Jumaat, 7 Mac 2014

SODA 9

Assalamualaikum semua..
Enjoy en3 bru Sya..
Best komen tau..
~SODA 9~
T
ubuh Sophia menggigil melihat tubuh sasa lelaki di depannya itu semakin menghampiri dirinya. Matanya meliar melihat keadaan sekeliling jika ada tempat untuk dia melarikan diri. Tapi lorong itu terlalu gelap untuk dia mencari jalan keluar. Lelaki yang berada di hadapannya juga tidak dapat dia pastikan siapa. Tapi dia kenal lelaki itu. Tangan lelaki itu menolak tubuh kecil Sophia ke dinding sehingga Sophia tidak mampu untuk bergerak. Kedudukan mereka terlalu hampir sehingga terdengar dengusan nafas kasar lelaki itu.

“Shah! Please. Jangan buat Sya macam ni.” Sophia memohon. Air matanya sudah mengalir laju. Tidak pernah dia mengalirkan air matanya dengan mana-mana lelaki. Terutamanya Shah kerana Shah tak pernah membuat hatinya luka. Tapi ini bukan Shah yang dia kenal. Pujuk rayu Sophia langsung tidak dipedulikan. Tudung yang tersarung dikepalanya ditarik kasar. Kelihatan rambutnya yang panjang mengurai.

“Please Shah! Sya ada buat salah apa?” Sophia memujuk lagi. Sesungguhnya dia amat takut tika itu. Tangannya berusaha menahan Shah yang semakin bertindak di luar kawalan.

“Banyak salah kau terhadap aku! Kau milik aku! Bukan jantan tu!” Terjongkit bahu Sophia mendengar jerkahan Shah. Bertambah kuat esakan Sophia. Tidak pernah Shah menjerkahnya begitu. Apa maksud Shah? Bukankah hari perkahwinan mereka semakin hampir?

“Apa maksud Shah? Sya tak faham.” Sophia memujuk lagi. Tangannya sudah dipaku oleh tangan lelaki itu ke dinding. Kini dia tidak mampu membuat apa-apa lagi. Tenaganya tidak mampu menandingi kudrat lelaki itu. Shah mula bertindak rakus terhadapnya. Seluruh tubuhnya dicium kasar. Sophia cuba untuk melawan.
“Kau tak akan pernah faham. Kalau kau tak jadi milik aku. Orang lain pun tak boleh memiliki kau!”

“Lepaskan aku Shah!” Sophia menolak kasar tubuh Shah yang sedang menindihnya. Menggunakan kudrat yang ada, kakinya diangkat untuk menyepak celah kangkang Shah. Tapi apakan dayanya. Segala yang dilakukan Sophia pantas sahaja ditepis Shah.

PANG! PANG! PANG!

Perit pipinya ditampar berkali-kali oleh lelaki itu. Sophia tidak mampu berbuat apa-apa. Mulutnya pecah, darah merah mula mengalir. Pening menguasai kepalanya. Matanya juga mulai kabur. Kini tubuh Sophia sudah terbaring atas lantai. Pakaiannya juga ditarik kasar. Dia tidak dapat memastikan apa yang berlaku selepas itu.

“Shah..” Akhirnya Sophia pengsan dengan air mata.

*******
“Opie buatkan aku coklat panas boleh!” Sophia tersedar dari lenanya mendengar jeritan suara Shauqie dari tingkat bawah. Sophia mengelap peluhnya yang membasahi wajahnya. Begitulah dia apabila mengalami mimpi ngeri yang sering menjadi peneman tidurnya. Tercungap-cungap Sophia seperti mengalaminya di alam rialiti. Sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan hariannya. Disebabkan mimpi itu jugalah dia rasa tersentap apabila diusik soal tangkap basah oleh Saiful hari itu. Adakah sebab ini membuatkan aku betul-betul bencikan Shah? Air matanya mengalir tiba-tiba. Hatinya benar-benar takut. Setiap kali berdepan dengan mimpi ini, pasti dia merasa seolah-olah dia sudah kehilang ‘mahkota’ yang sangat dia jaga. Menyesal dengan apa yang terjadi padanya. Harapannya semoga itu hanya mainan tidur sahaja. Bukan rialiti.

“Sophia Aisya! Kau dengar tak?” Sekali lagi Sophia tersedar. Tangannya mengesat air matanya. Enough Opie! Itu cuma mainan tidur. Television yang terpasang di ruang menonton tingkat dua itu ditutup menggunakan remote control. Entah sejak bila dia terlena pun dia tidak sedar. Usai solat zohor tadi, dia lepak di ruang menonton itu untuk menonton siri Hindustan hujung minggu. Tapi terlena pula.

Sophia mengemas bantal-bantal yang berselerakan di ruang menonton itu. Teruk betul aku tidur. Sampai pasu bunga yang Mak Timah susun pun senget. Dalam pada mengutip bantal dan kusyen kecil tangan Sophia terhenti apabila melihat kaki seseorang. Pantas sahaja Sophia panggung kepala melihat orangnya. Mamat psiko ni rupanya. Sophia buat tak tahu lalu kembali ke sofa untuk meletakan bantal dan kusyen kecil.
Kenapa aku panggil mamat psiko? Sebab muka dia dah tak serebeh macam dulu lagi. Rambut dia dah tak panjang macam orang gila. Tak macam first time jumpa dulu. Smart je. Siap buat style rambut korea pulak tu, lepas tu misai and jambang dia yang dah macam hutan belantara pun sudah ditebas. Licin je muka dia. Gaya pakaian dia pun memang terbaik la. Mata dia pulak hazel. Fuh! Cair siapa tengok. Muka dia pun kalau bandingkan waktu serebeh dulu dengan sekarang memang berbeza sangat. Baru aku sedar yang mamat ni hansome + macho + stylo + sama waktu dengan dia. Bak kata orang bergaya habis. Tambah-tambah mamat ni kalau buat apa sahaja memang nampak bergaya. Tak payah orang suruh. Tarik balik kata-kata aku masa first time jumpa hari tu. Heheh.. apa pun memang first time aku tengok pun terpegun juga la seminit dua. Sehinggakan mak cik yang selalu jual nasi lemak hujung taman pun tak berkelip-kelip tengok mamat psiko ni. Tapi you know me. Well, tak kan nak ngaku kot. Runtuh ego aku tu.

Kenapa pulak mamat ni tiba-tiba berubah 100%? Semuanya disebabkan kisah yang berlaku hampir tiga bulan yang lalu. Along, Auqie, Epon termasuklah aku selalu sangat mengadu yang ada orang selalu ikut kitaorang. Terutamanya Shauqie Alexender tu. Ditakdirkan satu hari tu, Along paksa aku teman dia dengan Auqie pergi Tesco nak beli barang masakan. Almaklumlah, mamat ni tetiba kempunan nak makan 5 dish haritu. Spanish cuisine pulak tu. Haila! Selera orang. Layan je. Walaupun kenyataannya Along yang beria-ria nak makan. Kalau tak disebabkan mamat tu nak tunaikan janji belikan novel Melur Jelita yang ditundakan haritu. Takde maknanya kalau nak ikut.

Okey balik pada cerita tadi, disebabkan terlalu lama dalam Tesco, aku tersedar yang kami sedang diikuti. Apa lagi, lepas bayar terus pecut la. Belum sempat keluar dari Tesco dah ada orang block depan pintu, tak boleh nak keluar kerja main lari-lari kejar-kejar dalam Tesco. Yang lebih menakutkan, siap main tembak-tembak pulak tu. Pistol tipu tak kalut. Fuh! Bersyukur sangat sebab Allah still sayang kitaorang. Nak nangis jugalah waktu tu. Ingat macam main polis sentri waktu kecik-kecik dulu. Takde maknanya! Ingatan Sophia kembali saat mereka dikejar Robert.

~~~~~

“Opie, jom ikut.” Rafique menegur Sophia yang sedang menyiapkan assignmentnya di dalam bilik kerja alias Pustaka Kecil (Along kasi nama). Sophia menanggalkan kaca matanya.

“Orang banyak kerjalah.” Sophia berkata sambil meregangkan segala urat sendi tubuhnya. Lama sangat duduk sampai kejang jadinya.

“Ala, jomlah. Along tak pandai bab-bab membeli belah ni. Auqie kempunan nak makan Spanish cuisine hari ni.”

“Ada lagi la bahan-bahan dalam peti sejuk buat apa nak beli. Orang buat simple-simlpe sudahlah.” Ganggu betul la. Orang tengah kusyuk siapkan assignment ni. Semenjak buka semester baru ini, inilah kerjaya. Sibuk dengan study dan siapkan assignment. Walaupun lambat lagi tarikh submitnya tapi dia tak suka tangguhkan kerja. Tangguh-tangguhkan pecuri masa. Betul tak?

“Tak cukup la. Auqie nak makan 5 dish hari ni.” Mai ai! Mengidam ke apa? Bulat mata Sophia memandang Rafique. Rafique hanya tersengih.

“Sebenarnya 2 dish Auqie minta. Lagi 3 Along minta.” Rafique buat muka naughty. Ceh! Mati-mati aku ingat mamat tu betul-betul kebulur. Nak kata aku tak bagi dia makan tak adalah pulak. Rupanya pensyarah ni punya selera.

“Buat apa nak buat banyak-banyak membazir saja.”

“Please, petang ni Along balik Perlis. Boleh bawa balik sana.” Sophia tersenyum meleret sebelum wajahnya diseriuskan. Cerdik punya Along. Belum sampai sana dah basi. Lepas tu buang dalam tong sampah. Membazir juga kan.

“Takde maknyanya. Ingat apa ke? Basi la Along.” Rafique sudah buat muka cemberut mendengar keputusan muktamad Sophia. Shauqie yang sedang bersandar pada dinding bilik datang menghampiri mereka.

“Kau ikut je lah. Bukan guna duit kau pun. Lagipun kalau lebih, boleh infak dekat jiran. Jangan risaulah, habis punya. Aku belanja belikan novel yang kau nak dulu. Aku dengar ada cetakan terbaru. Ganti janji aku yang dulu tak ditunaikan.” Gulp! Benar-benar menguji iman betul. Wajah Rafique pun bertukar cerah. Sukalah ada orang back up dia. Sophia mengetuk-ngetuk jarinya pada bibir seolah-olah berfikir. Haila! Bagi syarat yang menguji keimanan aku betul.

“Tak nak? Tak nak sudah. Jom Rafique. Pandai-pandailah kita pilih kejab lagi.” Shauqie mengajak Rafique. Senyuman Rafique mati. Pandai? Pandai nak pilih? Dah la bahan-bahan pun aku tak tahu.
“Eh, kejap-kejap aku ikut.” Sophia menahan langkah Shauqie dan Rafique. Kalut-kalut dia turn off ladtop Acernya. Kemudian mereka sama-sama bergerak ke luar. Shauqie senyum senget ke arah Rafique. Rafique buat muka menyampah. Bangga la sangat!

5 minit kemudian Honda Urban SUV merah tiba di Tesco. Tak jauh pun. Jalan kaki pun sampai kot. Tapi saja malas nak berjalan. Tanpa membuang waktu, mereka bergerak masuk ke dalam perut pasaraya besar itu. Bahagian barangan basah diserbu mereka.

Mujur sahaja Sophia mengenakan syarat yang masing-masing perlu lakukan. Hehehe.. kenalah guna kudrat lelaki samakan. Balik aku juga yang kena masak. Shauqie dan Rafique mengambil troley masing-masing dalam kurungan kena paksa. Sophia memberi dua helai kertas kecil yang bertulis bahan-bahan yang perlu dicari.

“Apa ni?” Rafique bertanya.

“Kertas.” Sophia layan kepala. Sambil buat muka jahat.

“Ikan, sotong, udang, kicap, sayur and bla, bla, bla.” Shauqie pula menyebut sambil buat muka serabut.

“Aku pula ayam, daging and bla, bla entah benda apa ni.” Rafique pula menyampuk.

“Pergi la cari abang sayang. Orang tak larat nak cari sorang-sorang. Daripada korang berdua jadi bodyguard tak bertauliah ikut orang. Baik pergi cari bahan-bahan ni.” Sophia berkata dengan senyuman manis. Dalam hati tak payah cakap la. Gelak macam nak pecah perut. Tengok pula muka tak puas hati Rafique dan Shauqie.

“Tapi..”

“Orang tak nak dengar walau sepatah perkataan pun. Dalam 5 saat tak pergi orang blah terus dari sini. 5.. 4.. 3.. 2.. and sa..”

“Yelah, yelah. Ugut-ugut pulak.”

“Good! 30 minit dari sekarang pergi cari.” Sophia berkata. Kelam-kabut Shauqie dan Rafique menolak troley masing-masing mencari bahan yang sudah sedia bertulis. Orang sekeliling yang memandang pelik tidak diendahkan. Macam ala-ala pertandingan masakan la pulak.
3o minit yang dijanjikan menjadi satu jam. Sophia dah buat muka bosan menunggu Shauqie dan Rafique yang masih belum kelihatan hatta batang hidung mereka sekalipun. Sebenarnya dia tak kisah pun lambat atau cepat. Almaklumlah tukang mencarinya lelaki yang tiada pengalaman. So, biarlah.

 Yang membuatkan dia tidak selesa mengenangkan beberapa lelaki yang sedang mengikuti mereka. Dia sedar pun waktu follow Rafique tadi bila ternampak 3 orang lelaki pakai suit hitam, cermin mata gelap dan topi yang menutupi wajah. Apabila mengadu dekat Rafique, Rafique pun cakap dia perasan juga tapi Rafique hanya menyuruhnya buat tidak tahu. Apabila pergi te tempat Shauqie orang yang berpakaian sama mengikuti lelaki itu. Apabila mengadu pada Shauqie, lelaki itu juga mengaku dan sarannya supaya buat tak tahu sahaja.

Dan sekarang Sophia sedang bersendirian sementara menanti Shauqie dan Rafique juga perasan ada orang sedang mengawasinya. Sekejap-sekejap dia memandang jam casio yang terikat di tangannya. Hish! Diorang ni pergi cari barang ke buat barang. Dari jauh sudah kelihatan Shauqie dan Rafique beriringan menuju ke arahnya. Dalam keadaan kelam-kabut.

“Jom cepat Opie pergi bayar.” Kalut-kalut Rafique berkata lalu terus ke kaunter bayaran. Aik! Bukan aku ke yang sepatutnya sound pak cik dua orang ni. Apasal aku pulak yang kena kejan. Sophia jungkit kening ke arah Shauqie yang berhenti. Mungkin menunggunya pula.

“Fiq, tak sedap hati bila orang yang ikut kitaorang tadi pegang bahu dia. Mujur ada orang lalu dekat situ. Lelaki tu lepaskan bahu Rafique tiba-tiba dan terus blah cari aku.” Shauqie menjawab bagi persoalan Sophia. Owh, patutlah.

“Dah jom! Aku pun tak sedap hati. Lepas ni terus ke Popular.” Shauqie mengajak. Serentak kaki mereka menuju ke kaunter bayaran.

Usai menyelesaikan bayaran. Mereka menuju ke kedai Popular pula yang berada di tingkat dua. Shophia dan Rafique menunggu di luar sementara menanti Shauqie yang masuk ke dalam. Pada mulanya Rafique menghulurkan not RM50 kepada Shauqie, tetapi lelaki itu menolaknya. Katanya dia masih ada duit. Rafique beritahu Sophia bahawa Shauqie menggunakan wang simpanannya yang masih ada di dalam bank. Sophia mengangguk faham. Kini dia tahu dari mana datangnya duit Shauqie. Tidak berapa minit kemudian Shauqie sudah berada di hadapan Rafique dan Sophia dalam keadaan tercungap-cungap. Plastik yang berisi dua buah buku atau lebih tepat novel dihulurkan kepada Sophia. Sophia memandang ke dalam plastik tersebut. Tersenyum dia melihat novel I Love You Stupid! dan extra My Precious Iris di dalamnya. Heheh.. sayang kau Auqie walaupun aku benci kau.

“Kau ni kenapa? Macam kena kejar hantu lagaknya.” Rafique bertanya. Tanpa berkata Shauqie mengalihkan pandangannya ke belakang. Kelihatan beberapa orang lelaki tadi sedang berlari ke arah mereka. Pantas sahaja Shauqie menarik tangan Sophia dan Rafique keluar dari situ. Kelam-kabut Sophia menolak troley yang penuh dengan barang itu. Mujur satu. Kalau dua tak ke melayang. Kini mereka faham mengapa mereka perlu berlari.

Belum sempat mereka bertiga melangkah keluar dari pasaraya Tesco, kelihatan dari jauh 2 orang berpakaian seperti tadi sedang menunggu di pintu utama. Kini giliran Rafique pula menarik mereka berdua mencari pintu lain. Berlari dan berlari sehinggalah bunyi tembakan membuatkan pengunjung sekeliling berlari dan menjerit ketakutan.

Bang! Bang! Bang!

Dari belakang lelaki-lelaki tadi sedang berlari sambil mengacukan pistol ke arah tiga orang manusia di depan mereka. Sophia sudah kecut perut. Ya Allah, selamatkan kitaorang. Aku belum siap nak mati. Huhu, diorang ingat main polis sentri ke apa. Dalam pasaraya pulak tu. Agak-agak la. Tunggu kitaorang keluar dulu kan senang. Ibu! Papa! Tolong Opie. Opie nak jumpa ibu dengan papa dulu. Takutnya saat itu hanya tuhan sahaja yang tahu.

Mujur sahaja mereka terserempak dengan beberapa orang guard ketika itu. Mungkin disebabkan itu juga lelaki-lelaki tadi pergi melarikan diri. Dua buah biji van berhenti mengejut di luar dan lelaki-lelaki tadi laju sahaja membolosi ke dalam sana. Masing-masing tidak sempat melakukan apa-apa termasuk guard tersebut. Dan Alhamdulillah! Sophia bersyukur kerana mereka terselamat. Tubuh Rafique dipeluknya erat. Tak tahu ingin luahkan bagaimana. Rafique mengusap perlahan kepala Sophia cuba menenangkan perasaan adiknya itu. Shauqie hanya membiarkan. Terpancar riak bersalah pada wajahnya. Orang sekeliling turut memandang mereka. Simpati mungkin!

“Sorry sebab aku korang berdua dalam bahaya.” Shauqie memohon maaf.

“It’s okey Auqie. Kau keluarga aku sekarang. Susah senang kau kita kongsi bersama. Kau okey tak ni?” Rafique bertanya. Sophia masih dalam pelukan Rafique. Menggigil-gigil tubuhnya jelas kelihatan.

“Aku okey. I think we need to back home now. Dia nampak takut sangat.” Rafique mengangguk sebelum berkata sesuatu terhadap guard yang masih bersama mereka. Polis turut telah dilaporkan oleh guard tadi. Dan mereka bertiga bergerak ke Honda Urban SUV untuk pulang.

~~~~~

Disebabkan kejadian itulah, Along dengan secara rasminya menukar perwatakan mamat psiko tu. Tapi, style Shauqie bukan hanya macam ni. Dia perlu sentiasa berubah-rubah. Gaya Korea, US, UK, arab, Indon, rock, cina, melayu and whatever asalkan tutup aurat dan berjaya bolos dari dikesan Robert. Sampaikan aku pun kadang-kadang tak boleh nak cam dia ni.

So, berbalik kepada cerita tadi. Disebabkan masalah aku yang tetiba ketakutan mengalahkan budak kecik. Tak nak Along jauh dari aku so niat nak bawa Auqie ke balai polis petang tu ditangguhkan. Sayang betul Along dekat aku. Auqie cakap nak pergi sendiri tapi Along tak kasi. Takut lain pula jadinya. Mujur sahaja hanya semalaman aku macam tu.

Esok tu, Along bawa pergi salon dekat Centre Square. Memang orang yang Along upah, touch up habis la. Baju-baju mamat ni pun semua baru. Along upah orang yang jenis moden pulak. Baju-baju yang dipilih semua style-style la. Bukan itu saja, dua minggu sekali Along upah orang suruh hantarkan baju ke rumah. Yang pastinya baju yang mengikut trend terbaru, moden dan fasionista! Cewah, kalah aku ni yang perempuan. Boleh tahan Along aku ni. Tapi kalau baju yang terlampau sangat tu, direject dan dipulangkan semula. Disebabkan jasa perihatin Along, berubah terus mamat tu. Bak kata orang, perempuan lalu sebelah kalau tak usyar memang rugi. Berkilau-kilau macam artis gitu. Cit! Menyampah aku. Dah tu suka belagak pula. Tapi dengan aku je. But.. ada aku kisah.

Jadi, selepas selesai make over Auqie, Along bawa Auqie pergi balai polis. Along punya kawan pun polis. Orang koprat la katakan. Mestilah banyak kenalan. So, nak minta tolong apa pun senang. Inspektor pulak tu, lagi senang. Along lapor fasal kejadian yang berlaku. Yang paling mengejutkan, Robert merupakan orang yang paling dikehendaki oleh pihak polis. Sebab, Robert terlibat dengan perdagangan manusia, dadah antarabangsa, pelacuran, penipuan, rompakan dan banyak lagi. Semput aku dengar.

Jadi, Along ditawarkan bekerjasama dengan pihak polis untuk jadikan Shauqie sebagai umpan penangkapan Robert. Along pun setuju saja lantas minta kerjasama mahkamah dan pihak polis untuk mengubah identiti Auqie. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Polis pun bagi kerjasama untuk bantu. Dalam tempoh dua tahun diorang planning untuk perangkap dan tangkap Robert. Kad pengenalan, surat beranak, passport, dan segala macam yang sewaktu dengannya akan ditukarkan kepada maklumat palsu sebagai melindungi identiti Auqie. Sehinggalah selesai misi mereka, segala maklumat ‘klon’ Auqie akan dihapuskan serta merta. Kami yang tahu segala maklumat ini perlu tutup mulut kalau tak nak tinggal dalam lokap. Hanya orang tertentu sahaja akan dibukakan cerita ini. Selepas dua tahun, dan selesai kes. Maklumat itu akan dimusnahkan serta merta. Auqie pulak akan menjadi dirinya yang sebenar. Tak perlu lagi menyamar. Sampai rambut dia pun Along paksa pakai inai bagi nampak merah perang. Nasib inai. Kalau dai aku saman Along. Pensyarah agama tak kan nak suruh pakai dai kan. Cukup baju yang mengalahkan artis dunia tu.
 Okey let’s me introduce. Nama asal Shauqie Alexender B. Hairyl Azman. Ditukarkan kepada Mohd Aizat B. Hairyl Azman. Nama ayah still nama sebenar. Umur 28 tahun. Tua dua tahun dari aku. Status asal. Tak diketahui. Sebab Along tak nak kasitahu. Status sekarang, berkahwin. Bini dia aku walaupun aku berontak hebat. Sampai seminggu tak cakap dengan Along. Lepas pujuk baru okey. Itupun kena paksa. Kerjaya asal. Penganggur terhormat. Tapi lepas diselesaikan segalanya. Auqie sekarang menjadi CEO manager MQ-one United dekat SP. Gantikan Prof. Rafique Amsyar yang sudah bersara, dan sekarang menjadi lecturer sepenuh masa. Along pun dah bincang dengan papa. Papa pun happy je bila dapat jumpa Auqie. Aku pun tak tahu kenapa.  Cara papa cakap and layan Auqie macam dah lama kenal Auqie. Macam mana aku tahu? Tahulah Along cerita. Dalam masa yang sama Auqie diminta oleh Along supaya menyambung pelajarannya ke peringkat master seperti yang dijanjikan Along. Itulah serba-sedikit tentang Shauqie Alexender. Eh silap, Mohd Aizat. Oh lupa nak cakap, hanya family kitaorang sahaja panggil Auqie, sebagai Auqie. Itupun dalam rumah. Kalau dekat luar atau tempat umum ataupun orang lain, panggil Aizat aka E-jat.

BUKK!!

Kembali Sophia ke dunia rialiti. Lama juga aku termenung. Pening sekejap Sophia apabila kepalanya dibaling dengan bantal busuknya. Sejak bila aku keluarkan bantal busuk aku dari bilik? Sophia pandang gerangan orang tidak bertanggungjawab telah memperlakukan dia begitu. Hidup lagi rupanya mamat psiko ni. Belum sempat Sophia memungut Shauqie terlebih dahulu mengutip bantal busuknya yang berbentuk silinder warna biru. Siap ada corak arnab lagi. Shauqie menggeleng-geleng kepalanya. Dah besar pun still macam budak-budak.

“Bagi balik bantal aku.” Sophia menghulurkan tangannya meminta. Shauqie tersenyum sambil memeluk bantal itu. Tahulah bantal tu lembut pun. Kasi balik, tak tidur aku malam ni. Shauqie menunjuk bantal itu seolah-olah bertanya nak? Aku pun laju je angguk. Shauqie mengangkat jari telunjuknya lalu digerakkan ke kiri dan ke kanan berkali-kali. Lalu jarinya dibawa ke pipi lalu ditekan-tekan pada pipi putihnya sambil menjungkit kening. Kiss? Takde maknanya aku nak kiss ko!

“Hish! Bagi balik.” Sophia meminta lagi. Tapi Shauqie masih memberikan isyarat yang sama. Dek geram, Sophia mengambil kusyen kecil tadi lalu dibalingkan ke arah Shauqie. Belum sempat Shauqie mengelak, kusyen itu sudah elok mendarat ke wajah Shauqie. Buk! Dan jatuh ke lantai. Muahaha... padan muka ko. Cabut Opie. Nanti dia kerjakan kau naya. Sophia sempat mengambil bantal busuk kesayangnnya dan berlari ke arah tangga. Tapi pantas sahaja Shauqie menangkapnya. Disebabkan berlaku pergelutan semata-mata berebut bantal busuk yang tiada nilai tu saja, berguling-guling mereka berdua di situ. Ruang menonton yang sudah dikemas kembali berselerak. Akhirnya mereka berhenti Shauqie berada di atas Sophia. Tersengih jahat dia kerana menang. Dan cup! Pipi Sophia menjadi sasarannya. Lalu Shauqie lepaskan Sophia.
“Kau cium pipi aku kenapa? Kau tahu tak kau telah menodai pipi aku yang putih bersih ini. Habis aset laki aku. Aku repot Along cakap kau ambil kesempatan keatas aku.” Sophia berang. Sambil mengesat pipinya yang dicium Shauqie tadi. Eww! Yucks! Masalah gangguan seksual betul! Shauqie boo layan.

“Repot la. Ada aku kisah. Along pun pasti menyebelahi aku. Aku kan laki kau. Ikut suka aku la. Fiq buat dekat kau tak apa pun.”

“Takde kerja kau jadi laki aku. Along abang aku. Ikut suka dia la.”

“Kita MAHRAM okey. So, suka hati aku la.” Shauqie membalas. Sengaja ditekan pada perkataan mahram. Toink! Toink! Toink! Sekali dia bidas guna kuasa veto dia tercekik kau Opie. Sophia menjulingkan matanya tanda menyampah. Malas melayan, Sophia bangun berjalan menuju ke tangga. Kalau debat dengan mamat psiko tu, sampai bila-bila tak habis.

“Kau nak pergi mana pulak?” En.. mamat ni. Aku sepak laju-laju karang ada juga yang tinggal dalam hospital.

“Pergi buat coklat panas untuk kau la. Nanti susah pula kau nak buat kerja. Kau tolong kemaskan semua ni.” Shauqie tersenyum. Memang itulah kerja Sophia. Dia pun tak boleh nak buat kerja kalau Sophia tak buatkan dia coklat panas. Sophia pun seperti sudah maklum tentang rutinnya itu. Sayang kau Opie. Kata-kata itu hanya bergema dalam hatinya. Gila nak cakap terus, tak fasal-fasal habis semua pinggan mangkuk melayang. Hehehe.. Shauqie mengemas apa yang patut.

Tiba-tiba Shauqie terduduk..... bayangan peristiwa yang tiba-tiba menjelma di kotak mindanya membuatkannya sarafnya lumpuh. Tubuhnya sudah beku, pucat dan menggigil. Tak mungkin aku!


SODA 8

Assalamualaikum..
jemput baca first en3 dri Sya ye..
Story Opie Dan Auqie eps 8
jgn lpa komen erk?


~SODA 8~

H
onda Urban SUV merah yang disediakan di rumah banglo dua tingkat itu digunakan Rafique untuk pergi ke Rumah Kasih Idaman. Kereta itu jarang digunakan. Ye lah, Rafique naik Gen2 berulang dari Perlis ke Kedah. Saiful pula naik Suzuki gsxr hadiah daripada Mak Long sebab berjaya sambung pelajarannya. Suzuki gsxr itupun ditinggalkan di banglo ini kalau Saiful pulang ke Sabak Bernam. Urban SUV itu hanya digunakan Pak Samad, suami Mak Timah merangkap pemandu peribadi Sophia untuk menghantar Sophia ke universiti atau membawa Sophia jalan-jalan. Kalau tak Pak Samad yang guna, Sophia sendiri yang memandunya jika ada hal penting.

Tepat jam 4 petang, semua sudah bersiap untuk bertolak. Mereka membuat keputusan untuk solat Asar di sana sahaja. Sophia memasukkan segala bekal makanan untuk dibawa ke sana. Patutlah macam-macam dish diorang minta, memang ada udang di sebalik batu betul. Alhamdulillah cukup semua bahan. Sophia masak extra daripada sukatan yang sepatutnya. Ye lah kan, ramai manusia yang nak makan kejap lagi. Siap buat dalam tray makanan lagi. Mujur Along ada tempah set tray, jadi mudah untuk buat banyak. Mak Timah pun bantu sikit-sikit. Kalau tak memang tak menang tangan la jawabnya.

“Opie, dah cukup semua barang yang nak bawa?” Rafique datang menegur Sophia yang sedang menyusun bekalan di bonet belakang.

“Siap bos! Clear! Along ada apa-apa yang nak dibawa lagi ke?” Rafique memikirkan sesuatu mungkin ada yang lupa sambil mengusap-ngusap dagunya. Haila Along! Kenapalah Along ni handsome sangat. Mujur lah Along ni abang aku. Kalau tak dah lama aku suruh papa masuk meminang. Heheh.. gatal siot kau Opie. Saiful dan Shauqie datang bersama beg masing-masing. Beg? Diorang buat apa bawa beg? Rafique pandang mereka kemudian pandang Sophia.

“I think to nothing else. But you, Along rasa Opie ada tertinggal sesuatu? Did you?” Kini giliran Sophia pula mengusap-ngusap dagunya. Hurmm.. apa ye. Semua masakan aku dah masukkan. Lampu, kipas dalam rumah tu tak apa kot. Mak Timah kan ada. Apa ye? Baju? Tak payah kot bukan nak tidur sana pun kan?

“Tak ada apa-apa kot.”

“Tak nak bawa baju ke?”

“Ala bukan nak tidur sana pun kan?”

 “Okey, jangan menyesal ye?”

“InsyaAllah, tak. Dah la jom. Nanti lambat pulak nak ke sana.” Sophia berkata sebelum membolosi tubuh genitnya ke dalam kereta di sebelah pemandu. Diikuti Rafique, Saiful dan akhir sekali Shauqie di belakang.

*******
Sophia pelik bila Rafique tidak membelok ke kanan, jalan untuk ke Rumah Kasih Idaman. Rafique hanya terus tidak membelok. Kenapa Along tak masuk kanan? Jalan itu kan nak pergi Rumah Kasih Idaman. Dan kenapa Along straight, inikan jalan ke pantai? Sophia pandang Rafique. Belum sempat soalan diajukan, lagu Inshaallah nyanyian Maher Zain kedengaran dari Samsung milik Rafique. Pantas sahaja Rafique menekan button answer untuk menjawabnya.

“Waalaikummussalam umi. Oh, umi dah sampai sana? Dah lama ke? Baru je. Okey, umi. Kitaorang pun on the way ke sana ni. 5 minit lagi InsyaAllah, kitaorang sampai. Ye umi, umi tanya miss resort tu. Tak silap Along, Sakinah nama dia. Cakap nama Along yang booking resort pagi tadi. Okey umi. Kalau ada apa-apa umi inform Along ye. Bye. Assalamualaikum.” Talian diputuskan.

“Umi call?” Sophia bertanya. Rafique hanya mengangguk.

“Umi tanya apa?” Sophia bertanya lagi. Mencurigakan betul Along ni. Resort apa yang dimaksudkan Along tadi? Umi pun bersekongkol dengan Along juga ke. Macam ni nak buat silent war la dengan umi. Tapi mana boleh, aku mana boleh buat silent war dengan umi. Aku yang tersiksa nanti. Sophia tersenyum sendiri teringatkan Puan Raudhah, pengurus Rumah Kasih Idaman. Semua orang di Rumah Kasih Idaman memanggilnya umi termasuklah Rafique, Sophia dan Saiful yang kadang-kala turut serta untuk pergi ke Rumah Kasih Idaman.

“Umi just tanya lambat lagi ke nak sampai.” Ringkas jawapan Rafique. Sophia mengecilkan matanya. Aku tengok Along aku ni kecik je macam semut.

“Did you hiding something from me Along?” Sophia bertanya sambil membuat muka mengharap. Bajet comel habis la tu. Tersungging senyuman kecil di bibir Rafique.

“We’ll see leter.” Disebabkan tidak berpuas hati dengan jawapan Rafique, Sophia beralih ke belakang mencari mangsa. Saiful dan Shauqie dipandang silih berganti.

“Epooonnn.. aku tahu kau plaining dengan Along kan. Cepat beritahu aku.” Melerek Sophia memanggil Saiful. Aduh! Kenapa aku juga jadi target minah ni. Along Fiq, help me please.

“Eh, tanya aku pulak. Mana aku tahu. Aku ikut sahaja. So, aku tak campur.” Saiful berkata laju. Kemudian dia beralih pandangannya ke luar tingkap. Baik jangan layan. Itu lebih baik. Sophia beralih pula ke arah Shauqie yang sedang sibuk dengan I-phonernya. Pemberian Along minggu lepas.

“Weh, kau tahu kan?” Shauqie diam.

“Weh, aku cakap dengan kau ni.” Malangnya tidak dilayan

“Hello! Kau tak dengar ke? Dah pekak ke.” Sophia melambai-lambai tangannya di depan Shauqie. Shauqie panggung kepalanya.

“Kau cakap dengan aku ke?” Eee.. mamat ni sehari tak buat aku sakit hati tak sah kot! Dia datang dah mood killer dia. Tadi baik bukan main. Sophia menjulingkan matanya ke atas.

“Tak lah, aku cakap dengan kerusi ni.”

“Oh, sorry terperasan pula. Teruskan bercakap dengan kerusi ni. Tak sangka pula kau ni jenis golongan sewel juga. Ingatkan orang good, good gitu. Tup-tup bercakap dengan kerusi rupanya. Kesian.” Saiful menekup mulutnya menahan ketawa. Rafique sudah berkali-kali mengusap wajahnyanya, muka tegang tak usah cakap la sampai merah. Sophia merengus geram. Oh! Kau mainkan aku ye. Shauqie memberikan senyuman sinis tanda tidak tergugat dengan ancaman mata helang Sophia.

“Kau terasa ke?” Shauqie bertanya lagi. Bertambah-tambah cemberut Sophia. Tak sempat aku nak jawab dia dah balas. Muncungnya mula kelihatan. Kalau sudah datang mood nak mengusik anak dara Nordin Iman ni susah la nak berhenti. Shauqie ketawa dalam hati. Comel je dia! Seronok je ngusik minah ni. Rasa tak boleh nak hidup kalau tak kacau dia. Kenapalah keturunan Nordin Iman comel sangat. Aku gigit juga mulut tu.

“Tak adalah, suka sangat.” Berdecit suara Sophia kerana geram. Tetapi diberikan juga senyum plastik. Shauqie masih lagi maintain dengan gaya machonya. Aku ada sebut macho ke tadi? Eww! Please la. Hati ni aku cabut juga nanti.

“Oh suka, nak lagi.” Kini suara Shauqie dilembutkan kepada sound macam orang dalam kelambu. Hai! Apa yang aku merepek ni. Shauqie sudah pun berada betul-betul di depannya. Dup dap dup dap. Jantung kau jangan buat hal boleh tak. Terkebil-kebil Sophia. Sophia meraba-raba sesuatu agar dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila tangannya berjaya mencapai sesuatu pantas sahaja tangannya di halakan ke kepala Shauqie.

“Auch! Kau nak kasi bengong kepala aku ke?” Shauqie berkata sambil menggosok kepalanya. Sophia tersedar. Baru dia perasan tangannya mengetuk kepala Shauqie dengan spanar yang disediakan di dalam kereta itu. Sophia tersengih. Padan muka kau buat lagi aksi menggoda macam tu. Mujur perlahan, kalau tak memang benjol kepala kau.

“Bengong betul kan bagus.” Sophia berkata dengan riak bersahaja.

“Kau memang suka doakan orang bukan-bukan ye. Kalau pantul balik dekat kau padan muka.” Shauqie berkata sedikit meninggi suaranya. Dah tahu aku ni jenis kurang sabar. Dia nak juga cari fasal. Erk, siapa cari fasal siapa sebenanya ni?

“Kata orang dia pun sama. Paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih.” Haha, tak fasal-fasal aku keluarkan pribahasa yang aku selalu guna waktu SPM dulu.

“Apahal kau ni? Sewel?”

“Kau pun apahal? Bengong sebab kena ketuk dengan spanar?”

“Sudah-sudahlah gaduh tu cik abang cik adik oii. Tak nak turun ke? Kita dah sampai ni.” Terputus pandangan mata masing-masing. Macam ni tabiat makhluk dua orang ni. Gaduh je tak ada benda lain yang nak dibuat. Kerja main lawan mata.

Sophia berpusing ke depan. Tersentak dia melihat keindahan menjamu pandangan matanya tika itu. Cantik! Apa yang kitaorang buat dekat sini? Perlahan-lahan Sophia membuka pintu lalu menjejak kaki keluar dari situ. Wushhh! Angin pantai menyapanya lembut. Terasa bau air masin pantai menusuk hidungnya. Terbuai Sophia seketika. Sophia menyedut udara pandai yang nyaman sambil memejamkan matanya. Dah berapa lama ye aku tak jejak pantai. Tiba-tiba khayalannya pergi jauh disebabkan ada tangan yang memukul hidungnya. Pantas sahaja Sophia menepis tangan sasa itu.

“Kau ni! Dah tak ada tempat lain ke. Patah hidung aku kau nak ganti.” Sophia menepis lagi tangan Shauqie yang masih degil untuk diturunkan. Shauqie yang sedang mendepakan tangannya bagai merasai kenikmatan udara pantai tidak mengendahkan Sophia yang memarahinya. Malas untuk bergaduh, Sophia bergerak ke belakang bonet kereta. Hatinya tidak lepas dengan segala sumpah seranah. Asal dengan mamat ni je tak kering dosa aku buat.

Sophia pandang Shauqie sebelum membuka bonet. Tetapi sekali lagi Sophia memandang Shauqie, tergamam. Tergamam melihat susuh tubuh Shauqie membelakanginya yang disinari cahaya keemasan bersumberkan matahari senja. Sambil mendepakan tangannya susuk itu kelihatan indah sekali. Angin lembut yang menyapa seluruh susuh tubuh lelaki itu menambahkan lagi pesonanya. Rambut panjang lelaki itu beralun menutupi wajahnya mengikut arah angih. Shah!

“Aisya!” Tersentak Sophia apabila namanya dipanggil betul-betul di corong telinganya. Sophia berpaling daripada terus-terusan memandang susuk yang merentap tangkai hatinya. Rafique pelik melihat wajah blur Sophia.

“Opie ni kenapa? Along panggil banyak kali tak jawab. Dah kena sampuk dengan hantu pantai ke apa?” Shauqie bertanya apabila melihat Sophia hanya terkelu memang macam betul-betul kena sampuk. Kalau tak selalunya marah sampai tak ingat dunia bila orang jerkah dekat telinga dia + panggil dia Aisya. Sophia pandang Shauqie lagi sekali. Lelaki itu turut pandang ke arah mereka. Mungkin terdengar suara Rafique. Opie! Wake up la! Rupa mamat tu pun kau tak ingat. Sesuka hati kau cakap macam tu dekat anak orang. Sophia memegang dadanya. Cuba mengawal jantungnya yang terkejut. Mungkin!

“Are you okey Opie?” Rafique bertanya sekali lagi. Takut juga adiknya betul-betul kena sampuk.

“I’m okey. Cuma terkejut Along bawa kitaorang datang pantai. Cakap nak pergi rumah umi.” Sophia menjawab. Lantak la logik ke tak logik ke jawapan aku. Ada aku kisah. Rafique menggaru kepala sambil tersengih.

“Dah jom! Ikut Along jumpa umi. Nanti lambat.” Tanpa sempat berkata, tangan Sophia sudah ditarik ke tepi pantai. Ada sebuah khemah yang dipasang bersebelahan pantai di kirinya. Kanannya pula ada sebuah resort. Pearl Resort. Hurmm... Resort ni kot yang Along cakap? Kalut-kalut Sophia mengikut langkah Rafique. Along kalau berjalan macam masuk pertandingan lumba lari gayanya. Mujur je aku tak tersembam atas pasir ni. Tak fasal-fasal dapat malu nanti.

Shauqie memandang Rafique dan Sophia yang sudah berlari ke depan. Hatinya entah mengapa gelisah sahaja. Sebenarnya sejak mendengar perbualan Rafique dengan ‘umi’ yang disebut Rafique lagi jantungnya sudah berubah rentak. Umi? Siapa? Ada kaitan dengan aku ke? Shauqie mengambil beg galasnya lalu menutup pintu Honda perlahan. Saiful menepuk bahunya.

“Abang Alex ni okey ke?” Itulah gelaran yang dipanggil Saiful waktu berkenalan tadi. Disuruh panggil Auqie tak nak degil juga nak panggil Alex. Tambah abang pulak tu. Umur mereka beza 5 tahun sebab itulah Saiful memanggilnya abang. Begitulah kata lelaki itu. Shauqie tersenyum. Mudah mesra sepupu Rafique ni. Memang keluarga mereka macam ni agaknya.

“Okey je. Kenapa?” Shauqie membuka bonet untuk mengeluarkan bekalan yang dibawa.
“Tak adalah saja tanya. Tu nak buat apa?” Saiful berkata sambil jarinya menuding ke arah tangan Shauqie yang sedang mengangkat bekalan makanan keluar dari bonet.

“Nak bawa pergi sanalah.”

“Tak payah nanti ada orang datang ambil. Dah jom.” Saiful berkata lagi lalu menyusur langkah meninggalkan Shauqie. Shauqie tersenyum kecil. Lupa Rafique ada berpesan padanya tadi.

Shauqie mengikuti jejak Saiful menuju ke arah khemah yang sudah kelihatan. Riuh rendah kedengaran suara manusia diselitkan dengan nasyid-nasyid memeriahkan lagi suasana di situ. Dari jauh dia sudah melihat Sophia bersalaman dan memeluk seorang wanita lingkungan 50-an. Rafique dan Saiful turut bersalaman dengan wanita itu. Mereka kemudiannya menyambut huluran tangan kecil kanak-kanak yang mengelilingi mereka. Jelas kemesraan terpancar di situ. Melihat wanita yang berjubah ungu gelap beserta tudung labuh membuatkan hati Shauqie kembali tidak keruan. Aduh! Kenapa dengan aku ni.

“Hai, sorry lambat.” Shauqie menegur Rafique yang sedang sibuk melayan kerenah kanak-kanak di situ.

“It’s okey. Sini aku kenalkan kau dekat umi kitaorang. Umi Raudhah.” Rafique menarik tangan Shauqie mendekati Puan Raudhah yang sedang dipeluk manja oleh Sophia. Brutal! Brutal minah ni pun still ada sifat manja rupanya.

“Umi, Along kenalkan ini husband Opie. Shauqie Alexender. Ingat lagi?” Puan Raudhah memandang ke arah jejaka yang dikatakan Rafique. Terpadam senyuman dibibirnya saat terpandangkan wajah Shauqie. Shauqie yang pada mulanya tersenyum walaupun kurang selesa dikenalkan sebagai suami Sophia, turut terpadam senyumannya apabila melihat wajah Puan Raudhah berubah tiba-tiba. Sophia yang turut kurang menyenangi cara Rafique kenalkan Shauqie hanya tersenyum hambar. Tapi melihat perubahan pada wajah uminya Sophia berasa pelik. Suasana tiba-tiba bertukar sunyi.

Bergenang air mata Puan Raudhah saat terpandangkan wajah Shauqie. Perlahan-lahan tangan tuanya diangkat lalu mengusap lembut wajah Shauqie. Shauqie hanya membiarkan dirinya diperlakukan begitu walaupun berasa kurang selesa. Sayu hatinya melihat mutiara jernih membasahi pipi wanita itu.

“Ya Allah, Auqie. Kau pergi mana nak? Kenapa tinggalkan umi. Umi rindu Auqie.” Puan Raudhah memeluk Shauqie erat. Shauqie terkelu tidak tahu untuk melakukan apa tika itu. Melihat tangisan Puan Raudhah membuatkan hatinya bertambah sayu. Rasa ingin pujuk yang datang dari hatinya membuatkan Shauqie membalas pelukan Puan Raudhah erat. Entah mengapa, rasa bahagia mula bergayut dalam dirinya. Rasa bagaikan terlepas rindunya saat itu.

Rafique tersenyum melihat drama dihadapannya. Memang itulah yang dirancangnya. Pertemuan di antara dua orang yang sudah lama terpisah. Walaupun Puan Raudhah bukan ibu kandung Shauqie. Tetapi wanita itulah yang membesarkan Shauqie ketika lelaki itu ditinggalkan oleh ayahnya di Rumah Mutiara Syurga di Kuala Lumpur satu ketika dulu. Shauqie ketika itu baru berumur 5 tahun ditinggalkan ayahnya tanpa mengetahui sebabnya. Ibu Shauqie pula telah lama meninggal dunia. Rumah Kasih Idaman di Kedah baru sahaja dibuka sejak 5 tahun lalu kerana Puan Raudhah ingin mengikuti Sophia ke sini. Rumah Mutiara Syurga di Kuala Lumpur ditinggalkan oleh pengurus yang lain.

Sophia pelik melihat apa yang berlaku di hadapannya. Apa sebenarnya ni? Umi kenal mamat serebeh ni? Bila? Kenapa aku tak tahu pun? Tapi macam mana? Arhh.. siapa kau sebenarnya Shauqie Alexender. Kenapa aku tak ingat kau?! Kalau tak disebabkan masalah trauma aku ni mesti aku tak macam ni. Sophia beristighfar. Lalai dengan ikutan nafsu hatinya. Tidak sepatutnya dia menyalahkan Qada’ dan Qadar yang ditentukan oleh Allah terhadapnya.

Saiful mendekati Sophia. Sebenarnya dia turut pelik dengan apa yang berlaku dihadapannya ini. Shauqie pun dia tidak berapa kenal. Hanya berkenalan biasa-biasa sahaja. Puan Raudhah juga begitu. Semenjak dia agak rapat dengan Sophia baru dia mengenali Puan Raudhah. Maklumlah, mereka sepupu. Duduk pula jauh. Walaupun raya selalu berkumpul, tapi tak berapa nak rapat. Dia rapat dengan Sophia dan Rafique pun sebab jumpa Sophia dekat USM waktu tahun satu. Lagipun dia kena simpan rahsia Sophia stay dekat Kedah daripada Pak Su dengan Mak Su. Masalahnya tak pula diketahui sebabnya.

“Umi, dahlah. Nanti Along cerita serba-sikit fasal Auqie dekat umi. Jom, hari ni kan nak sambut ulang tahun umi yang ke-55. Jadi Along tak nak umi sedih macam ni. Apapun, Happy Birthday umi. Wish the best for today. Along pulangkan Shauqie sebagai hadiah birthday umi hari ini. Umi suka?” Rafique meleraikan pelukan Shauqie dengan Puan Raudhah. Tangannya menyapu air mata yang membasahi pipi Puan Raudhah.
“Umi suka sangat Fiq. Terima kasih Fiq. Kamu banyak bantu umi. Terima kasih banyak-banyak.” Kini giliran Rafique pula dipeluknya. Rafique hanya membalasnya sambil tersenyum. Wanita itu sudah dianggap sebagai ibunya. Lagipun Puan Raudhah kenalan rapat ibunya Nora Insyirah. Malahan dia dan Sophia merupakan anak susuan wanita itu kerana ibu mereka mengalami masalah untuk menyusukan mereka. Sophia yang melihat itu sudah cemberut.

“Ala, ni buat orang nak merajuk ni. Orang nak peluk juga.” Sophia berpeluk tubuh tanda protes.

“Alolo, sayang umi sorang ni. Sini umi peluk.” Sophia tersenyum puas. Senang je nak bodek umi kesayangannya itu. Mereka bertiga saling berpelukan. Shauqie yang melihat itu tersenyum. Thanks Rafique. Sekali lagi kau buat aku betul-betul gembira. Tapi aku perlukan penjelasan kau. Siapa aku dengan Puan Raudhah?

“Kesian kita dipinggirkan.” Saiful berkata pula. Hihihi, nak ambil port juga. Mana boleh jadi makhluk asing dekat sini. Aku pun tersenarai sebahagian daripada family ni apa.

“Tak boleh. Ni umi aku.” Sophia mencari fasal. Saiful mencebik. Rafique dan Puan Raudah sudah ketawa. Mula la tu nak bergaduh. Shauqie hanya tersenyum. Rafique melepaskan pelukan mereka.

“Pergilah peluk umi aku tu puas-puas. Jangan kau peluk adik aku sudah.” Rafique berkata kepada Saiful. Sekali lagi Saiful mencebik. Siap buat duck face lagi. Hodoh betul! Pecah ketawa mereka.

“Jom bantu aku. Nak buat suprise dekat umi.” Rafique berkata mengajak Shauqie.

“Aku?” Shauqie menudingkan jarinya ke diri sendiri.

“Yelah. Fasal kau dengan umi nanti aku ceritakan. Aku just bantu sikit-sikit. Harap ingatan kau cepat pulih.” Rafique berkata mulai faham gelora hati sahabat baiknya itu. Shauqie tersentuh. Siapa aku sebenarnya pada kau Fiq? Kenapa kau sanggup tolong aku?

“Thank you Fiq.”

“Most welcome, brother. Dah la jom. Ikut aku.” Rafique mengajak Shauqie masuk ke dalam Pearl Resort. Tadi ada berurusan dengan Sakinah tentang Majlis Hari Lahir yang ingin disambut. Package sehari semalam sudah dibooking pagi tadi. Makanan tadi saja suruh Sophia masak sebab umi cakap rindukan masakan anak angkatnya seorang tu.

*******
Sophia duduk di tepi pantai sambil makan kek sempena sambutan hari lahir umi mereka tadi. Memang meriah betul hari ini. Dia pun tidak menyangka yang Alongnya terlalu cepat mengatur semuanya. Dia pun benar-benar terlupa hari itu hari lahir uminya. Tepuk dahilah aku sebab lupa. Tapi berang jugalah tadi sebab Along tak kasitahu dia awal-awal. Ye lah, hadiah pun tak beli. Selalunya hari lahir umi cepat je aku beli hadiah. Tapi aku tahu Along sayang aku. Dia dah belikan set hadiah untuk aku. Nak marah tak jadi terus.
Banyak betul kejutan yang Along aku buat hari ini. Daripada pagi tadi paksa-paksa orang lepas tu kasitahu yang nak pergi Rumah Kasih Idaman. Walaupun terkejut aku tetap gembira. Bila nak datang Rumah Kasih Idaman, tapi terus datang pantai. Rupa-rupanya dekat sini Along cakap nak jumpa umi dengan adik-adik angkat kesayangannya. Walaupun terkejut aku tetap gembira. Bila sampai dan peluk-peluk umi, Along bisik cakap hari ni birthday umi. Walaupun terkejut dan geram aku tetap gembira. Then dikejutkan pula fasal mamat serebeh tu pernah jadi anak asuhan umi dekat KL dulu. Walaupun terkejut dan pelik aku tetap gembira bila tengok umi gembira. Tapi aku tetap rasa ada sesuatu yang aku tak tahu fasal mamat serebeh tu. Bila tanya Along, Along just cakap maybe aku lupa lambat laun pasti aku ingat. Ya Rab, bantulah hamba pulihkan ingatan hamba semula.

Sophia tersenyum mengingatkan apa yang berlaku hari ini. Paling dia suka time suprise buat umi tadi. First suprise tiga tingkat kek coklat. Besar pulak tu. Lepas tu, siap main baling-baling tepung lagi. Along pun bijak je sekongkol dengan adik-adik mereka kenakan umi. Habis umi penuh tepung dengan sekali aku penuh tepung. Paling sweet tadi mamat serebeh tu nyanyi lagi Number One For Me, nyanyian Maher Zain buat umi. Sampai meleleh-leleh umi dengar mamat serebeh tu nyanyi. Aku pula jadi mangsa pelukan umi. Dah penuh tepung bertambah penuh tepung dekat badan aku. Then, ada sesi suap-suap kek. Umi makan pun sambil nangis-nangis. Mangsanya aku la kena peluk sekali lagi. Mujur je tak ada main baling telur. Lepas tu main calit-calit kek pulak. Mangsa paling teruk aku. Dah la aku tak bawa baju. Membazir betul! Tak fasal-fasal jadi amalan syaitan pula. Minta dijauhkan Ya Allah. Walaupun malas nak ngaku, tapi tetap nak ngaku yang suara mamat serebeh tu sedap, nampak sweet, baik dan...... hai! Dia buat aku teringatkan Shah. Makin kenal mamat ni makin ingat pula dekat Shah. Hurmm.. biarkanlah. Malas nak ambil tahu fasal manusia yang pernah hancurkan hidup aku

“Hai awek cun! Sorang je?” Shauqie duduk di sebelahnya. Tempat duduk mereka hanya pasir sahaja. Lagi best betul tak. Rasa dekat and rendah diri dengan ciptaan Ilahi. Bukan macam duduk atas kerusi. Rasa macam tinggi diri dengan tuhan. Teringatkan kisah Rasulullah yang pernah ibu cerita. Isteri baginda pernah menghidangkan makanan di atas meja kecil. Tapi baginda tarik makanan itu diletakkan di bawah. Pengajarannya supaya manusia rasa rendah diri dengan tuhan. Tapi zaman sekarang, mana orang ambil kisah kan. Termasuk aku yang lemah ni.

“Siapa kau punya awek cun hah?” Malas Sophia melayan dengan kerenah Shauqie. Kek perisa coklat itu disuapkan lagi ke dalam mulutnya. Urmm, Ya Ilahi nikmatnya. Sampai terpejam-pejam mata aku. Tiba-tiba kek yang dipegang diambil Shauqie. Selamba badak je lelaki itu menyuap kek coklat milik Sophia ke dalam mulutnya. Ternganga sekejap Sophia.

“Weh, kek aku. Kalau nak pergi lah ambil dekat sana.” Sophia ingin merampas kembali keknya. Tapi dilarikan Shauqie.

 Berlakulah aksi kejar-mengejar antara Sophia dan Shauqie. Kalau orang tengok macam sweet je. Ye lah, Sophia siap peluk Shauqie dari belakang sampai terlompat-lompat sebab nak dapatkan kek tu. Shauqie pula mengacah-ngacah nak suap Sophia tapi akhirnya dimasukkan ke dalam mulutnya sendiri. Geram sebab tak dapat, Sophia rampas kek yang masih bersisa lalu dimakan sampai habis. Shauqie yang geram melihat tindakan Sophia mengacah-ngacah hendak menggigit mulut Sophia yang penuh dengan kek. Lepas tu, lari-lari lagi. Akhirnya, mereka berdua duduk berehat di bawah pokok yang rimbun berbentuk love kalau tengok dari jauh. Cantik betul port yang dipilih. Haila! Sweet betul. Rafique yang melihat dari jauh tersenyum lagi. Bagus! Ada peningkatan. Segera dia mengatur langkah menghampiri dua orang sejoli merpati itu.

“Hai, seronok nampak.” Rafique duduk di sebelah Sophia. Gadis itu berada di tengah-tengah dua orang jejaka itu. Mereka memandang suasana pantai yang dipenuhi anak-anak Rumah Kasih Idaman. Sejuk mata memandang melihat keseronokan mereka. Tapi disebalik seronok itu ada sedih yang tersimpan. Kasihan mereka, di usia muda sudah kehilangan ibu bapa. Tapi aku, langsung tak menghargai papa dengan ibu yang masih hidup. Hurmm... Sophia membiarkan kata-kata Rafique yang berunsurkan sindiran itu. Nak perli la tu. Rafique baru lepas jumpa umi, cerita fasal mamat serebeh ni. Along suruh aku join sekali tadi. Along cakap manalah tahu aku boleh ingat balik siapa mamat serebeh tu. Tapi aku, entahlah. Tak minat langsung nak ambil tahu walaupun hati ni meronta-ronta nak tahu. Kenapa? Tanyalah hati aku ni. Aku tengok dari jauh je tadi.

“Tak ada maknanya seronok.” Sophia membalas. Shauqie hanya tersenyum. Rasa lepaslah juga geram nak bemesra dengan minah ni. Hehe.. gatal kau Auqie.

“Ye ke, tadi Along dengar minah saleh tu cakap dekat pakwe dia. Romantik betul pasangan tu. Tercari-cari jugaklah Along siapa dia. Rupanya mat saleh celup dengan minah laser ni.” Sophia memukul kepala Rafique geram. Shauqie hanya senyum sahaja, kalau dia tambah lebih-lebih. Memang cari fasal la dengan minah laser ni.

“Sorry, sorry, tu pun nak sentap. Eh Opie. Jom mandi laut. Lama kita tak mandi.” Rafique mengajak. T-shirt bola yang dipakai sudah dibuang. Eh, aku baru perasan yang pak cik ni pakai t-shirt dengan track suit. Tadi bukan Along pakai t-shirt polo dengan slack hitam ke? Bila Along tukar. Mamat serebeh ni pun dah bertukar bajunya.

“Tak nak la. Orang tak bawa baju.”

“Tu lah tadi. Orang suruh bawa baju tak nak. Kan dah kempunan.  Along dah bawakan baju Opie. Lagipun kita tidur sini malam ni. Malam ni umi nak buat yaasin dengan tahlil. Buat majlis kesyukuran sikit. Jom lah.”  Sophia senyum sampai ke telinga. Patut la lain macam je Along. Nak buat surprise rupanya. Sophia baru sahaja ingin bangun mengikuti Rafique, tapi mengingatkan Shauqie di sebelahnya. Terhenti senyuman Sophia. Kalau aku mandi mamat ni mesti join mandi jugak. Tak mahulah.

“Tak nak!”

“Jom!”

“Ish, orang cakap tak nak la.” Rafique memandang tajam ke arah Sophia. Sophia ‘boo’ layan.
 Rafique pandang Shauqie memberi isyarat. Sophia yang bagaikan faham apa yang dirancang segera bertindak untuk melarikan diri. Tapi apa ke malang nasibnya. Pantas sahaja tangan sasa Rafique dan Shauqie memegang Sophia lalu serentak mereka berlari menuju ke laut. Oh no!

DUSHH!!

Habis basah kuyup Sophia. Mujur Sophia pakai t-shirt muslimah dengan slack putih. Kalau pakai baju kurung macam mana? Tenggelam tubuhnya ke dalam laut. Disebabkan tidak bersedia hampir lemas juga dia. Mujur tubuhnya dipeluk kejap oleh Shauqie. Melihat dia hampir lemas, pantas sahaja Shauqie membantunya untuk stabil. Huh! Nafas, nafas. Gila betul mamat dua orang ni. Nak bunuh aku agaknya. Ketawa sakan mereka berdua melihat wajah cemberut Sophia. Datang pula Saiful yang lebih awal basahkan badan ke dalam laut. Menambahkan lagi geram Sophia. Walaupun geram, Sophia tetap bermain dengan air. Hehe, alang-alang basah, biar basah semua kan. Pada awalnya dia ingin naik, tapi dihalang Rafique. Akhirnya bila mereka semua sudah naik, Sophia masih lagi di dalam laut. Rugi la lepaskan peluang mandi laut. Along bukan senang nak bawa kita mandi laut. Lagipun Along kan bawa baju aku.

Shauqie yang seronok melayan keletah Sophia tetap tidak dapat melindungi rasa resah di hatinya. Shauqie memandang sekeliling pantai. Matanya sempat menangkap beberapa orang lelaki yang sedang memerhatikan mereka. Sebenarnya mereka sampai lagi dia sudah perasan kehadiran lelaki-lelaki itu. Tapi dia buat tak endah sahaja. Namun, memandangkan lama juga mereka memerhatikan hatinya mula tidak sedap. Shauqie sempat berbisik kepada Rafique. Cepat-cepat Rafique menuruh mereka pergi dari situ. Rafique mula tidak senang. Tak mungkin secepat itu dia dapat cari kitaorang. Masalah!


SODA 7

Assalamualaikum semua,
Enjoy en3 SODA 7 ye..
Best kasi komen sikit..
~SODA 7~


"W
eh nok! Siapa mamat tu erk?" Saiful mengetuk kepala Sophia dengan papan pemotong. Terbantut kerja Sophia membasuh ayam yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Sophia mengetap gigi geram dengan sepupunya seorang itu. Dah la mood aku nak memasak hilang. Malas untuk berbahas Sophia sambung kerjanya.

“Laki aku.” Pendek sahaja jawapan Sophia. Lebih kepada mood nak kenakan Saiful tika itu. Cari jalan nak hiburkan hati. Saiful yang sedang menyisip air raibina tak jadi buatan sendiri tersembur tepat mengena pada muka Sophia. Sekali lagi kerja Sophia terbantut. Tapi dibiarkan sahaja dirinya basah kuyup. Alah, bukan melekit pun badan aku. Epon kalau buat air sendiri. Hurmm rasanya setengah sudu je dia letak perisa lepastu air kosong sejag. Tawar je. Lagipun nanti nak bersihkan halaman rumah kotor juga kan. Tapi kena mandi juga nak solat kejap lagi.

“Kau biar betul Opie. Jangan main-main bab ni lah. Kau kan dah janji nak kahwin dengan aku.” Gelabah Saiful bertanya Sophia. Mak cik ni betul-betul maksudkan kata-kata dia ke? Sophia buat muka menyampah. Sejak bila aku ada buat janji setia sehidup semati dengan mamat ni. Sophia mengambil senduk boleh tahan besar yang bersangkut pada dinding lalu beralih memandang Saiful.

“Kau nampak senduk ni?” Saiful mengangguk macam budak bodoh. Hai! Kenapalah lurus bendul sangat anak Mak Long aku sorang ni.

“Kalau melayang atas kepala kau benjol seminggu kot.” Saiful tersengih. Sudah dapat menangkap apa yang dimaksudkan Sophia. Apalah kau ni Epon, buat malu keturunan je.

“Cool Opie. Rilek la. Itupun nak sentap. Serius weh laki kau betul ke tu? Bila kau nikah. Entah. Entah kena tangkap basah apa korang. Sebab tu tak ada ribut tak ada angin tup tup jadi laki kau.” Selamba badak sahaja Saiful berkata.

KEDEGANG!! Hamek ko Epon. Mulut kau tak berprikemanusiaan betul. Ada ka patut doa yang bukan-bukan fasal sepupu kau yang baik lagi suci ni. Tak fasal-fasal aku acah jadi sungguh. Benjol kepala kau, aku tak tanggung. Tapi kenapa erk? Tersentap jugalah aku. Epon bukan tak pernah kutuk aku kena tangkap basah dengan mana-mana lelaki. Yelah, aku ni kan cun, comel, cantik kau memang the bom! Mestilah selalu ada gosip dengan mana-mana mamat. Tapi aku ni kan hati batu. Mana ambil port bab-bab macam ni. Tapi sebut aku kena tangkap basah dengan mamat serebeh tu tersentap juga la. Hati aku ni pun macam faham-faham je tuan dia. Mula nak maraton 10 pusingan. Kenapa erk?

Saiful mengaduh kesakitan. Gila betul minah ni! Tak pernah-pernah orang ketuk kepala aku. Dengan senduk pulak tu. Kalau kecik tak kalut ni yang orang kacau gulai kenduri dia buat guna ketuk kepala aku. Rasa macam nak je guling-guling atas lantai sekarang ni. Serius weh! Sakit kot. Tak caya mai aku try buat dekat korang. Baru tahu rasanya.

“Sakit lah nok. Kau ni kenapa? Sentap betul ke. Selama ni stone je.” Menyedari keadaan Saiful, Sophia pandang serta menjelirkan lidahnya dan buat bodoh. Padan muka. Dia kembali sambung kerjanya. Entah, tiba-tiba hilang mood dia nak bergaduh. Disebabkan sentap dengan benda remeh tu je. Kenapa erk? Dalam berfikir sebab dan kenapa dia perlu berasa begitu tiba-tiba ingatannya teringatkan mimpi yang acap kali menjadi peneman tidurnya. Pucat lesi wajahnya. Sakit mula mencengkam kepalanya.

“Aduh!” Terlepas keluhan kecil di bibir Sophia.

“Kau okey ke Opie. Sorry. Sorry.” Saiful yang mendengar aduhan Sophia mula gelabah. Sibuk dia memohon maaf. Melihat Saiful ingin menyentuhnya Sophia mengangkat kedua tangannya menghalang Saiful.

“I’m Okey.” Sophia berkata ringkas. Nasib je dia ni sepupu aku kalau tak memang aku ketuk sekali lagi dengan senduk tu.

“Ops! Sorry. Tak sengaja. Kau betul okey ni.” Saiful bertanya. Minta kepastian. Sophia hanya mengangguk. Malas cakap lebih-lebih. Kang kalau dia tanya aku sakit ke nak jawab apa. Mamat ni pun bukan boleh percaya sangat. Karang mula la nak repot Along.

Saiful yang menyedari perubahan riak wajah Sophia berasa pelik. Haila! Sejak bila minah ni termasuk dalam stok minah-minah touching ni. Dah tu sampai sakit bagai. Tak kan la sebab aku usik sikit dah sampai macam ni. Aku dah la lemah bab pujuk memujuk ni. Saiful membontoti Sophia yang sudah beralih tempat ke meja. Sophia cuba melindungi hatinya yang tiba-tiba berdetak hebat mengingatkan mimpinya. Dia memotong sayur kangkung untuk dibuat kangkung sambal belacan. Special permintaan dari Saiful yang rindukan masakan Mak Longnya yang berada di Sabak Bernam. Biasalah adat orang jauh. Saiful belajar di USM, Penang, sama dengannya tapi dalam jurusan berbeza. Cuma Saiful tinggal di hostel kadang-kadang saja balik lepak dekat rumah banglo ni.

“Nok, kau kenapa sunyi je. Sorry la nok. Aku tak tahu pulak kau dah join group minah-minah touching ni. Promise tak buat lagi.” Saiful menyusun 10 jari mohon maaf.

“Hurmm..” Aik! Macam tu je.

“Epon! Jumpa aku kejap.” Kedengaran laungan Rafique dari ruang tamu. Sophia pandang Saiful. Saiful pandang Sophia sebelum masing-masing jungkit kening. Dan mereka berdua serentak menghamburkan tawa. Sejak bila Along berbakat jadi mak tiri ops! silap ayah tiri. Jerit macam nak menggegar rumah ni.

“Weh! Chow dulu. Jangan lupa story dekat aku siapa mamat tu. Kalau jawapan kata laki kau, aku cari tok kadi terus.” Saiful pergi meninggalkan Sophia sendirian di dapur menemui Rafique yang sedang berada di ruang tamu. Sophia ketawa kecil. Thanks Epon. Tahu-tahu je kau nak buat aku ketawa. Haila hati haila kepala. Nasib baik tak kantoi tadi. Along pun, kidnap Epon kenapa. Banyak lagi kerja yang nak buat ni. Dah la order macam nak buat majlis gamaknya.

Patut la pukul 11.00 dah suruh orang masak. Ada special order rupanya. Teringat lagi sebelum dia  sempat mula memasak tadi Alongnya telah membuat additional requirements. Tapi kali ni Epon termasuk sebab kesalahan aku tak layan dia. Eww! Entah apa-apa la. Mamat sekor tu ‘kemain’ le senyum dia. Seorang minta nasi ayam, seorang minta tom yam berapi + kangkung sambal belacan. Jenis makhluk spicy ni nak buat camna kan layan je. Dan dish tambahan dari mamat serebeh tu. ‘Andalusian Paella’ dan pencuci mulut ‘Catalana Crema’. Mungkin dia berketurunan Spanyol jadi dish yang diminta pun ala-ala Spanyol.

Nasib baik ibu dulu pernah study dekat Spanyol jadi bila kahwin dengan papa, kemahirannya diaplikasikan buat keluarga. Dan yang mewarisinya tak lain tak bukan anak perempuan tunggalnya seorang ni. Tak sia-sia aku minat memasak dari chef yang paling aku sanjungi, ibu aku sendiri. Wajah ceria Sophia sekali lagi berubah muram mengenangkan ibu yang berada jauh darinya. Ibu apa khabar ye? Entah kenapa sekarang selalu je mood dia tak menentu dalam ceria boleh bertukar mendung. Dalam mendung lagilah hujan terus. Hai! Sabarlah duhai Sophia. Tapi bila Auqie cakap yang dia nak makan spanish cuisine terus aku teringatkan Shah. Lelaki itu turut berketurunan Spanyol. Sebab tu la mood nak memasak pun tak berapa yang ngam. Siapa sebenarnya Shauqie Alexander?

“Jauh termenung.” Tersentak Sophia sampai terlepas pisau yang dipegangnya apabila ditegur Shauqie yang sudah elok duduk dihadapannya. Tambahan lagi lelaki itu sudah siap mengupas udang galah yang sederhana besar. Kepah yang baru dibeli kelmarin turut diasingkan. Patut la mamat ni minta buat paella dia perasan ada kepah rupanya. Dan sotong pun sudah dipotongnya. Kulit sotong pun sudah dibuang. Putih bersih je sotong tu. Excellent! Kerja yang pantas. Ke aku termenung lama sangat.

“Hurmm..” Acuh sahaja Sophia membalas. Kalau aku panjang lebar. Adalah mamat ni nak buat aku sakit hati.

“Kau tahu. Bila Fiq cerita yang kau pandai masak spanish cuisine tiba-tiba aku teringatkan mommy. Aku pun tak tahu. Macam aku ni nampak saja gambar mommy dalam minda aku. Bila aku cakap macam tu Fiq story yang aku ni ada darah Spanyol. Ibu aku orang Spanyol dan ayah aku Malay mix Arab.” Mak aii! Kiranya memang mamat bukan asian tulin la. Memang terang tang tang la bukan asian tulin mata pun hazel. Haish! Kenapalah makin kerap pulak aku teringatkan Si Shah tu. Kalau aku ingat muka tak kisah boleh aku lukis atas kanvas then tumbuk sampai hancur. Tapi masalahnya aku tak ingat. Buat menyiksa hati je benci orang yang tak ‘nampak’. Tapi kan kenapa tiba-tiba je mamat ni terbuka hati nak sharing dengan aku. Sophia tiba-tiba teringatkan kata-kata Rafique ‘Along harap kita dapat bantu pulihkan ingatan dia. Along mungkin tiada masa untuk sentiasa di sini. So, mungkin Opie boleh bantu Auqie ingat balik ingatan dia sebab dia akan tinggal di sini bersama Opie..’ Dipertimbangkan.

“Kenapa kau lari dari Robert? Dan kenapa Robert kejar kau?” Sophia bertanya tanpa memandang wajah Shauqie. Shauqie hanya diam, mungkin berfikir.

“Hah?” Apa ke susah sangat ke soalan aku? Dah ambil masa 2 minit fikir jawapan dia Hah? Sophia menjeling Shauqie yang sedang tersengih di depannya. Hui! Si Cantik Momok Mulut Laser dah bagi warn tu.

“Aku tak ada jawapan la untuk tu. Kau pun tahu kan problem aku.” Ye la. Aku tahu ingatan kau hilang. Dah nak buat macam mana mulut aku ni gatal sangat tanya. Semenjak hari tu lagi tertanya-tanya. Tiba-tiba terkeluar hari ni. Suasana diam lagi. Tak lama kemudian Shauqie bertanya.

“Kau buat apa dekat lorong tu?” Zap! Laju je Sophia panggung kepala memandang Shauqie yang sedang mengasingkan sayur-sayur untuk buat tom yam nanti. Eh! Kejapnya. Yang aku ni baru je habis potong kangkung. Dah abaikan fasal ni. Dia tanya apa tadi. Aku buat apa dekat lorong tu? Lorong apa? Lorong Haji Taib ke? Haji Taib mana pulak? Kau ni merepek betul la Opie.

“Lorong apa?” Lambat-lambat Sophia bertanya. Shauqie panggung kepala sambil berkerut dahinya.

“Aku ada cakap sesuatu ke?” Weh! Gaya cakap macam minta penumbuk je. Orang cakap elok-elok dia main-main pulak. Sophia pandang Shauqie. Shauqie pandang Sophia. Tak ada pulak aku nampak muka dia ni main-main. Suci bersih je. Lama Sophia pandang mata Shauqie. Seolah-olah dirinya mencari sesuatu di situ. Dup dap dup dap dup dap. Apa kena dengan jantung aku ni. Buat konsert pulak. Tanpa sedar darah merah mula menyerbu di segenap wajah putih bersihnya. Sedar akan malu menguasainya, Sophia tunduk lalu menggeleng.

“Nothing!” Malu aku usyar anak orang sampai macam tu. Sophia mengikat tudungnya pada wajahnya. Aku tahu muka aku dah blushing habis ni. Kalau Epon ke, Along ke. Gerenti kena sakat habis. Ye la ingat senang nak tengok aku blushing sampai macam ni. Mamat ni pun dah la sikit-sikit usyar anak dara Nordin Iman ni. Shauqie tersenyum. Comel je! Macam anak patung. Heheh.. mujur je Sophia tak syak apa-apa. Mulut ni gatal sangat tanya. Semua ni sebab mimpi nampak Sophia dekat lorong gelap.

“OPIE! TOLONG!”

******

Sophia memandang tajam Saiful yang sedang elok je berbaring atas sofa. Siap main PS3 lagi. Tadi buat gimmik panggil nama aku macam nak berlaku gempa bumi. Sampai aku ni tolak kerusi jatuh berlari dapatkan mamat ni. Dah aku tanya kenapa boleh buat bisu pulak. Yang Along pun satu, boleh steady baca surat khabar lagi. Buat menghabiskan tenaga aku saja lari tak cukup tanah. Ingatkan nazak dah tadi. Kan bagus kalau betul. Mula la aku nak doa bukan-bukan.

“Seminit lagi still bisu macam ni. Orang cancel terus la nak masak. Masak sendiri. Halaman rumah pun kasi Epon sorang saja kemas.” Sophia mengugut. Shauqie yang sedang bersandar di dinding sambil memeluk tubuh hanya tersenyum. Apa sajalah diorang ni. Dari aku mula stay sini sampai sekarang, asyik minah ni je kena buli. Hurmm, nasib kaulah minah.

Shauqie mendekati Sophia lalu duduk bersebelahan dengan Sophia. Sophia memandang pelik Shauqie yang tiba-tiba duduk sebelahnya. Rapat pulak tu. Dah lama hidup agaknya. Dia tak tahu ke hati aku ada masalah kalau dia duduk dekat macam ni terutamanya orang yang digelar lelaki. Jatuh cinta? Sophia Aisya Nordin Iman jatuh cinta? Menggegar dunia agaknya. Dengan mamat yang rupa macam orang ulu mana ni. Oh please la. Tak ada yang sejuk sikit ke mata memandang.

Shauqie membengkokkan jari telunjuknya dua kali memanggil Sophia mendekatinya. Sophia pun macam pak turut je ikut arahan Shauqie. Telinganya di dekatkan dengan mulut Shauqie. Kedengaran sok sek sok sek dari jauh. Apa yang dibisikkan pun tak tahu. Saiful memandang Rafique. Rafique hanya menjongkit bahu sambil tersengih. Kita tengok apa jadi. Sophia yang mendengarkan apa yang dibisik Shauqie terus tegak tubuhnya. Ada dua sebab kenapa dia jadi begitu. First! Rasa meremang bulu romanya bila dengar suara Shauqie yang kedengaran seksi dan menggoda padanya walaupun Sophia bersusah payah menafikan hal itu. Second, yahoo! Sophia melompat-lompat kegembiraan. Lagak macam orang baru menang loteri je. Eh! Loteri tak main la. Haram tu.

“Yes! Warh! Kenapa Along tak cakap awal-awal dekat orang. Kalau tak dari pagi tadi orang masak. Ni yang buat orang sayang Along double trible love ni!” Terangguk-angguk tiga orang jejaka di ruang tamu itu melihat Sophia terlompat-lompat. Macam kangroo pun ya juga. Shauqie ketawa kecil. Apapun dia tetap comel. Sophia berlari lalu memeluk erat Rafique. Dengan sekali surat khabar yang dipegang Rafique dipeluknya. Sesak nafas Rafique dipeluk begitu erat oleh Sophia.

“Opie please, I can’t breath.” Sophia melepaskan pelukannya. Gembiranya tak usah cakap la. Dah lama dia nantikan saat ini. Heheh.. ada dua sebab aku perlu gembira mengalahkan orang putus fius. First! Aku tak perlu kemas segala pasu bunga yang dah berterabur dekat luar sebab Along dah call Mak Timah, pembantu rumah yang selalu datang pada hujung minggu untuk bersihkan rumah ni. Second, aku tak perlu ikut mamat serebeh ni pergi Tesco or Hasani sebab ditangguhkan aktiviti memberi tapi janji tetap dipegang. Ini semua sebab Along nak bawa aku.. eh, silap. Kitaorang semua pergi Rumah Kasih Idaman. Rumah anak-anak yatim yang selalu Sophia dan Rafique kunjung. Selalunya bulan Ramadhan je pergi sana sebab selalu berbuka dekat sana. Haila! Rindunya aku nak jumpa adik-adik angkat kesayangan aku yang comel, comel, cute, cute.

Sekali lagi Alongnya dipeluk erat. Kali ni dengan sekali Shauqie ditariknya. Siapa suruh kau datang menyemak sebelah Along. Lantaklah, asalkan hati aku tengah happy sekarang. Rafique membalas pelukan Sophia, faham benar kesukaan adiknya yang satu itu. Kepala Sophia diusap lembut. Shauqie hanya kaku tak bergerak. Terkejut sebab dipeluk secara tiba-tiba. Perempuan pulak tu.

Rafique dan Shauqie berpandangan sebelum masing-masing tersenyum. See Auqie! Tak percaya lagi. Kan dah cakap minah ni memang suka pergi jumpa Rumah Kasih Idaman tu. Rafique berkata dalam hati. Teringat bila Shauqie bertanya Sophia gemarkan kanak-kanak atau tak pagi tadi? Sebab tulah mereka rancang nak kenakan Sophia. Suprise la katakan. Rafique perasan yang Rafique sering juga bertanyakan tentang Sophia. Kalau ditanya sebab apa? Jawabnya, try nak dapatkan balik ingatan yang hilang. Apa pun tak kisah bukannya salah pun. Diorangkan MAHRAM.

“Ehem.. ehem.. nak peluk sampai esok ke?” Saiful yang melihat adagen peluk-memeluk itu mula cemberut. Ceh! Mentang-mentang la diorang boleh sentuh. Lelaki misteri ni pun entah apa hubungan dengan family Mak Su aku ni. Mencurigakan. Tapi dah Along Fiq tak kata apa mesti ada sebab. Tak kan la pensyarah agama nak biarkan adik dia buat maksiat depan mata kan. Mendengarkan sindiran Saiful, Sophia segera melepaskan pelukannya. Seronok sangat sampai tak ingat dunia. Sampai tak ingat aku peluk anak orang. Patutlah, dup dap dup dap je jantung aku ni. Cabut kang baru tahu.

“Eh, Epon kau jealous ye. Alolo.. sepupu aku ni. Sini aku peluk kau.” Sophia menghampiri Saiful. Terbuntang mata Saiful melihat Sophia menghampirinya sambil senyum senget. Senget betul ke apa minah ni. Sophia tersenyum menggula. Berlenggang-lenggok dia menyusun langkahnya. Shauqie hanya menggeleng. Nut betul minah ni? That why I like her. Rafique hanya melihat. Memang sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu. Sophia berhenti betul-betul di depan Saiful.

“Kau gila Opie. Nak bagi Along Fiq bunuh aku.” Saiful berkata. Walaupun dia yakin mustahil Sophia bertindak begitu, tapi minah ni siapa boleh jangka. Sekeji-keji aku lagi keji dia ni tahu. Kalau minah ni betul-betul peluk aku, memang dia dah booking kubur untuk aku. Gila! Serik la Along Fiq kejar aku dengan parang sebab peluk Si Opie yang aku fikirkan adik aku dulu. Itupun dalam erti tidak disengajakan.

“Kau kenapa? Aku nak peluk kau je pun.” Sophia berkata lagi. Senyuman masih dibibir mugilnya. Jangan kau jatuh cintan dengan aku sudah Epon. Senyuman aku ni berbisa. Dalam sekelip mata Si Tomok yang disembunyikan dibelakang diberikan kepada Saiful lalu terus dia pecut lari. Saiful yang tidak sempat memastikan apa yang diberikan Sophia terus sahaja memeluknya. Boleh tahan, lembut je. Gebu and gemuk pulak tu. Sedap je kalau peluk. Tapi benda apa erk? Meoww...

“MAK! KUCING!” Menggegar banglo dua tingkat itu mendengar jeritan Saiful. Class kau Tomok. Landing sebelah aku tepat waktunya. Macam tahu-tahu je aku nak buat jahat dekat Epon ni. Well! Semua orang tahu Saiful yang gagah perkasa itu memang takutkan kucing. Huahuahua! Tak boleh diterima dek akal. Tapi apa boleh buat, lain orang lain caranya. Dan berlakulah aksi kejar mengejar dalam banglo dua tingkat itu. Bersepah pun siapa ambil kisah, kejap lagi Mak Timah datang. Adat orang berduit macam ni lah. Mujur je tak sombong!


 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo