Jumaat, 21 April 2017

M:LF kembali yew! Sedebuk!

Assalamualaikum wbt..

Hai! Hai Hai! I am back guys! Hehe... Laju tak..? Okey, tak mahu berceloteh banyak2. Malas nak bercakap sebab hari ni hari yang kerja nak meletup jha. Sebab dari semalam sampai sekarang menghadap ladtop yang kerja loading. Nak buat kerja tak boleh. Sebab hari ni tak ada kelas, ingatkan boleh la habiskan checklist yang harus diberesin. Tapi, internet yang tut tut tut dan ladtop yang tak diservis entah berapa tahun bergabung, kau rasa macam mana..? Rasa nak lempar dari tingkat 10 kan..? Okey dah.. kita terus ke M:LF. Come on baby!

Teaser M:LF 5:

>>>>>  Mesej dan whatsapp dibuka. Kebanyakkannya nombor yang sama yang menghubunginya. Mesej satu persatu dibaca. Housematenya risau akan keberadaan Hilda, Masing-masing bertanya dia di mana. Ada yang marah dan mengugut bukan-bukan. Hilda membalas dalam group rumah mereka agar tidak merisaukannya. Turut dimaklumkan dalam satu jam lagi Hilda akan pulang. Mesej keluarganya dibaca sebelum dibalas sopan. Hampir sahaja Hilda teresak semula saat membacakan mesej daripada umi dan abahnya.

- Hilda di mana sayang? Jawablah telefon daripada umi.

- Hilda janganlah marahkan abah.

- Kami risaukan Hilda. Hilda di mana?

- Janganlah macam ni. Anak abah baik kan. Jawablah nak. Jika marah katakan saja pada abah.

- Nak, jangan disiksa keluarga di sini sayang. Hilda jauh dari kami. Kami risau ni.

- Hilda. 'On'kan telefon. Kita berbincang ye. Maafkanlah abah. Abah belakangkan keputusan Hilda. Abah tak fikirkan perasaan Hilda.

- Hilda sayang. Di mana kamu nak. Syarqawi mencari. Jawablah.

- Allah, di mana anak kami. Kau peliharalah dia.

- Hilda, jika waktu yang Hilda inginkan. Ambillah sebanyaknya untuk Hilda fikir. Kita bincang semula apa yang terbaik. Jika Hilda ingin menyendiri, abah izinkan. Tapi setidaknya, jika tidak mahu menjawab panggilan kami. Cukuplah sekadar mengkhabarkan keadaan Hilda. Risau kami di sini nak. 

Hilda menahan sendu. Tali arus air matanya semakin melaju. Allah, berdosakah aku kerana melayan kedua ibu bapaku begini? Akukah yang bersalah itu? Allah, tunjukkanlah sesuatu yang terbaik untukku putuskan. Tolonglah aku, Tuhan... Tidak mahu kerisauan keluarga yang jauh dari mata semakin menggunung. Segera Hilda membalas dengan mesej yang pendek.

- Hilda baik-baik sahaja. Umi abah janganlah risau.

Usai mesej dihantar, Hilda berteleku memandang ke depan. Baki-baki mesej daripda nombor asing itu tidak langsung ingin dibaca. Biarkan dia. Dia bukan siapa-siapa untuk aku fikirkan tika ini. Jika dipedulikan, semakin serabut kepala aku. Sedangkan dialah orang yang paling ingin aku hindarkan sekarang. Tidak tahu ingin melakukan apa, matanya terkebil-kebil cuba memusatkan fikirannya yang bercelaru mencari solusi kepada semua ini. Apa yang perlu aku buat ya Allah? Terima sahaja semua ini? Tapi perkara terlalu kejutan buat aku ya Allah. Takdir ini terlalu sukar buat aku meletakkan redha padanya ya Allah. Tenangkan hati, Allah. Zenphone yang berbunyi buatkan Hilda kembali memandang telefon di tangan. 

Umi...

Teragak-agak Hilda ingin menjawab. Tapi panggilan yang merantau benua itu dijawab dengan berat hati. Hilda diam saat mendengarkan suara umi yang hampir menangis.  <<<<<

Baca versi penuh di sini

--------------------

Teaser M:LF 6:

>>>>>  "Umi, Hilda nak balik." Rintih Hilda penuh mengharap. Ingin sekali dipeluk kedua-dua orang tuanya itu. Allah Tuhan... redhakanlah hati ini. Aku mengaku khilafku. Hilda tertunduk memandang ke tanah, terasa seperti dipukul berkali-kali. Ditambah lagi dengan permohonan maaf yang berterusan daripada orang tuanya buatkan dia lebih terhenyak dengan rasa bersalah yang teramat.

"Hilda.." Setelah sekian lama masing-masing mendiamkan diri. Suara abah kembali mencelah. Kali ini suaranya lebih berkeyakinan walaupun kedengaran lembut.

"Hilda masih marahkan abah?" Lembut si ayah bertanya cuba bertoleransi dengan anak gadisnya yang sedang keliru tika ini.

"Hilda kecewa abah." Tiada lagi yang disembunyikan. Dalam saat genting seperti ini, sememangnya tiada lagi yang perlu disembunyikan. Perbualan dari hati ke hati seharusnya diluahkan segalanya agar kedua-dua pihak memahami akan apa yang terbuku di hati masing-masing. Jika kesepakatan dicapai, tak mustahil salah faham boleh dibetulkan dan masalah yang tersimpul boleh dileraikan.

"Hilda nak berpisah dengan Sharqawi?" Hilda terdiam saat mendengarkan pertanyaan itu. Sejenak Hilda termenung memikirkan jawapan yang selayaknya diberikan. Katakan saja ya Hilda. Bukankah itu yang kau harapkan? Abah sedang bertoleransi dengan kau, mana tahu terbuka hatinya untuk menuruti permintaan kau. Ayuh, katakan Hilda!

"Hilda..." Tapi, kata hatinya terkunci di bibir. Ragu-ragu mula bertandang saat ingin menuturkan perkataan itu. Hanya dua huruf, hanya satu suku kata tetapi terlalu berat untuk dikatakan. <<<<<

Baca versi penuh di sini

--------------------

Teaser M:LF 7:

>>>>>  "Hembus." Laju Hilda menggeleng. Tangan Sharqawi cuba ditepis. Tapi, pantas sahaja tangan Sharqawi menangkap kedua-dua tangan Hilda. Digenggam dengan satu tangan kirinya sudah cukup mengunci Hilda daripada meronta.

"Hembus cepat, nanti tak boleh bernafas." Lagi laju Hilda menggeleng. Selaju Hilda menggeleng, lagi laju Sharqawi mengangguk. Lagi kuat Hilda cuba meronta. Kedegilan Hilda yang berdiri secara tiba-tiba memaksa Sharqawi menarik Hilda secara paksa. Terduduk Hilda di atas riba Sharqawi tanpa sempat melarikan diri. Peluang itu Sharqawi lingkarkan tangan kirinya pada tubuh Hilda lantas mengunci kedua-dua tangan Hilda. Pelukan dikejapkan dengan merapatkan belakang Hilda ke dada Sharqawi. Sapu tangan yang dipegang segera diletakkan pada hidung Hilda kembali. Wajahnya ditongkatkan pada bahu Hilda sambil berkata.

"Hembuslah cepat. Nak lari pulak dia." Hilda menggeleng. Masih cuba ingin melarikan diri.

"Cepatlah Hilda. Nak kena cium ke?" Serentak itu, rontaan Hilda terhenti. Wajah Sharqawi yang sangat dekat di bahu kirinya dijeling dengan hujung mata. Ingin berpaling, Hilda tidak berani. Daripada ugutan tak fasal-fasal jadi betul.

"Saya buat sendiri." Sharqawi menggeleng. Isyarat mata diberi sebagai amaran. Hilda yang tadinya diruntun hiba, mula ingin bertaufan katrina. Tangisan yang sudah berhenti tadi, terasa seperti ingin banjir semula. Baru sahaja ingin bukakan hati buat lelaki ini, tapi lakunya seperti tidak mahu isteri. Umi, kenapa menantu umi ni suka memaksa sangat? Dek terlalu geram, Hilda berpaling memandang Sharqawi. Mata mereka bersabung. Ada ura-ura lahar bakal dimuntahkan. Hilda yang menahan rasa di dalam hati, dengan sengaja menghembus hidungnya kuat-kuat sambil memejamkan matanya rapat-rapat lagak bersungguh hati. Biar keluar segala mak nenek dalam hidung aku ni, kalau kena jari dia lagi bagus. Padan muka!

Sharqawi yang faham kesengajaan Hilda itu tersenyum hingga terletus tawanya. Mendengarkan ketawa itu, lagilah Hilda hembus semahunya. Memang tak pernah sakit hati kot dia ni. Geram dengan Hilda, Sharqawi menarik hidung Hilda tingi-tinggi. Menjerit Hilda dengan laku Sharqawi yang sungguh minta penampar dari tangan kecilnya. Mujur tubuhnya sekarang dikunci, kalau tak memang aku pijak-pijak jadi alas kaki. Memang sengaja betul!

"Kan dah mendapat. Nakal lagi. Nah air, basuh muka tu. Comot!" Rangkulan pada tubuh Hilda dilepaskan. Mineral Sidi Ali yang dibeli ketika cemas mencari Hilda seharian ini dihulurkan kepada Hilda yang sedang menggosok hidungnya yang semakin memerah. <<<<<

Baca versi penuh di sini

--------------------

Sedebuk tak..? Ha, hadiah.. Jadi selamat membaca semua sambil layan Ed Sheeran - Shape of You cover oleh a amazing big family Gen Halilintar. I really adore them! Enjoy! Babai!

Oh, kejap.. exam around the corner.. again! Hummm.. jadi tak janji boleh selalu post atau tak.. Jadi, kalau ada, adalah! Kalau tak ada, sorry guys! Really sorry! Da da..

Jaga Diri!
Jaga Iman!
Jaga Solat!
Jaga Hati!
Jaga Mata!

Salam Sayang,
Ainul@AMZ

0 Budak Comel Komen :D: