sebab nak kejar train ke Mohammadia pula. Takut sampai sana dah maghrib. Den ni takut sikit malam-malam, seorang diri pula tu walaupun dah selalu buat. Alah, buat2 berani je. Disebabkan penat nak bekejaran walaupun tengah terkejar2 dengan beg galas yang mengalahkan 10kg beratnya jadi saya putuskan naik tram ke Rabat. Padahal train station dekat Salle tu dah dekat sangat. Bukannya apa, nak rehatkan kaki kejap, kesian dia. Sambil terapi diri tengok permandangan sekeliling Morocco yang cantik! Kalau naik train tak nampak. Lagipun ada aircond yew! Hampir 30 minit jugak barulah sampai Rabat train station dan I pun dengan confidentnya beli tiket, ingatkan boleh terus dapat masuk train. Rupanya, hurmm.. Hujung minggu Musim Semi. Semua rakyat Morocco yang bekerjaya di bandar ingin kembali ke sana. Kerja kata mari weh!

Turun jha dari eskalator terjegil biji mata tengok dah macam ikan sardin dalam tin! Jadi, terpaksalah juga tunggu satu jam sebab ramai sangat orang. Satu demi satu train yang sepatutnya saya naik berlalu pergi sebab tak sanggup berhimpit di tambah pula cuaca Musim Bunga pada waktu petang sangat membahang panasnya. Sedar masa kian berlalu, malam pula mula menunjukkan tanda akan melabuhkan tirainya. Dengan paksa rela saya jejakkan kaki ke dalam train. Dan seperti dapat di agak, tak ada tempat duduk kosong pun, maka kaki pun kembali melangkah ke depan pintu train. Senang sikit, kalau sampai boleh keluar terus. Tak payah berebut-rebut. Maka, berdirilah saya di situ bersama beg 10 kg. Mujur depan pintu ni ada angin. Jadi, sejuklah juga hati yang panas tu kan.

Setelah satu jam bediri, tibalah ke kampung halaman Mohammadia. Tanah pertama yang saya jejaki dan diami setelah sampai di Morocco. Kena jejak juga kampung ni, nanti balik Casa teringat. Ketenangan sebenar, di sinilah untuk saya. Lagipun kena jumpa Kak Husna, den punya pemantau. Kena bincang program2 apa yang akan saya kelolakan nanti. Beliau banyak beri nasihat dan bantu untuk saya buat kerja. Menyusun rancangan bersama, akan ku ingat saat ini. Terutama bantuannya memudahkan kerja saya untuk menggunakan whatsapp di ladtop sebab Zenphone mati tak mahu hidup. Dan sebulan dah. Nak baiki, duit tengah nazak sangat. Dengan menggunakan aplikasi Bluestack di ladtop, rasa macam nak lompat bintang sebab kerja semua boleh buat. Nak berhubung dengan orang mudah. Alhamdulillah. Akan saya ingat kesanggupan beliau sehingga sanggup mengadap ladtop saya dulu setelah bangun tidur sebelum cuci muka dan gosok gigi terlebih dahulu, Sarapan pun belum! Gigih kan dia.

Untuk balas jasa si kakak sebelum kaki melangkah lagi kembali ke kota perindustrian, medan ilmu ditimba Kota Casablanca. Rancangan yang asalnya hanya sehari di Mohammadia, dengan senang hati bertambah jadi tiga hari. Sebab si kakak ni nak merasa karipap. Ha, jadi bersilalah kami berdua mengelim karipap di ruang tamu sambil berceloteh dengan satu cerita ke satu cerita. Bab kahwin pun masuk. Biasalah bercakap dengan orang yang umurnya yang sudah sampai waktu untuk kahwin tu, kita yang tak cukup umur ni tadahkan je lah telinga kan..

Gambar lama ni, tapi nak bubuh jugak.. nak bagi ada.. hehe

Dah masak.. jom makan..
Train yang sama tapi destinasi berlainan, salam dan pelukan beserta nasihat dari seorang kakak saat perpisahan itu hampir di penghujungnya. Casablanca dan Eljadida, jika dilihat pada peta dekat jaraknya. Tapi, jika diukur pada tanah perbeluh juga hendaknya. Paling kurang tertidur jugalah kau dalam train hijau tu. Dan finally, I am home! Walaupun rasa macam balik asrama. Huarr, umi nak balik.. Niat kembali dibetulkan, jadual yang penuh cuba disusun dengan lebih teratur. Kelas yang menunggu untuk dihadiri terbayang-bayang di benak. Dengar kata, notis exam dah keluar. Lagilah rasa nak balik Malaysia. Rasa baru jha exam bulan 12, 1 dan 2 haritu. Ni nak exam dah? Bulan 5 tanggal 22.. Lomah palo lutut den. Walaupun keluhan demi keluhan itu tidak baik sebenarnya, tapi bibir ini tetap ingin mengeluh. Belajar dan komitmen, dua perkara yang bukan mudah. Tambah2 orang yang teruk time management macam saya ni. Hai la Ainul.

Bandar Casablanca yang padat. Credit photo: pinterest
Malam yang berangin. Gambar waktu super moon. Nak masuk contest the beautiful supermoon, tapi sedar kita Zenphone jha. Sobs..
"Assalamualaikum, mak dah balik." Dengan suara itik yang serak sebab kahak tersekat di kerongkong dek batuk dan selesema, cubalah nak buat-buat ceria. Padahal muka nampak sangat penat. Home sweet home. My Casa! Esok tu tak pergi kelas, demam musim bunga menyerang!

---------------------

Kisah yang berjela2. Padahal niat asal nak post SODA dan MLF.. huhu.. Next post la ye.. janji!

Jaga Diri!
Jaga Iman!
Jaga Solat!
Jaga Hati!
Jaga Mata

Salam sayang,
Ainul@AMZ