Sabtu, 21 Mac 2015

SODA 21


Mike menyusuri jalan gelap yang sunyi sepi itu. Lorong kecil yang dipenuhi penagih-penagih dadah di situ langsung tidak dihiraukannya. Setelah tiba di tempat yang dituju, Mike mematikan enjin Vios miliknya. Kakinya diatur menuju ke pintu belakang sebuah pub. Menjejak sahaja ke dalam, muzik bingit mula kedengaran di telinga. Seorang lelaki berbadan tegap sedang berdiri sambil memeluk tubuh dihampirinya. Serius sahaja wajahnya saat itu.

“Aku nak jumpa Robert. Dia ada?” 

Bisikan Mike agak kuat kerana melawan bingit muzik yang semakin menggila. Mengerti permintaan Mike. Lelaki itu mengengguk lalu membawanya ke sebuah bilik kecil. Lelaki itu membukakan pintu membolehkan Mike masuk. 

Hello my brother. Lama tak jumpa. Sini join kitaorang enjoy.”

Melihat sahaja kelibat Mike di situ. Robert menyapa mesra sambil berpelukan dengan perempuan-perembuan seksi di sampingnya. Mike hanya menggeleng kepala lalu duduk di atas sofa yang disediakan. Setin bir yang belum disentuh diambilnya lalu diminum rakus.

“Aku nak bincang sikit dengan kau.”

Relexs bro. Perkara apa yang lebih penting dari enjoy.”

It’s about Shauqie. Dia sekarang dah berjaya menjadi CEO manager MQ-united di Sungai Petani. Dan hubungannya bertambah akrab dengan Nordin. You should be worry about it Robert!

Nada suara Mike yang bertukar serius membuatkan Robert menyuruh perempuan-perempuan tadi keluar, termasuk bodyguard yang setia berdiri di situ. Robert cuba menyelesakan dirinya agar mudah untuk dia berbincang dengan Mike.

“What? Just be a CEO. Kenapa nak risau? Budak mentah tu, sekali aku suruh orang aku bunuh. Hujung kuku je. Hilanglah! Apa yang kau nak risau sangat?”

“Huh! Senang kau cakap. Aku tahu dia tak macam dulu. Lemah dan lembab. Aku tahu, sebab aku yang kena handle dia sepanjang berada di Kedah. Well! Dia sekarang tak macam dulu. Mudah untuk mengesyaki sesuatu. He’s brilliant now. Tak bertindak terburu-buru macam dulu. Kau patut bersyukur Robert, dia tak bawa kau masuk kandang besi tu selepas dia berjaya larikan diri.”

Sinis sahaja jawapan Mike menyindir Robert. Robert diam memikirkan sesuatu yang mungkin berguna untuk menjatuhkan Shauqie. Dulu, Shauqie ditangkap dan disiksa hanya kerana cubaan lelaki itu cuba memecahkan tembelang sarangnya terhadap polis. Disebabkan itu jugalah mereka menculik Shauqie. Dan dia gunakan Shauqie sebagai jalan untuk memajukan bisnesnya.

“Aku belum nak ambil tindakan lanjut terhadap dia. Polis sentiasa di mana-mana bersama dia. Susah aku nak bertindak. Lagipun orang-orang aku tak cam budak tu. Dia selalu ubah style. Dah pandai bergaya sekarang ni.”

“Shit! Just do what you have done to him 5 year ago.” Mike mengetuk meja kuat. Robert tersenyum sinis.

Relex brother. Kenapa nak terburu-buru? We have more time to take a move. Sekali bergerak he’ll never can run away anymore.
 
Arggghhh! I don’t care. I just want you kill him. Dulu aku suruh bunuh dia kau tak nak! Nak gunakan untuk bisnes haram kau ni jugak! Sekarang budak mentah tu dah tukar style. Lagi susah konco kau buat kerja.”

Bertambah sinis senyuman Robert. Tangannya didepakan lalu bersandar enak pada kerusi empuk yang diduduknya. Tangannya mencapai sebotol ‘calsberg’ lalu diteguknya rakus. Setelah lama mendiamkan diri akhirnya Robert bersuara.

Let’s me guess. Ini semua fasal perempuan tu kan. Come on brother. Apa yang bestnya perempuan tu. Kau minta je dekat aku. Aku kasi kau high class punya. Jangan bimbang la.”

“Aku tak nak semua tu la. Aku nak lelaki tu lesap. Kau bagi je gambar budak tu. Bagi konco kau cam sikit. Senang kau tangkap budak tu. Senang aku nak dapatkan perempuan tu.”

“Hal tu nanti aku settle. Lagipun, kau dah lupa ke? Kau jugak suruh kitaorang rehat. Kau juga yang tak benarkan aku buru dia kebelakangan ni. Kononnya kau dah dapat kesan perempuan tu. Dah tu, sekarang kau pulak yang beria nak suruh bunuh dia. What up? Tak kan dah berjaya pujuk perempuan tu jadi mistress kau. Kau nak bunuh mamat tu.”

“Aku tak lupa semua tu. Dan aku menyesal suruh korang berhenti buru dan bunuh dia. Kalau aku tahu semudah ini nak cari perempuan tu. Dah lama aku bunuh mamat tu. Dulu aku fikir melalui budak mentah tu, senang nak cari perempuan tu. Jadi aku mansuhkan arahan aku.”

 Come on la brother. Perempuan tu bukan berguna mana pun. Kalau setakat mistress, ramai lagi perempuan yang layak. Fasal budak mentah tu, kan kita dah janji. Kalau aku dapat dia, kau nak bagi aku untuk bisnes aku.”

“Arhh.. tak habis-habis dengan bisnes kau. Kalau kau dapat dia pun. Dia tetap jadi penghalang aku dapatkan perempuan tu. Tak kira, aku nak kau bunuh dia!”

“Kau pun nak sangat perempuan tu kenapa? Sekadar mistress saja.”

Idiot! Sempit betul fikiran kau. Perempuan tu lubuk emas kau tahu.”Terjungkit kening Robert mendengarkan perkataan ‘lubuk emas’. Menarik! 

“Maksud kau?”

“Harga perempuan tu lebih tinggi berbanding harga budak mentah tu. Harga dia tak akan sama, sekalipun kau simpan budak tu 10 tahun kau tahu tak?”

Wah! Kenapalah aku tak tahu hal ini sejak dulu lagi. Kalau tak, bukan mamat mentah tu saja aku ‘cekau’. Dengan minah tu aku tangkap. Aku ingatkan dulu, Mike beria-ria ingin dapatkan Sophia hanya disebabkan permainan cinta. Lagipun dia dah rancang dengan Mike kalau dapatkan Sophia dan pisahkan hubungan Sophia dengan Shauqie, mereka sudah bersetuju untuk jadikan perempuan itu pelacur. Dan jadikan mamat tu ‘fish boy’. Tak sangka harga perempuan itu lebih tinggi dari 50 juta! 

“I’ve a plan.”

“Apa?”

I’ll tell you leter. Budak aku nak jumpa. Ada maklumat baru.”

P/S: Ingatkn waktu terdekat ni blh jgak siapkan cerita ni.. tp xapalah. blm ada rezeki.. ideaa pun semput-2.. klu hantar dekat penerbit un blm tntu diterima.. apapun doakn niat nk bukukan cerita ni tercapai.. Amin, Insya-Allah.. buat pembaca setia cerita ini, Sya masukkan lg 5 atau lebih bab utk bacaan kalian. Enjoy!

 
©Suzanne Woolcott sw3740 Tema diseñado por: compartidisimo