Assalamualaikumussalam wbt..
Hai semua..? Sihat..? Jadi, tangan menulis lagi.. Tapi, tak mahulah sambung cerpen tak berapa nak cerpen tu. Cumanya, tak berani janji cerpen ataupun tidak. Jadinya, saya besarkan sikit skop cerita kepada mini novel.. hehe.. Btw, nak bagitahu. Saya dah jumpa tajuk cerpen AKA mini novel tu. Fikir punya fikir tajuk ni dah melekat ke hati daku. Tapi, entah sesuai ke idok dengan ceritanya tidaklah ambo tahu.. Hentam sajalah ye labu.. So, Tajuknya.. jeng.. jeng.. jeng..
Tajuk saja gempak.. tapi jalan ceritanya entahkan bagus entahkan tidak.. hehe.. tapi, tak apa. Asalkan ada yang membaca itupun sangat-sangatlah saya hargai..
Seperti yang dijanjikan dalam post SODA yang last.. bab yang berikutnya yang tunaikan. Kali ni saya masukkan dua bab terus. Selamat membaca !
Pst: Belum ada sebarang editan dan ubahsuai. Saya kopi pasta terus daripada manuskrip yang publisher pulangkan semula hari tu.
------------------------------
BAB 22
Huargh!
Hampir terlatah Sophia ditegur sebegitu.
Maklumlah terlalu khusyuk sampai tak sedar. Beginilah jadinya. Orang cakap
perlahan saja pun boleh terkejut besar. Mujur sahaja Sophia sempat menekup
mulutnya daripada berkata perkataan yang tidak sepatutnya. Tangan kirinya
mengusap dadanya dek terkejut tadi.
Hai semua..? Sihat..? Jadi, tangan menulis lagi.. Tapi, tak mahulah sambung cerpen tak berapa nak cerpen tu. Cumanya, tak berani janji cerpen ataupun tidak. Jadinya, saya besarkan sikit skop cerita kepada mini novel.. hehe.. Btw, nak bagitahu. Saya dah jumpa tajuk cerpen AKA mini novel tu. Fikir punya fikir tajuk ni dah melekat ke hati daku. Tapi, entah sesuai ke idok dengan ceritanya tidaklah ambo tahu.. Hentam sajalah ye labu.. So, Tajuknya.. jeng.. jeng.. jeng..
Tajuk saja gempak.. tapi jalan ceritanya entahkan bagus entahkan tidak.. hehe.. tapi, tak apa. Asalkan ada yang membaca itupun sangat-sangatlah saya hargai..
Seperti yang dijanjikan dalam post SODA yang last.. bab yang berikutnya yang tunaikan. Kali ni saya masukkan dua bab terus. Selamat membaca !
Pst: Belum ada sebarang editan dan ubahsuai. Saya kopi pasta terus daripada manuskrip yang publisher pulangkan semula hari tu.
------------------------------
BAB 22
Huargh!
Penatnya! Nak tercabut lutut
aku. Sophia mengelap peluhnya yang
bercucuran. 100 plus dalam begnya diambil lalu diteguknya perlahan.
Alhamdulillah! Hilang dahaga aku. Sophia bersandar pada pokok besar yang tidak
jauh darinya. Anis yang tercungap-cungap di belakangnya hanya mengikuti langkah
Sophia. Student-student lain juga mencari tempat sesuai untuk melepaskan
penat lelah setelah sekian lama mendaki Bukit Bendera yang boleh tahan
tingginya itu. Tapi buat sesiapa yang terbiasa dengan aktiviti mendaki bukit
lebih tinggi dari Bukit Bendera umpama panjat ke atas bumbung rumah je!
Inilah aktiviti mereka sebelum cuti
semester yang akan datang. Sebelum cuti semester mereka perlu menghadapi
peperiksaan terakhir mereka pada sem itu. Dan berakhir tugas mereka sebagai
seorang mahasiswi pada peringkat degree. Insya-Allah, segalanya kita
tunggu pada keputusannya. Grade atau tak!
Disebabkan atas timbang rasa dan
keperihatinan semua lecturer, untuk tak mahu student-student
mereka terlalu tertekan sebelum berdepan dengan medan peperangan. Mereka
menganjurkan aktiviti santai hujung minggu seperti ini. Antaranya ialah mendaki
Bukit Bendera!
Bagi peminat adventure seperti
Sophia, peluang seperti ini tidak dilepaskan. Puas dipujuknya Anis yang
mengalahkan perempuan melayu terakhir itu untuk turut serta. Katanya lagi
seronok beradu di atas katil empuk di rumah. Ewah! Mentang-mentang uncle dengan
aunt balik Qatar, seronok saja dia bermalas-malasan. Report baru
tahu. Aku lepas saja minta kebenaran dari Auqie, melompat aku macam kanggaro.
Setelah dicuba pelbagai taktik pujuk rayu, akhirnya Anis turut serta walaupun
dalam erti kerterpaksaan.
Sebut fasal Auqie tadi, well! Aku dengan dia semakin rapat. Boleh la, selalu call.
Mesej, whats up, tweet dan sebagainya. Haha..
kalah orang bercinta pulak. Alhamdulillah! Selagi Allah permudahkan
urusan aku. Walaupun sepanjang 2 bulan lebih sudah berlalu, tetapi mereka masih
belum dapat bersua muka. Hanya calling dan sms sahaja peneman di
sisi.
Auqie masih sibuk dengan tender
dia di KL. Masih perlukan tunjuk ajar yang lebih dari papa. Mungkin lanjut sampai bulan depan katanya atau mungkin
lebih lama. Terkadang, telinga akulah yang menjadi pendengar keluh kesah Auqie
yang keletihan dengan urusan kerjanya yang tidak pernah habis. Penat sangat ke
ambil arkitek? Itulah siapa suruh kau minat course tu! Aku? Hanya
menjadi penasihat tak berbayar kepadanya. Itulah bahagia yang aku mampu kecapi
sekarang. Namun untuk mengaku cinta masih belum yakin. Tapi sayang sebagai
sahabat yang istimewa itu benar! Along pula, setelah
membantu apa yang patut, Along pulang ke Perlis untuk menjalankan
tanggungjawabnya sebagai lecturer.
“Hoi! Menung
jauh nampak. Satu Penang ni kau dah teroka apa.”
Jerkahan Anis di sampingnya menyedarkan
Sophia. Tersengih Sophia menyedari kekhilafannya. 100 plus di tangan dihulurkan
kepada Anis. Sejuk kabus awan di puncak Bukit Bendera mendamaikan hati Sophia.
Hilang penat lelah mendaki tadi. Betul kata orang, mendaki lebih nikmat
daripada menaiki cable car setelah berjaya ke puncak. Hanya beberapa
orang student yang mempunyai masalah kesihatan sahaja menaiki cable
car bersama beberapa orang lecturer.
“Weh! Jom bergambar. Port tengah
cantik ni. Boleh aku buat dp Facebook aku.”
Anis mengajak. Malas-malas Sophia
bangun. Rakan-rakan yang lain turut diajak bergambar bersama. Pelbagai gaya,
teknik, senyuman hatta mimik muka sekalipun mereka lakukan. Puas bergambar
akhirnya mereka diberi kebebasan untuk ke mana sahaja mereka suka di puncak
itu.
Sophia lebih memilih untuk duduk di
kerusi rehat yang disediakan. Anis
entah ke mana hilangnya. Ingatkan nak jadi tugu je datang sini. Beria-ria
sangat tak nak join. Tengok! Dia yang hilang. Duduk di situ Sophia
mengambil peluang untuk menikmati permandangan indah terbentang luas di depan
mata. Hurmm.. Bagaikan lukisan yang dilukis sedang dipamerkan di hadapannya.
Benar kata Along, untuk meningkatkan lagi rasa kasih dan cinta kepada Allah.
Allah ada mengirimkan 2 benda untuk kita berfikir dan hayati.
Pertama SMS dari Allah, kalam Ilahi
iaitu al-Quran yang ditulis itulah mesej cinta dari Allah. Untuk kita baca dan
faham. Betapa indah kata-kata cinta Allah yang mampu memberi petunjuk dan
penyelesaian dalam hidup manusia. Kedua MMS dari Allah, keindahan alam yang
diciptakan untuk membuka mata hati manusia. Adakah manusia mampu mencipta alam
ini melainkan kuasa yang diluar pemikiran manusia sahaja yang boleh
menciptanya. Indah! Fantastic! Ajaib! Subhanallah! Alangkah
ruginya manusia yang tidak berfikir dari pesanan cinta yang Allah kirimkan.
Sedang enak Sophia mengingati pesan
Alongnya. Tidak sedar dia Profesor Zaliza atau lebih senang dengan panggilan
Prof. Eja sudah lama mengambil tempat di sampingnya. Prof. Eja hanya tersenyum
melihat Sophia dengan dunianya sendiri. Riak wajahnya kelihatan seperti penuh
rasa takjub dengan keindahan di sini.
“Wah! Cantik sangat nampaknya. Sampai
saya duduk sebelah pun dah tak sedar.”
“Hish prof ni, terkejut saya. Tak adalah,
saya teringatkan kata-kata Along saya. Dia selalu pesan kalau hati kita rasa
takjub dengan sesuatu kembalikannya kepada Allah. Entah tiba-tiba rindu pulak
dekat Along.” Prof. Eja tersenyum sambil mengangguk setuju dengan kenyataan
yang diutarakan Sophia.
“Owh, yang
seorang lagi tu tak rindu?” Ting tong sekejap otak
Sophia mendengar soalan cepumas Prof. Eja. Seorang lagi? Siapa? Sedang otaknya
mencerna siapa yang sepatutnya dia rindu. Wajahnya mula berubah kemerahan
apabila mengerti soalan Prof. Eja.
“Hish, kesitu
pulak prof ni. Ni mesti dia mengadu kan?”
Sophia yang sedia maklum hubungan
Shauqie dan Prof. Eja yang boleh diumpamakan sebagai belangkas bertanya
selamba. Macam mana diorang boleh serapat sehingga begitu tidaklah daku tahu. Tahu-tahu je mamat psiko tu dah jadi kaki ngadu. Kalau
aku cari fasal dengan dia ke, gaduh bagai nak rak ke, apa ke, jalan selamat dia
nak buat hati aku lembut Prof. Eja. Kalau kitaorang gaduh or apa-apa je
lah. Esok kalau Prof. Eja terpacak depan aku tahulah aku sebabnya. Aku hanya
mampu tadah telinga dengar nasihat prof kesayangan aku nih. Prof.
Eja hanya senyum senget seraya mengangkat keningnya dua kali.
“Tak adalah, dia selalu sangat call
saya. Tanya fasal Opie. Suruh saya take care dia punya pengarang jantung
ni. Bila saya tanya rindu ke tak nak mengaku. Macam budak sebelah saya ni. Bila
tanya tak mengaku padahal rindu.” Sophia senyum senget. Kena batang hidung.
“Tak rindu pun.
Cuma rasa sunyi. Selalunya saya ada orang nak cari gaduh, bertekak tapi bila
dia tak ada ni rasa sunyi pulak.”
“Ye lah tu. Auqie tak call ke?”
Sophia menggeleng sambil tersenyum
kelat. Hai prof ni, sampai call bagai pun ditanya macam tahu benar
hubungan kitaorang sekarang ni. Ini mesti kes korek dari mamat psiko tu.
Untung-untung je prof ni bukan kaki ngusik. Kalau pecah mulut dekat si Anis,
kes naya aku. Oh, macam mana Prof. Eja boleh panggil mamat tu Auqie erk? Sebab
mamat tu lah tak pandai jaga. Mentang-mentang dah berangkat sampai
terangkat-angkat dengan prof senang je dia bukak mulut. Terkejut beruk jugak
tiba-tiba panggilan E-jat yang selalu digunakan Prof. Eja bertukar Auqie.
Tergagagap aku nak cari jalan nak goreng. Tup-tup! Prof cakap Auqie beritahu
dia. Memang nak kena betul mamat psiko time tu!
“Tak call pun prof. Dia cakap tak
boleh call sangat. Tambahan lagi waktu siang. Memang tak la. Sebab dia
selalu sibuk dan mungkin ada dekat site sekarang ni.”
“Hurmm.. meranalah hidup berjauhan ni
kan. Tak apa makin jauh makin rindu. Makin rindu makin sayang. Makin sayang
makin cinta. Tak gitu?”
“Prof ni. Tak kesian ke dekat saya ni.
Macam udang bakar dah ni. Sob! Sob!”
“Ada je dia nak
lari tajuk. Oh ye, Macam mana dengan sakit kamu.
Makin okey?”
“Alhamdulillah. So far so
good. For now. Kepala pun tak berat, tak sakit macam dulu. Sakit tu ada memang ada, cuma jarang sangat sekarang.
Rasa ringan je. Cuma saya still tak boleh
ingat. Mungkin saya jarang paksa otak kot.”
“Kalau macam tu baguslah. Saya pun hanya
mampu tolong sikit-sikit saja. Lagipun atas permintaan kamu jugak tak mahu
kembali ke masa lalu. So, saya pun tak nak push sangatlah. Nanti
teruk pulak jadinya.”
Sophia terdiam seketika apabila masa
lalunya disentuh Prof. Eja. Hal ini mengingatkan pesanan Auqie terhadapnya.
‘Cuba berani hadapi kenyataan
walaupun rasanya sangat pahit sehingga kita mampu terokai kenyataan yang kita
takut untuk hadapi itu, kelak kemanisannya akan hadir di akhir cerita. Tak
selamanya manusia boleh lari dari kenyataan kerana ia akan selalu mengejar kita
walaupun kita ingin lupakan perkara demikian.’
“Prof…”
“Ye Opie.”
“If I ask you to help me remember
my bad past, will you?”
Tersenyum lebar Prof. Eja mendengarkan
permintaan dari Sophia. Tangan kanannya diletakkan pada bahu Sophia lalu
dipeluk lembut. Umpama memberi semangat dan kekuatan.
“Sure, honey! Anything for you.
Saya dah lama nak dengar kamu cakap macam ni. Sudah-sudahlah menderita macam ni
Opie. Perkara ini tak akan hilang kalau kita tak cuba Opie.”
Sophia tersenyum nipis. Entah kenapa
semakin lapang hatinya. Seolah-olah ada sokongan yang teguh di belakangnya.
Dulu dia degil, ego dengan perasaan. Takut dikejar masa lalu. Tapi semenjak
kehadiran Auqie. Satu persatu orang dikasihinya bangun untuk membantunya.
Dimulai Anis dan Epon. Dikukuhkan oleh Shauqie dan Along Dan Prof. Eja yang
turut bangun untuk menyokongnya.
“Thank you prof. Entah kenapa
semenjak kehadiran Auqie, hati saya semakin yakin dan berani untuk menghadapi
ketakutan saya.”
“Baguslah. Saya sebenarnya kesian sangat
tengok kamu tanggung derita macam ni sendirian. Saya nak tolong kamu tak nak.
Saya ingat lagi kamu selalu cakap. ‘Saya lebih rela hidup tak kenal siapa diri
saya daripada terpaksa mengingati masa lalu saya yang pada firasat saya telah
memusnahkan masa depan saya dan menggelapkan dunia saya.’ Opie selalu ulang
ayat itu sampai saya give up nak bagi semangat.”
“Hehe.. ego gila saya time tu
kan.”
“Tahu tak apa.
Memandangkan kamu pun dah nak ambil langkah pertama. Saya
ada kenalan di KL yang memang pakar dalam masalah ni. Nama dia Doktor Asyraf.
Nanti dah habis exam saya boleh bawa kamu balik KL. Nak harapkan Auqie!
Memang tak habis dia mengadap kerja dia”
Mereka ketawa mendengar amarah Prof. Eja
yang penuh kepura-puraan. Ya Allah, kau bantulah aku untuk ingat kembali siapa
Auqie? Bagaimana masa lalu aku? Seandainya jalan ini sahaja Kau buka untuk aku.
Aku terima. Walaupun selama ini aku takut untuk berjumpa doktor disebabkan ego
aku yang kononnya takut dengan masa silam. Insya-Allah kali ini aku
bersedia. Rabbi Yassir! Tuhanku Permudahkanlah! Hurmm.. Doktor Asyraf?
Macam familiar je nama tu.
-----------------------
BAB 23
Puan Insyirah,
Encik Nordin dan Shauqie berborak seronok di meja makan yang agak privisi buat
mereka di situ. Sempena menghargai usaha Shauqie yang berjaya memuaskan hati
pelanggan melalui tender yang dimilikinya, Encik Nordin telah membawa
Shauqie ke sebuah restoran mewah bersama Puan Insyirah. Riuh suasana di situ
dengan gelak tawa dan gurau senda mereka bertiga.
BAB 23
“Tahniah Aizat.
Walaupun masih muda, kejayaan kamu menyiapkan tender pelanggan dengan
jayanya dalam masa empat bulan telah membuktikan kemahiran kamu. Saya bangga
dengan kamu.”
Encik Nordin
berjabat tangan Shauqie sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu. Hadirin yang
hadir dalam mensyuarat itu turut menepuk tangan memberi pujian terhadap
Shauqie. Shauqie hanya mampu tersenyum dan mengangguk tenang.
“Alhamdulillah
tuan, berkat tunjuk ajar tuan dan semua kakitangan yang menjadi tulang belakang
saya juga.”
“Saya harap
kamu kekalkan prestasi kamu ini. Baiklah, sekarang urusan kamu sudah selesai di
sini. Saya akan serahkan tender ini kepada penolong kanan kamu, Encik
Adnan untuk menguruskan apa yang patut. Kamu perlu kembali ke Kedah untuk
uruskan syarikat di sana. Tapi sebelum itu jangan seronok lagi, sebulan sekali
kamu masih perlu memantau keadaan site di sini sehingga selesai.”
“Insya-Allah
tuan. Saya akan uruskan masa saya sebaiknya.”
“Good! Alhmadulillah,
selesai meeting kita untuk hari ini. Saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak kerana telah memberikan kerjasama dan kepercayaan yang
baik. Terima kasih juga kepada Encik Mike pelanggan kita, kerana telah memberi
kepercayaan dan berpuas hati dengan kemampuan MQ-one United.”
Usai berkata
demikian, tepukan bergema lagi. Shauqie yang masih berdiri di samping Encik
Nordin mula berasa tidak sedap hati melihatkan pandangan Mike terhadapnya. Aduh kenapa kebelakangan ni, lain benar aku
tengok Mike ni. Gaya cakapnya walaupun profesional tapi masih sempat diselitkan
amaran tersirat.
“Baiklah, kita tutup meeting kita tasbih kifarah dan Surah
Al-Asr. Semua boleh bersurai.”
Hadirin di situ bangun kemudian berjabat tangan dengan Encik Nordin.
Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada
Shauqie diucapkan sebelum pergi meninggalkan bilik mensyuarat itu. Tiba giliran Mike, Shauqie berusaha untuk professional sambil
tersenyum manis. Jarak mereka dijauhkan sedikit dari Encik Nordin yang sedang
berbual dengan staf lain kerana dia tahu, perbualan mereka bukan hanya sekadar
untuk mengucapkan tahniah. Tangan dihulur sambil tersenyum tenang. Mike
menyambutnya.
“Tahniah!
Walaupun macam-macam aku buat untuk kucar-kacirkan fikiran kau, kau masih tetap
professional melayan pelanggan. Not bad! MQ-united bertuah ada
CEO macam kau.”
Mike berkata
sinis. Shauqie hanya tersenyum sinis. Kau ingat aku ni sengkek sangat ke.
Dengan umpan bunuh Sophia yang selalu kau wara-warakan. Selagi Inspektor
Zakaria sentiasa sampaikan maklumat kepada aku, jangan harap aku masuk
perangkap kau.
“Thank you Encik Mike di atas sokongan diberikan. Saya masih dapat bezakan
urusan client dengan urusan peribadi.”
“Hurm.,
memandangkan urusan kita sudah selesai. I think you should be worry about
your ‘loving wife’. Aku tak main-main kali ini. But, if you think it is just a joke. Don’t be to shock if anything happen to her. Nice to have a
coorperation with you. Got to go now. See you soon!”
Mike terus
pergi usai berkata demikian. Ternyata apa yang dikatakan Mike mampu
menghilangkan senyuman yang terukir di bibir Shauqie. Seram sejuk mulai
menjalar ke seluruh tubuhnya. Wajahnya juga sudah bertukar pucat. Benarkah?
“Come Auqie.
Minum kopi dengan papa.”
“Hah!?” Shauqie
yang tersentak dengan ajakan Encik Nordin terpinga seketika. Hilang segala
kemungkinan buruk yang difikirkan terhadap Sophia tadi. Astaghfirullah.
Dia leka dengan emosi.
“Papa ajak
Auqie minum kopi dengan papa dekat bilik papa. Kamu ni kenapa? Tiba-tiba
pucat.”
“Tak ada apalah
tuan..”
“No. no..
berapa kali papa cakap kalau sudah selesai urusan kerja jangan panggil papa
tuan. Papa pun panggil kamu Auqie bila dah habis urusan. Ingat bila formal
sahaja panggil papa tuan. Okey?”
Shauqie
mengukir senyuman untuk mengelak Encik Nordin mengesan yang bukan-bukan
terhadapnya. Terlalu gelabah dengan ugutan tadi sehingga lupa pesanan papa
terhadapnya. Mendengarkan perihal namanya disentuh, Shauqie mengukir senyuman
nipis. Dia sudah sedia faham mengapa dirinya sentiasa berubah panggilan.
Setelah selesai semuanya papa sendiri akan buat meeting untuk
mengumumkan siapa sebenarnya dia. Haila! Bilalah nak habis ni.
“Sorry pa,
Auqie lupa. Jom!”
Shauqie
beriring bersama Encik Nordin keluar dari bilik mesyuarat itu. Dalam hatinya
berdoa semoga ugutan tadi hanya sekadar ugutan. Ya Rabb! Kau lindungilah dia.
*******
“Hurmm.. dah lama ibu tak rasa gurau senda macam ni. Kalau dulu kamu
dengan Syalah yang selalu ceriakan hari-hari ibu.”
Shauqie hanya
tersenyum mendengar luahan hati Puan Insyirah. Yup! Itu dulu ibu. Sekarang pun
sama ibu. Cuma tiada kehadiran Aisya di sisi kita. Auqie harap sangat Sya ada sini. Auqie
rindu dia!
“Sebut fasal Sya. Apa
khabar dia sekarang? Sebelum ini selalu tweet dengan chat fb dengan
dia. Kebelakangan ni entahlah! Khabar pun tak dengar. Along pulak semakin sibuk
dengan kerja pensyarah dia. Kalau tak sebelum ni Alonglah yang selalu cerita
tentang Sya. Sya je tak pernah tahu. Sampai bila ibu harus bersabar. Ibu rindu anak
ibu.”
Keluhan Puan Insyirah sedikit sebanyak menyentuh hatinya. Ya Allah! Akan tibakah waktunya saat keluarga ini bersatu? Shauqie
menyentuh tangan Puan Insyirah yang duduk di sampingnya lalu digenggam lembut.
Semoga melalui itu mampu menyalurkan sedikit kelegaan buat wanita yang sudah
dianggap sebagai ibunya. Peganti mommynya yang telah meninggalkan dunia
ini. Puan Insyirah mengukir senyuman nipis.
“Mungkin salah papa dulu. Terlalu berkeras dengan dia sampai naik
tangan. Rajuknya mungkin masih lagi disimpan. Entah sempat atau tak papa jumpa
Sya. Sakit papa bukan boleh bertahan bila-bila masa boleh attact. Harap papa sempat jumpa Sya sebelum papa pergi.”
“Shuu.. papa
please. I don’t want to hear your sigh anymore. Semuanya aturan Allah pa,
bu. Papa dengan ibu perlu yakin je. Insya-Allah doa papa dengan ibu nak
jumpa Sya, akan termakbul. Bukan dia tak nak balik. Cuma Sya mungkin tengah
perbaiki diri dia untuk jadi lebih baik sebelum jumpa papa dengan ibu. Lagipun
Auqie kan dah janji. Insya-Allah, Auqie akan pujuk dia untuk balik.
Percayalah pa, bu. Give me and give her more time please.”
Encik Nordin
dan Puan Insyirah berpandangan kemudian tersenyum. Belakang Shauqie diusap
lembut dengan penuh kasih sayang. Anak ini telah membesar di hadapan mereka
sedari usianya 5 tahun. Dan sekarang sudah menjangkau 27 tahun. Banyak jasa
telah dicurahkan untuk membalas bakti mereka. Kalau mereka tidak ambil tindakan
melulu disebabkan peristiwa itu. Mungkin sekarang ini mereka merupakan keluarga
bahagia.
“Ye lah Auqie.
Kami percayakan kamu. Semoga Allah permudahkan urusan kamu ye. Kenapalah Robert
tak seperti adiknya Mike?” Shauqie senyum nipis. Kalau papa tahu siapa Mike,
adakah papa akan berfikiran seperti ini juga? Semoga papa sedia menerima apa
yang bakal menjadi jawapannya nanti.
“Nak buat macam
mana abang. Benda nak jadi. Saya rindu sangat dekat Sya. Haritu jumpa pun tak puas.
Kalau saya tahu Sya tinggal mana, dah lama saya pergi rumah dia abang. Tapi tak
pernah diberitahunya. Along dengan Kak Dah pun tak berani bukak mulut bila
ditanya. Kamu pun sama
saja Auqie.”
“Sorry bu.
Auqie bukan tak nak beritahu. Tapi Auqie dah janji dengan Sya. Lagipun Sya pun
dah setuju. Kalau Auqie pegang janji, dia akan cuba untuk balik KL dalam masa
dua tahun ni. Itupun selepas urusan Auqie dengan pihak polis dan mahkamah
selesai. Sabar ye ibu, papa. Sekejap saja lagi. Hampir setahun telah pun
berlalu. Fasal Robert pun dah banyak pihak polis dapat. Mereka hanya perlu masa
lagi untuk terus menyiasat.”
“Ye lah,
asalkan baik untuk anak papa. Papa sentiasa beri sokongan. If you need
anything just inform me. Insya-Allah papa bantu.”
Shauqie
mengangguk. Suasana yang sayu tadi kembali cerah dengan gurau senda yang
diselitkan Shauqie. Dia tak mahu orang tersayangnya itu diselubungi kesedihan.
Sedang asyik mereka berborak, telefon bimbit Shauqie berbunyi. Melihatkan
panggilan itu daripada Inspektor Zakaria membuatkan dahinya berkerut. Segera
dia meminta izin untuk pergi sebentar. Setelah agak jauh dari situ, Shauqie
menjawab panggilan dari Inspektor Zakaria. Hatinya mula berasa tidak tenang.
“Assalamualaikum
Encik Shauqie, maaf mengganggu encik. Tapi saya perlu beritahu encik perkara
ini.”
“Waalaikumussalam,
it’s okey. Just shoot. May I know about what?”
“It’s about
your wife. Ada orang ekori dia dari tadi. Dan sekarang kami sedang
mengekori mereka dari jauh. Ar.. kejap..”
Panggilannya di’hang’
sekejap. Kedengaran Inspektor Zakaria seperti mendengar laporan dari radionya.
Kemudian lelaki itu memberi arahan tegas. Berkerut dahi Shauqie mendengarnya.
“Astaghfirullah..
Sorry Encik Shauqie. I’ll call you letter. We need to take a move now.
Mereka sedang mengepung Puan Sophia!” KLIK! Panggilan terus diputuskan.
“Hello!
Hello! Inspektor! Hello!”
Shauqie
menumbuk dinding di situ kerana geram. Ya Allah! Kau selamatkan dia. Shauqie terus
berjumpa Encik Nordin dan Puan Insyirah untuk memaklumkan dia terpaksa bertolak
ke Kedah sekarang. Tak kira! Dia tidak boleh berdiam diri di sini membiarkan
pihak polis melakukannya. Dia
perlu ada di sana untuk memastikan keadaan Sophia selamat. Mike! Kau memang
jahanam!
-------------------------------
Hai la.. apa yang jadi dekat si Sophia tu? Kita tunggu bab seterusnya. Baki lagi 3 bab akan saya post ke blog. Coming soon !
-------------------------------
Terima kasih sebab baca semua. Sampe ketemu ya !
Jaga Diri !
Jaga Iman !
Jaga Solat !
Jaga Hati !
Salam Sayang,
Ainul Zaidi/AMZ